Thursday, June 16, 2011

Saya melakukannya kerana bosan..




Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam. Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.



Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.
Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.



Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.
Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.
Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.



.

"Jom request doodle PERCUMA"

Owh bestnya jika dapat doodle percuma... bila tengok orang ada doodle nak juga ada blog sendiri...
Ngee, semoga hajat dihati tercapai :)...

Doodle tu biarlah...
1. tak bertudung..
2. bertocang pun cute..
3. Berbaju sopan, warna biru dan kalau boleh ada logo chelsea fc di baju..ekeke




Jomlah join, siapa tau dapat doodle percuma dari Cik Cempaka ni... 
Tarikh Tutup : 18 Jun 2011.




.

Janganlah ganggu emosinya...


Prosiding permohonan cerai secara baik yang dikemukakan oleh isteri pelakon Shaharuddin Tambi, Nor'aini Muhammad, dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Nor'aini, 51, selaku plaintif yang meminta agar prosiding cerai itu tidak disiarkan oleh pihak media.

Para wartawan yang menanti sejak awal pagi untuk membuat liputan berhubung kes cerai yang melibatkan pelakon tersebut, akhirnya beredar dari galeri awam mahkamah selepas diarahkan Shaiful Azli.
Namun sejam kemudian, Shaharuddin, 54, bersama isterinya dilihat keluar dari mahkamah selepas prosiding tersebut selesai.

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-10 menerusi filem Bintang Malam pada 1992 itu dengan segera menuju ke arah wartawan dan berkata:

''Kawan-kawan wartawan, tolong jangan ganggu emosi isteri saya. Kalau hendak tahu hal ini lebih lanjut, tuan-tuan boleh hubungi saya.''
Pasangan tersebut yang tidak diwakili peguam syarie hadir ke prosiding hari ini secara berasingan pada pukul 10 pagi.
Ketika kes disebut pada 25 April lalu, Shaharuddin memberitahu mahkamah bahawa isterinya yang pernah menghidap kanser rahim sering mengalami tekanan emosi.

Tambah defendan, Nor'aini memerlukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bergantung sepenuhnya kepada ubat- ubatan, bagaimanapun enggan mematuhi nasihat dan arahan doktor.
Sewaktu disoal oleh hakim syarie sebab alasan Nor'aini memohon cerai, plaintif itu memberi alasan antaranya tiada persefahaman selain mendakwa tidak mendapat hak sewajarnya sebagai seorang isteri.
Pasangan tersebut pernah bercerai pada 7 Ogos 1984, namun rujuk kembali keesokan harinya dan dikurniakan tiga orang zuriat.



.

Soalan Di Dalam Kubur


Hadith:
DARI Asma' r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?"
Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?)
"Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!" Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).
Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.
Kata ˜Asma selanjutnya, "Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: "Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.
Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?"
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi."
Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: "Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak."
Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: "Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula."
Riwayat Muslim


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




.

Former CSI star Gary Dourdan free on bail after 'drug possession' arrest



Former CSI actor Gary Dourdan has an important guest appearance coming up, and it's not on a TV show.
The troubled actor is scheduled to face a Los Angeles judge on July 7, after he was arrested today on a 'drug possession' charge.
The 44-year-old star, whose character was killed off of CSI: Crime Scene Investigation in 2008, was arrested early this morning in Los Angeles, after
he allegedly crashed his car into several parked vehicles.


According to the Los Angeles Police Department, responding officers found several pills of the drug ecstasy in Dourdan's possession.
The star was taken into custody and booked at the Pacific Division Police Station in the Venice neighbourhood of Los Angeles.
He posted $10,000 bail and was released about eight hours after his arrest.

This is not Dourdan's first brush with the law.
Not long after he was let go from CSI in 2008, Dourdan was arrested in Palm Springs, California after police found him asleep behind the wheel of his car.
Officers found possession of heroin, cocaine and ecstasy.

He avoided prison time by agreeing to a plea agreement and entering a drug-diversion program.
Dourdan is known his green eyes and striking good looks, was voted as one of Hollywood's 'Sexiest' actors by TV Guide Magazine in 2008.
The actor, who is currently single was married to supermodel Roshumba Williams from 1992 to 1994.

 


.

Mengatur perlawanan?


Bekas jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan pasukannya dengan pasukan Pahang pada Mac tahun lalu.
Sufian Ngah, 41, didakwa memberi rasuah sebanyak RM1,500 dan RM500 kepada enam pemain pasukan T-Team, bagi tujuan tersebut pada Mac tahun lalu kira-kira 7 malam di Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir.

