Thursday, February 16, 2012

Burung ini mampu terbang 29,000 kilometer


Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.

Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters hari ini mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

"Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

"Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari.

"Namun haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska," katanya.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

"Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil.

"Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah," katanya.









.

Haiza terasa sesuatu

UNTUK melihat Haiza berwajah masam memang sukar kerana penyanyi itu seorang yang ceria, mudah mesra dan gemar ketawa. Lantan sikapnya yang sentiasa merendah diri itulah, Haiza yang disenangi semua pihak tidak pernah terasa hati apabila diaju soalan berkaitan cahaya mata.

Haiza atau Rohaizah Nordin, yang baru merai sambutan ulang tahun ke-32, pada 2 Februari lalu di Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur, belum mempunyai zuriat walaupun sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Norhanapfe Omar.

Katanya, dia dan suami tidak ambil hati dengan pertanyaan bila mahu timang anak daripada rakan-rakan atau sanak saudara kerana perkara itu bukan satu bebanan kepada mereka.

“Haiza tidak kisah semua itu. Biasalah bila sudah berkahwin, orang akan tanya bila nak dapat anak. Bagi Haiza, soalan rakan-rakan itu satu doa kerana mereka juga tidak sabar untuk melihat kami mempunyai cahaya mata.

“Kalau orang lain tidak sabar nak lihat kami ada anak, apatah lagi Haiza dan suami. Apa pun kita bukanlah boleh dapat anak dengan petik jari saja. Semua itu ketentuan Allah. Haiza anggap mungkin belum rezeki tapi Haiza dan suami tidak pernah berputus asa,” katanya tanpa berselindung.

Sambil tersenyum Haiza berkata, mungkin pada tahun ini kehidupannya dan suami akan berubah kerana kebelakangan ini dia terasa ada perubahan pada dirinya.

Kata Haiza, dia tidak pernah mengalami ‘sindrom’ yang dialami sekarang ini tapi belum berkesempatan untuk bertemu doktor untuk rawatan lanjut.

“Entahlah, Haiza belum pernah rasai apa yang dirasa sekarang. Sama ada iItu tanda-tanda hamil atau sakit, Haiza tidak pasti. Belum sempat jumpa doktor sebab sibuk. Harap-harap esok lusa kalau pergi buat rawatan, khabar gembira,” katanya penuh harapan.

Menurut Haiza, dia bertuah kerana memiliki suami yang sentiasa memahami dan menyokongnya dalam apa jua perkara.

Dia yang bakal mengadakan majlis prapelancaran single dan klip video, Semalam, pada 28 Februari ini di Redbox, Sogo, berharap selain keharmonian rumah tangganya berkekalan, perjalanan kariernya juga berjalan lancar.

“Alhamdulillah, lagu Semalam sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio. Semua itu berkat doa rakan-rakan dan peminat yang tidak jemu menyokong Haiza hingga sekarang,” katanya tulus.


Ingin naik kapal

Selain sibuk mempromosi single dan klip video, Semalam, Haiza juga tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan yang diterima pada hujung minggu.
Katanya, sejak dulu hingga kini, undangan untuk mengadakan persembahan terbuka atau tertutup tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, ada sahaja undangan yang Haiza terima sama ada menyanyi atau menjadi pengacara. Disebabkan itulah, Haiza terpaksa menolak tawaran berlakon.

“Memang terkilan tidak dapat berlakon tapi nak buat macam mana, waktu yang diberi tidak selari dengan jadual persembahan. Untuk tidak menyusahkan mana-mana pihak, Haiza tumpu pada nyanyian sahaja,” katanya.

Haiza menerusi syarikatnya, My Own Entertainment Management sedang merancang satu percutian dengan para peminat menerusi program Yok Cuti Yok.
Tahun ini Haiza bercadang mengajak peminat menaiki cruise kerana dia sendiri belum pernah bercuti di atas kapal mewah sebegitu.

