Seorang model membunuh diri selepas dicemuh orang ramai di Internet sejak dia muncul dalam pertandingan memasak di televisyen Jerman.
Claudia Borner ditemui mati di apartmennya di Vellmar, selepas mengambil bahagian dalam rancangan The Perfect Dinner - sama seperti rancangan popular Britain “Come Dine With Me”.
Jiran melaporkan terhidu bau gas yang kuat di blok apartmen di mana Claudia tinggal.
Tidak dapat dipastikan bagaimana dia mati tetapi selepas kemunculannya di televisyen bulan lalu, model itu menerima kritikan di e-mel dan rangkaian media sosial.
Claudia dituduh gemar mencari perhatian dan menunjuk-nunjuk di depan kamera.
Terdapat beberapa komen buruk mengenai payudaranya yang dikatakan palsu dan penampilannya. Jurucakap stesen televisyen Vox, Corrina Teuner berkata: “Kami tidak tahu sama ada pengguna Internet memainkan peranan utama dalam kes ini. Kami mengucapkan simpati kepada teman dan keluarganya.”.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment