Tuesday, September 27, 2011

Cantik macam Lulu Caldina? :p


Wah ayu gitu Fazura dalam kempen avon yang tengah berjalan sekarang ni... Sejuk jer mata melihatnya..ekeke..


Jom, lulu nak dedahkan satu rahsia, rahsia besar untuk dikongsikan bersama...
Lulu dari kecil, memang menggunakan produk avon. Sila percaya.. Bukan sebab tak suka brand lain, tapi kebanyakannya memang tak sesuai.. Mujurlah lulu tak suka pakai krim, apa pun produk kecantikan.. Sekarang produk memang banyak yang nak bagi putihkan kulit jer. Kulit lulu dah putih, tak perlu putih lagi.. Pernah guna satu produk, muka merah, gatal..ekeke, sampai sekarang tak pakai lagi..


Bagi lulu avon ni memang yang paling ideal.. Dahlah murah, lepas tu banyak pilihan.
Pencuci muka, memang pakai bran avon, tak kira untuk kulit berminyak/kering, rembat jer semua boleh pakai. Bila rajin tengok kempen/katalog avon, dapatlah lebih penjimatan bila ada diskaun, bertambah lagi jika sendiri jadi dealer (untuk pakai sendiri).



Bukan jer pencuci muka, losyen, minyak wangi, bedak, pelembap muka pun ada beli juga (walaupun jarang pakai). Untuk rumah pun ada.. Bekas simpan makanan, langsir, eh...... payung pun ada..
Untuk yang nak rahsia produk yang lebih berkesan, lulu memang suggest pada produk ni..
Siyes, berbaloi..


Ini hadiah dari seseorang.. sayang nak pakai :)..










P/S - Entri ini entri berbayar..




.

Terkecil didunia..


Walaupun bentuknya hanya sekecil hujung jari, kamera ini tidak kalah dari kamera yang berukuran lebih besar. Dianggap sebagai kamera terkecil di dunia, kamera 2 megapixel ini dianggarkan dengan berat hanya  28 gram. Jangan terkejut dengan ukurannya, kerana si kecil ini selain mampu mengambil gambar, juga dapat merakam video.

Kamera ini dicipta oleh Hammacher Schlemmer, sebuah perusahaan tekno yang berpusat di New York.
“Walaupun menjadi kamera terkecil di dunia, tapi kamera ini dapat menghasilkan foto dan video, sama seperti kamera yang lebih besar,” ujar Fred Berns, General Manager Hammacher Schlemmer.

Berns menambah, kamera ini menghasilkan foto dengan format JPEG dengan resolusi 1600 x 1200 dan dilengkapi dengan autofocus. Melalui kabel USB, kamera ini dapat dihubungkan ke komputer untuk menyimpan hasil foto anda. Walaupun mudah disimpan dan dibawa, tapi kamera ini juga dilengkapi dengan strap yang selesa digenggam mahupun digantung di leher.

“Benar-benar gadjet yang luar biasa dan diharapkan mampu mendapat respon luar biasa dari para penggemar fotografi,” tambah Berns.







.

SIAPA MENANG, CONTEST TEKA HARGA BAJU BY LULU CALDINA ?



Contest yang berjalan dari hari khamis sehingga tengah malam ahad, minggu lalu, mendapat sambutan diluar jangkaan walaupun hadiahnya hanya merupakan RM10 top-up untuk seorang pemenang yang berjaya meneka harga baju dalam gambar.. Peneka tepat yang terpantas dan betul.. Kalau takde betul, hadiah tu akan diberikan untuk peneka yang paling hampirlah kan...


Seramai lebih 100 tekaan, pelbagai harga, dan ada juga yang meneka berkali-kali... Termasuk ada yang beri alasan kenapa letak harga tu [klik sini]................ namun...................................malang sekali, tiada jawapan yang benar-benar tepat.. Tak sangka kan?


Ada yang teka banyak kali, namun 1 jawapan pun tak betul.. huhu sedih..
Namun demikian, lulu ada pemenang yang meneka jawapan yang paling hampir dan terpantas..
























