Friday, May 27, 2011

Anak angkat..


Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.
Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan.



.

'I'm a love rat!' Cheating man parades around city wearing 'confession' sandwich board in bid to win back girlfriend



When his girlfriend caught him cheating on Facebook, love rat Joe Page knew he had some serious grovelling to do.
And when furious Jess Little threw him out of their Brighton flat, he realised drastic action was needed, fast.
So the 26-year-old made his apology as public as possible - by writing a full confession on a sandwich board and parading his infidelity around the seaside city.

His sandwich board read: 'I cheated on my girlfriend. I am humiliating myself to show I am sorry.
'I love her so much. I will do anything to get her back. I am so sorry.'
He was was caught out when Jess, an artist, found flirty messages on his Facebook account.
He put his hands up to a date with another woman during a rocky period in their relationship.
He said his confession drew a mixed reaction from shoppers.
He said: 'It was interesting when I saw couples. The man seemed to be horrified that someone was going to these sort of lengths. I thought the girls would be angry.




'I think people had some sympathy for me because I looked like a complete idiot.'
One onlooker said: 'All the women were laughing. The men were trying their best not to acknowledge him.
'One woman said: "Ah, it's so romantic".'
While stand-up comedian Joe was keen to make his humiliation as public as possible to prove his regret, shy Jess did not want anything to do with his stunt.
She did, though, agree to meet him in town.  When she saw his sandwich board she told him to take it off and the couple walked to the beach for peace talks.
Eventually she gave him one more chance, allowing him home. But he will be sleeping on the sofa for now.
Joe said: 'I think slowly she's coming round. Hopefully it won't take many more drastic measures like this.'





.

Sila jangan tiru..

Pihak berkuasa di sini semalam menahan seorang gadis belasan tahun kerana memanah bapanya selepas dia merampas telefon bimbitnya.

Detektif di Mason County, William Adam berkata, lelaki itu memberitahu pegawai, anak perempuannya yang berusia 15 tahun menggunakan panah untuk memburu untuk memanahnya awal semalam selepas dia merampas telefon bimbit remaja itu.

Komo-TV melaporkan, lelaki itu diangkut dengan helikopter dari kediamannya di Tahuya, sebuah kawasan hutan, ke Pusat Perubatan Harborview di Seattle. Keadaan mangsa dilapor parah. Menurut Adam, gadis itu melarikan diri ke kawasan hutan di belakang rumahnya bersama-sama senjata berkenaan. Bagaimanapun, anggota Swat berjaya mengepung dan menahannya.



.

Yeah, dia seronok..


Artis Hilary Duff beraksi gembira hari ini kerana dia menang dalam permainan boling.
Aktres itu mengambil bahagian dalam cabaran ‘Cuba Semuanya’ oleh syarikat SoBe Life di Madison Square Park, di bandar raya New York, di mana dia membantu mempromosikan minuman berperisa syarikat itu.


Aktres berusia 23 tahun itu bermain boling menggunakan beberapa buah tembikai susu dan dia seronok melakukannya.



.

Perkahwinannya sah..


Penyanyi Nurul, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah berkahwin dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad di Narathiwat, Thailand.
Menurut Nurul, pernikahan itu berlangsung pada 23 Mei lalu. Dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis yang dilakukan dengan berwalikan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab Rahman.
Katanya lagi, dia, suami dan ibu bapa mertuanya masuk ke Narathiwat menerusi Kota Bharu, Kelantan pada hari tersebut dengan menaiki kereta dan terus ke pejabat agama itu untuk mengisi borang pernikahan.
"Bagaimanapun, akad nikah dilakukan di rumah Wan Husin kerana semasa itu adalah hari cuti, iaitu Sabtu. Wan Husin adalah seorang wali bertauliah yang disyorkan oleh majlis agama," katanya.
Nurul atau nama sebenarnya Nurullah Abdul Hamid, 29, berkata demikian semasa memberi keterangan pada permohonan Mohd Munzil, 28, untuk mengesahkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini pada Khamis.
Permohonan tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah dan mereka diwakili oleh peguam-peguam syarie, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.

Pada keterangan lain, Nurul berkata, pernikahan itu diadakan di Thailand kerana timbul masalah wali ekoran keengganan bapa kandungnya, Zawawi untuk menjadi wali.
"Saya ada berjumpa dengan bapa kandung saya, tapi dia tidak mahu menjadi wali. Ini kerana masalah yang berlaku antara bapa dengan keluarga angkat saya sewaktu saya masih kecil," tambahnya.

Nurul juga menambah, dia dan suami ada mencuba untuk mendapatkan wali hakim daripada Majlis Agama Islam Sarawak, tetapi ia akan mengambil masa yang lama, sedangkan tarikh majlis pernikahan telah ditetapkan berlangsung pada Sabtu ini.
"Selepas perkahwinan itu, jika orang tanya siapa Mohd Munzil, saya akan jawab dia sebagai tunang saya, sebab tidak ramai yang tahu (berkahwin), hanya orang terdekat sahaja.

