Saturday, July 30, 2011

day 23 - dream wedding


Semua orang ada perkahwinan impian..
Termasuk lulu..

Perkahwinan yang lulu impikan adalah segalanya berwarna putih..
Dari pakaian, kek, hantaran dan hiasan lainnya...
Owh, putih suci jer kan...

Namun, lulu tak suka membazir..
Memadailah sekadar bersederhana..
Tak perlu besar-besaran...


Namun, makan besar bersama keluarga mesti ada,
sebab lulu keluarga cina, memang amat mementingkan adat ni..
Dengan makan besar bersama keluarga, akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama..
itu yang penting..


Juga tak suka nak ada banyak persalinan..
ni bukan masanya untuk jadi model, pakai banyak fashion baju untuk ditayang depan semua orang..huhu..
Banyak duit akan mengalir deras dan buat duit poket lebih parah..
Yang penting, adalah ijab kabul berdasarkan islam, dan bukan menunjuk-nunjuk dengan orang lain...



P/S - Tamat cabaran hari ke 23 ~baca~






.

Kuku lambang keperibadiannya


PEMBACA berita TV9, Azura Abu Samah, 28, sanggup memperuntukkan RM80 sebulan untuk membuat rawatan kuku supaya jari tangannya sentiasa kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Bagi anak jati Kuala Lumpur ini, selain daripada menjaga kecantikan paras rupa dan bentuk tubuh, penjagaan kuku adalah keutamaannya.
“Kita orang Melayu yang menggunakan tangan apabila makan. Jadi, tidak salah jika kuku tangan dijaga dengan baik kerana itu akan menghindarkan daripada dijangkiti penyakit.

“Sebab itulah juga saya selalu memastikan kuku tangan saya sentiasa bersih dan sihat,” katanya ketika ditemui di salon kecantikan kuku di Axis Atrium, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kata Azura lagi, ramai yang beranggapan, wanita yang mengunjungi salon kecantikan kuku hanya mahukan kuku yang cantik semata-mata.
Sedangkan bagi dirinya, kuku yang bersih mencerminkan keperibadian seseorang itu sebagai seorang yang pembersih.

Biarpun sibuk dengan tugas sebagai pembaca berita televisyen, Azura memberitahu S3, dia akan sentiasa mencari masa untuk berkunjung ke salon kecantikan kuku.
Oleh itu, katanya, dalam tempoh sebulan, sekurang-kurangnya dua kali dia akan ke salon berkenaan.
“Sebenarnya, memberi perhatian kepada kuku adalah satu tabiat yang harus dipupuk sejak kecil lagi.
“Bayangkan jika kuku tangan kita hitam dan berdaki. Pasti itu akan memberikan gambaran yang kita seorang yang pengotor.

“Bagi saya, di peringkat kanak-kanak lagi perlu dididik menjaga kebersihan kuku tangan termasuk kuku kaki.
“Seperkara lagi, jangan ada tabiat suka menggigit kuku-kuku jari tangan. Ia bukan sahaja tidak senonoh tetapi juga menjijikkan,” ujarnya.
Kata Azura, ketika dia tidak boleh bersolat, dia juga gemar menghias kuku tangannya dengan warna-warna tertentu.

“Sebenarnya saya tidak terlalu cenderung tentang mencorak kuku sebaliknya, pewarna kuku lebih menjadi ‘kegilaan’ saya.
“Ada ketikanya, kuku tangan saya akan diwarnakan dengan warna merah jambu. Itu memberikan saya mood ceria,” katanya yang turut menyukai perkhidmatan urutan tangan dan kaki setiap kali berkunjung ke salon kegemarannya itu.




.

Malaysian FA apologise to Chelsea for alleged anti-Semetic abuse aimed at Benayoun


The Malaysia Football Association have apologised to Chelsea following the London club's complaint over anti-semitic abuse directed at midfielder Yossi Benayoun.
But the statement from the Malaysian FA plays down the incident which saw the Israel international jeered every time he touched the ball during a recent friendly in Kuala Lumpur.
'The FA of Malaysia would like to strongly register that we do not condone any form of racism in football,' the statement read.   

'If such an incident did happen we would like to apologise to the player concerned and also to Chelsea FC.    
'From our initial observations, if such an incident took place, it would have involved a small section of spectators at the match. This surely does not reflect the feelings of the majority of fans in this football-loving country.'
Malaysia is a predominantly Muslim country and has no diplomatic ties with Israel.   
The Israeli was barracked every time he touched the ball during the game against a Malaysia XI watched by 84,980 spectators at the Bukit Jalil National Stadium last Thursday and agency reports from the region immediately after stated it was anti-semitic in nature.

When briefing the media after the match, Chelsea suggested the abuse was a consequence of a bad tackle by the Blues midfielder but after reviewing the incident fully, the London club subsequently decided to lodge a formal complaint.
They then released a strongly worded statement concerning the alleged incidents.    
'We believe Yossi was subjected to anti-semitic abuse by a number of supporters at the game,' the club said. 'Such behavior is offensive, totally unacceptable and has no place in football.'    




P/S - Previous news [here]



.

Bakal terpanjang..


Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.

Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.


Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.

Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia.





.

Enggan hadir..


Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.
Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.
Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.

“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya.
Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.
"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.

"Pada pendapat saya, sama ada saya beri komen atau tidak, Norman dan Memey tidak ada kena mengena pun dengan saya," katanya.
Tambah ibu tunggal kepada tiga orang anak ini, walau apa pun keputusan mahkamah, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa aktiviti mengenai kehidupan sehariannya.

