Sunday, June 12, 2011

[NGERI] Maut Tersepit Mesin

Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut selepas tersepit di celah mesin yang dikendalikannya dalam satu kejadian di kilang membuat pita perekat di sini malam Sabtu.

Dalam insiden 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Liton, 20-an, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang rakan sekerja yang enggan dikenali berkata kejadian itu berlaku mungkin disebabkan baju mangsa termasuk di celah mesin, menyebabkan dia tersepit dan akhirnya cedera parah sebelum mati tergantung pada mesin berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, pekerja lain sibuk menjalankan tugas masing-masing dan tidak menyedari kemalangan yang menimpa mangsa sehinggalah objek berupa manusia ditemui tergantung pada mesin berkenaan.

"Kejadian kemalangan sehingga membawa kepada maut ini adalah yang pertama kali berlaku di kilang ini, kerana sebelum ini, pekerja hanya berhadapan dengan kemalangan kecil sahaja, yang mana hanya melibatkan luka, patah tangan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Ekoran kejadian itu, semua pekerja syif malam dibenarkan pulang ke rumah lebih awal untuk memberi laluan kepada polis menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.




.

Tinggal sehelai sepinggang


Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar dekat sini musnah dalam kebakaran petang ini.
Ketua Operasi Balai Bomba Pasir Mas, Abdul Kadir Che Ya berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan ketika anggota bomba tiba ke tempat kejadian, empat rumah sudah musnah.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 5.25 petang kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Tiga daripada lapan rumah itu hanya terbakar 50 peratus kerana anggota kita bertindak pantas mengawal kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Nora Bedolah, 38, berkata, semasa kejadian, dia bersama anak tunggalnya, Firdaus Che Ismail, 4, berada di dalam rumah.
"Sebaik sahaja menjenguk melalui tingkap, saya ternampak asap dan api sedang marak membakar beberapa rumah berhampiran bermula di bahagian lantai.
"Saya tidak berfikir apa-apa lagi selain menyelamatkan diri bersama anak dengan keluar dari rumah sehelai sepinggang sebelum menghubungi pasukan bomba," katanya.





.

Ibu rayu anak perempuan pulang


Seorang ibu merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu supaya pulang ke rumah kerana dia bimbangkan tentang keselamatan anaknya itu.
Azilawati Mamat, 38, dari Bukit Sentosa, Rawang, juga khuatir jika anak keduanya itu daripada lima beradik, Nur Nadira Syahira Rozali, 17, diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah.

Jelasnya, kejadian bermula April lalu apabila Nur Nadira didapati keluar rumah ketika dia dan suaminya pergi menghantar anak sulungnya ke kolej di Shah Alam, Selangor.
Katanya, Nur Nadira keluar tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada semua ahli keluarga serta tidak membawa kad pengenalan dan pakaian.
"Apa yang merisaukan kami sekeluarga adalah dia (Nur Nadira) seorang yang mudah mengekori orang yang tidak dikenali. Ketika meninggalkan rumah, dia tidak membawa MyKad dan hanya membawa wang tunai RM200," katanya.

Tambah Azilawati, Nur Nadira ada menghubunginya selepas seminggu menghilangkan diri dan berpesan supaya tidak risau kerana dia kini telah bekerja.
Katanya, namun apa yang menjadi tanda tanya bagaimana anaknya itu diterima bekerja walaupun tiada sebarang dokumen.
"Macam mana majikan dia boleh terima atau ambil dia bekerja sedangkan MyKad Nur Nadira ada dalam simpanan saya.

"Dia juga berpesan agar saya sekeluarga tidak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan berkata dia dalam keadaan selamat," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali remaja terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Azilawati di talian 012-9549742 dan 019-6351354.




.

Artis dikejarkan ke hospital..


Bintang remaja, Selena Gomez semalam dikejarkan ke hospital selepas muncul di sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat.

Penyanyi dan pelakon berusia 18 tahun itu mengalami loya dan pening kepala, kata jurucakapnya.

Kekasih Justin Bieber itu dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital di Los Angeles dan kini menjalani rawatan dan ujian.

Punca sakitnya masih tidak diketahui.

Terdahulu, ketika diwawancara dalam rancangan Tonight Show, Selena berkata, Bieber sudah lulus ujian dan ibunya, Mandy merestusi hubungannya dengan penyanyi remaja berusia 17 tahun itu.




P/S - Hamil agaknya.. hoho



.

Enam rumah dipukul ribut


Enam buah rumah mengalami kerosakan pada bumbung sementara sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di dua buah kampung di sini semalam.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang yang melibatkan Kampung Temenin Lama dan Kampung Temenin Baru tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

Salah seorang penduduk Kampung Temenin Baru, Norlela Tik, 41, berkata, ketika kejadian terdapat 15 ahli keluarganya termasuk dari sebelah iparnya sedang leka berbual di ruang tamu.
“Hujan luar biasa dan deruan angin kencang membuatkan saya rasa kurang senang. Tidak lama kemudian terdengar rekahan kuat dan apabila saya keluar, pokok manggis sebesar pemeluk kira-kira tiga meter dari rumah tumbang mengenai beranda rumah dan kereta milik ipar saya,” katanya ketika ditemui.