"Tetapi, dia sebenarnya suami saya. Selepas berkahwin saya tinggal dengan dia,” katanya.Selepas mendengar keterangan itu, Abdul Halim memutuskan pernikahan tersebut sah di sisi hukum syarak kerana telah memenuhi hukum nikah, walaupun tidak menggunakan wali sebenar ekoran bapa kandung Nurul berada jauh di Kuching, Sarawak.

Beliau seterusnya mengarahkan pasangan tersebut untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Pejabat Majlis Agama Islam.
Sementara itu, Nurul yang ditemui di luar mahkamah berkata, dia berasa lega kerana masalah pernikahannya telah selesai.

"Saya rasa lebih berdebar dengan kes mahkamah berbanding dengan majlis persandingan Sabtu ini," katanya yang mengenakan baju kurung merah jambu dan selendang kelabu.
Selain itu, dia yang mengenali Mohd Munzil sejak Julai tahun lepas sebelum mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu juga memberitahu akan berlepas ke Kuching pada malam Khamis untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan.

Pasangan tersebut dijangkakan akan mengadakan majlis resepsi sebelah lelaki di De Palma Hotel Ampang, dekat sini pada 3 Jun depan.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Nurul memberitahu mereka mungkin ke Bali, Indonesia sebelum berlepas ke New Zealand seminggu selepas raya kerana Mohd Munzil akan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.



.

Pemain tenis kelahiran Rusia, Anna Kournikova bakal menyertai program realiti menurunkan berat badan, The Biggest Loser sebagai jurulatih, kata televisyen NBC semalam.

Kournikova, 29, yang menjadi terkenal sama ada di dalam dan di luar gelanggang walaupun tidak pernah memenangi kejuaraan utama tenis perseorangan, akan menyertai rancangan itu pada September depan.
Beliau dilahirkan di Moscow dan kini menjadi rakyat Amerika Syarikat dan menetap di Miami, Florida.

Menurutnya, beliau telah lama meminati rancangan itu yang memberi peluang kepada peserta untuk menurunkan berat badan melalui program diet dan latihan yang ketat untuk memenangi hadiah wang tunai.
"Sebagai bekas pemain tenis profesional dan jurulatih berkelayakan, ini merupakan peluang terbaik untuk saya berkongsi keghairahan untuk kekal sihat dengan seluruh keluarga di AS," katanya dalam satu kenyataan.

Penerbit program realiti NBC, Paul Telegdy berkata, rangkaian itu yakin Kournikova akan menjadi pakar motivasi yang berkesan kepada peserta untuk menjaga badan dan sihat.
Kournikova mula bermain tenis pada umur lapan tahun dan beraksi pertama kali di Grand Slam pada umur 15 tahun di Terbuka AS.

Dia memenangi gelaran Grand Slam bersama Martina Hingis dalam acara berpasangan pada 1999 dan 2002, namun turut sama terkenal sebagai model dan kisah percintaannya dengan penyanyi pop terkenal, Enrique Iglesias.



.

Budak 'tertekan' tikam wanita


Akibat sering menjadi mangsa buli, seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak di luar jangkaan apabila menikam seorang wanita dalam kejadian di Pangsapuri Sri Era, Desa Latania, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Azlina Ahmad, 24, menerima 14 jahitan di tangan dan dagu ketika cuba menepis pisau lipat disyaki senjata yang digunakan kanak-kanak terbabit.

 Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Difahamkan kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis kononnya diugut seorang lelaki yang mahu membunuh bapanya jika dia tidak membunuh mangsa.

Bagaimanapun, selepas disoal siasat, kanak-kanak itu mengakui mengalami tekanan perasaan kerana sering dibuli di sekolah.

Ibu bapa kanak-kanak terbabit bergegas mengambil anak mereka di sekolah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 di sini.
Difahamkan, pisau lipat yang digunakan kanak-kanak itu untuk menikam mangsa turut ditemui bapanya di semak berhampiran lokasi kejadian.

Sementara itu, Azlina berkata, ketika kejadian dia sedang memanaskan enjin kereta untuk ke tempat kerja sebelum didatangi kanak-kanak itu yang dikenali dengan nama ‘adik’ bertanyakan sama ada mengenali sesiapa yang boleh mengurut kaki ibunya yang sakit.

“Semalam (kelmarin) pun dia bertanyakan soalan sama kepada saya. Ketika itu, saya menjawab mungkin kakak saya boleh membantu mencari tukang urut. Ketika berbual, saya melihat dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang.

“Saya terkejut apabila dia mengeluarkan pisau dan cuba menikam saya. Mujur ketika itu saya berada di dalam kereta dengan cermin pintu kereta tertutup separuh,” katanya ketika ditemui, di sini.

Azlina berkata, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius sebelum memecut kereta kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Saya kemudian menghubungi abang ipar saya, Amin Olah, 28, untuk memberitahu mengenai kejadian ini sebelum dia menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan,” katanya yang tinggal bersama kakaknya, Zuraina Ahmad, 29, sejak setahun lalu.



.

