Wednesday, August 10, 2011

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


Inilah hari terakhir cabaran ini...
Tetiba selepas melakukannya selama 29 hari, hari ke30 ni penyakit malas menyerang...
Siyes blurr tak tau apa nak tulis..
So, apa jer yang korang baca ni, kira tulisan secara spontan dari lulu caldina..ngee


Sepanjang hari, badan macam kena renjatan elektrik, 
laparlah tu hish... sebab sahur makan maggie ayam jer...
Makan maggie sedap, apa lagi letak sebiji telur.. 
Lepas tu kuningnya jangan biar pecah.. :)
Siyes lapar sahur macam tu..
Eh, puasa kenalah rasa lapar... kalau tak lapar buka puasa..


Masa berbuka tadi, simple jer,
Goreng ikan, sayur kangkung dan sedikit lauk ringan..
Juga ada sedikit kuih lapis... :) sedap..
Air???  :P



Sekarang tengah bingung nak fikir mengenai segmen..
Siapakah yang bertuah???
Siyes tak sangka sambutannya begitu hangat/hebat...
Tertanya juga dalam hati ni..
Kalau tak terpilih, mesti kecewa, kan???
huhu macam mana nak puaskan hati semua orang???


Hari ni juga lulu berjaya blogwalking tak silap lebih 50 blog..
wee adakah blog anda antaranya???
sepanjang bulan puasa ni, memang kurang sikit BW..
Mood takde.. huhu... 
Tapi lulu cuba juga... yeah..



Dah, selesai cabaran hari ke30, semuanya mengenai makan.. ngee




.

Baby girl survives after parents refuse doctors' request to take her home to die



A couple told to take their baby home to die saved their daughter's life after they demanded a second opinion.
Graeme and Kerry Healey were told by doctors in London that nothing could be done for their baby Millie.
But the couple from Gloucester, refused to accept the medical verdict on their beloved baby and insisted on a full review of her case.
As a result, experts in Birmingham decided it was worth operating to try to save Millie's life - and they succeeded.
Now her parents are poised to take her home.

'To go from being told your child has no chance of survival to being where we are now is nothing short of a miracle,' said Graeme.
'We are so grateful to the hospital staff. If it was not for them we would not have our little girl, we would be getting over a funeral instead.'

The couple's emotional roller coaster ride began at Kelly's 20-week scan when tests revealed the baby had hypoplastic left heart syndrome - a congenital condition affecting the left side of the heart.
However, it was not until Millie was born at Bristol's St Michaels Hospital on May 31 that the full extent of her condition became apparent.
She was then transferred to Evelina's Children's Hospital in London where further tests showed she was actually suffering for a much rarer problem called cyanotic univentrical heart.
The cluster of abnormalities included the heart arteries and ventricles being back-to-front, an underdeveloped right side of the heart and problems with the blood vessels going to the lungs.
Doctors say the chances of a child being born with all these problems is a million to one.
Millie's low birth weight of 4lb 15oz created further complications as she was not strong enough to withstand major corrective surgery.
When doctors discovered this, they told Graeme, 41, and Kelly, 38, there was little they could do apart from make her comfortable and provide palliative care.
But the couple, who have seven other children, were determined to fight for their daughter.


They asked for a second opinion at Birmingham Children's Hospital - where they were given hope when doctors agreed to operate.
Since then she has had two major operations to repair the faults and Millie is now out of intensive care and recovering in the cardiac ward.
Although Millie will need more surgery in the future, doctors hope she will be home by the end of summer.
'That will be the perfect moment for us,' said Graeme.


P/S ~Atas permintaan ramai, segmen ni : lulu akan terima penyertaan sehingga pukul 10 malam ni (rabu)..



.

Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam


Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.

Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.

Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu.


P/S ~Atas permintaan ramai, segmen ni : lulu akan terima penyertaan sehingga pukul 10 malam ni (rabu)..


.

Perkahwinan besar-besaran


Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini.

Majlis yang berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru itu turut diadakan seiring dengan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.
"Pada mulanya saya tidak merancang untuk melakukan majlis perkahwinan sekaligus dengan festival ini tetapi setelah keluarga sebelah tunang saya menetapkan tarikh bernikah pada 1 Oktober, jadi kami terusmerancang untuk melangsungkan majlis ini pada 29 September.

