Sunday, February 5, 2012

Kanak-kanak mati tersepit di eskalator..


Peringatan untuk ibu bapa agar mengawasi anak-anak mereka ketika menaiki eskalator. Jangan sampai insiden mengerikan ini menimpa anak anda! Seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun tersepit eskalator di sebuah gedung membeli belah di China. Tragisnya, kanak-kanak tersebut mati kerana kepalanya tersepit antara eskalator yang sedang bergerak dengan tembok tingkat atas.

Insiden nahas ini terjadi di sebuah pusat gedung membeli belah Xinyidai yang ada di wilayah Xidan, Beijing. Demikian seperti dipetik oleh Xinhua. Salah seorang saksi berkata, kanak-kanak tersebut menggunakan eskalator untuk naik dari tingkat 5 ke tingkat 6 seorang diri, tanpa ditemani siapapun. Tiba-tiba kanak-kanak itu menjulurkan kepalanya ke arah luar eskalator dan akhirnya kepalanya tersepit dengan tembok tingkat atas yang berada tepat di sebelah eskalator. Tragis, kanak-kanak itu mati.

Diketahui bahawa ibu kanak-kanak malang itu memiliki sebuah kedai di bangunan itu. Dan ketika kejadian, si ibu sedang sibuk melayan pembeli di kedainya sehingga tidak menyedari pergerakan anaknya.
Salah seorang pengurus kedai disitu, Hong Liang berkata, terdapat sebanyak 30 eskalator dan 10 lif di bangunan itu. Menurutnya, kesemuanya rutin mendapatkan pemeriksaan.

Insiden ini masih dalam penyiasatan pihak polis Beijing. Pihak pengurusan bangunan itu juga telah menyatakan akan bekerjasama dengan pihak tertentu dalam penyiasatan tersebut.
Pasca kejadian, gedung membeli belah yang terletak di tengah kota Beijing ini masih tetap dibuka. Namun eskalator yang menjadi tempat kejadian itu ditutup untuk sementara.





.

Wanita Ini Dibakar Hidup-hidup di Dalam Lift


Seorang wanita dibakar hidup-hidup, oleh seorang lelaki tidak dikenali di dalam lift di apartmen wanita malang itu di New York, Amerika Syarikat.
Wanita yang berusia sekitar 60 tahun tersebut, menurut pihak polis New York, sedang berada di dalam lift, ketika seorang lelaki melemparkan cairan yang mudah terbakar dan menyalakan api, ketika pintu lift yang ditumpanginya terbuka.

"Nampaknya pelaku tahu, wanita itu sedang menggunakan elevator," ujar Jurucakap polis New York, Paul Browne, seperti dipetik dari AP. Tidak ada seorangpun ditangkap.

Serangan brutal tersebut diduga terjadi lewat pukul 4, berlangsung kira-kira seminit dan dirakam oleh dua kamera CCTV. Penyerangan tersebut terjadi di tingkat lima apartmen, ketika itu korban yang sedang membawa barang. Tiba-tiba, sesaat pintu lift terbuka, seorang lelaki menyerang dengan melemparkan cairan mudah terbakar ke tubuh wanita tersebut.

Cuba melindungi tubuhnya, wanita tersebut kemudian berbalik 180 darjah dan tunduk, namun lelaki tersebut melemparkan cairan tersebut dari kepala hingga turun ke kakinya.
Polis sedang menyiasat motif serangan. Petunjuk awal, polis yang sudah mendapatkan ciri-ciri fizik dari pelaku, kemudian mengeluarkan lakaran gambar dari lelaki tersebut. Dalam lakaran tersebut pelaku menggunakan jaket hitam, sarung tangan bedah dan mengenakan kacamata hitam.




.

Pesawat Terpaksa Mendarat kerana lampin pakai buang


Sebuah pesawat Qantas, Australia, yang sedang membuat penerbangan domestik, dipaksa mendarat setelah beberapa penumpang mengeluh bau lampin pakai buang bayi yang kotor.

