Tuesday, December 13, 2011

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali


Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.













.

GUNUNG KINABALU, SABAH

INI ADALAH BAHAGIAN 3 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU


Apabila berkunjung ke Kota Kinabalu, marilah dengan seronoknya  melangkahkan kaki mendekati gunung tertinggi di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu.yang terletak di Ranau, Sabah.. Lulu dah mendaki sehingga ke puncaknya beberapa tahun yang lalu, syukur alhamdulillah, dan nak bukti? ngee, ada sijil, lain kali kita tempekkan kat sini..












Tersergam indah dari Tuaran lagi, Gunung Kinabalu yang seringkali dilitupi kabus, memang sukar dilihat. Nasib lulu baik awal pagi tu apabila menaiki kenderaan dan dari Tuaran lagi, pemandangan indah itu lulu saksikan sendiri dengan mata lulu.. Dan beberapa keping gambar berjaya lulu ambil dari dalam kereta..












Namun, semakin kereta yang lulu naiki menghampiri Ranau, gunung kinabalu pun semakin dilitupi oleh kabus.. Tapi, dah banyak ambil gambar dah :).. Keadaan tu sangat mengkagumkan.. keindahan gunung kinabalu benar-benar mempersonakan.. Terasa ingin kembali mendakimu..




Beberapa keping gambar disekitar Kundasang Ranau, dan ladang sayur yang terbentang luasnya...
Kat sini sejuk...hoho














P/S - Untuk lebih lanjut mengenai Gunung Kinabalu [KLIK]



BAHAGIAN 1 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU

BAHAGIAN 2 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU















.

Isteri Tun Datu Mustapha meninggal dunia

Hawia Panglima Mohd, 82, isteri bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Harun, meninggal dunia malam tadi kerana sakit tua.
Allahyarham adalah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Isteri Amir Kahar, Datin Aminah Ambrose berkata, ibu mentuanya yang berasal dari Kampung Pulau Mandidara, Banggi, meninggal dunia pada 10 malam tadi di rumahnya di Penampang dekat sini selepas mengalami masalah pernafasan sejak tiga bulan lepas.
Jenazah Hawia dikebumikan di Putatan selepas solat zohor.











.

Tak boleh menutup mulut selepas menguap


Menguap adalah hal yang sangat biasa apalagi ketika bosan, mengantuk, atau kadar oksigen dalam otak berkurang. Namun, hati-hati ketika menguap. Jangan sampai anda tidak dapat menutup mulut kembali, seperti menimpa remaja yang berasal dari England, Holly Thompson.

Gadis 17 tahun itu menguap ketika sedang mengikuti pelajaran politik di sekolahnya, Kingsthorpe, Northampton. Namun, itu menjadi awal petaka. Setelah membuka mulut lebar-lebar, dia seperti terperangkap. Mulutnya tidak dapat tertutup kembali.

Terkejut tidak dapat menutup mulutnya kembali, Holly segera meminta bantuan teman sekelasnya. Namun, sia-sia. "Ketika dia tidak dapat membantu saya menutup mulut, dia melaporkan ke guru," ujarnya.

Merasa malu kerana ditertawakan teman-teman sekelas dan guru, Holly langsung membuat pemeriksaan diri ke unit kesihatan sekolah. Namun, semua upaya yang dilakukan jururawat untuk menutup rahangnya gagal. Dia lalu dikejarkan ke rumah sakit untuk rawatan lebih lanjut.

Walaupun sangat aneh dan mungkin lucu, doktor Ejiro Obakponovwe tidak terfikir hal tersebut patut ditertawakan. "Ini boleh jadi sangat serius kerana dia tidak boleh makan, tidak boleh benar-benar minum, dan akan benar-benar dehidrasi," ujar Ejiro dalam acara BBC 'Bizarre ER'.

Untuk mengatasi hal ini, Ejiro meletakkan 26 depressors lidah di mulut Holly. Ini dilakukan untuk membuat rahang letih dan rileks sehingga boleh kembali tertutup. Setelah itu berhasil, Ejiro pun memperbaiki posisi rahang Holly dengan kedua tangannya. Setelah kejadian itu, Holly dilarang menguap, kerana keadaan rahangnya menjadi tidak stabil.

Terlepas dari penderitaannya, kejadian yang dianggap memalukan ini justru membuatnya terkenal di Youtube. Bagaimana tidak, video yang menampilkan Holly dibuat dengan sangat unik dan lucu, di mana dia digambarkan dalam tokoh kartun. "Itu bagus, tapi saya lebih suka menjadi terkenal untuk sesuatu yang lain," ujar Holly.







.

5 Blog Pilihanku 2011

http://www.benashaari.com/2011/12/segmen-5-blog-cool-pilihan-ku-2011.html

Sejak akhir-akhir ni encik ben memang dah jarang sangat buat segmen.. Secara peribadi, lulu dah banyak join segmen encik ben, dan banyak dah bantu Lulu-Pages untuk lebih berjaya macam hari ni.. Lulu-Pages dah berjaya? belum lagi, masih jauh lagi untuk berada dibahagian 'kejayaan' tu..  kena berusaha lebih lagi..


