Wednesday, November 2, 2011

"Saya ingin perkahwinan ini selamanya........."

KIM Kardashian membuat kejutan mengakhiri perkawinannya dengan Kris Humphries hanya 72 hari setelah berkahwin.
Apa alasan dia mohon cerai? Dalam permohonan rasmi yang diajukan ke pengadilan tinggi Los Angeles, Kim menyebut alasannya “perbezaan yang tak mungkin disatukan lagi.”

Kim mengirim pernyataan pada stasen TV E!, tempat acara reality show-nya tayang, mengatakan, seperti dipetik People, “Saya harap semua orang faham keputusan ini tidaklah mudah.”

Dia melanjutkan, “Saya ingin perkahwinan ini berlangsung selamanya, tapi kadang kala banyak hal tidak seperti yang kita rancangkan. Kami tetap berkawan baik dan saling mendoakan mendapat yang terbaik.”

Stasen TV E! juga mengirim pernyataan mengatakan, “Kami di E! sangat terkejut dengan berita ini, dan kami ingin memberi support pada Kim dan Kris di masa sukar ini.”

Kim mempunyai acara reality show Keeping Up with The Kardashians serta adik beradiknya seperti Kourtney and Kim Take New York. Perkahwinannya yang berlangsung mewah 20 ogos yang lalu juga dijadikan reality show istimewa dengan 2 episod oleh E!. Dalam pernyataannya, E! juga menulis, “Stasen TV E! akan terus menayangkan kehidupan keluarga Kardashians.”

Jadi, sekarang E! memiliki bahan tayangan yang sangat bagus.









.

Wordless Wednesday

Tutorial Buat Iklan Box Cara Lulu Caldina


Seperti dalam gambar kat atas, ya itu dinamakan kotak iklan, biasanya untuk iklan berbayar (macam yang lulu buat), letak banner, ataupun iklan churpchurp, yang ni memang ramai yang buat.. Dan sebenarnya, caranya hanyalah satu, iaitu memasukkan kod banner..


Bila kita google, untuk apa jer mengenai blog yang kita nak tau, terutama mengenai tutorial, memang banyak tersenarai kat situ.. berlambak.. asalkan tau apa nak cari kompem lah ada kan. Tapi siyes, bukan semua tutorial itu memberi hasil seperti yang kita nak.. Buktinya???



Sila klik untuk lebih jerlas eh.. Dan tujuan buat tutorial ni adalah sebab Namee dah tanya.. Huhu memang ramai yang tanya mengenai ni, baru sekarang rajin nak buat.. Sebenarnya lulu berjaya buat pun setelah banyak try and error, lepas buat terus pening..ekeke..


Memula, DESIGN>PAGE ELEMENTS>ADD GADGET>HTML/Javascript>
Ok, dalam tu masukkan kod kod banner yang korang nak masukkan...

Ada banyak banner? ok, takpe, enter, jarakkan untuk membezakan kod, tak pastilah kalau rapatkan menjadik.. cara lulu adalah enter dan jarakkan.. maksudnya ada ruang kosong sebelum kod yang lain..

Ok itu simple jer, boleh masukkan banyak kod dan cantik jer tersusun macam lulu punya..

Tapi masalahnya, macam mana lak kalau kita nak kecil/besarkan banner tu? Standard banner adalah 125x125 yer.. macam lulu, saiz semuanya sudah ditetapkan ke 90x90. Sebab lulu pernah jumpa yang lagi kecil, cute jer tengok.. Mungkin owner blog tu tak nak nampak blog dia semak.. ok, caranya adalah...


Contoh kod banner (berwarna purple adalah penambahan)

<a href="http://s1215.photobucket.com/albums/cc515/mml98/?action=view&amp;current=Iklan.gif" target="_blank"><img src="http://i1215.photobucket.com/albums/cc515/mml98/Iklan.gif" border="0" alt="Photobucket"height="90" width="90" /></a>

Hanya perlu tambahkan ni untuk ubah saiz...  ubah pada angka, try and error untuk sesuaikan kehendak masing-masing


height="100" width="100"


Tapi kalau nak kekalkan, tak perlulah kod ni sebab yang normal ialah 125x125.



ok, simple jer.. silalah cuba ;)










.

