Tuesday, August 23, 2011

Here comes the bride... 60 years on


A loving couple celebrated their diamond wedding anniversary by renewing their vows in front of the four original bridesmaids - 60 years after they tied the knot.

Denis, 85, and Jean Weaden, 78, met and fell in love in 1947 and got married four years later in 1951.

The couple are still very much in love and decided to celebrate 60 years of marriage at the same church to the exact minute of their original service.
Denis and Jean arrived at St George's parish church in Easton-in-Gordano, Somerset, in a car decorated with ribbons and were joined by 120 relatives and friends for their special day.

Amazingly, the couple's original bridesmaids Doreen Bullen, 76, Ann Speed, 75, Kathleen Horler, 72, and 69-year-old Dorothy Joyner reacquainted themselves with the important roles.

It was a real family affair as Doreen, Ann and Dorothy are Jean's sisters and Kathleen is Denis's niece.


Sadly, Denis had to do without was best man John Prunell, who passed away two years ago at the age of 78.

But the couple's great-grandson Jonathan Taylor, 17, took over John's role while granddaughter Beth Weaden, 16, was a flower girl.

Jean said: ‘Having a service to renew our vows was something I'd wanted to do for our 40th anniversary but it didn't happen.

‘I was determined to do it for our 60th and we saved up for the last two years for it.
‘I was really excited but also a bit nervous about the day but it was lovely to see friends and family we hadn't seen for years. My sister and her husband and son travelled to the service from France.

‘It poured with rain the first time around but we had a better luck this time. It rained a bit in the morning but it was beautiful afterwards.

‘I was shattered by the end of it but all the effort was worth it. We had a fantastic day.’

The couple didn't want gifts and instead asked for donations to charity.

They managed to raise £478 with the money going to Golden Oldies and breast cancer and prostate charities with both Denis and Jean having been affected by the illnesses.

The service to renew their vows was conducted by rector, the Rev Ruth Legg, with the happy couple sprinkled with confetti as they left the church.


Following the exchange of vows, Denis and Jean hosted a reception at nearby Pill Memorial Club.

Denis was born and brought up in Easton-in-Gordano with Jean coming from neighbouring Pill.

He joined the Royal Artillery as a teenager during the Second World War, serving for three-and-a-half years.

After the war Denis worked at Portishead power station for a few months before becoming a postman for 12 years.  Denis then worked as a milkman for 30 years retiring from his round after turning 65.

He met Jean in the village hall, known as The Hut, during a New Year's Eve dance. Four-and-a-half years later, they were married in St George's.

Denis said: ‘We even held the service at noon, exactly the same time as our wedding.

‘Looking from here, I can see The Hut where we met. I can't dance but it was where people went in those days.

‘I don't know where the past 60 years have gone. I wouldn't say we've never rowed but you just get on with it and today has been lovely.’

The couple, who have lived in the same house in Friendly Row, Pill, for 54 years, have four daughters and a son, 12 grandchildren and 13 great grandchildren - soon to be 14.



.

Ratusan ribu umat islam membanjirinya


Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar.

Jabatan Pertahanan Awam di Makkah memberikan akhbar Arabnews peluang yang sangat jarang untuk merakamkan gambar Masjidilharam pada malam 21 Ramadan yang jatuh pada Sabtu melalui helikopter jabatan itu dengan inisiatif Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Muhammad al Harbi.

Helikopter Midel S92 yang tiba dari Jeddah dipandu juruterbang, Kapten Abdul Aziz Al-Dhufyan dan Leftenan Pertama Ziyad Al-Otaibi.
Jurugambar akhbar itu berjaya merakamkan imej keseluruhan Makkah dari pelbagai sudut termasuk Menara Wakaf Raja Abdul Aziz.

Helikopter juga melintasi kawasan Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya, kawasan yang sesak dengan kenderaan membawa jemaah dan orang ramai yang mahu beribadah.

Juruterbang membantu memaklumkan kepada kakitangan lapangan Jabatan Pertahanan Awam yang kesesakan berlaku di banyak tempat di bandar itu.

Kegunaan helikopter itu adalah untuk mencari, menyelamat, memadamkan kebakaran dan mengangkut pesakit. Ia boleh membawa 22 penumpang.
Sebaik saja Ramadan menghampiri fasa terakhir masjid di seluruh Arab Saudi mula menganjurkan ibadat qiamullail termasuk solat malam.