Bagaimanapun, Sufian yang bekerja sebagai kerani di sebuah bank di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah kepada Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Nadzmeer Mohamad, Azuan Hussien, Mohd Hanifzam Muda dan Hafiz Mohd Noor.
Dia didakwa memberi suapan tersebut sebagai upah mengatur keputusan perlawanan membabitkan perlawanan bola sepak Piala Presiden antara pasukan T-Team dengan pasukan Pahang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.




.

Kes perceraian artis..


Siti Nursaida Tarudin, kakak penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, meminta maaf kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana menolak pelawaan umrah oleh suami dan tetap dengan keputusannya mahu bercerai.

“Saya minta maaf, saya bukan nak hal ini berpanjangan tapi saya juga tidak mahu ia berlaku. Saya tetap dengan keputusan saya (cerai),” kata bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu kepada Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.
Saida, 35, selaku plaintif membuat permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 pada 6 Oktober tahun lalu dan menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri selaku defendan kes.

Terdahulu, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd. Ghazali memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir pada prosiding semalam kerana ibunya baru meninggal dunia pada 4 Jun lalu.





.

Warga emas lumpuh nyaris rentung


Seorang warga emas yang lumpuh seluruh anggota badan kerana angin ahmar nyaris rentung dalam satu kebakaran membabitkan dua buah rumah papan di Kubang Pasu, dekat sini pagi tadi.
Ketika kejadian pada 8.30 pagi itu, Bidah Salleh, 85, tinggal bersendirian kerana anaknya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di sini keluar bekerja.

Jiran Bidah yang juga mangsa kebakaran, Mohd Yusri Rosdi, 22, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada rumah Bidah sebelum merebak ke rumah neneknya yang terletak bersebelahan.
"Masa kejadian itu saya tengah tidur, tetapi tiba-tiba dikejutkan jeritan api. Saya terus berlari menyelamatkan diri dan ketika itu saya nampak rumah makcik Bidah sedang dijilat api dan penduduk kampung mengusung makcik Bidah keluar," katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Yusri berkata beliau dan enam lagi ahli keluarganya termasuk datuk, nenek, emak saudara dan sepupu juga sempat menyelamatkan diri dan kini mereka tinggal sehelai sepinggang.



.

Pelarasan harga Astro belum muktamad


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berbincang dengan pihak stesen televisyen berbayar Astro berhubung hasrat syarikat itu melakukan beberapa pelarasan harga kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai depan.
Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang berkata penyelarasan harga yang diumumkan oleh pihak syarikat televisyen berbayar itu baru-baru ini, masih belum muktamad.

"Kementerian memang sentiasa memantau dan berunding dengan Astro. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelarasan harga yang telah diberitakan belum muktamad. "Pada masa kini, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berunding, meneliti dan menganalisa apakah hajat Astro untuk naikkan harga ini wajar atau tidak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mohamad meminta supaya kementerian memantau langkah Astro untuk mengenakan bayaran yang agak tinggi terhadap pakej-pakej yang ditawarkan demi kepentingan rakyat.




.

Pencuri Patah Kaki Akibat Melompat...

Seorang pencuri patah kedua-dua kakinya selepas melompat dari tingkat satu bangunan kedai di Bandar Sibuga Jaya dekat sini Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata lelaki berusia 22 tahun itu bertindak demikian ketika cuba meloloskan diri apabila perbuatannya memecah masuk sebuah rumah kedai di bangunan itu disedari oleh penghuninya dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.

Katanya lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu memecah masuk ke dalam rumah kedai yang dihuni oleh seorang wanita melalui tingkap dapur yang tidak berkunci.
Wanita berusia 42 tahun itu yang menyedari suspek berada di dalam rumahnya terus berteriak menyebabkan suspek kelam kabut melarikan diri dan bertindak melompat dari tingkat satu bangunan kedai berkenaan, katanya di sini hari ini.

Fadzil berkata empat telefon bimbit juga berjaya dirampas daripada lelaki berkenaan yang kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.



.

Didakwa bunuh amah



Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia, di sebuah rumah di Sea Park, di sini.

Kedua-dua tertuduh, Fong Kong Meng, 55, dan isterinya Teoh Ching Yen, 33, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Muhammad Ghulam.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Kong Meng, seorang bekas juru teknik dan isterinya didakwa dengan niat bersama membunuh Isti Komariyah, 26, di sebuah rumah No 90 Jalan SS/2/6, Sea Park, di sini di antara 1 Julai 2010 hingga 5 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun manakala peguam MS Guok mewakili tertuduh pertama iaitu Kong Meng manakala isterinya diwakili peguam SK Thong.

Mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai didera oleh pasangan itu yang juga majikannya sehingga mengalami kecederaan di badan, dahi dan lengan serta terdapat kesan calar.

Mangsa yang bekerja dengan pasangan sejak Disember 2008 itu, meninggal dunia selepas dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!