Monday, January 30, 2012

Dia sempurna di mata suami


Saya memang tidak boleh menahan mulut orang untuk bercakap. Saya pun tidak tahu macam mana cerita itu boleh timbul."

Demikian kata pelakon Rebecca Nur Islam Ahmad, 26, mengenai cerita kononnya dia mendera anak tirinya.

Biarpun mengakui hatinya terguris dengan tuduhan tidak berasas itu namun kata Rebecce, dia tidak mampu menutup mulut orang.
Menurut Rebecca, dia hanya ketawa apabila mendengar gosip tersebut kerana ia bukan sahaja tidak benar.
Lebih-lebih lagi, kata pelakon itu, lemparan gosip oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu juga di luar kawalannya.

Bagaimanapun dia tetap berharap agar mereka yang suka menabur fitnah terhadap dirinya itu segera insaf.

"Cukup-cukuplah buat cerita tidak benar itu. Saya ini kalau nak marah sekejap
sahaja, lepas itu okay. Bukan apa, tak elok simpan lama-lama nanti cepat tua," katanya tersenyum.

Pandangan pemegang watak Syazura dalam filem Keramat itu turut mendapat sokongan daripada suami tercinta, Nor Azam Sulaiman, 44.
Kata Nor Azam, sejak mendirikan rumah tangga Januari tahun lalu, dia jarang melihat isterinya merajuk lama.
Malah tegasnya, hubungan Rebecca dan kedua-dua orang anaknya tidak bermasalah kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.

"Mula-mula dengar cerita mengarut itu, saya terkejut tapi bila memikirkan itu (gosip) dunia dia, jadi saya pun buat tidak kisah. Saya dan anak-anak lebih tahu dia macam mana berbanding orang luar.

"Pada saya dia adalah seorang wanita dan isteri yang sempurna untuk saya dan anak-anak. Kalau saya beritahu yang isteri saya ini pandai memasak, mesti orang tidak percaya.

"Dulu saya pun tidak yakin tapi bila lihat dengan mata sendiri, rasa beruntung kerana memiliki isteri yang pandai di dapur," cerita Nur Azam panjang lebar.

Sementara itu Rebecca yang mendengar puji-pujian suaminya itu berkata, dia memang suka memasak dan sering membantu ibunya di dapur.
Katanya, setiap hari jika tidak sibuk di lokasi, dia akan pastikan menyediakan beberapa jenis hidangan untuk suami kerana Azam lebih selesa makan di rumah.

"Alhamdulillah, saya ini jenis boleh ke dapur. Kalau tak kasihan pada suami yang memang suka makan di rumah itu," katanya tersenyum.

Rebecca yang sudah dua kali mengalami keguguran berkata, dia dan suami walaupun sudah mempunyai anak namun mereka tetap menunggu masa untuk memiliki zuriat bersama.
Kata Rebecca yang mempunyai seorang anak angkat, dia tidak pernah serik untuk hamil lagi dan berharap Allah akan memakbul impiannya untuk memiliki cahaya mata.






One of the Malaysian’s favourite




.

Ibu yang menghantar anak ke sekolah dengan Sandwich Smarties


Guru-guru terkejut apabila seorang ibu menghantar anaknya ke sekolah dengan sandwich yang dipenuhi dengan Smarties. Bekal berisi coklat telah mendorong panggilan untuk membaik pulih diet murid di sekolah
Lincolnshire - termasuk percubaan makanan percuma di sekolah.

Pekerja-pekerja kesihatan di NHS Lincolnshire masuk untuk menilai apa yang murid-murid bawa masuk untuk makan tengah hari dan mendapati begitu banyak anak-anak muda pemangkin kepada pengambilan kerepek, gula-gula dan coklat.
Lincolnshire sudah mempunyai salah satu kadar tertinggi obesiti kanak-kanak di negara ini, dengan satu dalam tiga kanak-kanak yang dikategorikan sebagai obes.

Tetapi bukan sahaja mendapat makanan percuma di sekolah, kanak-kanak yang makan pada pilihan waktu makan tengahari yang lebih sihat seperti pasta, kentang bakar dan daging tanpa lemak, ia juga dikatakan mempunyai tingkah laku yang bertambah baik.

Lynne McNiven, Penolong Pengarah kesihatan awam, di hari Minggu Express.. 'Apabila kita mendengar tentang sandwich Smarties, ia menakutkan. Kami pergi ke sekolah untuk melihat dan mendapati kanak-kanak makan apa yang saya akan anggap sebagai makanan berkelah sebagai makanan tengah hari.'

Minggu lepas, dia telah mendedahkan bahawa beberapa buah sekolah sedang digesa untuk bersaing dengan menawarkan tawaran hidangan khas dalam usaha yang berasingan untuk mendapatkan kanak-kanak yang memakan makan tengahari yang sihat.


