Wednesday, November 30, 2011

Iklan ketika tayangan drama popular


Penonton televisyen di China, semalam mengalu-alukan larangan siaran iklan ketika tayangan drama popular, tetapi pengiklan memberi amaran ia mungkin menyebabkan kerugian berbilion yuan kepada stesen televisyen. Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen mengumumkan kelmarin, mulai dari tahun depan, siaran iklan dilarang tayangan drama televisyen bagi memastikan penonton dapat menonton secara berterusan. Ia menjadi isu terkini di negara itu apabila pemerhati media cuba menarik tumpuan penonton daripada Internet. Pertumbuhan populasi Internet di China kini berjumlah 500 juta iaitu yang terbesar di dunia. Ia memberi cabaran besar kepada pemerintah negara itu untuk mengawal media yang menjadi pilihan rakyat.











.

4 tahun penjara membunuh tanpa niat


Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Dr Conrad Murray hari ini dijatuhi hukuman maksimum empat tahun penjara, iaitu selepas tiga minggu beliau didapati bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat raja pop berkenaan pada 2009 lalu.

“Beliau (Murray) langsung tiada sifat belas kesihan," kata Hakim Michael Pastor ketika membacakan ringkasan hukuman terhadap kes membabitkan doktor berusia 58 tahun itu. Ada orang di luar sana yang berasa Dr Murray adalah tidak berdosa. Ada juga yang berasa Dr Murray seorang yang jahat. Kedua-duanya bukan. Dia seorang manusia. Beliau berdepan dengan tuduhan kerana kematian seorang manusia," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata: “Michael Jackson maut bukan kerana kerana disebabkan hanya satu insiden yang terasing.

"Dia mati kerana disebabkan oleh keadaan yang disumbangkan oleh Dr Murray," katanya.

Hakim juga bersetuju Murray perlu membayar ganti rugi kepada anak-anak dan harta Michael tetapi jumlah berkenaan akan diputuskan pada satu lagi perbicaraan pada 23 Januari depan.

Pendakwaan meminta Murray membayar AS$100 juta sebagai ganti rugi kepada keluarga Michael selepas kehilangan pendapatan apabila penyanyi pop itu dijadual mengadakan 50 siri konsert sebelum kematiannya.











.

WORDLESS WEDNESDAY













.

Jalani Sidek, Raja Azmi bercerai?


Bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, 48, yang juga suami kepada produser filem tanah air, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya mereka telah bercerai.
Khabar angin itu timbul apabila Jalani dilihat berjalan beriringan dengan seorang wanita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Jalani hari ini bersama isterinya, Raja Azmi memberitahu, dakwaan yang dilemparkan terhadapnya bukan sahaja dikesali tetapi satu tindakan yang berniat jahat.
"Saya dan Raja Azmi masih pasangan suami isteri dan bulan hadapan merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-28. Selama ini, pelbagai tohmahan dilemparkan termasuk saya pernah dikatakan sebagai dayus tetapi saya berdiam sahaja.

"Kali ini, saya bersuara kerana tohmahan itu bukan sahaja melibatkan rumah tangga saya dengan Raja Azmi yang tiada sebarang masalah. Tetapi juga cuba mengaitkan dengan pihak ketiga yang sepatutnya tidak berlaku. Justeru, dengan penjelasan saya ini, saya berharap hentikanlah sahaja usaha untuk memburukkan nama baik saya, isteri dan wanita berkenaan," katanya.
Jalani berkata, bukan sikapnya untuk ambil peduli tentang apa orang lain kata terhadap isterinya kerana sebagai suami, dia lebih mengenali isterinya itu.
Bahkan, ujar beliau, segala tindak tanduk Raja Azmi adalah dalam pengetahuannya dan tiada rahsia antara mereka.