"Walaupun besar-besaran, tetapi saya rasa tidak salah kerana ia bertujuan untuk meraikan perkahwinan kami," katanya ketika sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, Selasa.
Noraniza hadir dengan tunangnya dan mereka berpakaian sedondon berwarna hijau pucuk pisang.

Berkongsi tentang cinta pasangan ini, biarpun pernah serik dengan dua perkahwinan lalu, namun Noraniza mula terbuka hati untuk berkahwin dengan bilal masjid di Singapura itu setelah benar-benar mengenalihati budinya.
"Saya yakin dia merupakan jodoh saya kerana dia seorang yang berterus-terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan.

"Hubungan kami terjalin sejak kami bertemu untuk urusan jualan amal anak yatim di Bazar Ramadan pada tahun lalu.
"Kemudian pada 22 April tahun ini, kami bertunang dan seterusnya menetapkan majlis pernikahan ini," kata Noraniza.

Sementara tunangnya pula tertarik dengan Noraniza yang memiliki sifat wanita berwibawa.
"Saya juga menyenangi sikap Noraniza yang berterus-terang dan yang paling buat saya tidak dapat melupakannya apabila makan biskut tat nenas.
"Yang penting semua pihak merestui dan gembira dengan perkahwinan ini," ujarnya.

Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka sehingga pukul 5 petang.
Seterusnya, terdapat majlis perkahwinan melibatkan lima pasangan pelbagai kaum yang diadakan selama empat hari berturut-turut di tempat yang sama.
Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.
Noraniza mempunyai dua orang anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.


P/S ~Atas permintaan ramai, segmen ni : lulu akan terima penyertaan sehingga pukul 10 malam ni (rabu)..




.

Sandwich Telur


Tiba-tiba teringin nak makan, jadi ianya menjadi juadah berbuka puasa kelmarin...
Terus kita kongsikan disini :)


  • Roti (lulu pakai warna kuning, lagii menyelerakan)
  • Cheese
  • Tomato dihiris
  • Planta/marjerin
  • Telur
  • mayonis

Kita buat telur dulu....
Telur direbus, nak banyak, letaklah beberapa biji.. Agak dah masak, keluarkan dan kupas... Lepas tu tenyeh dengan alat ni..


Dulu selalu sibuk nak tahu, macam mana kedai roti buat telur macam ni... Betul nak tau, sebab rasanya sedap sangat.... Jadi untuk sesiapa yang ada soalan yang sama, inilah resepinya......So, bila dah hancur macam dalam gambar ni, letak mayonis, nak banyak letak banyak, sedikit lada sulah dan perasa...


Dah jadi, simple jer rupanya buat ni.. Letak mayonis banyak lagii buatkannya sedap..

Ok, so, kita tempek-tempek je lah kat roti... Lapisan pertama leh sapu planta. cheese, lapisan kedua letak telur dan hirisan tomato... haa, dah siap.. Tengok kat kedai roti, sandwich simple macam ni berapa harga???



P/S - Terfikir nak buat burger lagi, nanti kita share resepi eh ... *wink..

~Atas permintaan ramai, segmen ni : lulu akan terima penyertaan sehingga pukul 10 malam ni (rabu)..



.

Wordless Wednesday





.

Segmen | Blog ku memang lawa dimata Lulu Caldina





Wohoo lama tak buat segmen..
Jom, sertai segmen yang menarik sangat bagi lulu...
Wee, oleh kerana masih teruja dengan baby baru ni..
Ekeke, sila layankan jer eh..
Lulu buat keputusan nak buat segmen yang berkaitannya..




  1. Letak header Lulu-Pages dan linkkan ke entri ini dengan tajuk 
    "Blog ku memang lawa di mata Lulu Caldina"
  2. Dalam entri tu, silalah tulis apa jer yang korang nak.. ekeke
  3. Dah siap, tinggalkan link entri korang kat komen entri ni
  4. Tarikh Tutup, Rabu ni, 3 petang...


