Wednesday, June 29, 2011

Petanda maut


Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati apabila anaknya memohon maaf ketika keluar rumah sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, bagaikan petanda anak lelakinya itu pergi menyahut seruan Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan malam kelmarin.
Suri rumah, Ramlah Ramli, 55, berkata dia tidak menyangka kata-kata yang disangka gurauan itu sebenarnya 'permohonan terakhir' daripada anaknya Mohd Zamzuri Irwan Mamat, 27, supaya dimaafkan segala kesalahannya sebelum ini.

"Petang semalam (kelmarin), selepas membasuh motosikalnya yang baru dibeli sebulan lalu, arwah tiba-tiba meminta maaf dan terkejut dengan kelakuan peliknya itu saya bertanya semula kenapa cakap begitu.
"Kemudian arwah beritahu kalau nak tunggu raya lambat lagi, jadi baik minta maaf sekarang sambil saya memberitahu sentiasa memaafkannya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam kelmarin.




.

:: GiveAway CikArda,lah..!seghonok,peah!!! ::


Lawa pemilik blog ni ;)
Jom join giveaway anjuran Cik Arda ni....





Oleh kerana giveaway ni akan tutup esok (30.06.2011), silalah klik pada banner pink laju-laju.. Takut tak sempat jpin...ngee, best join saat-saat akhir, teruja wee........semoga lulu bertuah..




.

"Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!"


Weewuu, sempat lagi nak join.. tinggal beberapa jam saja lagi nak tutup ni...
Semoga ada rezeki disitu sebab hadiahnya sangat menawan hati.... ngee
Wink wink... semoga lulu berjaya fuh fuh..



Tarikh Tutup : 30.06.11





.

Bad tempered Mr Pip scowls for his close-up



Could this moody moggy be Britain's grumpiest cat?
Scowling at the camera with more than hint of discontentment, this irritable puss is constantly in a grump.
According to his owner, Rose Oughton, Mr Pip does not like noise, bad weather and especially hates football.

The Persian Burmese breed's favourite past-time is 'staring at dogs' and sitting quietly in his favourite bush in the back garden.
But even when he's at his happiest, you wouldn't think it to look at the sour-faced feline.

Mrs Oughton, 65, from Kings Lynn, Norfolk, a part-time dinner lady and cleaner, has owned the eight-year-old for a year and a half.
She said: 'He always looks that grumpy and acts it as well.
'He doesn't like any noise in the house, he doesn't like football, what he does seem to like is just staring at dogs with that look he's got.
'Whenever it's windy or cold he will just come into the house and into his little igloo.
'He doesn't like cold weather, he's been waiting for summer but he's still got that look on his face.
'But it means he can get out the house a bit more and sit in his favourite bush.
'My two daughters are always saying how fed-up he always looks, but he's an affectionate cat really.'



The widow, and mother of two, says she was concerned there might be something wrong with Mr Pip, due to his grumpy looks, and even took him to the vets.
But grumpiness is just part of his nature. 'The reason he looks so glum is because of the Burmese in him,' Mrs Oughton said.
'I was a little bit worried to start with because I didn't know if he was in pain or unhappy or something like that.
'But when we took him to the vet they said his face is perfectly normal and there's nothing to worry about.
'He is far from being a lap-cat, but we get on OK.'  




.

Punca obesiti


Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.

Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.
“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.

“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.




.

Maut Langgar Belakang Treler


Seorang lelaki maut setelah van yang dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang sarat membawa kayu bergergaji di kilometer 231, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Pedas-Linggi dekat sini, awal pagi Rabu.

Jurucakap polis berkata mangsa, Hassan Ahmad Supadi, 39, beralamat Kampung Giching, Sepang, Selangor yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia ditempat kejadian.
Mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.
Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 3.30 pagi ketika kedua-dua kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke utara. Akibat pelanggaran itu, van mangsa terperosok di belakang treler.

Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sebelum itu pasukan bomba terpaksa menggunakan 'winch' kenderaan bomba untuk menarik keluar van yang terperosok di bawah treler.

Sementara itu, pemandu treler P. Raja, 52 berkata beliau dan rakannya yang sedang dalam perjalanan dari Labis, Johor ke Kapar, Klang menyedari kemalangan itu apabila tiba-tiba terdengar bunyi hentakan dan letupan di belakang treler.

"Lalu saya berhentikan treler di lorong tepi lebuh raya dan keluar melihat sebuah van terperosok di bekalang treler. Saya tidak dapat nak bantu mangsa sebab mangsa tersepit," katanya.




.

Wordless Wednesday...






.

Tidur dengan anjing?


PENYANYI dan ikon fesyen Hollywood, Victoria Beckham dikhabarkan tidak lagi tidur sebilik bersama suaminya, David Beckham dan telah berpindah ke bilik anjing peliharaan mereka, Scarlet.
Victoria yang kini sedang sarat hamil anak keempat itu berasa kurang selesa apabila bersama dengan David yang juga merupakan pemain bola sepak England itu.