Iparnya, Zaini Atan, 47, berkata, keretanya itu baru dibeli kira-kira enam bulan lalu dan dia melihat dengan jelas bagaimana bumbung bahagian beranda rumah diterbangkan angin sebelum pokok manggis itu tumbang.
“Melihatkan keadaan itu saya terus berlari meredah hujan sambil menjerit ke arah (penghuni) rumah supaya berjaga-jaga bagi menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku hanya setakat itu malah semua ahli keluarga selamat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki, yang datang melawat rumah mangsa sebaik sahaja dimaklumkan kejadian itu, berharap mereka yang terlibat agar bersabar menerima dugaan itu.
Beliau meminta semua mangsa yang terlibat supaya mendaftar dan melaporkan kejadian kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan kerja-kerja penyelarasan bantuan.



.

"Just A Simple Giveaway By Areef"


Ohoh, giveaway yang simple dan join pun dengan hati yang riang gembira..
Kemenangan akan ditentukan oleh uncle random..
semoga bertuah... yeah...


Tutup 8 malam ni (12.06.11)



.

Ditikam kerana bising

Seorang lelaki yang hilang sabar dengan bunyi bising anak jirannya, mengamuk dan bertindak menikam tiga beradik dengan senjata tajam mengakibatkan salah seorang daripadanya maut akibat cedera parah.

Dalam kejadian di Flat MPS Karamunting Jalan Batu Sapi, dekat sini pukul 2 petang semalam itu, Ahmad Khir Hadari Awang, 6, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.

Abang mangsa, Mohd Fadley Syarie Awang, 12, dan Nur Salinah Sahira, 10, masih lagi dirawat di wad berasingan di hospital sama.

Semasa kejadian, Ahmad Khir Hadari bersama kakak dan abangnya serta beberapa ahli keluarga lain sedang berada di dalam rumah mereka di tingkat dua flat berkenaan.

Menurut saksi, seorang lelaki yang tinggal di tingkat satu flat sama tiba-tiba menyerbu masuk rumah itu sebelum bertindak menikam tiga beradik tersebut.

Nur Salinah yang cedera sempat berlari keluar bagi meminta pertolongan daripada orang ramai manakala suspek berusia 20-an pula melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Fadzil Mohd. Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan berdekatan.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mangsa, Awang Ahmad yang juga bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, ketika kejadian dia berada di pejabatnya di bandar dan isterinya pula menyelesaikan urusan keluarga.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menduga kejadian tragis itu akan berlaku kepada ahli keluarganya hanya kerana perkara kecil tersebut.

“Saya kini sedang mengurus jenazah anak saya untuk dibawa pulang dan dikebumikan,” katanya.




.

Yer lulu memang ada tengok


Tahniah diatas kemenangan 2-1 Terengganu keatas Kelantan malam tadi..
Yer lulu ada tengok.. Bukan setakat BPL, Champion League, FA Cup, Carling Cup luar negara jer lulu ada tengok tau, game malam tadi pun lulu ada tengok..

Mesti ramai yang kecewa sebab Kelantan kalah...
Apatah lagi bila Kelantan yang gagah dibarisi ramai pemain Malaysia...
Malah ketika gol sendiri Kelantan  ke gol sendiri bagi jaringan 1-1 dan membawa perlawanan ke masa tambahan, sungguh mendebarkan....
Rasanya, Kelantan memang takde rezeki malam tadi..
Hoho, Fahmi bolos 2 gol semalam...



Terengganu, Tahniah....



.

Is that a square-rel?



Despite living in image conscious California, this is one resident who's throwing caution to the wind.
The grey squirrel has ballooned to twice its normal size after tourists repeatedly fed it nuts in the Morro Rock State Preserve.
Marina van der Linden, a software engineer, captured the chubby creature on camera during a visit to the park. 

The 46-year-old, from Los Angeles, said: 'I had been in the park taking photos but couldn't get any clear pictures because it was so foggy.
'I got out a bag of peanuts and suddenly I saw a family of squirrels. It was hilarious because they were all quite big but there was one that was enormous.

'I concentrated on it since it was the fattest of them all but it kept hiding between the rocks.
'She was so big and I think it's because they get well fed by tourists.
'When it finally sat still out in the open, I discovered that I was too close and I could not fit the entire squirrel in the camera's viewfinder.

'It was so big that I had to walk backwards in order to get her in frame.
'She finally looked directly at me and I got the one good shot before she ran off.'
She added: 'The next day I went to photograph her again but not a single squirrel was to be seen.
'I saw one with the same pattern on her head but she ran off before she could be photographed. I think she was self-conscious about her weight.'








.

Mati Dengan Terdapat Lapan Kesan Tikaman


Seorang lelaki rakyat Indonesia ditemui mati dengan lapan kesan tikaman pada badannya di sebuah bilik pekerja di tapak pembinaan kondominium di kawasan Taman Melati, Wangsa Maju di sini,Sabtu. Mangsa yang berumur 30 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Pagan berkata polis tidak menolakkemungkinan berlaku pergaduhan di dalam bilik itu sebelum mangsa ditikam dengan senjata tajam.
"Melihat keadaan bilik yang bersepah, telah berlaku satu pergaduhan di dalam bilik itu dan kita percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) Sabtu.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati motif pergaduhan itu dipercayai berkaitan dengan seorang wanita.
"Kita (polis) percaya pergaduhan itu melibatkan seorang wanita kerana pemeriksaan di dalam bilik itu, kita jumpa satu pasport dan sepasang kasut yang kedua-duanya milik wanita berhampiran mangsa," katanya.
Zakaria berkata setibanya di lokasi, polis mendapati semua bilik di rumah kongsi itu telah kosong kerana penghuninya telah melarikan diri.
Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk mengesan suspek dan mencari motif sebenar pembunuhan itu.

"Siasatan di lokasi kejadian telah dibantu oleh Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dan tiada senjata dijumpai dilokasi kejadian," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!