Wednesday, April 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY









@











@











@

























.




Get miaow-out! Kitten who's already lost one of her nine lives


This 11-month-old kitten has already lost one of its nine lives after it became wedged in a three inch gap between a garage and a garden wall. Pearl spent two hours trapped in the tight spot while her frantic owner Betty Martin, 32, and the emergency services battled to free her.

In the end the garden wall had to be demolished so the black and white feline could be freed. She escaped serious injury and only suffered from shock and bloodied paws.
Miss Martin, of Barepot, near Workington, Cumbria, said: 'Pearl had been missing for about half an hour.
'I was searching for her when I heard a scrambling noise behind the garage.

'When I peered behind it, I saw the cat was stuck in a space of about three inches between the garage and the garden wall.

'Her feet weren't even touching the floor, bless her. Pearl hadn't realised that her bum is bigger than her head. She has a bit of a J-Lo bum, but a tiny head.

'I thought, 'Oh my God, how am I going to get her out?' I just wanted to cry, the sight of Pearl was really pulling at my heart strings.'

Miss Martin, a paramedic, was reluctant to call the emergency services but after struggling to free the kitten, realised she may not have a choice.
'I tried so hard to coax Pearl out, but she was stuck fast,' said Miss Martin. 'She was starting to struggle and I knew she would hurt herself if she wasn't freed soon.'

'In the end I called the fire brigade and six fire-fighters turned up. They took down the garden wall, brick by brick. Even when we were close enough to put our hands round Pearl we couldn't pull her out. We had to remove the brick next to her bum so we could free her.'
Miss Martin said the shaky feline immediately curled up on the sofa following the ordeal and took a cat nap. A vet has prescribed pain killers while Pearl's paws heal.


'Pearl and Ruby are both very mischievous, they are always going into my drawer and pulling out my socks,' said Miss Martin.

'But I love them to bits and wouldn't change them for the world. I am so happy Pearl is okay. I would like to say a huge thank you to the fire-fighters, they were absolutely fantastic,' said Miss Martin, 'I can't thank them enough.'

A spokesperson for Workington fire brigade said: 'A kitten was rescued from between a garage and a wall. The crew used small tools to dismantle the wall and the cat was released.'





.

Facebook undang ketagihan


Penggunaan jaringan sosial Facebook merupakan satu aktiviti yang boleh mengakibatkan ketagihan, tetapi pengguna yang menghabiskan masa terlalu lama menggunakannya mungkin merasa tidak gembira dengan kehidupan mereka.

Penyelidik dari Universiti Gothenburg, Sweden menyatakan, kebanyakan pengguna yang mula membuka komputer akan terus memasuki laman web jaringan sosial tersebut.

Menurut penyelidik, golongan berpendapatan dan berpendidikan rendah didapati merupakan golongan paling berisiko mengalami ketagihan itu.

Golongan berkenaan meluangkan lebih banyak masa menggunakan Facebook dan sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak gembira atau tidak puas hati dengan kehidupan masing-masing.

Kira-kira 85 peratus pengguna berkata, mereka menggunakan Facebook setiap hari dan separuh daripada jumlah itu memaklumkan mereka membuka laman web jaringan sosial itu sebaik membuka komputer atau alat telekomunikasi lain.

Separuh daripada pengguna turut menyatakan, mereka 'tidak akan mengetahui maklumat terkini' jika tidak menggunakan Facebook, manakala 25 peratus pengguna berkata, mereka 'tidak senang hati' jika tidak berbuat demikian.

Kajian melibatkan 1,000 responden berumur antara 18 hingga 73 tahun itu menunjukkan jaringan sosial tersebut mempunyai kesan buruk.

Pelajar ijazah kedoktoran psikologi universiti itu, Leif Denti berkata, penggunaan itu mungkin menjadi satu kebiasaan tanpa disedari.

"Majoriti responden membuka jaringan sosial itu setiap kali menggunakan Internet. Ini mungkin membentuk ketagihan,'' katanya. - Agensi






.

Belajar memandu traktor menggunakan simulasi


Korea Utara sering diejek kerana memiliki bangsa yang mundur.
Tetapi apabila ianya mengenai pertanian, mereka berhak diberi pujian kerana mencuba teknologi 'baru' - sekurang-kurangnya dari cara mereka yang tersendiri.

Seperti gambar ini menunjukkan, ada juga sekolah mengajar bakal petani semua cara perdagangan melalui simulator traktor terbaik mereka. Lengkap dengan monitor komputer 15-inci, walaupun bukan flat skrin dan papan kekunci QWERTY penuh, ia memberikan pelajar pengetahuan mengenai mengendalikan kenderaan membajak - tanpa risiko kemalangan yang mahal. Murid telah belajar untuk bekerja dalam bidang maya awal bulan ini di Samjiyon Schoolchildren's Palace.