“Haiza sudah hantar beberapa proposal pada syarikat pelancongan untuk mendapat sebut harga tapi belum dapat balasan. Kalau ada agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama dengan Haiza bolehlah hubungi myown.entertainment@gmail.com.

“Percutian ini perlu perancangan rapi, sebab nak bagi peluang pada peminat kumpul wang dulu sebelum pergi. Haiza harap perancang untuk bercuti di atas kapal berjaya,” katanya.











.

Cedera Diserang Singa Laut


Percubaan bintang pop Shakira untuk mengambil gambar seekor singa laut di sebuah zoo telah mengakibatkan kecederaan apabila dia diserang oleh haiwan itu yang menyangka telefon bimbit penyanyi itu adalah ikan.

Dia mengalami kesan calar di tangan dan kaki akibat kejadian itu.
Laman web thesun.co.uk melaporkan, penyanyi berusia 35 tahun itu diserang ketika dia sedang leka untuk mengambil gambar apabila seekor singa laut melompat ke arahnya secara tiba-tiba dan cuba menggigit telefon bimbit yang disangkakan ikan itu.

Walaupun penyanyi itu berjaya diselamatkan oleh abangnya, dia tetap mendapat kecederaan ringan.

Penyanyi lagu Hips Don’t Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya.

“Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ.

“Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya.


“Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya ‘Super Tony’ datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu melindungi diri daripada diserang.

“Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan,” katanya dalam entri blog itu.

Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama.

Dia menulis: “Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!”










.

The Cranberries akan ke Malaysia


MASIHKAH ingat lagi lagu nyanyian kumpulan The Cranberries seperti Zombie, Dreams, Ode To My Family, Salvation, Linger dan Animal Instinct?

Mereka pernah mencetuskan fenomena pada era penghujung 1990-an dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia dan menduduki carta Top 20 Billboard.

Kini selepas sekian lama kita dihiburkan dengan lantunan vokal unik penyanyi utamanya, Dolores O'Riordan, kumpulan dari Ireland itu bakal mengadakan persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan pada 4 April 2012 bertempat di Stadium Negara, pukul 8.30 malam.

Kehadiran The Cranberries sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru berjudul Roses.

Fasa baru karier The Cranberries kembali memuncak selepas melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Bagi siri jelajah dunianya, The Cranberries akan menjelajah Australia terlebih dulu sebelum mengunjungi Asia Tenggara bermula di Singapura pada 2 April diikuti Kuala Lumpur sebelum ke Taipei pada 6 April dan Hong Kong (8 April).

Diuruskan bersama oleh The WonderLand dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada kumpulan terbesar dunia yang tidak harus dilepaskan peminat.

Menurut wakil penganjur dan promosi konsert itu, Goh Yoke Leng, untuk para peminat setia kumpulan yang dianggotai empat ahli ini, tiket untuk menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut beberapa kategori.

"Antaranya RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP), manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

"Sempena dengan kehadiran hari memperingati kekasih pada 14 Februari lalu, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari ini.

"Potongan sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.my dan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03-92228811," katanya.










.

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?


Yeah, encik ben buat segmen lagi...
Ada masa ni, so lulu join...

 Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?
Baguslah orang kritik blog kita, supaya kita boleh buat penambahbaikan, untuk kebaikan juga kan..
Lulu suka orang kritik Lulu-Pages, tapi haruslah kritikan yang membina..
Supaya dengan kritikan itu, lulu dapat memperbetulkan mana-mana yang kurang atau mana-mana yang tak korang tak puas hati, dengan syarat tak lebih-lebih lah eh :p


Ok, ready???
Untuk yang kritik, lulu akan cuba buat kunjungan balas..
Tak hari ni, esok-esok ada maa....













.

Samsung lancar Galaxy Tab 2


SAMSUNG akan melancarkan Galaxy Tab 2 terbaru dengan skrin berukuran tujuh inci, tablet pertamanya yang menampilkan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream daripada Google sempena Kongres Sedunia Mudah Alih (MWC) yang akan datang.