Perkahwinan yang sudah diatur???


Meskipun baru saja mengumumkan dia memfailkan tuntutan cerai semalam, Kim Kardashian sudahpun muncul di khalayak ramai tanpa cincin tunang dan kahwinnya.
Bintang rancangan realiti televisyen berusia 31 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) untuk ke Australia dengan kelihatan letih dan berpakaian kemeja-T, seluar jeans dan berjaket kulit.

Ketika suaminya, Kris Humphries dilapor ‘kecewa’ dengan pengumuman yang tidak memeranjatkan itu selepas khabar angin mengenai masalah yang menimpa rumah tangga mereka sejak beberapa minggu lalu, pihak Kim mendakwa, suaminya itu lebih berminat mengejar populariti.

Menurut laman web TMZ, apabila perceraian itu ditimbulkan, Kris bercakap untuk menjenamakan nama Kris Humphries pada minyak wangi dan muncul di kelab malam.

Kim juga dilaporkan berang selepas Kris menggunakan khidmat ‘pegawai publisiti Hollywood,’ menurut laman web gosip itu.
 Tindakan Kris dipersoalkan oleh adik Kim, Khloe Kardashian sebelum perkahwinan mereka, 20 Ogos lalu.


Sementara itu, laporan mula tersebar bahawa keseluruhan perkahwinan mereka, yang didakwa membolehkan pasangan itu meraih sehingga AS$18 juta (RM54 juta) adalah satu penipuan, menurut Radaronline.com.

Satu sumber memberitahu laman web berkenaan: “Ia perkahwinan yang sudah diatur sejak mula lagi.







.

Dua rakan maut jatuh lubuk


Kegembiraan lima kanak-kanak menangguk ikan di dalam lubuk di sebuah bendang di Kampung Pauh Ganja, Pasir Pekan di sini, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka ditemui mati lemas semalam.
Mayat mangsa, Norlaila Ghazali, 9, dan rakannya, Siti Syahidah Abu Bakar, 9, kedua-duanya murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Tanjong di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan oleh bapa Norlaili, Ghazali Nawi, 43, pukul 5 petang di dasar lubuk sedalam kira-kira dua meter itu.

Kedua-dua mangsa dikatakan pergi ke lubuk berkenaan untuk menangguk ikan bersama tiga lagi rakan mereka, termasuk kakak Siti Syahidah, Siti Nordayini, 10, yang turut nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Dua lagi rakan mereka, Nur Husna Tasni Anuar, 9, dan adiknya, Nur Shafikah, 8, bagaimanapun terselamat.
Siti Nordayini ketika ditemui hari ini berkata, dalam keadaan kelam kabut selepas melihat adiknya dan Norlaila tergelincir ke dalam lubuk itu, dia cuba menghulurkan tangan bagi menyelamatkan mereka, tetapi turut terjatuh, namun diselamatkan oleh Nur Husna yang menghulurkan raga ikan.

"Saya cuba menghulurkan tangan untuk menarik tangan adik (Siti Syahidah) naik ke atas tetapi saya pula terjatuh, bagaimanapun sempat berpaut sekuat hati pada raga ikan dihulur oleh Nur Husna yang menarik saya ke atas tebing.
"Pada masa sama, saya sempat mencapai tangan adik manakala adik pula sempat mencapai tangan Norlaila. Namun tangan kami terlepas kerana Nur Husna tidak cukup kuat untuk menarik ketiga-tiga kami sekali gus," katanya.

Menurut Siti Nordayini, anak keempat daripada lima beradik, selepas ditarik naik, dia hanya dapat melihat adik bongsunya itu terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam.
Panik dengan apa yang berlaku di depan matanya itu, Siti Nordayini berlari meminta pertolongan penduduk kampung, tetapi gagal apabila tiada datang membantu sehinggalah sampai ke rumah, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dan memaklumkan kepada ibunya, Nur Azizah Ibrhaim, 43.