Kemudahan itu dibina untuk kanak-kanak agar mengambil bahagian dalam program selepas sekolah dalam seni, sains, sukan, komputer dan latihan vokasional. Ironinya, Samjiyon terletak berhampiran dengan Gunung Paektu, tempat kelahiran bekas pemimpin Kim Jong Il, yang melakukan begitu banyak usaha untuk memastikan Korea Utara kekal sebuah negara mundur.





.

Rekod yang buruk Balotelli


Penyerang Manchester City, Mario Balotelli mengeluarkan kenyataan maaf kepada umum semalam berikutan kesalahannya yang terbaru, Ahad lalu serta memohon agar tempatnya dalam skuad kebangsaan Itali terus kekal dalam mengharungi Piala Eropah.

Dia yang dilayangkan kad merah keempatnya dalam dua musim bersama City ketika kalah kepada Arsenal 1-0, Ahad lalu. Aksinya itu disifatkan dia kembali melanggar kod etika sebagai pemain seperti yang disyaratkan oleh jurulatih Itali, Cesare Prandelli.

"Saya amat kecewa apa yang berlaku dan kekecewaan yang dialami pasukan Manchester City, terutama (pengurus) Roberto Mancini, yang saya amat sanjungi," kata Balotelli dalam satu kenyataan yang diberi agennya, Mino Raiola kepada agensi berita ANSA.

"Saya amat komited dengan pasukan kebangsaan tapi semalam (Ahad) saya melakukan dua kekasaran sehingga mendapat hukuman itu, bukannya atas tingkah laku saya," katanya. - AFP






.

Mayat Pegawai Felda Ditemui Terapung Di Sungai

Mayat seorang pegawai Felda yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu lepas, ditemui terapung di Sungai Umas pada kira-kira 9.30 pagi, Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Keong Ho Eng berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Suboh Hamadad, 52, ditemui kira-kira 15 kilometer dari kawasan Felda.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat. Pada masa ini kita belum dapat pastikan punca kematiannya, walaupun terdapat kesan calar di badannya," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa tidak muncul-muncul sejak 6 petang pada hari kejadian. Difahamkan pegawai yang mempunyai empat anak dan berasal dari Tawau itu menghadiri satu majlis gotong-royong di Felda Umas pada hari kejadian. - BERNAMA





.

Vitamin B6 mampu ingati mimpi


Pernahkah anda cuba bercerita kepada teman karib anda mengenai mimpi indah yang dialami malam tadi, namun gagal mengingatinya? Jika jawapannya 'ya' dan ingin cuba mengingati setiap detik mimpi yang dialami, anda disarankan mengambil makanan tambahan yang mengandungi vitamin B6.

Menurut satu kajian awal yang dijalankan pada 2002, pengambilan makanan tambahan tersebut bukan hanya membolehkan individu mendapat mimpi yang jelas, namun membantu mengingatinya pada keesokan harinya.
Setiap individu dikatakan akan mengalami antara empat dan enam mimpi setiap malam dan biasanya sukar untuk mengingatinya, tambahan lagi secara keseluruhan.

Vitamin B6 yang boleh didapati dalam daging, bijirin penuh, kacang dan pisang, dikatakan mampu membantu mengingati mimpi, malahan meningkatkan mengingati mimpi tersebut secara jelas, namun fakta ini hanya berdasarkan teori dan bukan penyelidikan kukuh.





.

Claudia Borner


Seorang model membunuh diri selepas dicemuh orang ramai di Internet sejak dia muncul dalam pertandingan memasak di televisyen Jerman.

Claudia Borner ditemui mati di apartmennya di Vellmar, selepas mengambil bahagian dalam rancangan The Perfect Dinner - sama seperti rancangan popular Britain “Come Dine With Me”.
Jiran melaporkan terhidu bau gas yang kuat di blok apartmen di mana Claudia tinggal.

Tidak dapat dipastikan bagaimana dia mati tetapi selepas kemunculannya di televisyen bulan lalu, model itu menerima kritikan di e-mel dan rangkaian media sosial.

Claudia dituduh gemar mencari perhatian dan menunjuk-nunjuk di depan kamera.

Terdapat beberapa komen buruk mengenai payudaranya yang dikatakan palsu dan penampilannya. Jurucakap stesen televisyen Vox, Corrina Teuner berkata: “Kami tidak tahu sama ada pengguna Internet memainkan peranan utama dalam kes ini. Kami mengucapkan simpati kepada teman dan keluarganya.”.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!