“Solat istimewa ini dilaksanakan pada malam 10 hari terakhir Ramadan mulai jam 1 pagi,” kata imam di Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah, Riyadh.
Tempoh 10 malam terakhir Ramadan lebih penting kerana al-Quran kali pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW pada malam Lailatulqadar. Justeru, amalan baik umat Islam akan diberi ganjaran besar, kata imam itu.

Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Dakwah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dibuka untuk jemaah sepanjang malam pada malam 10 Ramadan terakhir.
Imam berkata masjid dibuka kepada orang ramai pada waktu malam untuk mereka membaca al-Quran dan melaksanakan solat sunat.



.

Pelarian Somalia jual bantuan makanan demi duit


Penduduk Somalia yang menghadapi krisis kebuluran terpaksa menjual bantuan makanan yang diterima daripada pertubuhan kemanusiaan bagi membolehkan mereka membeli keperluan harian lain dan menampung kos rawatan perubatan.

Seorang nenek, Fatuma Abdi, 81, yang menghidap kencing manis dan memelihara empat cucu selepas kematian ibu bapa mereka berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi membolehkannya mendapatkan rawatan dan membeli susu.
Abdi yang tinggal di Bulla Hawa, bandar di sempadan Kenya dan Somalia berkata kepada Radio Netherlands Worldwide, sebelum ini dia berniaga secara kecil-kecilan tetapi perniagaan itu gagal diteruskan.

Selepas dimaklumkan bantuan makanan oleh badan bukan kerajaan (NGO) akan diedarkan di Mandera, Kenya yang terletak lebih satu kilometer dari rumahnya, nenek itu pergi mendapatkan bantuan berkenaan.
Dia memperoleh 50 kilogram beras dan kurma, 50 kilogram tepung gandum, tiga liter minyak masak dan tiga paket susu.

Beberapa minit kemudian, Abdi berunding dengan seorang peniaga untuk menjual makanan di luar sebuah sekolah, di mana bantuan itu diagihkan.
"Saya sakit dan perlukan rawatan. Saya jual beras dan kurma bagi mendapatkan wang untuk membeli ubat selain susu untuk cucu saya,'' jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Mohamud Ali, 65, berkata, perbuatan berkenaan bukan satu perkara baru.
"Keperluan setiap orang berbeza, namun ia bukan alasan untuk tidak menyediakan bantuan makanan,'' katanya.
Sebuah pertubuhan kemanusiaan berkata, mereka tidak dapat memantau dan mengawal penjualan bantuan makanan berkenaan.



.

Pisang Goreng


Mudah jer kalau nak makan pisang goreng.. selalunya kat tepi jalan pun ada jual..
Tapi, rasanya lebih enak kalau masak/goreng sendiri..
Apatah lagi, memasaknya hanyalah semudah ABC, makan pun berbaloi..
Jom, cuba cara lulu masak, memang mudah..

  • Pisang, biasanya seulas tu bolehlah belah dua.. kalau lagi besar, boleh belah lagi banyak...
  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung goreng pisang adabi
  • air
  • perasa

Bancuh 2 jenis tepung dengan air dan masukkan sedikit perasa.. Jangan terlalu cair... Masukkan pisang, bolehlah goreng didalam minyak yang panas... Caranya mudah, tapi cubalah, berjaya tak dapat pisang goreng yang sedap macam dalam gambar tu??  :)



.

Segmen | Blogwalking sebelum raya..


Gila happy wei, sebab tinggal beberapa hari jer puasa...
Apa lagi bila puasa takde pecah, kan???
Yang tak puasa tu, tak usahlah nak rasa tak sabar nak raya...
Sebab hari raya untuk org yang berpuasa jer..ekeke...


Sempena nak raya ni, lulu nak buat 1 segmen...
Yelah, mesti ada yang nak wish sempena aidilfitri, tapi malas nak cari link sebab tengah sibuk kan...
So, jom kita kumpul sebanyak-banyaknya link dalam tempoh 24 jam, dan guess what???
Semua link tu akan menjadi entri melekat di Lulu-Pages selama 24 jam juga...
Bila dah melekat tu, bolehlah blogwalking...
Lulu pun nak blogwalking sama, sambil buat kuih raya :)



Apa yang perlu korang buat???
  1. Buat entri, ambik banner kat atas beserta link entri segmen ni,
    dengan tajuk " Blogwalking sebelum raya"
  2. Dalam entri tu, silalah buat ucapan sempena aidilfitri :)
  3. Dah siap tinggal link kat ruangan komen entri ni
  4. Tarikh tutup segmen adalah esok (selasa) 3 petang


Teruja tak??? cepat, tak sabar ni nak blogwalking...ekeke..