Dengan statistik yang menunjukkan sebanyak 25 peratus kanak-kanak lelaki dan 33 peratus daripada kanak-kanak perempuan yang berumur antara dua dan 19 tahun mempunyai berat badan berlebihan atau obes, menteri-menteri mengumumkan bahawa pada masa akan datang, sekolah-sekolah akan dapat menawarkan promosi harga pada majlis makan malam sekolah.

Dalam sistem sedia ada, sekolah-sekolah di England telah mengenakan harga yang sama untuk item yang sama bagi setiap murid. Makanan percuma di sekolah hanya disediakan untuk kanak-kanak dalam keluarga yang memenuhi kriteria kewangan tertentu.

Ibu bapa boleh memohon makanan percuma untuk anak-anak mereka jika mereka menerima faedah seperti sokongan pendapatan atau elaun pencari kerja.









.

Wanita Dibenarkan Berada Di Stadium Tengok bola sepak


Akhbar yang dikendalikan oleh kerajaan Arab Saudi melaporkan buat pertama kalinya di negara Islam yang konservatif itu membenarkan wanita tempatan untuk menghadiri ke perlawanan bola sepak di stadium.

Akhbar Al-Sharq pada Sabtu yang memetik seorang pegawai yang tidak mahu dikenali berkata, wanita akan dibenarkan menonton perlawanan itu menerusi kemudahan baru yang akan siap pada tahun 2014 di barat Jeddah.

Pegawai itu berkata, stadium baru akan menyediakan ruang untuk keluarga dengan kabin dan balkoni yang privasi untuk wanita yang ingin menonton perlawanan itu.

Arab Saudi menerusi undang-undang Islamnya melarang lelaki dan wanita bukan muhrim untuk bercampur gaul.

Wanita dan lelaki di Arab Saudi kekal diasingkan dengan pergaulan yang terhad dan dilarang untuk kedua-duanya bergaul bersama di tempat awam.






One of the Malaysian’s favourite




.

Ini adalah Nyamuk gergasi


Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan.







.

Tolong buang bayi kat sini..


Wilayah Krasnodar menjadi kerajaan tempatan pertama memperkenalkan kotak khas untuk meninggalkan bayi di Russia sejak November lalu, lapor media semalam.

Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.

Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.

Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.

Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.

“Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah,” katanya.

Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.


“Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya,” katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.

Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri.




.

Pusat pemulihan terbakar, 26 maut


Sebuah pusat pemulihan khas untuk penagih dadah dan alkohol di daerah Andean hangus dijilat api semalam, menyebabkan 26 pesakit maut.

Beberapa mangsa yang terselamat berkata, kebakaran itu berpunca daripada dua pesakit yang menyalakan api dan mereka gagal menyelamatkan diri kerana pusat itu berkunci bagi mengelakkan pesakit melarikan diri ketika menjalani rawatan.

"Dua mangsa cuba melarikan diri dengan membakar beberapa helai pakaian dan melemparkannya ke pejabat pengurus. Selepas itu api terus marak dan menyambar bahagian dalam bangunan," kata seorang mangsa yang terselamat, Wilmer Garcia.

Kebanyakan mangsa maut akibat sesak nafas.

Datuk Bandar Lima, Susana Villaran berkata, pusat tersebut tidak mempunyai lesen perbandaran dan langkah drastik perlu diambil bagi mengelak kejadian serupa.

"Ini merupakan satu tragedi besar. Keluarga menghantar saudara mereka yang ketagih dadah dan alkohol dengan hasrat mereka boleh dipulihkan. Pusat ini sepatutnya dipantau oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa perbandaran," katanya.




.

Kerana menyintainya..

Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.





.

Awan Nano ungguli Anugerah Juara Lagu Ke-26


Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dipilih sebagai juara di Stadium Putra di sini malam ini.

Berbekalkan lirik lagu yang mantap melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 beserta trofi.

Lagu Beribu Sesalan nyanyian gandingan tiga suara pula meraih kedudukan naib juara.

Untuk itu, Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM15,000 dan trofi.

Lagu Karma dendangan Faizal Tahir pula muncul tempat ketiga dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik pula, anugerah tersebut dimenangi Alyah yang mendendangkan lagu Kisah Hati sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Vokal mantap sewaktu menyampaikan lagu Awan Nano melayakkan Hafiz memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

AJL26 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Jamal Abdillah melalui lagu Senandung Semalam, Awie dengan lagu Bujang Senang serta Datuk Sheila Majid dengan lagu Warna.

Selain itu Black, Hazama dan Azlan & The Typewriter turut mempersembahkan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua), Balik Kampung, Chow Kit Road dan Salam Terakhir sebagai tribute kepada Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!