Ditanya adakah Abby sudah berbaik dengan Norman setelah isu tuntutan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 terhadap Norman diperkatakan sebelum ini, menurut Abby mereka sekadar bertegur sapa mengenai perihal anak sahaja.

"Jujurnya, apabila timbul pertikaian mengenai isu tersebut (hantaran), ia sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan saya. Dan ia dilihat seperti saya yang mahu memanaskan keadaan.
"Oleh itu, saya letak tanggungjawab tersebut kepada peguam saya yang rasanya lebih tahu tentang perkara ini.
"Saya belajar daripada pengalaman apabila kita cakap sesuatu yang benar, ia akan terkena kepada kita. Jadi cakap pun tak guna dan biarlah orang yang lebih arif sahaja yang uruskan," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai hubungannya dengan pelakon Zul Arifin, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun masing-masing pernah berbincang mengenai hal tersebut.
Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Bagaimanapun mereka bercerai pada 18 Disember 2008.



.

Perginya seorang insan..




Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.




.

Memang menakjubkan


Seekor buaya besar sepanjang 5 meter (m) membaham sekor buaya kecil berukuran 2.5m panjang di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar itu dirakamkan oleh Lyn Minchin yang menaiki sebuah bot bersama rakannya, Michael Milatos dari Darwin.

Menurut Milatos, buaya yang besar itu mengheret buaya kecil tersebut tanpa sebarang masalah dengan menggunakan rahangnya.




.

David Beckham has new inking on his neck in tribute to baby daughter Harper Seven



He's famously already got body art dedicated to his wife Victoria and sons Brooklyn, Romeo and Cruz - so it was only a matter of time before David Beckham got a new inscription to mark the birth of daughter Harper Seven.
The couple’s first baby girl was born earlier this month and proud father David gave a teasing glimpse of the new inking on his neck this week during a television interview for his club LA Galaxy.
The new design appears to be of curled lettering, suggesting he has had Harper Seven's name inscribed in a fancy font. 


The inking sits just above his tattoo of Jesus being carried by three cherubs, which are meant to symbolise sons Brooklyn, 12, Romeo, eight and Cruz, six.
Beckham said at the time: ‘It’s Jesus being carried by three cherubs and obviously the cherubs are my boys and so my thought of it is that at some point my boys are going to need to look after me and that’s what they’re doing in the picture. It means a lot.’
The 36-year-old LA Galaxy star is known for his array of tattoos, many of which are dedicated to his family.
As well as the cherubs David already has the names of his three boys and an inscription of Victoria’s name written in Hindi.

He also a six-inch tattoo of Victoria as an angel, accompanied with the words ‘til death do us part.’
David has previously said his tattoos are a way of expressing how he’s feeling, explaining: ‘Most of my tattoos are memories and things that mean things to me.
‘There's not one tattoo that I've got on me that doesn't mean something.’
 That tattoo was the handy work of one of LA’s biggest tattoo artists, Mark Mahoney, who has worked on a long list of famous names who include Johnny Depp, Brad Pitt and Angelina Jolie and it's likely that the Harper Seven inking was courtesy of his hand too.




.

Ben Ashaari nak tengok gambar terbaik dari Lulu Caldina


Segmen yang simple, tapi boleh jadi penuh perngertian berdasarkan gambar yang diattach ;)

Jom join.. mari lihat gambar yang lulu pertaruhkan..


[klik pada gambar untuk lebih jelas dan teruja]


Perkenalkan my new baby ekeke..
Lulu baru jer ambik gambar ni beberapa hari yang lalu, 
menggunakan nikon D3100...
Setakat ni belum mahir lagi guna DSLR..
Tapi rasanya kualiti gambar ni dah terbaik..
Melengkapkan gambar terbaik ni adalah game Angry Bird itu sendiri..
wee.....jom main angry bird....




.

Dia mengalami kemurungan..


Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami
masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.
"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'," katanya.

Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.
Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya memasuki universiti tempatan, diterima.

Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan.




.

Kanak-kanak perempuan mati digilis bapa


Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.
Beliau berkata sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya.

"Selepas memanaskan enjin kira-kira 15 minit, saya terus mengundurkan kereta namun tiba-tiba saya dengar jiran yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu yang anak saya ada di bawah kereta," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Che Pauzi, yang bertugas sebagai pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) berkata beliau terus melihat di bawah kenderaan dan terkejut apabila melihat anaknya tersepit di bawah tayar depan sebelah kiri kenderaan.

Bagaimanapun, katanya anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan menerima laporan kes itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



.

Keluarga memang yang paling penting..


Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengaku rindu terhadap dunia hiburan yang dahulu menjadi sumber rezeki utamanya.
Sejak mendirikan rumah tangga pada awal April 2010 dengan ahli perniagaan Ardie Bakrie, Nia telah meninggalkan dunia lakonan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

"Saya rindu sangat untuk kembali berlakon. Sebenarnya suami saya sudah mengizinkan cuma waktu bersama keluarga pasti akan terjejas kerana waktu yang tidak menentu.
"Masakan saya akan balik lewat malam dan membiarkan keluarga begitu sahaja kerana sekarang saya sudah punya suami," tuturnya seperti dipetik Kompas.com.

Dalam pada itu, Nia turut menyedari setelah berstatus isteri Ardie, hidupnya berubah dan memilih kehidupan keluarga berbanding kerjaya.
"Dulu kalau penggambaran sudah tentu akan balik pagi, jika mahu berjumpa dia (Ardie) akan datang ke lokasi. Jumpa pun kadang-kadang kerana kekangan waktu.

"Sekarang sudah berkahwin hidup saya berubah seratus peratus dan hanya beri perhatian terhadap keluarga sahaja," katanya.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!