.

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka 'bawa mulut'

Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka 'membawa mulut' sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.
Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

"Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami," katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.
Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.
"Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah," tegasnya.



.

Sorok Mercun Dalam Enjin Kereta


Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api apabila taktik menyimpan mercun pada bahagian enjin kenderaan dikesan dalam satu operasi awal pagi Isnin.

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman berkata dalam Operasi Khas di Kilometer 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Changlun, sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan ketika melepasi pintu sempadan pada pukul 6.15 pagi.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah mercun dan bunga api diletakkan pada bahagian enjin kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Kira-kira 19 minit selepas itu UPP berjaya menahan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Wish di tempat sama yang turut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diseludup masuk dari negara jiran.

"Jumlah keseluruhan rampasan mercun dan bunga api awal pagi tadi bernilai RM209 dan cukai terlibat RM32.80 dan kita juga telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit bagi membatu siasatan," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini.

Mohd Jasri berkata dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam Ahad, pihaknya menahan tiga buah kenderaan iaitu dua pikap Thailand dan sebuah lagi kenderaan jenis Wira di tempat sama, masing-masing meletakkan mercun dan bunga api di tempat simpan barang.

Beliau berkata, jumlah rampasan mercun dan bunga api itu bernilai RM467 dan cukai terlibat lebih RM200. "Seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki tempatan serta seorang wanita Thailand yang menaiki kenderaan berasingan, turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya. Dalam perkembangan lain, sebuah pikap Thailand terbakar pada bahagian enjin dan tempat duduk hadapan di kilometer 7.7 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Alor Setar pada pukul 12.10 tengah hari Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam Ahmad Zamri Chik berkata kejadian itu berlaku ketika pikap tersebut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kenderaanya.

Beliau berkata, bunga api dan mercun itu tiba-tiba terbakar disebabkan terlalu panas akibat bahang dari enjin.Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa empat minit untuk memadamkan kebakaran itu dari terus merebak ke kenderaan lain.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri sejurus kejadian tersebut berlaku.




.

Terkena renjatan dan mati


Enam lelaki Indonesia terkorban manakala lima rakan senegara mereka cedera akibat disambar petir dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini dan sebuah kebun sayur di Sungai Choh, Hulu Selangor semalam.

Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada pukul 2.30 petang dan 2.45 petang.

Dalam kejadian di Glenmarie, tiga lelaki Indonesia maut manakala tiga rakan senegara mereka yang lain cedera.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd. Nasir, 46. Tiga lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti kecuali seorang mangsa wanita dikenali sebagai Som, 20.

Semasa kejadian, tiga mangsa yang terkorban berada di luar rumah kongsi mereka dan berdiri di dalam lopak air.

Petir dipercayai memanah ke kawasan lopak air tempat ketiga-tiga mangsa berdiri dan mengalirkan arus elektrik yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkena rencatan dan mati di tempat kejadian.



.

Mangsa ketujuh mercun bola putus jari telunjuk


Ketika rakan-rakan seusianya sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila mercun bola yang dinyalakan meletup secara tiba-tiba di Kampung Laka dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, mangsa, Noor Saipul Mohammad yang juga murid Sekolah Sri Ketereh dekat sini putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.

"Saya pasang mercun bola itu menggunakan api dari dapur gas. Sebaik sahaja saya mencucuh mercun itu, ia terus meletup tanpa sempat dibuang menyebabkan jari saya cedera.

"Saya terus memberitahu ibu yang ketika itu sedang menggosok pakaian dalam rumah. Dia kemudian membawa saya ke klinik," katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) hari ini.

Noor Saipul merupakan mangsa ketujuh yang mengalami kecederaan serius termasuk putus jari akibat bermain mercun bola.
Tambahnya, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku dan tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan.




.

Wanita sarat mengandung maut


Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama suaminya dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau-Keratong dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Lai Siew Chin, 37, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan manakala suaminya, Lai Cheon Kee, 37, pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tiga lagi penumpang yang menaiki kenderaan jenis Honda CRV tersebut merupakan adik mangsa turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Ladang Geddes dekat sini menghala ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja.

“Pelanggaran itu menyebabkan kereta Kancil itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan dinaiki keluarga mangsa,” katanya di sini, semalam.
Ujarnya, rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam ladang sawit berhampiran.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!