"Dia sudah tidak tidur sebilik dengan David dan kini selesa bermalam bersama anak anjing barunya itu.
"Victoria merasakan dirinya seperti seekor ikan paus yang terdampar di atas katil," kata sumber kepada Daily Star

Bagaimanapun, David menganggap kelakuan isterinya itu agak lucu dan tidak pernah dibuat orang.
Malah, sejak David membawa pulang Scarlet,Victoria melayang anjing tersebut seperti anaknya sendiri.
"Nasib baiklah David seorang lelaki yang memahami lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini Victoria mudah tersinggung," kata sumber itu lagi.




.

Sorry Madam, I didn't hear you ring the bell!



This unlucky woman had a bus ride she'll never forget after getting her neck trapped in the closing doors.
The unfortunate passenger was taking a trip in the town of Maanshan, in China's Anhui Province, when the impatient driver closed the doors while her head was still poking out.
She was left wincing in pain while the driver, who was oblivious to the situation, set off for the next stop. 


 Luckily her fellow passengers noticed her plight and shouted at the him to stop and open the doors, which he eventually did. Once free the embarrassed woman climbed off the bus and quickly walked away, rubbing her neck, without making a complaint.





P/S - Ekeke, kalau lulu dah lama tendang pintu bas tu...ngee




.

Opocot, jatuh....


Penyanyi terkenal, Rihanna terjatuh dalam keadaan memalukan ketika dia membuat persembahan di Edmonton, Kanada pada minggu lalu.


Penyanyi dari Barbados ketika itu sedang menyanyikan lagi Love The Way You Lie semasa dia terjatuh kerana memakai kasut tinggi di hadapan 16,000 peminatnya.


Namun, dia yang berusia 23 tahun itu kembali bangun untuk menghiburkan peminatnya seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya.







.

Naik seringgit


Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.
Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya.




P/S - Bukan ayam jer lah yang naik, ada banyak lagi keperluan naik harga... Macam manalah nak raya ni...



.

Berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa..


Ratusan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua disini dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan enam sekolah itu yang maut selepas mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolah.

Sebelum kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa Nge Hao Zheng, 18, dikatakan baru berjumpa guru kaunseling lelaki sekolahnya di tingkat empat bangunan sama bagi membincangkan aduan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu yang mendakwa dicabul mangsa.

Ekoran aduan itu, Hao Zheng, pelajar aliran sains tingkatan enam rendah, masuk ke bilik kaunseling kira-kira pukul 8 pagi dan berbincang mengenai perkara itu.

Sebaik keluar dari bilik guru kaunseling itu, mangsa didakwa terus memanjat tembok beranda di tingkat empat tidak jauh dari bilik kaunseling sebelum dia terjatuh.

Pelajar-pelajar lain yang sedang mengikuti sesi pelajaran di sekolah itu dikejutkan dengan bunyi objek jatuh.

Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di tepi bangunan sekolah.





.

Pernikahan itu sah...


Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan pernikahan antara penuntut tempatan, Yani Yuhana Mohd. Zambri yang mendakwa dirinya disihir oleh lelaki warga Pakistan, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan adalah sah mengikut hukum syarak.
Menurut Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Yani Yuhana selaku defendan telah gagal memanggil saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut walaupun wanita itu mengemukakan laporan polis dan surat dari Pusat Pengubatan Islam Darussyifa kepada mahkamah.

Beliau berpendapat Yani Yuhana, 25, berada dalam keadaan sedar dan waras ketika majlis pernikahan berlangsung di Sadiqadad Raw, Pakistan, pada 2 April 2009 kerana defendan didapati ceria seperti dilihat dalam album gambar kahwin.
Ujar beliau lagi, Yani Yuhana juga didapati waras kerana sebelum tarikh majlis pernikahan, dia yang ketika itu menuntut di United Kingdom telah berlepas dengan menaiki kapal terbang secara berseorangan menuju ke Pakistan.

Abdul Walid turut menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh peguam syarie Othman Mohd. Noor yang mewakili Yani Yuhana mengenai perbezaan rukun nikah mengikut Syafie dan Hanafi.
‘‘Walaupun rukun nikah menurut Syafie adalah wali, sighah, suami, isteri serta dua saksi, manakala Hanafi hanya mempunyai dua rukun sahaja iaitu ijab dan qabul, tetapi hukum syarak merangkumi semua mazhab.

‘‘Oleh demikian, permohonan pengesahan pernikahan tersebut yang difailkan oleh Muhammad Kamran selaku plaintif, tahun lalu adalah sah kerana proses perkahwinan itu berlaku disaksikan oleh pendaftar perkahwinan dan dua saksi lelaki,’’ kata hakim tersebut.
Beliau menambah, Kementerian Luar Negeri Pakistan dan Kedutaan Pakistan di Malaysia juga mengesahkan kesahihan sijil pernikahan Yani Yuhana dan Muhammad Kamran.