*

























*



















Lupa ambik gambar price :)


Ya, harga baju ini adalah RM50.00 .. kenapa ramai jawab ada 99 sen kat belakang eh???
Baju ni takdelah mahal sampai beratus.. Lulu beli kat kedai tau, bukan kat pasar malam atau siam punya..ekeke... Ada banyak baju masa tu, tapi hati lulu terpikat dengan baju ni disebabkan design bahagian bahu tu look alike jersey chelsea kan..




Pemenang berikut, sila email kepada lulu yer..
lulu.caldina@gmail.com





Macam seronok lak buat contest singkat dan mudah ni..
Lain kali kita buat lagi yer :)









.

Ianya sangat lucu......


Pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu apabila tampil dengan tema seperti lanun.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Play Park, Kemang, dekat sini dengan kehadiran beberapa tetamu undangan.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga.

Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," tambahnya seperti dipetik portal DetikHot.com.

Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi.







.

Beratnya 8kg


Seekor kucing seberat lapan kilogram yang dimiliki oleh Cik Ahmad Din, 55, berjaya mencuri tumpuan ramai peminat haiwan itu pada Pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di Alor Star Mall, baru-baru ini.
Kucing itu yang dipanggil Comel merupakan baka kucing kampung dijumpai oleh Cik Ahmad kira-kira lima tahun lalu dalam keadaan lemah di tepi longkang berhampiran gerai makan dekat rumahnya di Tongkang Yard di sini.

"Masa saya jumpa Comel kurus dan anak bongsu saya, Nor Mas Idayu, 11, yang menyuruh saya ambil Comel untuk dibela.
"Berat kucing saya mula meningkat selepas tinggal dengan saya dan kini sudah mencapai lapan kilogram serta menjadi kucing kesayangan keluarga kami," ujarnya ketika ditemui di Alor Setar Mall di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, penjagaan kucing itu tidak rumit, namun Comel sangat cerewet dalam soal pemakanan.
"Kucing saya tidak makan nasi, ikan yang digoreng dia tidak mahu makan dan hanya makan ikan yang direbus.

"Selain ikan, saya juga bagi Comel makanan kucing setiap hari bagi memastikan dia sihat," jelasnya.
Sementara itu, dalam pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah itu, Comel muncul juara bagi kategori kucing sihat.








.

Disitu ada buaya?


Kelibat seekor buaya jenjulung di kolam Taman Bulatan Piasau di sini, menimbulkan pelbagai misteri di kalangan penduduk setempat.
Persoalan mereka ialah bagaimana reptilia sepanjang lebih satu meter yang dikenali sebagai spesies pemakan ikan itu berada di kolam berkenaan
Pelbagai andaian dibuat, antaranya buaya itu dilepaskan oleh kanan-kanak nakal untuk menakutkan pengunjung taman dan ada juga yang mengatakan ia telah lama berada dalam kolam itu dan hanya disedari setelah tubuhnya membesar.

Ekoran itu juga, pihak berkuasa telah mengambil langkah untuk menangkapnya namun segalanya menemui kegagalan dan kolam itu yang kaya dengan spesies ikan air tawar terus menjadi 'syurga' buat si pemangsa tersebut.
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Miri, Leftenan Iqbal Abdollah berkata, anggotanya telah ditempatkan di kolam berkenaan untuk meninjau kehadiran dan seterusnya membantu menangkap buaya itu.

"Kita telah menugaskan seramai empat anggota secara bergilir-gilir untuk memantau buaya itu dari pagi hingga malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Taman Bulatan Piasau merupakan taman rekreasi pertama di sini dan popular sebagai lokasi riadah di kalangan penduduk setempat.
Sementara itu, Iqbal berkata, operasi mengeluarkan air dalam kolam itu telah dilakukan bermula jam 10 pagi kelmarin dalam usaha menangkap buaya berkenaan.
Katanya, proses itu akan dilakukan secara berperingkat sehingga kedalamannya sesuai untuk proses penangkapan.








.

Habis musnah terbakar


Seorang pemilik syarikat pengangkutan terpaksa berputih mata melihat kereta mewah jenis BMW X6 bernilai kira-kira RM700,000 yang dibeli sejak Jun tahun lalu, musnah terbakar ketika diletakkan di depan rumah kedainya dekat Bukit Meldrum di sini, awal pagi kelmarin.

