Monday, September 26, 2011

Sinopsis Sinetron Nada Cinta


Faris adalah seorang anak orang kaya raya dan dilihat sedang menjalin hubungan dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini ditentang oleh Tirta, ayahnya. Faris dipisahkan dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu Rina ternyata hamil dan melahirkan anak perempuan yang kemudian diculik oleh adik Nia dan mak cik bibi dan dihantar ke rumah anak yatim.
Tujuh belas tahun kemudian, Nada, anak perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini sudah membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada selalu dibayang-bayangi keinginan untuk cepat berjumpa ibu bapanya yang entah ada di mana. Nada bertekad lari ke Jakarta.
Ketika tiba di Jakarta Pusat harus ke Menteng, Jakarta Pusat arus ke Plaza Indonesia lihat ke Entertainment X'nter Nada nyaris dilanggar kereta tapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya pertemuan anak dan ibu ini tidak membuat mereka menjadi dekat dia ke Gambir lihat ke Monumen Nasional arus ke Jakarta Pusat lokasi ikon ke Jakarta.
Nada kini bergabung dengan 3 orang peminta jalanan. Lalu Nada dan kawan-kawanya membina sebuah warung di depan sekolah mewah, di mana Rina ternyata mengajar muzik di sini.
Nada kembali bertemu dengan Rina. Ketertarikan yang sama terhadap muzik perlahan-lahan membuat mereka semakin dekat. Sementara itu Ricky, pelajar kegemaran di sekolahan ini, terpesona dengan kemampuan menyanyi Nada. Hal ini membuat Rasty, kekasih Ricky, menjadi cemburu dan ingin menghancurkan Nada. Rasty selalu berusaha menyingkirkan Nada.
Kemudian diketahui bahawa Rasty ternyata adalah anak Faris dari Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina?


Sinetron yang dibintangi oleh Mickha Tambayong, Randy Pangalila, Olla Ramlan dan Luna Maya...
Mengandungi sebanyak 244 episod dan pasti merupakan satu lagi sinetron yang menarik dari negara seberang :), bermula esok di astro ria....







.

Kanak-kanak berumur lima tahun maut disengat tebuan

Seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut selepas disengat tebuan ketika membonceng motosikal bersama ibu dan adiknya di Kampung Pengkalan Nyireh di sini pada 1 petang semalam.
Menurut ibunya, Rakiah Ismail, 31, kejadian itu berlaku ketika beliau mengambil mangsa, Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar dari Tadika Tanjung Demong yang tidak jauh dari rumahnya.

"Allahyarham membonceng di belakang saya, manakala adik perempuannya berumur dua tahun berada di bahagian hadapan motosikal dan apabila menghampiri rumah, saya melalui sebuah sarang tebuan yang telah lama bersarang di dahan sebatang pokok.

"Tanpa dijangka, secara tiba-tiba ratusan tebuan menyerang kami dan walaupun dalam kesakitan saya menyuruh Hafizul lari menyelamatkan diri ke rumah jiran saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika Hafizul berlari untuk menyelamatkan diri ke arah rumah jiran, tebuan terus menyengat di badan dan kepalanya, kata Rakiah.

Jiran menghantar mereka ke Hospital Besut di Jerteh, bagaimanapun, Hafizul meninggal dunia jam 5 petang dengan 50 kesan sengatan tebuan di seluruh badan dan kepala, kata Rakiah.








.

Safee Sali kembali ke Malaysia


Penyerang kebangsaan Safee Sali akan pulang ke Malaysia esok selepas menjalani latihan dua minggu dengan kelab bola sepak Cardiff City di bawah kendalian pengurus, Malky Mackay.
Harapan pemain berusia 27 tahun itu adalah agar dapat diterima sebagai pemain kelab dari Wales itu yang bersaing dalam liga Inggeris.

Safee, yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Pelita Jaya, berkata, tempo permainan di England lebih pantas.


Penyertaan beliau dalam latihan dengan Cardiff City mendapat liputan meluas akhbar tempatan, malahan beberapa penyokong kelab itu turut mendapatkan autograf beliau semalam ketika pasukan itu menentang Leicester City. Beliau tidak bermain dalam permainan itu.








.

Ya Sudahlah...... (Bondan Prakosa & Fade 2 Black)


Adeh, minat banget dengan lagu ni... dah berminggu-minggu dengar..
Jom kongsi yer ...ngee
Sambil update blog, sambil dengar lagu ni...




Ya Sudahlah..Bondan Prakosa & Fade 2 Black

Bondan Prakosa:
Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

*reff:
Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

Santoz:
yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

titz:
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

Bondan Prakoso:
Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum berakhir

back to *reff

Fade 2 Black:
satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

Bondan Prakosa:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

Fade 2 Black:
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

Bondan Prakosa:
peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

Fade 2 Black:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

back to *reff 3x













.