Peranti kompak (gambar) itu mempunyai pem-prosesan dwi teras 1GHz, paparan WSVGA (1024x600p) tujuh inci, kamera belakang 3MP serta kamera hadapan VGA.

Samsung juga menyertakan ciri aplikasi S Suggest, perkhidmatan komunikasi mudah alih ChatON, sistem pengenalan terbuka, kandungan tanpa wayar bersama AllShare Play dan akses kepada lebih 400,000 aplikasi menerusi pasaran android Google.
“Dua tahun lalu, Samsung Galaxy Tab mula menawarkan lebih banyak kemungkinan mengenai pelancaran seterusnya. Sejak itu, Samsung secara aktif meningkatkan barisan tablet bersama beberapa tablet yang lain dalam saiz yang berbeza,” kata Presiden Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics.

Samsung dijangka tidak mengadakan sidang media pada persidangan MWC tahun ini, tetapi syarikat itu telah memastikan yang ia akan akan mempamerkan beberapa produk baru dalam bilik pameran.

Syarikat lain termasuk LG, HTC, Nokia, Huawei dan Acer dikatakan akan membuat pengumuman besar pada acara itu tahun ini. Acara itu dijangka menyaksikan pelancaran tablet dan telefon pintar berkuasa tinggi, lebih banyak peranti menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan peranti mudah alih yang lebih nipis.

Samsung tidak memberikan harga rasmi bagi tablet Galaxy Tab 2 (7.0), bagaimanapun Samsung Hub melaporkan Versi WiFi akan dijual pada harga sekitar £349 (RM1,400) manakala versi 3G pada harga £429 (RM2,400).
The Galaxy Tab 2 (7.0) terlebih dulu akan dilancarkan di United Kingdom sebelum ia dipasarkan ke pasaran global pada Mac ini.










.

New camera app allows users to easily remove unwanted people and objects from their pictures


It's a problem dictators will be familiar with. You have a lovely photo taken of you and your inner circle, then you decide to have one purged and removed from history.

Well, if Stalin were alive today and a smartphone fan, his mobile picture editing prayers would be answered.

A new app allows users to automatically erase unwanted objects from photos, meaning you no longer have to use complex photo-editing software to get the picture you want.
More prosaically, it allows users taking pictures in a busy public place to get exactly the composition they want without spending ages timing their pictures exactly.


Remove, a new smartphone camera app, gives users the opportunity to easily eliminate unwanted objects from the shot.
The app, designed for Android phones, takes several photographs in a row, analyses them and builds a composite image that users can edit.

The software looks similar to any other camera app. All users need to do is tap the shutter key and Remove quickly takes several pictures.

It then displays the resulting composite picture, with objects highlighted to allow the user to toggle them in or out of the shot. At the moment, Remove is still at its prototype stage, but tech website Engadget was given a first look at an early build of the program.

Engadget says they found a few issues with the responsiveness of the user interface and noticed a few minor bugs.


Nevertheless, the website said, the application is intuitive and works well considering it is still at the early stages.

The software's developer, Scalado, already well known for camera apps like Zero Shutter Lag and Rewind, plans to showcase remove at the Mobile World Congress later this month.











.

Gadis 'istimewa' sambung persekolahan


Noraini Ismail, gadis berusia 17 tahun yang didakwa mampu bertutur dalam bahasa Korea, Mandarin, Hokkien dan beberapa bahasa lain setelah terlibat dalam kemalangan lebih sebulan lalu menyambung semula persekolahannya semalam.

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu bagaimanapun kelihatan ceria ketika dikelilingi rakan-rakan sekelas dan gurunya meskipun lebih sebulan tidak bersekolah.

Dalam kejadian 10 Januari lalu, Noraini yang terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah ketika membonceng motosikal abangnya, Jefri Ismail, 18 telah pengsan selama 11 jam walaupun hanya mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki.

Selepas menjalani imbasan sinar-X, keluarga Noraini dimaklumkan bahawa terdapat segumpal darah beku di kepala gadis itu dan selang tiga hari selepas itu, doktor pula mengesahkan darah beku itu sudah hilang dan dia dibenarkan pulang.

