Friday, December 30, 2011

Ratusan Warga China Terlibat Perang Bantal


Tekanan hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai orang mencari berbagai cara untuk menghilangkan stress. Salah satunya dengan perang bantal. Seperti halnya yang terjadi di Shanghai, China. Ratusan orang berkumpul hari Minggu baru-baru ini di Shanghai untuk menghilangkan stress dengan cara unik ini.

"Saat ini para pekerja dan mahasiswa menghadapi tekanan besar di pejabat dan di sekolah, jadi kami berharap festival perang bantal ini dapat menghilangkan stress mereka sebelum tahun baru tiba," ujar penganjur dan pencetus perang bantal, Eleven Wang seperti dipetik dari The Huffington Post.

Bantal dibahagikan di pintu masuk kepada setiap peserta. Untuk lebih memicu emosi setiap orang, pihak penyelenggara menghadirkan band beraliran rock yang mengiringi perang tersebut.

"Kadang kala kita memiliki tekanan dari atasan, guru, atau kerana ujian di sekolah. Namun hari ini kita boleh bersenang-senang. Setiap orang dapat menuliskan nama bos, guru atau mata pelajaran yang membuat mereka stress dan menikmati perang ini," tambahnya.

Beberapa orang lebih memilih untuk melemparkan bantal mereka ke udara daripada melontarnya ke arah lawan. Namun sebahagian peserta lainnya sangat bersemangat menyerang lawan. Seorang peserta, Chen Yi yang berusia 24 tahun mengatakan, mengikuti perang bantal membantunya menghilang stress setelah seharian menghadapi pekerjaan berat di pejabat. Beberapa peserta lain juga mengatakan, mereka sangat menikmati festival ini.

Perang bantal merupakan festival yang diadakan setiap tahun di Shanghai. Festival ini sudah dimulakan sejak lima tahun lalu. Tahun ini perang bantal akan diadakan dua kali, iaitu pada hari Krismas dan hari sebelum tahun baru. -Huffington Post







.

Pelakon bunuh diri?


AWAL 2008, serial Filipina berjudul Bakekang pernah tayang di Indonesia.

Mungkin tidak ramai yang tahu, kerana serial produksi tahun 2006 itu tayang di Vision 2, saluran khusus drama yang disediakan sebuah operator TV berbayar. Salah satu pelakonnya adalah Tyron Perez, yang berlakon sebagai Paolo. Semalam, Khamis (29/12), lelaki berusia 26 tahun ini ditemui mati.

Pada mulanya pelakon ini disangka telah membunuh diri.

Laman Sun Star Filipina pada hari ini jumaat (30/12) mengkhabarkan, penyelidikan awal menunjukkan pelakon ini mati kerana luka terkena tembakan di pelipis (bahagian kepala di ujung kiri kanan dahi di antara mata dan telinga) kanannya.

Senjata ditemui di dekat tubuhnya. Mayat Tyron sendiri ditemukan di tempat duduk belakang kereta berwarna hitam dengan plat ZSP-875 di kawasan Barangay Ugong, Valenzuela City. Meskipun begitu polis belum menyatakan penyebab pasti kematian Tyron, kerana siasata masih berjalan.

Wartawan tempatan memberitakan bahawa Tyron sedang bertengkar dengan Liv, isterinya. Bahkan khabarnya sudah berpisah rumah. Tyron beberapa hari ini tinggal di rumah rakannya.

Di acara TV pagi, Liv mengakui bahawa rumah tangganya memang sedang bermasalah. Liv sempat berbincang dengan Tyron pada 26 Disember dan beberapa minit sebelum suaminya ditemukan tak bernyawa.









.

Kanzi, chimpanze yang pandai memasak


KERA dan berbagai spesiesnya telah lama dikenali sebagai haiwan yang cerdas dan mampu meniru perilaku manusia. Kanzi, seekor chimpanze berjenis bonobo, merupakan salah satunya.


Kanzi merupakan salah satu bonobo yang dirawat oleh Dr Sue Savage-Rumbaugh, seorang pakar peneliti bahasa dan perilaku kera. Bagi Sue, Kanzi merupakan chimpanze tercerdas yang pernah dirawatnya, kerana mampu menyalakan api dari mancis kayu dan memasak sendiri.


“Kanzi belajar menyalakan api dari filem Quest for Fire, filem kesukaannya ketika masih kecil. Kanzi menontonnya berulang-ulang kali,” ungkap Sue seperti dipetik dari Daily Mail. Chimpanze berumur 31 tahun itu kerap menemani Sue hiking, mengumpulkan ranting kering dan membuat unggun api. Kemampuan untuk mengumpulkan ranting itu dipelajarinya sejak berusia lima tahun.


