Friday, May 4, 2012

Pameran Dinosaur Hidup Semula di Pusat Sains Negara


Pameran Dinosaur ‘Hidup Semula’ kembali diadakan di Pusat Sains Negara buat kali kedua dengan menampilkan lebih 30 spesies haiwan purba berkenaan dengan pendekatan lebih interaktif dan realistik menggunakan teknologi animatronik. Pengarah Pusat Sains Negara, Prof Madya Dr Irmawati Ramli, berkata pameran selama tiga bulan berkenaan bermula secara rasmi semalam, akan membawakan pengalaman menyeluruh merangkumi habitat, maklumat mengenai penemuan haiwan itu, pergerakan juga bunyian dan banyak lagi.

“Pameran dilancarkan secara rasmi hari ini (semalam) adalah anjuran bersama Cityneon Holdings dan EMS Holdings, bermula 1 Mei hingga 31 Julai dengan tujuan memberi pendidikan secara berhibur pada zaman prasejarah mengikut spesies yang ada. “Antara aktiviti disediakan adalah lawatan berkumpulan, sesi aktiviti, pertandingan berlumba dengan dinosaur, kiosk dinosaur (mewarna dan melukis), ekspedisi dan menunggang haiwan berkenaan,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Kumpulan Cityneon Holdings, Ko Chee Wah;
Pengerusi EMS Holdings, Datuk Jared Lim; Ketua Pengurus Cityneon Holdings, Ong Chun Teck dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara, Dr Phyllis Lam Li Wan. Bayaran masuk RM15 bagi dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun, pelajar dengan kad pengenalan, serta percuma bagi kanak-kanak berumur bawah enam tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.dinosaurslive.con.my atau www.facebook.com/dinosaurslive.my.






.

Keluarga ini berkeras enggan berpindah


Seorang pemilik hartanah sedar rumahnya berada di tengah jalan utama baru setelah dia menolak untuk pindah ketika jalan itu mula dibina. Hong Chunqin, 75, dan suaminya Kung, yang tinggal di dua bangunan lama beserta kedua anaknya, awalnya setuju untuk menjual hartanah itu di Taizhou, di China timur provinsi Zhejiang dan diterima £ 8.000 sebagai ganti rugi. Tapi kemudian dia berubah fikiran dan mengembalikan wang setelah jalan itu mulai dibina.


Dia dan keluarganya berkeras membiarkan mereka memilih di mana mereka dipindahkan dan telah memasang kamera CCTV untuk menghalang pemaju dari cuba untuk menghancurkan bangunan secara ilegal.





.

Rumah tangga Krisdayanti bergolak?


Tidak pernah dapat lari daripada menjadi mangsa gosip, kini Krisdayanti terus dihambat masalah apabila rumah tangganya bersama Raul Lemos dikatakan sudah berantakan dan mereka kini tidak lagi tinggal sebumbung. Krisdayanti kemudiannya tampil memberitahu keadaan sebenar dan mengakui terkejut dengan khabar yang diterimanya itu. “Cerita ini merupakan cerita palsu dan individu yang menyebarkannya tidak mempunyai sikap bertanggungjawab.

“Bagi saya, orang menyebarkan perkara ini pastinya tidak sukakan saya atau mungkin dalam masa yang sama mereka sudah kehabisan idea mengenai gosip artis-artis. “Apa yang dikesalkan, perkara tidak benar ini terus disebar tanpa mendapatkan dahulu sebarang kepastian daripada saya," katanya kepada Tribunnews.com baru-baru ini. Dalam perkembangan yang sama, Kris memberitahu kehidupannya bersama Raul kini berjalan lancar dan menganggap apa yang dilalui mereka adalah cabaran dalam kehidupan berumahtangga.


“Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Kami suami isteri sudah sepakat untuk hidup dan membesarkan anak bersama-sama," katanya. Sementara itu dalam perkembangan lain yang dipetik daripada laman web inilah.com tanpa berselindung, Krisdayanti turut mengaku bahawa dia telah melakukan rawatan sedut lemak. “Tentunya sebagai seorang wanita yang sudah melahirkan tiga anak, saya mahukan bentuk tubuh badan yang langsing.

“Saya memilih untuk melakukan rawatan ini kerana ia selamat dan tidak berisiko tinggi," katanya yang mula membuat rawatan tersebut selepas melahirkan anak ketiganya, Amora. Bagaimanapun, pelantun lagu Mencintaimu itu menambah, dalam masa yang sama, dia juga tetap melakukan aktiviti sukan bagi membantu mendapatkan tubuh yang cantik dan bertenaga.





.

Singa ini sangka kanak-kanak itu zebra


Seekor Singa betina di zooOregon cuba melahap seorang kanak-kanak lelaki bernama Jack, meskipun terhalang kaca yang cukup tebal, namun kejadian tersebut dilihat agak menakutkan. Ibu bapa Jack terdengar kesan kuku binatang itu dalam rakaman dan mereka sedar bahawa anak mereka selamat.

Mereka bahkan menyuruh anak mereka melihat singa betina dan berkata, 'Hai kitty kitty'. "Saya fikir itu lucu. Saya tidak risaukan apa-apa," kata Heather, ibu Jack.