Setelah menerima rawatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan berlaku keganjilan apabila dia tiba-tiba tidak boleh bercakap.

Setelah dirujuk semula dan menjalani terapi, Noraini akhirnya dapat bercakap semula tetapi apa yang memeranjatkan keluarganya ialah apabila gadis itu tiba-tiba mampu bertutur dalam bahasa Korea, Mandarin dan beberapa bahasa lain.

Ketika sekumpulan media hadir bersama pemangku Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Besut, Ab. Halim Hasan ke sekolah itu hari ini, Noraini bersama 20 rakannya sedang mengikuti mata pelajaran Sejarah yang diajar oleh Norhazimah Hamzah.

Ab. Halim ketika ditemui berkata, pihaknya berharap pelajar itu dapat meneruskan pelajaran sehingga selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, pihak sekolah juga diharap dapat mengawasi perkembangan pelajar itu menerusi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

"Di pihak PPD, kita juga telah menyediakan seorang pegawai bagi memantau perkembangan Noraini ini yang dianggap istimewa," jelasnya.

Sementara itu, Noraini ketika ditemui berkata, dia gembira dapat belajar semula dan bertemu rakan-rakan dan guru yang banyak membantunya untuk menghadapi keadaan itu.











.

Pesakit barah sendi rayu bantuan


Seorang pelajar Tingkatan Dua dan suri rumah yang menderita penyakit barah sendi lutut, merayu simpati orang ramai untuk membiayai kos pembedahan mereka berikutan kesempitan hidup.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba, Jitra, Kedah, Muhammad Amiruddin Abdullah, 14, dari Kampung Kenangan, Sik, menghidap barah sendi yang memerlukan pembedahan membabitkan kos keseluruhan RM25,500 bagi menggantikan tulang dengan implan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Ema Hassan, 35, yang tinggal di Melor, di sini, pula menderita barah memerlukan RM25,000 bagi membolehkannya menjalani pembedahan sama di hospital berkenaan.

Muhammad Amiruddin ketika ditemui di HUSM Kubang Kerian berharap pembedahan segera dapat dilakukan kerana sudah terlalu rindu untuk kembali bersekolah.
“Saya mahu kembali ke sekolah dan menjalani kehidupan seperti rakan lain,” katanya yang turut menghidap penyakit genetik iaitu ketumbuhan saraf neurofibromatosis.

Ibu Muhammad Amiruddin, Salmah Awang, 43, yang menyara keluarga dengan menoreh getah berkata, kos pembedahan sebanyak RM25,500 itu terlalu besar memandangkan pendapatannya hanyalah kira-kira RM300 sebulan.

Amiruddin agak aktif dalam sukan seperti lompat jauh, tetapi tahun lalu sering mengadu sakit pada kaki, pada masa sama pernah menjalani empat pembedahan pada bahagian mukanya.
"Pada 28 November tahun lalu, ketika kami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pembedahan muka, doktor memaklumkan bahawa Amiruddin menghidap barah sendi lutut," katanya yang turut mengakui menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM600 bersama suaminya, Abdullah Said, 53.

Salmah berkata, kehidupannya bersama lima anak begitu sukar memandangkan suaminya tidak bekerja kerana buta, manakala dirinya pula separa buta dengan mata kanannya terpaksa dibuang akibat barah mata sebelum ini.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada The New Straits Times Press (M) Berhad dan menulis nama pesakit di belakang cek dan dihantar ke alamat Unit Kebajikan NSTP, NSTP (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. -BH










.

Skru besi dalam roti

Bapa seorang pelajar di sebuah sekolah menengah asrama penuh di sini mendakwa anaknya hampir tertelan sebatang skru besi ketika menikmati roti ban yang diedarkan sekolah berkenaan.

Anuar Abu Kassim, 49, berkata, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu ketika sekolah itu mengadakan aktiviti merentas desa dan semua pelajar diberikan roti ban berkenaan sebelum acara bermula.