Cerai guna sms


“Saya sedih kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan ketika anak bongsu kami dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman,” kata Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, janda kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.
Norliaton berkata demikian selepas memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Selain tuntutan nafkah mutaah dan edah, Norliaton turut memfailkan hak penjagaan tiga anak berusia antara lapan tahun dan dua bulan kerana mendakwa Indra Putra, 30, yang kini menjadi penyerang utama pasukan T Team, gagal memberikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Norliaton memfailkan sendiri permohonan itu tanpa diwakili peguam dan hadir ke mahkamah, semalam ditemani bapanya. Sebelum ini, mahkamah sama turut mengesahkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2003, sudah bercerai talak satu pada 18 Mei lalu.

Indra Putra didakwa melafazkan cerai menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ketika Norliaton dalam tempoh berpantang anak ketiga, Alya Nur Zalia yang baru berusia dua bulan pada 27 April lalu.

Norliaton yang juga seorang suri rumah berkata, kali terakhir Indra Putra pulang menjenguk mereka Aidilfitri.

“Sejak itu dia sukar dihubungi sehinggalah saya menerima SMS dia ‘melepaskan’ saya pada penghujung bulan lalu.

“Saya berharap kami dapat menyelesaikan perkara ini secara baik. Jadi saya minta dia jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hormatilah kami yang menjadi sebahagian daripada hidupnya,” katanya.

Bagaimanapun Indra Putra yang muncul wira T Team dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Kelantan 2-1 sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam kelmarin, tidak kelihatan sepanjang prosiding terbabit.

Norliaton berkata biarpun sedih terutama dengan tindakan Indra Putra tidak menjenguk anak-anaknya, dia reda menerima perpisahan itu.

Selain Alya Nur Zalia, Indra Putra turut mempunyai dua anak lelaki, Airul Putra, 8, dan Ady Ilhan Putra, 5, hasil perkongsian hidup mereka selama lapan tahun.



.

Potong dua telinga

Seorang lelaki parah apabila telinganya dipotong dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikatakan didatangi seorang lelaki dan secara tiba-tiba menariknya ke seberang jalan lalu merampas beg dan telefon bimbitnya.

Difahamkan, mangsa yang bersendirian ketika itu sedang bersiap untuk keluar berniaga daging turut ditutup mulutnya sebelum diseret ke dalam semak.
Dipercayai kedua-dua belah telinga mangsa dipotong sebelum dia dihumban ke dalam longkang berhampiran kawasan berkenaan.

Mangsa yang berlumuran darah ditemui anak lelakinya yang baru pulang bekerja dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 7 pagi.

Dia dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke hospital swasta di bahagian pulau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, polis yang menerima laporan menjalankan gerakan mengesan suspek.

Menurutnya, kira-kira dua jam kemudian suspek dikenal pasti dan ditahan di sekitar daerah itu.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 46 tahun dipercayai memotong telinga mangsa dengan senjata tajam,” katanya.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.



.

Dibelasah dalam kelas


Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menerima tujuh jahitan di telinga selepas dia mendakwa dibelasah seorang pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa, Abdul Rahman Abdul Ghani, 14, berada di dalam kelasnya bagi memulakan pembelajaran sesi petang.

Difahamkan, mangsa kemudian didatangi 20 pelajar lain dari kelas lain dengan seorang daripadanya bertindak menyepak pipi mangsa sambil disaksikan oleh rakan-rakan pelajar yang bertindak ganas itu.
Semasa kejadian, guru belum masuk ke kelas dan selain mangsa dipercayai terdapat beberapa rakan sekelas mangsa yang menyaksikan kejadian itu.

Akibat tindakan itu, mangsa yang berasal dari Kampung Kandis dekat Bukit Tunggal di sini rebah ke tepi tingkap dengan telinga kirinya terkena cermin kaca tingkap menyebabkan ia luka dan berdarah.




.

Kanak-kanak maut dilanggar lori ketika melintas jalan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Kilometer 133.8, Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin, semalam.
Murid tahun satu itu, Muhammad Nur Ikwan Amirul Hakim Md. Nor meninggal dunia di Klinik Kesihatan
Rompin akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Supritendan Mohd. Najid Jusoh berkata, kejadian pukul 5.10 petang itu berlaku ketika lori tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan.
"Pemandu lori berusia 41 tahun yang berasal dari Mersing, Johor itu cuba membrek dan mengelak tetapi tidak sempat menyebabkan ia merempuh kanak-kanak itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Mohd. Najid, pemandu lori jenis Hicom itu menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Rompin untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang ketika menerima rawatan," katanya.
Kata Mohd. Najib, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



.

Dia pilihanku..


Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Kami sebenarnya merancang mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu lagi namun kerana sibuk dengan kerjaya, urusan perkahwinan terpaksa diuruskan sedikit demi sedikit sehingga tarikh sebenar dipersetujui Julai depan,” katanya.

Tomok berkata, kad jemputan perkahwinannya sudah siap ditempah dan akan diedarkan dalam masa terdekat.

Menurut Tomok, selepas majlis akad nikah, kenduri sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama keesokan harinya.

Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.




.

Dia dah setuju.....


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.

"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!