Tuesday, May 1, 2012

Anda minat Hello Kitty? Jom naik penerbangan yang penuh dengan Hello kitty (6 gambar)


Ianya berasal dari London dan telah menjadi salah satu kucing fiksyen yang paling popular di planet ini.


Kini ikon watak kartun Jepun, Kitty White menuju ke langit setelah syarikat penerbangan Taiwan Eva melancarkan tiga pesawat khas bertemakan Hello Kitty dalam usaha untuk meningkatkan industri pelancongan negara yang sedang merundum.


Hello Kitty menjadi motif serta-merta diseluruh pesawat dan segala-galanya daripada kaunter self check in sehinggalah ke dalam kapal dimana Hello Kitty meliputi segala-galanya termasuk pilihan hidangan menu yang direka khas.


Penumpang juga boleh melihat karekter itu pada tisu, cawan kertas, peralatan, botol susu, makanan ringan, dispenser sabun, losyen tangan, makanan dan ais krim.


Penumpang juga boleh membeli edisi terhad produk yang bebas cukai, seperti pasta berbentuk Hello Kitty- daripada atendan penerbangan yang memakai apron Hello Kitty.







P/S - Kalau blogger naik kapal terbang macam ni, mesti sawan sebab nak ambil banyak gambar dan buat entri dalam blog ^__^





.

Anak empat tahun memiliki IQ Albert Einstein


Anak berusia empat tahun bernama Heidi Hankins memiliki tingkat kepintaran seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking. Meskipun belum bersekolah, Hedi memiliki IQ 159 hanya satu poin di bawah dua peneliti tersebut. Heidi sudah dapat mengerjakan soal penambahan, pengurangan, menggambar bentuk, dan menulis dalam kalimat.

Bahkan, ketika dia berusia dua tahun, anak genius itu sudah boleh membaca buku untuk usia sekolah rendah. Ayah Heidi, Matthew, mengatakan, "saya membawanya satu set lengkap buku-buku Oxford saat berusia dua tahun. Dia berhasil membaca seluruh 30 rangkaian sekitar satu jam.

" Dia menambah, anak itu tidak dewasa sebelum waktunya. Dia hanya seorang gadis kecil yang suka Barbie dan Lego. Tapi kemudian anda akan menemukannya duduk dan membaca buku. Heidi dianggap memiliki masa depan cerah kerana dia memiliki IQ yang mengagumkan. Bahkan, Heidi kemungkinan besar sudah boleh masuk ke sekolah rendah. Namun, orangtua Heidi masih belum mahu anaknya itu memperlihatkan bakatnya terlalu awal. Mereka beranggapan Heidi harus menemukannya sendiri ketika waktunya tiba. (Dailymail/MEL)




.

Lelaki ini inginkan kematian isterinya sebagai hadiah ulang tahunnya


Bila ramai orang yang menginginkan hadiah berupa barang, gadget atau hiburan dari orang yang dikasihi saat merayakan ulang tahun, maka tidak dengan lelaki yang satu ini. Di hari ulang tahunnya, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) ini justru malah menginginkan kematian isterinya sebagai hadiah. Akibatnya dia harus menerima nasib dimasukkan ke dalam penjara.

Jorge Victorino Vasquez, demikian nama lelaki tersebut, ditangkap pihak polis Las Vegas akibat mengharapkan kematian isteri sebagai hadiah ulang tahunnya. Menurut laporan yang dibuat pihak polis, lelaki  yang berusia 32 tahun itu diketahui telah merancang pembunuhan isterinya tepat di hari ulang tahunnya. "Dia mengatakan bahawa pembunuhan itu akan menjadi hadiah ulang tahunnya," tulis pihak polis dalam laporan yang dipetik oleh Foxnews. Nasib baik sebelum niat itu direalisasi, polis terdahulu mencium gelagat buruk Vasquez setelah seorang informan membocorkan niat tersebut.

Informasi yang diterima menyebut Vasquez merancang menyuruh seseorang masuk ke dalam rumahnya, memukul si isteri hingga mati dan mencuri beberapa barang miliknya agar dilihat seperti aksi rompakan. Polis kemudiannya melakukan gerakan cepat. Dengan menyamar sebagai pembunuh upahan, seorang petugas polis melakukan pertemuan dengan Vasquez di restoran Triple Play, di jakaln Decatur Boulevard, dekat Sahara Avenue. Kepada polis yang menyamar, Vasquez menawarkan wang sebesar USD 2 ribu untuk nyawa si isteri.