Saat menyalakan api, Kanzi juga dilihat sangat berhati-hati ketika memegang mancis kayu agar tidak membakar tangannya sendiri. Kanzi bahkan mencari ranting lebih banyak ketika api mulai mengecil. Lebih mengejutkan lagi, Kanzi membantu Sue memasak, lalu mengambil sebatang ranting yang tipis dan membakar marshmallow sendiri. Ketika akan pulang, Kanzi tidak lupa mematikan api unggun dengan sebotol air mineral.


Kanzi juga menurunkan beberapa keterampilan pada anaknya, Teco, yang juga tinggal bersama Sue. Salah satunya kemampuan berkomunikasi dengan bahasa manusia yang dilakukan melalui keyboard khusus dengan simbol lexigram. Melalui beberapa latihan, Kanzi mampu menguasai 500 kata dan memahami 3000 ucapan. -DM







.

Menguap boleh berjangkit


Tabiat menguap mempunyai kesan negatif kerana ia boleh berjangkit kepada orang lain, lapor satu kajian.

Hasil kajian itu yang disiarkan jurnal Public Library of Science, menyatakan menguap adalah ikatan empati yang terjadi dalam sesuatu kelompok sosial.
Kami berusaha memahami faktor paling penting yang mempengaruhi penularan menguap kepada manusia dengan mengumpulkan data selama setahun dari beberapa negara berlainan di dunia, kata ketua pengkaji di Universiti Pisa Itali, Prof Elisabetta Palagi.
Beliau berkata pihaknya melakukan kajian ke atas 109 dewasa, 53 daripadanya lelaki di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika selama 12 bulan. Sebelum ini menguap sering kali dikaitkan dengan tanda keletihan, tekanan atau perasaan bosan.

Kami membahagikan mereka kepada dua kumpulan dengan kelompok pertama menjadi orang yang mula menguap dan satu kelompok adalah pihak yang menghadapi mereka yang menguap, katanya.

Prof Palagi berkata, sepanjang tempoh kajian, pihaknya mendapati ada 480 kes menguap dengan setiap seorang mula menguap dalam tempoh tiga minit.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada responden yang mudah terjangkit menguap adalah mereka yang kenal satu sama lain seperti keluarga, teman rapat dan orang asing atau baru dikenali.
Faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menularkan tabiat menguap bukanlah kaum, warna kulit, jantina atau usia, tetapi lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka, katanya.







.

Cari ibu bapa terpisah sejak lahir


Pekerja swasta, Hidayu Abdullah, 25, merayu orang ramai agar tampil memberi maklumat berhubung kedudukan ibu bapa kandungnya yang telah berpisah dengan dia sejak lahir. Katanya, sudah pelbagai usaha telah dilakukan bersama keluarga angkat untuk menjejak mereka berdua termasuk menemui saudara-mara dan jiran tetangga pasangan berasal dari Muar, Johor itu namun gagal.

"Semasa saya berumur 12 tahun, saya dikhabarkan ibu saya sakit tenat, namun tiada khabar berita dari mereka selepas itu.

"Anak mana yang tidak mahu menatap wajah ibu bapa kandung mereka? Saya sememangnya berazam berbuat demikian sejak dahulu lagi.

"Lebih-lebih lagi apabila saya kini akan melangsungkan perkahwinan tahun depan. Kehadiran mereka merupakan saat yang paling menggembirakan saya," katanyai.

Jelas Hidayu, dia hanya memiliki sekeping kad pengenalan lama ibunya, Siti Hawa Mohamad yang diperolehnya semasa membuat MyKad 13, tahun lalu. Gadis yang membesar di Kajang, Selangor itu juga merayu kepada bapa, Abdullah atau sesiapa mengenalinya supaya mewalikan perkahwinannya pada akhir Januari tahun depan.

"Segala persiapan perkahwinan semuanya sudah dibuat dan tetamu juga sudah dijemput. Tetapi saya bimbang sekiranya tiada wali, majlis ini akan terjejas," ujarnya.

Orang ramai yang mengenali ibubapanya dan mempunyai maklumat berhubung pasangan itu boleh menghubungi Hidayu 017-6203597.









.

Indahnya Hotel Ais


Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.

Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Setiap kali tiba musim sejuk sejak 2005, hotel unik tersebut akan dibina semula untuk menampilkan kelainan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Tukang ukir tempatan bertanggungjawab mengukir bongkah-bongkah ais besar untuk membina dan meninggikan dinding hotel tersebut.

Hotel yang mempunyai antara 10 hingga 14 bilik itu terletak pada altitud 2,034 meter.

Namun, bukan semua pengunjung dapat bertahan menginap di hotel tersebut kerana suhu di dalamnya dicatatkan serendah -4 darjah Celcius, walaupun selimut tebal disediakan.

Hotel of Ice merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah dan pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke sana.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!