Ahli perniagaan, Tan Bing Kiong, 53, yang ketika kejadian sedang berada di tingkat atas rumah kedai itu, hanya menyedari kebakaran terbabit selepas seorang jiran datang mengetuk pintu rumahnya kira-kira jam 6.15 pagi, sejurus menyedari kebakaran kereta itu.

"Ketika kejadian, saya sedang tidur sebelum dikejutkan seorang jiran yang tinggal di kawasan ini dengan datang mengetuk pintu rumah memberitahu kereta saya terbakar di depan kedai.

"Saya bergegas turun dan ketika itu, api sedang memusnahkan bahagian enjin. Saya mendapatkan alat pemadam bagi untuk memadam kebakaran tetapi api merebak pantas menyambar keseluruhan kereta dalam tempoh beberapa minit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Katanya, api yang menyambar keseluruhan kenderaan mewah itu hanya berjaya dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor ketika dihubungi, mengesahkan kebakaran kenderaan itu tetapi punca kejadian masih dalam siasatan.








.

Hobi yang pelik..


Seorang wanita warga emas memiliki hobi pelik apabila sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis sampah yang dikutip setiap hari selain makan dan tidur di situ sejak 10 tahun lalu.

Sehingga kini, wanita berusia 60-an itu hidup dikelilingi sampah-sarap seberat 24 tan dan hobinya itu dipercayai bermula selepas suaminya meninggal dunia menyebabkan dia ketandusan kasih sayang serta sunyi hidup bersendirian selepas anaknya tinggal berjauhan.

Ekoran sifat peliknya itu, jiran di kawasan sekitar itu membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya mengambil tindakan berikutan tidak tahan dengan bau busuk dari rumahnya.

Ahli Majlis Zon 14 MBPJ, R Selvarajan berkata, bertindak selepas menerima aduan orang ramai, seramai 50 kakitangan MBPJ diketuai beliau sendiri ke rumah terbabit dan mendapati hampir setiap sudut kediaman berkenaan dipenuhi sampah.

“Ini kes pertama di kawasan ini. Agak mengejutkan melihat rumahnya yang dipenuhi pelbagai jenis botol, plastik, kayu dan pelbagai sampah-sarap lain.

“Lapan lori terpaksa digunakan untuk mengeluarkan sebanyak 24 tan sampah dari rumah terbabit selepas dibersihkan,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

Operasi bermula jam 8.30 pagi itu turut disertai anggota polis Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor. Selvarajan berkata, bagi kesalahan itu, denda dikenakan ke atas wanita terbabit berikutan kesalahan membiarkan pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, setiap hari seawal jam 4 pagi, warga emas itu akan keluar mengayuh basikal untuk mengutip sampah sebelum membawa pulang pada sebelah malam.

“Menurut jirannya, wanita itu tidak mempunyai masalah kewangan untuk menyara hidup kerana anaknya selalu memberikan wang selain mempunyai beberapa rumah sewa,” katanya.

“Tetapi, disebabkan dia hidup berseorangan dan tidak tahu berbuat apa-apa, dia bertindak sedemikian,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan merujuk wanita berkenaan di hospital bagi mengenal pasti sama ada dia mempunyai masalah mental atau tidak.








.

Kejutan dari Sabah


“Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000,” kata Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu disyaki menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya.
Bukan saja nombor pendaftaran sama, malah jenis kenderaan serta warna kenderaan serupa.

Yong yang juga mekanik di sebuah bengkel di sini, berkata dia menerima surat saman daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertarikh Jun lalu pada 14 September lalu yang menyatakan kesalahannya meletak kenderaannya di kawasan bukan dikhaskan untuk meletak kereta Februari lalu.
“Saya sudah membuat laporan polis pada 15 September lalu sejurus selepas menerima surat daripada DBKK,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.

Menurutnya, dia membeli kereta itu daripada kenalannya di Batu Caves.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam PGRM, Wilson Lau, berkata pihaknya akan mencari jalan penyelesaian bagi kes terbabit.

“Ketika ini PGRM akan memaklumkan perkara terbabit kepada Yang Dipertua DBKK untuk menangguhkan tempoh saman kerana kami mahu siasatan dibuat terlebih dulu bagi mengenal pasti hal sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Nazri Osman, berkata pemilik terbabit perlu menyemak dengan teliti kepada DBKK sebelum tindakan lanjut dibuat.







.

Kan dah kena pukul


“Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.
“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.


Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!