Wednesday, December 28, 2011

Lupus kerana rosak akibat banjir


Pengeluar kereta Jepun, Honda hari ini mula melupuskan sebanyak 1,055 kereta jenama itu yang terjejas semasa banjir melanda Thailand, baru-baru ini bagi memastikan tidak ada kereta yang rosak dijual kepada pengguna.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, proses melupuskan kereta-kereta itu di loji Honda di wilayah Ayutthaya, akan mengambil masa sebulan.

Loji tersebut terletak di Taman Industri Rojana, lokasi yang terjejaas teruk akibat banjir yang melanda pada awal Oktober lalu sehingga menyebabkan operasi pengeluaran kenderaan itu terpaksa dihentikan.

Gambar pemandangan dari udara yang diambil semasa banjir melanda di kawasan itu merakamkan kereta-kereta baru di loji itu ditenggelami banjir lumpur.

"Walaupun kami sempat memindahkan kereta-kereta baru ke kawasan yang selamat, sebanyak 1,055 kereta di loji ini terjejas akibat banjir lumpur.

"Kami tidak akan menjual kereta yang rosak ini kepada pelanggan. Alat ganti kereta juga tidak akan dijual atau digunakan semula," kata Naib Presiden Eksekutif Honda Automobile Thailand, Pitak Pruittisarikorn.

Kebanyakan kereta yang akan dilupuskan merupakan kereta jenama Honda City sedan, Honda Brio dan Honda Jazz 'hatchbacks'.

Operasi pengeluaran kenderaan itu dari kawasan itu masih belum disambung lagi buat masa ini.

Thailand awal bulan ini melaporkan, seramai 700 maut dalam banjir tersebut yang menjejaskan 65 daripada 77 wilayahnya dan memaksa penutupan tujuh taman industri utama, sekali gus menjejaskan bekalan produk dunia.

Walaupun banjir telah surut sepenuhnya, banyak kawasan masih belum pulih dan masih perlu dibersihkan.









.

Kim Jong-il Bertubuh Marylin Monroe


Seorang seniman yang berasal dari Korea Utara, Song Byeok, awalnya mengaku bangga melukis Kim Jong-il dalam poster propagandanya. Namun, karya Song bukannya mengagungkan "pemimpin terkasih" tersebut, tapi malah mengejek-ejeknya.


Perubahan sikapnya ini muncul setelah dia membelot dan melarikan diri ke Korea Selatan. Dalam berbagai karyanya, Song berusaha mengkritik dengan keras pemimpin yang menurutnya membuat negerinya terjebak dalam kelaparan, isolasi, dan keruntuhan ekonomi.


Salah satu karyanya yang menarik perhatian adalah lukisan Kim Jong-il bertubuh langsing, bergaun mekar ala Marilyn Monroe. Seekor merpati terbang di atasnya, dan sehelai bulu yang jatuh tergeletak di atas tanah.



Lukisan lainnya menggambarkan gadis-gadis Korut yang bermata cekung dan tersenyum, anak-anak yang terpaksa menggelandangan, mengelilingi Kim Jong-il. Sebuah gambaran kesulitan rakyat Korut di tengah susuk Kim yang didewakan.









.

WORDLESS WEDNESDAY

China Bangunkan Lapangan Terbang Tertinggi di Dunia


Mulai tahun depan, China akan membangunkan lapangan terbang di kota Nagdu, dataran tinggi Tibet. Lapangan terbang ini disebut-sebut sebagai lapangan terbang tertinggi di dunia, lebih tinggi 100 meter dari lapangan terbang tertinggi sebelumnya.

Seperti diberitakan Xinhua, dipetik oleh Reuters, Selasa 27 Disember 2011, lapangan terbang ini akan berada di ketinggian 4.436 meter dari permukaan laut. Lapangan terbang tertinggi sebelumnya berada di kota Qamdo, juga berada di Tibet, dengan ketinggian 4.334 meter.

Untuk mendirikan lapangan terbang ini, pemerintah China akan menghabiskan dana hingga 1.8 milian yuan. Tempoh disiapkan dijangka memakan waktu hingga tiga tahun.

Dataran tinggi Tibet telah memiliki lima lapangan terbang. Dua di antaranya hanya buka beberapa bulan selama satu tahun karena cuaca buruk. Pembangunan lapangan terbang kali ini adalah salah satu upaya China dalam memperbaiki kualiti penerbangan, terutama di wilayah terpencil dan sukar dicapai.

Pembangunan di wilayah Tibet yang memakan perbelanjaan milian yuan ini juga merupakan cara China dalam mengambil hati rakyat Tibet. Pemerintah China mengatakan, pembangunan lapangan terbang, jalan raya dan rel kereta merupakan salah satu upaya untuk meningkatkan standard hidup di dataran tinggi tersebut.