Menurut beliau, anaknya Nurul Ain telah memberitahu guru sekolah mengenai penemuan skru besi dalam roti itu.

"Sebagai seorang bapa, saya amat dukacita kerana kejadian ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa anak saya.

"Saya bukan mahu meminta sebarang ganti rugi, namun sebagai seorang pengguna saya memandang serius pekara ini kerana ia melibatkan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan pengguna," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Anuar, dia telah dihubungi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dua hari lalu mengenai kedatangan wakil syarikat pengeluar roti tempatan ke sekolah berkenaan.

"Wakil syarikat terbabit dikatakan tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan telah mengambil roti dan skru tersebut untuk tujuan penyelidikan. Keputusan penyelidikannya hanya dimaklumkan kepada pihak sekolah pada 20 Februari ini," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sekolah yang tidak memaklumkan pertemuan tersebut dengannya.

Anuar berkata, dia berharap agar insiden seperti itu tidak berlaku pada masa hadapan dan berharap pengeluar roti berkenaan lebih bertanggungjawab.

Sementara itu, Nurul Ain memberitahu, ketika menikmati roti berperisa coklat itu, dia tergigit benda keras.

"Apabila diteliti saya mendapatinya ia sebatang skru. Saya bernasib baik tidak menelan skru itu kerana jika tertelan saya tidak tahu apa yang akan terjadi," katanya.










.

Ditemui mati di ladang sawit


Hasrat seorang peneroka, Felda Kota Gelanggi Dua di sini untuk memberi makanan kepada beruang betina tidak kesampaian apabila haiwan liar itu ditemui mati di kawasan ladang tersebut semalam.
Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia menemui beruang itu kira-kira pukul 5 petang semalam dan sedih kerana haiwan itu mati dipercayai akibat kelaparan kerana sukar mencari makanan di ladang sawit itu.

"Saya menyediakan setandan pisang untuk diletakkan di tepi ladang memandangkan haiwan betina ini seolah-olah lapar dan tidak mampu bergerak pantas.

"Walaupun haiwan itu boleh mengancam manusia, tetapi naluri saya terpanggil untuk membawa makanan terhadap beruang tersebut kerana kasihan melihat fizikalnya seolah-olah sarat bunting," katanya kepada pemberita di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.

Menurutnya, beruang itu pertama kali dikesan beberapa hari lalu dan dipercayai pernah terjatuh ke dalam parit dipenuhi air.

Rakannya, Shaharuddin Hamsuddin, 40, berkata, ketika masuk ke ladang sawit petang semalam mereka terbau bangkai binatang, tetapi tidak menyangka ia adalah beruang berkenaan.

"Setelah menghampiri bangkai haiwan yang terbaring dan dihurungi lalat, nyata ia beruang betina yang kami temui kelmarin,'' katanya.

Isnin lalu, akhbar menyiarkan kebimbangan penduduk Felda Kota Gelanggi 2 ekoran penemuan beruang oleh dua peneroka ketika mengutip buah kelapa sawit di ladang mereka.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, beruang berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam parit selepas cuba meniti sebatang kayu di ladang tersebut.

Penemuan itu menyebabkan penduduk kampung takut untuk mengutip buah kelapa sawit kerana yakin haiwan berkenaan masih berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan.










.

Tercampak dari kereta dipandu bapa


Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal dalam keadaan mengerikan manakala abangnya parah selepas masing-masing tercampak dari kereta dipandu bapa mereka dalam kemalangan di Kilometer 213.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 1 pagi itu mengakibatkan Siti Nurnajwa Nordin,7, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala abangnya, Amir Haziq, 12, mengalami kecederaan parah di kepala selepas tercampak dari kereta jenis Perodua Kancil tersebut.

Bapa mangsa, Nordin Mohamad Shukor, 36, dan ibu mereka, Siti Aisyah Othman, 36, cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan ke Parit Sulong, Muar dari ibu negara.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian berlaku apabila Nordin yang memandu kereta hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali lalu terbabas dan terhumban ke dalam longkang.










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!