"Isteri saya tahu segala pergerakan saya. Ke mana saya pergi, dengan siapa dan atas urusan apa. Begitu juga sebaliknya dan saya memang izinkan langkah isteri saya.
"Cerita saya bercerai ini sengaja ditimbulkan oleh insan yang tidak berpuas hati terhadap saya. Jadi, semalam, apabila saya baru sampai dari Medan, Indonesia bersama rakan kongsi perniagaan saya, kami disambut oleh isteri saya.

"Cuma kebetulan, ketika Raja Azmi pergi membeli makanan ringan, orang hanya nampak saya dan rakan kongsi dan mulalah nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Bagi saya, apa yang saya katakan di sini hanyalah kebenaran dan saya tidak mahu orang cuba sebarkan spekulasi liar seperti ini," katanya.
Kata Jalani, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, begitu juga dengan tohmahan perceraian.








.

Apakah bentuk hukuman..


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman.
Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris. Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu.
“Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.


Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku.

Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam.




P/S - ini bukan hukuman, ini membunuh namanya...







.

Terminal Terbesar Dunia Untuk Penerbangan Kos Rendah


Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada bulan April 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, jambatan udara yang akan dibina adalah mesra penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.

"Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan menyaksikan pembinaan kompleks KLIA2 itu, pada Selasa.

Bashir berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 itu yang meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi dan telah bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas.
Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.

Beliau juga berkata, landasan ketiga yang baru dengan kelebaran 4 kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.
KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2 yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.

Ditanya sama ada terdapatnya kos yang berlebihan dan penangguhan dalam operasi lapangan terbang, beliau berkata lebih banyak masa akan diambil untuk membina apa yang pastinya merupakan terminal terbesar dunia untuk penerbangan kos rendah dengan kemudahan yang terbaik.
"KLIA2 dibina pada kos terendah untuk setiap penumpang dengan jambatan udara dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan termasuk sistem bagasi automasi sepenuhnya," kata beliau.

Ia juga akan mempunyai 6,000 tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung, empat buah hotel, hotel transit, jambatan udara dan ruang komersil yang lebih luas untuk kawasan runcit.
Perkhidmatan ERL yang ada sekarang ini yang beroperasi dari KL Sentral ke terminal utama KLIA, akan dilanjutkan 2.2 kilometer lagi, untuk dihubungkan ke KLIA2.
Beliau juga berkata yang MAHB telah memberikan AirAsia, pengguna utama KLIA2, pengagihan khas untuk membina ibu pejabatnya beserta dengan "apron access" serta Tune Hotel.

Beliau juga berkata caj servis penumpang tidak akan dinaikkan tetapi MAHB mempunyai pilihan untuk membincangkannya dengan kerajaan setiap lima tahun dan pusingan perbincangan akan datang hanya boleh diadakan pada tahun 2014.
Beliau menafikan cadangan yang dana awam telah digunakan untuk membina KLIA2, sambil menyatakan yang MAHB telah mengumpul dana untuk projek ini daripada pasaran termasuklah RM3.1 bilion, yang mana RM600 juta masih lagi belum digunakan.

Beliau berkata, MAHB telah meninjau kemungkinan mengumpulkan modal daripada pasaran di mana ia mempunyai pilihan untuk melakukan penempatan persendirian sehingga 10 peratus tanpa perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham di mesyuarat agung tahunan.
Mengenai laporan menyatakan yang ia mungkin disingkirkan, Bashir berkata:" bagaimana anda mahu saya memberi maklum balas kepada soalan itu?"
Beliau juga berkata yang kesemua urusannya dengan kerajaan, pemegang saham, pemegang kepentingan serta syarikat penerbangan termasuk AirAsia, MAHB sentiasa terbuka, telus dan profesional.

Mengenai aduan oleh ketua Airasia, Tan Sri Tony Fernandes yang syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai perkembangan KLIA2, Bashir berkata MAHB mengadakan mesyuarat setiap minggu dengan kesemua rakan niaganya di mana segalanya dibincangkan dan tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Bashir juga berkata yang MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan Qantas mengenai kemungkinan mereka menyambung semula operasi dari KLIA.
Beliau berkata, MAHB mengendalikan tender terbuka untuk memberikan projek-projek di KLIA2.








.

Campak mayat di Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik


Laluan Lebuh Raya Kupang-Grik dekat Kampung Kemangi di sini yang agak sunyi dikatakan menjadi tempat kegemaran penjenayah untuk membuang mayat. Dalam satu kes terbaharu, polis semalam menemui mayat seorang lagi mangsa pembunuhan di situ.

Penemuan mayat lelaki pada pukul 12.30 tengah hari itu menjadikannya tiga kes setakat ini. Kali pertama, polis menemui mayat seorang lelaki tempatan dua tahun lalu sebelum mayat lelaki Pakistan dijumpai Oktober lepas kira-kira dua kilometer dari lokasi mayat ketiga ditemui.
Difahamkan, mayat lelaki tanpa identiti itu hendak dicampak dari sebuah kereta ke dalam gaung tetapi tersangkut di tepi pembahagi jalan kerana suspek dikatakan agak tergesa-gesa ketika hendak membuang mayat itu.

Perbuatan itu dilihat oleh pemandu lain yang kemudian menghubungi polis.
“Kita sedang menyiasat motif kejadian dan identiti mangsa serta mencari suspek-suspek yang terlibat,” kata Ketua Polis Daerah, Supritendan Mat Daud Mat Hasan yang enggan mengulas lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.




P/S - Buang mayat macam buang sampah jer..








.

Perbuatan yang tidak masuk akal


“Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.


“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.







.

Alamak Toyol


Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.




P/S - Kantoilah kan, rupanya ada CCTV..







.

Didier Drogba akan tinggalkan Chelsea FC


Didier Drogba hampir pasti untuk meninggalkan Chelsea selepas pemain itu menolak tawaran lanjutan kontrak bersama skuad Blues selama 12 bulan.
Kontrak luma-yan bernilai 120,000 pound (RM591,000) seminggu yang sedang dinikmati oleh penyerang Ivory Coast berusia 33 akan tamat musim ini.

Bagaimanapun, Drogba dijangka menghabiskan baki kontraknya itu dan kemudiannya menjadi ejen percuma bagi membuka laluan kepadanya untuk berhijrah ke Rusia atau Qatar.
Ejen Drogba, Thierno Seydi yang berpangkalan di Senegal malam kelmarin mendakwa: "Didier telah ditawarkan Chelsea lanjutan kontrak setahun.

"Namun ia tidak menarik minat kami.
"Kami tahu apa yang kami inginkan, di mana kami mahu pergi dan apa tawaran yang kami miliki.
"AC Milan cuba meminjam Didier dengan opsyen untuk membeli tetapi saya terus mengatakan 'tidak' terhadap tawaran tersebut.

"Pada usia Didier sekarang, tiada apa lagi yang perlu dia buktikan sebagai seorang pemain.
"Dia akan pergi ke mana sahaja yang mana menawarkan pendapatan paling banyak.
"Jadi ia mungkin Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau mana-mana di Asia.
"LA Galaxy, Anzhi Makhachkala adalah antara kemungkinannya.
"Bagaimanapun, tiada lagi tawaran diterima daripada mereka."

Drogba dibawa ke Stamford Bridge dari Marseille oleh Jose Mourinho dengan harga perpindahan 24 juta pound (RM118.2 juta) pada 2004 dan telah meledak 146 gol selama tujuh tahun bersama Chelsea.



P/S - Kena siapkan diri untuk kehilangan Drogba.. Walaupun sejak kebelakangan ni prestasi Drogba agak menurun, rasanya sejak Torres ada, maybe drogba terasa dia bukan lagi bintang di chelsea, namun, drogba bagi lulu sebagai peminat chelsea adalah antara legend yang banyak menyumbang kepada zaman kegemilangan chelsea.. Semoga dia sukses dalam apa jua pilihan kerjayanya selepas ni..









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!