Lampard must fight for his place in the Chelsea team, says Villas-Boas



Andre Villas-Boas has told Frank Lampard he will have to comply with his strict squad rotation system.
Sportsmail understands that the Chelsea manager has spoken to all his ‘superstar’ players to warn them that they are playing for their places and he will not select his team based on reputation.
Frank Lampard was substituted at half-time against Manchester United last weekend and dropped for Saturday’s victory over Swansea. 

Lampard was furious with the decision to leave him on the bench, but he has since been assured he is an integral member of the squad.
Villas-Boas is making subtle changes to the way Chelsea play and Saturday’s team was designed to suit £50million striker Fernando Torres.
The Spaniard’s only goals for Chelsea this season — against United and Swansea — have come when Lampard has been off the field.

Those players who did not feature against Swansea were expected to attend training on Sunday, but Lampard, David Luiz and Salomon Kalou asked for permission to train at Stamford Bridge on Saturday night and were given Sunday off.
Chelsea players feared a high-profile name would pay the price under Villas-Boas and Lampard is the first to feel the heat.
But the manager insisted: ‘Lampard (is still) an iconic and a fantastic player, and a key player for sure, no doubt about it. He started five games and played 90 minutes in four of them. We count on him like we count on the others.’
Torres is suspended for three domestic games after the red card for his tackle on Swansea’s Mark Gower. Lampard should get a chance to impress in his absence, along with Didier Drogba in attack, with the next league matches against Bolton, Everton and QPR. 




.

Lagi kerana Facebook


Seorang wanita ditangkap selepas polis mendakwa dia menembak mati suaminya dalam satu pertengkaran dan mengebumikan mayat lelaki itu dalam kandang babi.
Jennifer Lynn Hearn menulis dalam laman Facebooknya mengenai bagaimana suaminya, Carl 'Cliff' Hearn, 41, meninggalkannya dan gembira kerana hidup membujang semula.

Dia ditangkap malam tadi atas tuduhan membunuh selepas penyiasat menemui mayat suaminya yang sudah reput.
Mayat berkenaan ditemui dalam lubang sedalam setengah meter di kandang babi di belakang sebuah setor keluarga itu di Melbourne, Florida.

Jennifer memberitahu penyiasat, dia menembak suaminya selepas bertengkar waktu malam dan kemudian menanam mayatnya, kata syerif Melbourne, Lt Tod Goodyear.

Akhbar Florida Today melaporkan, Jennifer memberitahu rakannya enam minggu lalu bahawa suaminya berpindah dan tinggal bersama teman wanitanya.


Dia kemudian menulis dalam Facebooknya dengan berkata: “Wow. Saya begitu gembira kerana ada orang yang meninggalkan saya supaya ada orang lain dapat mengisi kehidupan saya. Saya suka hidup membujang.” Menurut Florida Today, jiran mengetahui hubungan buruk Jennifer dan suaminya dan ada dakwaan mengenai penderaan, kecurangan serta penggunaan dadah oleh si suami.

Pasangan itu yang mempunyai tiga anak berpisah dan bersatu semula beberapa kali sebelum ini.






.

Maut dirempuh sebuah kereta


Tindakan seorang lelaki warga Indonesia yang mengayuh basikal tanpa mementingkan aspek keselamatan membawa padah apabila dia maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di persimpangan SS 1/10 berhampiran SS 1/13 di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan Hanadin Hosin, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tengkuk.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila Hanadin gagal memperlahankan basikal tersebut ketika hendak menuruni bukit di persimpangan itu ekoran mengalami masalah brek.
Kawasan itu dikatakan sering berlaku kemalangan.

Sebaik dirempuh kereta jenis Honda Accord itu, mangsa terus terperosok di bawah perut kereta itu lalu meninggal dunia.
Pegawai Penyiasat Trafik Petaling Jaya, Inspektor Mohd. Firdaus Razak berkata, pihaknya sedang mencari waris mangsa ekoran alamat yang ditemui pada dokumen perjalanannya di Kampung Kastam, Brickfields tidak menemui sesiapa.

“Kawasan itu telah dibangunkan untuk projek pembinaan dan tiada sesiapa lagi yang tinggal di situ,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
Polis turut mengambil keterangan pemandu kereta itu sebelum dia dibebaskan.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris Hanadin diminta menghubungi Balai Polis Petaling Jaya di talian 03-79662222 sambungan 2268 untuk membantu siasatan.








.

Kenapa buat macam tu?


Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.
Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.
"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.
"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.
Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.
Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.


Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.
Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.
"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.
Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!