Abdul Walid mengakhiri kertas penghakiman setebal 50 muka surat yang dibacakan dalam masa sejam dengan menegur ahli keluarga kerana sering menganggu prosiding seperti menghina mahkamah.
Sejurus itu, Othman bangun dan memberitahu bahawa anak guamnya, Yani Yuhana ingin mengemukakan permohonan khuluk (tebus talak) namun pihaknya akan melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah selepas Abdul Walid mencadangkan ia didaftarkan terlebih dahulu.

Selepas prosiding selesai, Yani Yuhana dilihat menyerahkan wang tunai RM350 kepada Muhammad Kamran, 49, sebagai salah satu proses khuluk, namun lelaki itu yang diwakili peguam syarie Muhamad Burok enggan menerimanya kerana tidak bersetuju untuk bercerai dengan penuntut tersebut.
Prosiding pada hari ini berlangsung dalam keadaan aman dengan dikawal oleh 10 anggota polis walaupun pada beberapa perbicaraan lalu suasana menjadi kecoh dan bising.




.

Kesal anak-anaknya dipergunakan


DRAMATIS popular, Arbaiyah Abdul Manan, 34 atau Abby Abadi mempersoalkan motif tindakan Memey Suhaiza Suhaimi, 23, yang membawa dua daripada tiga orang anaknya hadir ke sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur, minggu lepas.

Abby mendakwa, tindakan tunang Norman Hakim, 35, itu adalah di luar pengetahuannya walaupun dia tidak dapat menghalang sekiranya anak-anaknya dibawa bersiar-siar oleh bekas suaminya itu dengan disertai oleh Memey.
Abby meluahkan rasa tidak senang hati setelah mendapat tahu dua anak perempuannya, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim, masing-masing berumur enam dan tiga tahun, dibawa ke satu majlis tanpa ditemani oleh bekas suaminya itu.

Lebih tidak elok lagi apabila majlis tersebut diadakan pada sebelah malam dan kanak-kanak tidak digalakkan dibawa ke majlis tersebut.
Menerusi perbualan telefon, Abby memberitahu, dia amat berkecil hati dengan sikap Norman yang membenarkan Memey membawa anak-anak mereka walhal majlis tersebut tidak sesuai dihadiri oleh kanak-kanak.

"Jujurnya, saya tidak tahu menahu bahawa anak-anak saya dibawa ke majlis tersebut.
"Setahu saya, seperti biasa, Norman minta kebenaran untuk membawa anak-anak keluar kerana mahu meluangkan masa bersama.
"Kebetulan, pada hari Norman menjemput anak-anak, saya tidak ada di rumah kerana mempunyai komitmen lain di luar Kuala Lumpur, " jelas Abby.

Ketika ditanya adakah tindakan Memey itu mengundang kemarahan di lubuk hatinya, dalam nada tenang Abby menjelaskan, dia cuma terkilan dan tidak suka dengan apa yang telah dilakukan oleh Memey.
Tambah Abby, sudah banyak kali dia menegur bekas suaminya dan Memey agar jangan membawa anak-anak ke tempat-tempat yang tidak sesuai tetapi tegurannya itu tidak diendahkan.
"Ia seolah-olah membelakangkan peranan dan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada anak-anak saya.
"Hendak dimarah pun, mereka (Norman dan Memey) sudah dewasa dan selaku ayah kepada anak-anak saya, Norman ada hak untuk membawa anak-anak keluar. Sepatutnya mereka sendiri boleh berfikir apa yang wajar dan apa yang tidak wajar.

"Saya bukan ingin menyekat aktiviti mereka dengan anak-anak. Tetapi mereka harus menghormati juga perasaan saya sebagai ibu yang turut menerima tempias sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini ke atas anak-anak saya," komen Abby.
Di samping itu, rintih Abby, sama ada Norman mahupun Memey, mereka sepatutnya kasihan dan peka terhadap anak-anaknya yang masih kecil dan bukannya mendedahkan anak-anak sekecil itu kepada perkara duniawi.

Pada usia tiga dan enam tahun, menurut Abby, anak-anaknya tidak seharusnya berada dalam sebuah majlis yang dianjurkan khas untuk golongan wanita dewasa sementelah ia diadakan pada sebelah malam.
"Kasihanilah kepada mereka kerana bagaikan dipaksa untuk bersengkang mata sehingga majlis itu tamat pada lewat malam.

"Lazimnya, anak-anak sudah dibuai mimpi pada waktu itu. Ini tidak, masih berada di luar, lebih-lebih lagi di sebuah majlis yang mereka sendiri (anak-anak) tidak faham apakah kebaikan majlis itu untuk mereka," luah Abby yang ternyata kesal dengan apa yang telah berlaku.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!