Pesawat dengan nombor penerbangan 825 itu sedang dalam perjalanan menuju Brisbane dari Darwin ketika para penumpang heboh oleh bau lampin pakai buang itu. Pilot terpaksa mendaratkan pesawat itu di Mount Isa, sekitar 1.152 batu jauhnya dari lokasi awal, lapor Daily Mail.

Pihak Qantas dalam sebuah pernyataan mengungkapkan, sehelai lampin pakai buang telah dimasukkan ke tandas dan bau busuk itu berpunca dari lampin pakai buang yang menyumbat mangkuk tandas tersebut.

"Prosedur memaksa pendaratan secepatnya. (Hal itu) sangat memalukan kami semua di [Qantas], tetapi, lebih baik aman daripada menyesal," kata pernyataan tersebut.
Setelah mendarat, para penumpang dipindahkan dari pesawat dengan forklift dan beralih ke pesawat lain. Mereka lalu meneruskan perjalanan ke Brisbane.

Sementara itu, pesawat bermasalah tersebut menjalani pemeriksaan sebelum menyusul para penumpangnya ke Brisbane untuk menghantar bagasi mereka.




.

Wanita Ini Buat 'Harry Potter' Tergila-gila..


Bintang Harry Potter, Daniel Radcliffe, mengaku benar-benar jatuh cinta dengan kekasihnya, Rosanne Coker. Gadis muda inilah yang membuat aktor masa depan tersebut jatuh hati dan berniat mengahwininya.
Pasangan muda ini bertemu ketika Rosie bekerja sebagai pembantu produksi pada filem Harry Potter "Half Blood Prince". Keduanya bercinta selama lebih dari setahun.

Khabar mengenai perkahwinan pasangan muda ini telah tersebar terdengar sejak beberapa bulan lalu. Walaupun mereka masih bertunang, Radcliffe mengatakan sangat menyenangi khabar angin tersebut.

Kepada majalah Parade, ketika dirinya masih remaja, Radcliffe menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang sukar untuk difahami. Namun, saat ini dia melihat dirinya berkata mengenai perkahwinan. "Anda bertemu seseorang yang membuat Anda berfikir 'Aku tak keberatan berdiri di depan teman dan keluarga dan memberitahu mereka betapa aku mencintaimu dan aku ingin bersamamu selamanya'," ujar aktor berusia 22 tahun tersebut.

Menjawab pertanyaan apakah dirinya benar-benar jatuh cinta, Radcliffe menjawab, "Ya, saya benar-benar jatuh cinta. Bila Rosie di sini, setiap hari kelihatan lebih baik," katanya seperti diberitakan Metro.

Aktor yang kini sedang menanti tayangan perdana filem terbarunya, "The Woman in Black" juga mengakui dia bukan seorang yang mudah untuk dicintai, kerana kerap berpenampilan tidak terurus, berkepribadian serius serta terobsesi pada permainan Fantasy Football.





.

Barangan kulit, bulu, tulang: Standard halal akan diperkenal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia sedang menyediakan piawaian halal khusus untuk barangan kulit, bulu dan tulang haiwan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, apabila siap kelak, piawaian itu akan digunakan sebagai garis panduan untuk persijilan halal bagi barangan berkenaan dalam usaha menjaga sensitiviti pengguna beragama Islam.

"Bila cakap tentang persijilan halal, masyarakat hanya fikir tentang makanan atau minuman sedangkan barangan yang kita pakai setiap hari mungkin tidak halal.

“Jadi itu pentingnya standard halal untuk barangan itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, penyediaan piawaian halal itu yang dimulakan pada 2011 dijangka siap tahun ini untuk diguna pakai tahun depan.
Hakimah berkata, buat masa ini, tiada sebarang peraturan khusus termasuk mengenai keperluan mengasingkan barangan kulit, tulang atau bulu yang tidak halal dengan produk halal, sebaliknya ia dibuat atas inisiatif pemilik premis sendiri.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!