5 blog yang terpilih, (tak semestinya blog lawa yang akan terpilih.. kita akan lihat siapa yang 'bertuah..) akan lulu view melalui samsung galaxy tab, diabadikan dalam gambar dengan Nikon D3100. Dan menjadi entri melekat selama 24 jam di Lulu-Pages.. Tak cukup? nak 48 jam? wee, akan difikirkan ;p..





P/S - Teruja, sebab encik ben 1st komen kat Lulu-Pages, walaupun dah lama follow blog ni :)






.

Bersedia untuk ditamatkan... segmen terbaru...


Dah tinggal hanya 2 jam saja lagi untuk segmen terbaru di Lulu-Pages ini akan ditamatkan..
(semasa entri ni publish).
Ekeke, tak sabar rasanya untuk mengetahui 5 blog yang akan diabadikan melalui samsung galaxy tab dan nikon D3100... Siyes terbaik... Apatah lagi bila berada di entri melekat selama 24 jam.. owh 48 jam? ngee, kemungkinan besar..


Tapi yang selalu buat lulu ralat, asal tutup segmen atau giveaway, ada jer orang yang mengeluh sebab tak sempat join... Jadi, semoga dengan ingatan entri ni, akan dapat menggelakkan masalah begini berulang... Tak payahlah nak bookmark, join jer terus, segmen ni mudah jer... kan?


Selepas jam 3 petang, kita tutuplah segmen ni yer :)




.

Tinggal sehelai sepinggang



Seorang ibu tunggal beranak empat di Kampung Lundang dekat sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang disewanya musnah dalam kebakaran hari ini.

Semasa kejadian pukul 6.30 pagi, mangsa, Norlia Mohd. Zain, 43, dan seorang anak perempuannya berada di gerai mereka berhampiran Pasar Siti Khadijah untuk menjual kuih raya.

Ketika insiden itu, hanya tinggal dua anak dan ibunya berusia 70 tahun di rumah.

“Kira-kira pukul 4 pagi anak saya, Wan Nor Kashidah Wan Kamaruddin menghubungi saya memaklumkan ada orang di bawah rumah.

“Saya beritahu dia agar jangan tidur, takut ada orang cuba pecah masuk rumah. Tidak lama selepas itu, dia maklumkan rumah terbakar,” katanya dalam nada sebak kerana kehilangan semua harta benda, termasuk bekalan kuih raya untuk dijual berharga kira-kira RM10,000.

Norlia berkata, dia telah menyewa rumah tersebut sejak tujuh tahun lalu dengan bayaran RM150 sebulan.

“Kini saya tak tahu nak duduk mana, baju raya anak-anak pun belum beli lagi. Bekalan kuih raya semua habis, tak sempat balik modal kerana baru semalam mula niaga. Nak niaga lain duit dah tak ada,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Wan Hassan Wan Idris memberitahu, pihaknya menghantar empat jentera termasuk sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim bersama 19 anggota.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, rumah kayu terbabit musnah sepenuhnya. Pihak kami mengambil masa kira-kira 15 untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kerugian dianggarkan kira-kira RM150,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Wan Hassan turut menasihatkan orang ramai terutama suri rumah supaya berhati-hati dengan aktiviti memasak sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengelak musibah.

“Sebelum keluar rumah, sila pastikan semua punca elektrik ditutup sepenuhnya, begitu juga dengan dapur gas untuk mencegah kebakaran,” katanya.



.

‘Belajar rajin-rajin, jaga adik’


“Mak pesan belajar rajin-rajin, jaga adik baik-baik. Saya tidak sangka itu pesanan terakhirnya,” ujar Serry Priska Saari.
Serry, 15, salah seorang daripada dua penduduk yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil Brinchang, berkata, pesanan itu disampaikan ibunya, Sara Gunung, 37, beberapa hari sebelum kejadian yang meragut tujuh nyawa penduduk kampung termasuk ibunya.