Selama lebih dari 60 tahun, pemerintahan komunis China memerintah di Tibet dengan tangan besi. Tokoh Tibet, Dalai Lama, membentuk pemerintahan Tibet di pengasingan untuk mengaspirasi rakyat Tibet. Dalai Lama menginginkan otonomi penuh atas Tibet, namun China ingin tetap memerintah.







.

Maut Termakan Kicap Sosej Beracun


Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa lima penagih dadah yang sedang mengikuti program pemulihan maut manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas makan kicap sosej yang dihidangkan pada makan malam sambutan Krisamas di sebuah pusat pemulihan di barat Mexico.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada keracunan itu yang berlaku di bandar Guadalajara adalah akibat kemalangan atau disengajakan.

Pengedar dadah dilaporkan mengambil-alih pusat pemulihan bagi melatih penagih sebagai pembunuh upahan atau penyeludup.

Campur tangan itu telah menyebabkan berlaku kejadian tembakan yang mengorbankan berpuluh-puluh nyawa.

Jurucakap Palang Merah, Alhy Daniel Nunez berkata, 37 lagi masih menerima rawatan, dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan yang serius.










.

Kembalikan Wang Yang Dijumpai di Lapangan Terbang


Seorang lelaki Colorado mengembalikan wang sejumlah ASD$10,000 (RM31,599) yang dijumpainya sebelum menaiki penerbangan di Las Vegas yang menyifatkan pemulangan semula wang kepada pemiliknya bertujuan untuk menunjukkan kepada anak-anaknya bahawa ia adalah “satu tindakan yang sepatutnya perlu dilakukan”.

Penduduk Greenwood Village, Mitch Gilbert memberitahu KUSA-TV, lelaki berkenaan menjumpai dua sampul Caesar's Palace yang tidak bertanda di lapangan terbang dan mendapati terdapat wang di dalamnya sewaktu dalam perjalanan pulang.

Stesen televisyen melaporkan pada Isnin mengenai Gilbert menghubungi lapangan terbang dan kemudiannya dapat berhubung dengan seorang lelaki dari El Paso, Texas yang dilaporkan telah kehilangan wang.
Gilbert berkata, dia telah mendepositkan wang itu ke dalam akaun bank milik lelaki tersebut dua hari sebelum Hari Krismas.

Lelaki tersebut memberitahu stesen televisyen itu bahawa ia merupakan wang perjudian yang dimenanginya dan telah tercicir ketika hendak mengejar penerbangan.









.

[Tawau] Semangat Yazit demi Search


RAMAI yang mengetahui pemain dram Search, Yazit Ahmad menghidap penyakit buah pinggang sejak setahun yang lalu. Sejak saat itu, dia terpaksa bergantung hidup kepada mesin dialisis dengan membuat rawatan dua atau tiga kali seminggu.

Meskipun bergelut dengan penyakit itu, semangat Yazit tidak pernah ‘kecil’ untuk menjayakan Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Dia tetap komited biarpun terpaksa menahan kesakitan akibat penyakitnya itu.

Menurut Yazit, pada siri konsert yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada Sabtu lalu, dia sekali lagi menanggung keperitan itu. Seusai konsert itu, dia terus diberikan rawatan oleh dua anggota paramedik yang disediakan.

“Malam ini, kaki kanan saya ada masalah sedikit. Kaki saya berasa kejang selepas konsert ini. Saya juga ada masalah dalam melalui proses dialisis pada hari ini dan perlu mengeluarkan air dalam badan yang berlebihan.

“Mungkin saya terlebih minum. Pada konsert malam ini, masalah kaki dapat saya rasakan sewaktu di awal konsert daripada lagu pertama sehingga lagu kelima. Selepas itu, saya dapat kembalikan semula mood dan stamina seperti biasa.

“Masalah itu tidak menentu. On and off. Malam ini saya memang terasa penat sikit sehinggalah pada penghunjung konsert ini kaki kanan saya terus kejang,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert tersebut.

Tawau merupakan destinasi konsert bergerak Search sempena ulang tahun ke-30 penubuhkan mereka di mana konsert seterusnya akan diadakan di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada 31 Disember ini, pukul 8 malam.

Rata-rata anggota Search berpuas hati dengan konsert yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau itu yang saksikan oleh lebih 5,000 peminat kerana ia salah satu tempat yang mempunyai ramai peminat rock sejak dulu lagi.

Menurut vokalis Search, Amy, dia bukan sahaja menggelar Tawau sebagai bandar rock ‘n roll kerana mampu menarik ramai peminat tetapi ia juga bandar yang melahirkan ramai artis dalam persada hiburan tanah air.

“Kami pernah mengadakan persembahan di beberapa bandar di Sabah dan Tawau adalah yang terbaik daripada segi lokasi. Ia tempat yang sesuai untuk mengadakan konsert rock. Contohnya, kalau di Sandakan tidak ada stadium.

“Begitu juga dengan Kota Kinabalu yang tidak ada tempat sesuai. Apatah lagi, di Tawau ini memang terkenal kerana melahirkan ramai artis muda yang berasal dari sini,” ujarnya pada konsert itu.