Katanya, mereka berlima ke lubuk tersebut untuk mencari ikan dengan membawa mangkuk plastik dan meredah air sedalam hampir satu meter untuk sampai ke sana.
"Saya sedih kerana ada bertembung dengan seorang penduduk kampung ketika meminta tolong tetapi dia tidak mempercayainya menyebabkan saya terus berlari ke rumah dan meminta bantuan keluarga yang bergegas ke sana," katanya.

Sementara itu, Ghazali berkata, sebaik sahaja mendapat berita tersebut dia terus berlari ke lokasi dan menyelam ke lubuk ikan itu dengan mangsa pertama ditemui adalah anaknya, Norlaila, anak kelima dari lapan beradik, diikuti Siti Syahidah.
"Amat menyedihkan kerana mayat kedua sahabat baik itu ditemui berpelukan di dasar lubuk tersebut dan dirujuk ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Khalid Munap ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.










.

Heidi Klum and Seal are unrecognisable as apes at their star-studded Halloween bash


She had herself wheeled into the party on an autopsy table to make a killer entrance at her Halloween party on Sunday.
But it’s clear that Heidi Klum still has plenty of fancy dress ideas up her sleeves and tonight stepped out as an ape, in a matching costume to her husband. 

The couple arrived at Heidi’s party as the primates, in costumes that were not only impressive but also extremely realistic.
The model,38, looked unrecognisable in her ensemble and her costume boasted nipples to show she was a female under the coarse hair suit. 


As well as the moulding on her face and the ears the couple also had monkey feet and hands to finish off their look, no detail was overlooked when it came to this fancy dress ensemble.
Heidi and Seal are famous for their love of dressing up and every year they renew their marriage vows in a themed celebration. 


The model is also no stranger to throwing an incredible Halloween party and plenty of stars turned out to help her celebrate the scary occasion. 
While there was an impressive turn out at the bash, held at the PH-D Rooftop Lounge at Dream Downtown in New York, no one managed to eclipse the couple's amazing ensemble.  
 But then Heidi has had eleven years practice and the party was her 12th Halloween bash. 









.

Lebih 70 lintasan haram di Sabah


SEJAK perkhidmatan kereta api Sabah beroperasi semula pada 21 Februari lalu setelah dihentikan pada 2007 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih, ia telah memberi nafas baru kepada penduduk.
Di samping itu, ia memberi alternatif kepada penduduk yang berada di sepanjang laluan 134 kilometer dari Tanjung Aru ke Tenom untuk menuju

ke destinasi masing-masing dengan kadar tambang murah berbanding pengangkutan lain.
Bagaimanapun, ia seperti melepaskan batuk di tangga apabila terdapat beberapa kelemahan, antaranya hampir keseluruhan laluan landasan itu tidak berpagar, selain mempunyai terlalu banyak lintasan haram yang amat berisiko.

Selain kejadian sebuah kereta dilanggar kereta api di Kampung Ketiau, Putatan, tidak sampai dua hari selepas beroperasi, kejadian semalam yang hampir meragut nyawa kira-kira 200 penumpang amat wajar diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak terbabit, terutama Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Terdapat lebih 70 lintasan haram yang dikenal pasti di sepanjang laluan kereta api Sabah dari Tanjung Aru, Kota Kinabalu ke Tenom sejauh 134 kilometer berbanding hanya 22 laluan berpagar iaitu yang ‘halal’.
Tinjauan mendapati laluan-laluan haram berkenaan dibina dan diturap dengan baik serta menjadi laluan utama penduduk.

Sepanjang jalan kereta api berkenaan juga tidak berpagar yang membolehkan sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak untuk berada di landasan berkenaan.
Malah lintasan yang menyaksikan berlakunya tragedi kemalangan berhampiran Kampung Peringatan semalam adalah haram tetapi ia menjadi laluan utama untuk pengguna memasuki Stesen Shell.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!