Alasannya, dia menganggap si isteri telah curang dengan orang lain, mengambil wang dan kenderaannya dan selalu mengancam akan memanggil petugas imigrasi agar dia dihantar balik ke negara asal. Vasquez akhirnya ditangkap pihak polis pada pertemuan ketiga, sesaat setelah dia memberikan wang pembayaran beserta foto dan lakaran jalan masuk dan keluar rumah. "Benar-benar menakutkan. Itu sangat menjijikkan. Saya sungguh sedih mendengar itu," ujar Barbara Deamin, seorang jiran yang tinggal dua rumah dari kediaman Vasquez.





.

Kontroversi Kareena hamil terjawab!


Sejak beber apa minggu lalu, kekasih Saif Ali Khan ini menjadi bualan ramai. Selain kisah perkahwinannya, khabar angin mengenai kehamilannya juga menjadi perhatian. Ber ita it u t er sebar a pabila ga mbar Kareena yang kelihatan berisi tersebar di internet pada minggu lalu. Bagaimanapun , spekulasi mengenai aktres ini mengandung disahkan tidak benar kerana pelakon berusia 31 tahun ini kelihatan berisi untuk filem terbarunya, Heroine arahan Madhur Bhandarkar.

Malah, gambar yang memperlihatkan sisi perut Kareena kelihatan berisi itu juga disahkan palsu oleh Madhur. “Jangan ada spekulasi mengenai gambar itu. Ia hanyalah dalam penggambaran bukannya betul-betul. Kareena kelihatan berisi untuk salah satu babak dalam filem saya, Heroine,” kata Madhur dalam laman Twitter miliknya. Filem Heroine bakal ditayangkan pada 14 September ini yang turut dibintangi oleh Arjun Rampal. -sinar





.

11,000 "Like" Facebook cari mangsa culik, Nayati


Seramai 11,000 pengguna laman sosial Facebook menanda "Like" atau memberi maklum balas mengenai makluman kehilangan Nayati Shamelin Moodliar, 12, di Mont Kiara tiga hari lepas. Dalam laman tersebut, beribu mesej dikirimkan orang ramai untuk menawarkan bantuan mereka menjejaki kanak-kanak itu beserta kata-kata semangat kepada keluarga mangsa.

Salah seorang pengguna laman sosial itu, Lakhveer Kaur dari Petaling Jaya menulis "Saya berdoa kepada tuhan supaya melindungi kanak-kanak kecil ini yang begitu berharga kepada keluarganya. Semoga tuhan melindunginya dan lembutkan hati penculik itu untuk menghantar dia kembali kepada keluarganya." Manakala di Twitter, masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan hashtags #FindNayatiMoodliar, #prayfornayati dan #Nayati untuk menyebarkan mesej.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S. Ramamurthy yang dihubungi Bernama pula tidak menolak kemungkinan kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut berpunca daripada aspek keselamatan yang tidak dititikberatkan. "Pihak polis perlu lebih kerap mengadakan ceramah mengenai keselamatan diri kepada pelajar-pelajar sekolah supaya mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala ancaman membabitkan keselamatan. "Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan pemantauan yang kerap dan kawalan daripada ibu bapa termasuk juga pihak lain agar perkara buruk seperti ini dapat dielakkan," katanya.

Pelajar lelaki warga Belanda itu dikatakan diculik ketika berjalan kaki seorang diri menuju ke sebuah sekolah antarabangsa di sini, kira-kira 300 meter dari rumahnya. Saksi kejadian mendakwa dia melihat dua lelaki tempatan melarikan kanak-kanak itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen 2. - BERNAMA





.

Organisma hidupan tertua ditemui


Sekumpulan saintis menemui satu daripada organisma hidupan tertua dan mempunyai kaitan dengan manusia selepas dua dekad menjalankan penyelidikan ke atas sejenis mikroskopik yang tinggal di sebuah tasik di Norway.

Organisma yang dipanggil Collodictyon itu turut dikelaskan dalam kategori baru kerana ia didakwa bukan haiwan, tumbuhan, parasit, kulat atau alga. Penyelidik dari Universiti Oslo, Dr. Kamran Shalchian-Tabrizi berkata, penemuan organisma satu sel yang wujud kira-kira berbilion tahun dahulu dianggap sebagai sesuatu yang sangat unik.

 "Setakat ini, kita belum menemui kumpulan organisma yang dekat dengan kehidupan manusia selain spesies ini," katanya.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!