Bila menyentuh mengenai 5 blog pilihan lulu di 2011 ni, lulu selalunya memang respek dengan blog yang ramai follower, ramai pembaca.. Tulis pendek kat entri blog pun, pengunjung terus komen.. Wah selalu terfikir nak jadi macam tu.. Tapi, apa yang paling penting, bila berblogging ni, trafik kena jaga.. Tak guna ramai follower tapi sekadar kat gadget follower..


Blog pilihan lulu biasanya bukan dikalangan yang femes. Bukan dikalangan follower ribu riban. Namun, untuk yang 5 ni, walaupun ada banyak lagi, korang memang tetap akan menjadi pilihan lulu.. (Kat bloglist Lulu-Pages, memang lulu akan singgah hari-hari walaupun tak tinggal jejak).

1. http://hanisazla.blogspot.com/
2.  http://www.benashaari.com/
3. http://www.makbed.com/
4.  http://gen2merah.blogspot.com/
5. http://neenaanuar.blogspot.com/


Kenapa mereka menjadi 5 pilihan lulu dikalangan ramai lagi blogger? singgahlah blog mereka dan cari keistimewaan itu sendiri.. 






P/S - Rahsia untuk nampak lebih menawan dalam jangka masa yang singkat..




.

Gaya makannya berubah saat mengetahui dirinya mengandung.


Alison Brierley, seorang wanita yang berkerjaya sebagai seniman kerap menggunakan kulit dan bulu rubah, arnab, rusa, burung hantu hingga serigala menjadi barang-barang kretiviti bernilai seni. Namun, wanita 42 tahun ini langsung berubah mengunakan berbagai jenis daging haiwan liar setelah kehamilannya. Hampir setiap hari dia memasukkan daging beragam jenis haiwan liar yang dia peroleh di setiap sudut jalan dan sekitar tempat tinggalnya di Harrogate, North Yorkshire, England sebagai menu harian.

"Biasanya saya makan yang benar-benar sihat. Tapi, saat hamil saya sangat mendamba menyantap daging haiwan liar," jelas Brierley.

Menurutnya, rasa daging haiwan liar lebih bervariasi daripada daging yang umum dijual di supermarket. "Rasanya lebih menyenangkan dan saya menyukainya. Saya juga tidak perlu merasa bersalah memakannya kerana itu adalah hal semulajadi. "

Alison mengaku pernah merasa daging arnab, rusa, merpati hingga burung hantu. Burung hantu adalah daging kegemaran yang paling sering dia makan.

"Saya ingin mencuba rubah dan serigala, tapi mereka tidak pernah saya temukan dalam keadaan yang cukup baik walaupun saya pernah menggunakan mereka untuk karya seni saya." ujarnya.

Wanita ini bahkan kerap menjadi juri pesta masakan jalanan bagi teman-temannya. "Mereka percaya saya juri yang baik dan mereka menyukainya. Saya memperoleh daging segar dari teman-teman yang berburu haiwan saat pulang kerja atau berburu," tambahnya.

Brierley percaya, makan daging segar merupakan gaya hidup alternatif yang lebih sihat. "Salah satu alasan saya adalah  meyakinkan masyarakat untuk melakukan gaya hidup sihat berbanding hanya mengambil makanan dari rak supermarket," kata Alison.







.

Wanita maut, kereta terbabas


Seorang wanita mati lemas setelah kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam kolam memancing di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Kampung Gedang di sini hari ini.
Suzimah Shuhaimi, 28, meninggal dunia selepas terperangkap dalam kereta jenis Honda Integra yang terbabas dan terbalik dalam kolam pancing berkenaan kira-kira pukul 2.15 petang.

Seorang saksi kejadian, Abd. Samad Malik, 42, berkata, sebelum kejadian, dia berada di tepi jalan dan ternampak kereta dipandu mangsa datang dari arah Kuala Pilah cuba memotong sebuah treler membawa muatan batu.

Dia yang menetap di kampung itu berkata, ketika kereta tersebut memotong, tiba-tiba muncul sebuah bas dari arah bertentangan menyebabkan pemandu kereta tersebut cuba masuk semula ke laluan asal, namun gagal.
“Kereta itu kemudian bergesel dengan bahagian hadapan treler menyebabkan ia terbabas, terbalik beberapa kali dan terjunam ke dalam kolam yang terletak kira-kira 10 meter dari tepi jalan.
“Saya dan beberapa penduduk cuba membantu mengeluarkan mangsa tetapi gagal kerana keadaan kereta yang terbalik dan tenggelam di dalam kolam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.





P/S - Lulu sangat sukakan benda ni ;)




.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!