Dalam kejadian yang turut mengorbankan neneknya, Normadiah Lasik, 69, dan ibu saudara, Norma Gunung, 51, Serry yang patah kaki kanan dan terseliuh tangan kiri itu berjaya dikeluarkan daripada tanah runtuhan bersama seorang lagi mangsa, Bah Anjang Besar Alang, 39.
Menurutnya, semasa kejadian dia sedang mandi manakala ibu dan neneknya berada di ruang tamu dan bilik tidur.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku. Apa yang saya ingat semasa sedang mandi saya terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan suara menjerit meminta tolong.

“Saya cuba untuk lari tapi pandangan tiba-tiba gelap dan apabila sedar saya sudah berada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.
Ketika ditanya tentang kelainan sikap ibunya sebelum hari kejadian, Serry berkata, wanita itu berkeadaan seperti biasa namun sering marah-marah walaupun atas kesalahan kecil.

“Dia selalu marah-marah tetapi masih sempat berpesan untuk belajar rajin-rajin. Saya pelik tetapi hanya menganggap itu pesanan biasa dan tidak sangka ia merupakan nasihat terakhirnya untuk saya,” katanya.
Ditanya sama ada dia masih mahu pulang ke perkampungan tersebut, dengan pantas Serry menggeleng dan mengatakan tidak mahu lagi pulang ke sana.

“Saya takut dan saya tidak mahu lagi tinggal di sana. Melihat tempat itu pun saya tidak mahu.
“Mak, makcik dan nenek semua maut dalam kejadian itu dan saya masih tidak percaya mereka tiada. Saya sangat sayangkan mereka,” katanya.



.

Pemain bola cedera main mercun


Kreativiti seorang pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun membuat mercun buatan sendiri menggunakan pemula lampu kalimantan dan mercun bola mengundang padah apabila tiba-tiba ia meletup mengakibatkan mangsa melecur.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa, Mohd. Nazirul Hasif Mailang yang mewakili negara dalam Piala Asia di Jepun bulan lalu, bernasib baik apabila hanya kuku di jari manis kirinya tercabut manakala tiga lagi kuku jari kirinya hampir tertanggal.
Anak sulung daripada empat beradik itu juga cedera di bahagian pipi, telinga serta mendapat tiga jahitan di lengan tangan kanan.

Ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini hari ini, Mohd. Nazirul Hasif berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang membuat mercun sendiri dengan menggunakan pemula lampu kalimantang dan mercun bola.
“Saya beli mercun bola berharga RM2, kemudian saya ambil pemula lampu dan menebuk bahan itu untuk disumbat dengan belerang dan sumbu mercun bola itu.

“Selepas itu, saya memanaskan dawai dan cucuh ke dalam pemula lampu itu, namun tiba-tiba ia meletup tanpa saya sempat melarikan diri,” katanya.
Selain Mohd. Nazirul Hasif, seorang adiknya yang kebetulan berada berhampiran turut cedera ringan terkena serpihan letupan itu.

Mohd. Nazirul Hasif memberitahu, dia belajar membuat mercun daripada rakan-rakannya dan ia bukanlah mercun buatannya yang pertama.
Sementara itu, bapanya, Mailang Sari, 38, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga sedang berbuka puasa di warung berkenaan.

“Ketika kejadian saya dan isteri, Zuraidah Kamaruddin, 36, bersama empat anak termasuk mangsa sedang berbuka puasa di hadapan warung.
“Mohd. Nazirul Hasif yang selesai dahulu makan dilihat tergesa-gesa masuk ke bahagian dapur warung dan beberapa minit selepas itu kami terdengar bunyi letupan dan dentuman kuat dari dapur menyebabkan kami bergegas masuk,” katanya.

Sejurus masuk ke dapur, dia terkejut melihat anaknya itu berdiri dengan pakaian dipenuhi darah serta beberapa peralatan untuk membuat mercun bertaburan.
Mailang berkata, dia membawa Mohd. Nazirul Hasif ke Hospital Tumpat tetapi dirujuk ke HRPZ II kerana kecederaannya agak serius namun dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.



.

Selamba beli makan tengah hari


Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.
Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.

Tinjauan berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi ‘lokasi terbaik’ untuk kaki ponteng puasa melayan selera.
Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.

Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.
Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.

Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.
Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.

Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.
Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.
Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!