Pada konsert selama hampir dua jam yang bermula pukul 8.30 malam itu, Search membawakan 23 buah lagu termasuklah lagu-lagu lama mereka seperti Rozana, Kejora, Gadisku, Langit Dan Bumi dan Isabella.

Seleksi lagu-lagu itu tidak banyak beza dengan lagu-lagu yang mereka persembahkan pada konsert di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan, Selangor pada 17 Disember lalu yang disaksikan 15,000 penonton.

Sementara itu, kata pemain bass Search, Nasir Daud, selain meraikan ulang Search sehingga Ogos tahun depan, Search dijangka akan tampil dengan pelbagai aktiviti termasuklah menerbitkan album terbaru mereka.

“Siri konsert bergerak ini salah satu agenda dalam ulang tahun itu. Mungkin kami akan keluarkan produk seperti filem tentang Search dan album baru pada tahun depan. Datuk M. Nasir pun sudah tengok kemunculan semula kami.

“Mungkin dia (M. Nasir) akan terbitkan album kami nanti. Kami gunakan perkataan fenomena pada siri konsert ini pun ia boleh menggambarkan tentang kewujudan Search dalam persada muzik tempatan selama ini,” jelasnya.

Ternyata Search masih mempunyai tarikan tersendiri terutama kekuatan lagu-lagu mereka yang belum jemu didengar di mana setiap lagu dinyanyikan oleh para penonton sepanjang konsert dengan tiket berharga RM25 pada malam itu.

Paling ketara menerusi lagu Isi Dan Kulit dan Pawana yang menyebabkan suasana menjadi bingit dengan jerit pekik para peminat yang menyanyikan lagu itu sehingga ia sering menenggelamkan vokal Amy.

Konsert anjuran Universal Credential Sdn. Bhd. dengan kerjasama Nova Music (M) Sdn. Bhd. itu berjalan dengan lancar biarpun dua jam sebelum itu hujan renyai-renyai turun membasahi padang terbuka di stadium tersebut.









.

Justin Bieber hadiahkan kereta kepada seorang rakan


Penyanyi remaja popular, Justin Bieber memberi kejutan kepada seorang rakan rapatnya dengan menghadiahkan sebuah kereta jenama Mustang berwarna putih sempena hari Krismas.

Penyanyi berusia 17 tahun itu dilaporkan memberi hadiah tersebut kepada rakan zaman kanak-kanaknya, Ryan Butler ketika pulang ke kediamannya di Stratford di Ontario, Kanada sempena musim cuti Krismas.
Butler memuat turun gambar kereta itu bersama mesej dalam laman web Twitter.

“Justin menghadiahkan saya sebuah kereta,” tulis Butler dalam Twitter.

Setakat ini, Bieber dilaporkan mendiamkan diri berhubung hadiah itu, sebaliknya dia hanya memaklumkan pengalamannya bercuti bersama keluarganya dalam laman itu

“Saya berasa lega dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama orang yang disayangi sempena Krismas ini,” jelas Bieber.

Dia juga memuat turun beberapa gambarnya bersama adik-adiknya Jaxon, 2, dan Jazmyn, 3 tahun.
Bieber tidak menyebut tentang teman wanitanya, Selena Gomez dalam mesejnya.









.

Pengasas Facebook di Vietnam


Walaupun Vietnam menyekat rakyatnya daripada menggunakan Facebook namun ia tidak menghalang pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg pergi bercuti ke negara komunis itu.
Zuckerberg menghabiskan masa pada malam Krismas di destinasi pelancongan popular Ha Long Bay, kata pegawai rasmi tempatan Trinh Dang Thanh.

Beberapa media tempatan melaporkan Zuckerberg tiba di Vietnam pada 22 Disember.
Pengasas Facebook itu menghabiskan Hari Krismas di rumah penginapan-eko di bandar gunung utara Sapa dan menunggang kerbau, kata Le Phuc Thien, Timbalan Pengurus di rumah penginapan Topas.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun merupakan ketua pegawai eksekutif dan pengasas bagi laman rangkaian sosial popular pada tahun 2004.

Penapis internet agresif di Vietnam menyekat akses daripada melayari Facebook tetapi golongan muda rakyat negara itu begitu mudah memintas sekatan itu.









.

Mati Dengan Tempurung Kepala Pecah

Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh ditemui mati dengan keadaan tempurung kepalanya pecah di tapak projek perumahan di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata lelaki berumur 31 tahun itu ditemui rakan sekerjanya ketika mahu mengambil perkakasan untuk membuat rumah di kawasan tersebut pada 8.30 pagi.

"Rakannya yang terlihat mangsa terbaring dengan keadaan tempurung kepalanya pecah dan berlumuran darah, terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Aida berkata tiada sebarang senjata ditemui berdekatan mangsa dan polis masih menyiasat punca kematian.
Mayat lelaki lengkap berpakaian itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, katanya.








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!