Petugas Oregon Zoo mengatakan singa selalu tertarik pada pengunjung muda di zoo itu.




P/S - Agaknya singa tu tengok pakaian budak tu, dia sangka zebra kan





.

Robot yang menakjubkan


Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic. Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan komersial. Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut. Berdasarkan video promosi Panasonic, mesin diberi nama Robot Penjagaan Kepala itu mempunyai alat pengesan dalam setiap 24 jarinya untuk mengukur kepala pelanggan, membolehkannya menyesuaikan cara mencuci rambut bagi setiap individu. Urutan robot itu dikatakan 'agak menyenangkan' dan menawarkan tahap keselesaan yang tidak dapat diperolehi pelanggan salun dengan tangan manusia. Robot itu mula berfungsi dengan menyembur air panas dan mengenakan syampu ke kulit kepala pelanggan dengan menggunakan 24 jarinya dengan 'lembut'. Perapi kemudiannya disembur sehingga peringkat terakhir cucian iaitu urutan oleh robot dan pada masa sama, ia mengeringkan rambut pelanggan. Buat masa ini, Robot Penjagaan Kepala itu hanya digunakan untuk pelanggan yang berambut panjang, namun ia masih mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka. Teknologi itu pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan di rumah penjagaan dan hospital bagi memberi warga emas dan orang kurang upaya 'kualiti hidup yang lebih baik'. - AGENSI

Kisah sedih : Suami yang setia selama 46 tahun, tewas kepada kanser di sebelah isterinya


Seorang lelaki berusia 71-tahun yang telah mati disebelah isterinya, (perkahwinan selama 46 tahun) di hospital dimana mereka terlantar bersama. Matt Monschein meninggal kerana kanser pankreas pada 1:00 pada hari Selasa - enam hari setelah dia bertemu kembali dengan isterinya, Pat, yang berada Hospital setelah kedua kakinya diamputasi akibat diabetes.

Pada bulan Mac, doktor mengatakan kepada Monschein bahawa tidak ada lagi yang boleh dilakukan baginya pada tahap akhir kanser dan menambahkan bahawa dia mungkin terpaksa membatasi pertemuan dengan Pat kerana beberapa pembedahan. Dia dan isterinya kecewa kerana mereka tidak mungkin dapat menghabiskan saat-saat terakhir mereka bersama-sama di Grace Fairview Hospital di Cleveland, Ohio.


Pasangan ini baru saja bertemu dalam hampir lima dekad sejak mereka bertemu ketika Mr Monschein bertugas di Angkatan Laut di Kanada. Setelah dibantu oleh sebuah stesen TV tempatan untuk berunding mengenai birokrasi, pasangan usia lanjut itu diizinkan untuk menghabiskan hari-hari terakhir Monschein dengan saling tidur berdampingan di hospital. Keduanya tetap di ruangan yang sama dan menurut cleveland.com, paderi hospital telah memperbaharui janji perkahwinan mereka.

Tapi pada hari Selasa, Monschein tewas dengan kanser pankreas. Anaknya Mike mengatakan kepada The Chronicle Telegram: 'Melihat ibuku lagi bererti dunia untuk ayah saya dan telah menempatkan senyum di wajah mereka berdua. 'Kami akan merindui ayah dan ibu akan terus mendapat sokongan dari semua.'




.

Khidmat derma organ di Facebook

Laman sosial Facebook bukan sahaja menjadi tempat penggunanya berkongsi pelbagai cerita, gambar dan lagu-lagu yang diminati, malah kini turut membantu menyelamatkan nyawa melalui khidmat pendermaan organ. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berkata, idea tersebut tercetus berikutan persahabatannya dengan pengasas Apple, mendiang Steve Jobs, yang menjalani pemindahan hati sebelum meninggal dunia tahun lalu.

"Pengguna Facebook di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) boleh mendaftar sebagai penderma organ melalui pautan dalam laman sosial ini yang mendapat kerjasama Khidmat Darah dan Pendermaan serta Pemindahan Organ Kebangsaan (NHSBT)," umum Zuckerberg dalam rancangan televisyen, Good Morning America, semalam. Menurutnya, pengguna laman itu yang sudah mendaftar untuk menderma organ sebelum ini boleh menambah maklumat mereka dalam laman Facebook Timeline.

Maklumat yang tersedia boleh dilayari dengan mudah oleh pekerja perubatan, walaupun selepas si penderma meninggal dunia. Pengarah Polisi Facebook UK, Simon Milner berkata, kerjasama antara laman web itu dan NHSBT membuktikan kuasa persahabatan mampu membantu menyelamatkan nyawa seseorang. "Kami berharap melalui kerjasama ini, pengguna Facebook di AS boleh membantu mengurangkan jumlah mereka yang menanti pendermaan organ setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendermaan dan Pemindahan Organ NHSBT, Sally Johnson berkata, dengan adanya kemudahan itu, beliau berharap ia dapat menarik minat lebih ramai penderma berbanding kaedah sebelum ini yang menggunakan sistem kad pendermaan organ. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!