Thursday, July 5, 2012

Pemandangan dari bangunan tertinggi di dunia (3 Gambar)


Ini adalah gambar-gambar menggayatkan dari Dubai yang diambil dari di atas bangunan pencakar langit tertinggi di dunia oleh remaja dari Rusia. Pelajar ini, Marat Dupri telah melakukan misinya untuk berada didalam dan atas bangunan tertinggi agar dia boleh mengambil gambar menakjubkan disekeliling bangunan itu.


Remaja berusia 19 tahun itu, yang hanya membeli kamera pertama pada dua tahun lalu, bermula dengan bersembunyi dari pengawal dan memanjat bumbung mercu tanda Moscow, sebelum ke bangunan yang lebih tinggi, iaitu ke Dubai.


Dupri kemudian mengembara dari Rusia ke Dubai selepas terpesona dengan bangunan bertingkat tinggi yang mewah. Disana, remaja dan rakan-rakannya ghairah memanjat bangunan sehingga mereka telah mengambil gambar yang menakjubkan.

Pelajar itu berkata: 'Apabila saya di atas bumbung, saya mempunyai perasaan bahawa seluruh dunia adalah dibawah kaki saya. Semua masalah saya pergi meninggalkan saya.. Betapa menakjubkan..'.





.

Ya...Datuk Lee Chong Wei nak kahwin



Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merancang mendirikan rumah tangga tahun depan dengan pasangannya yang juga ahli sukan negara. Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti. "Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu," katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di sini hari ini. - UTUSAN







.

Sedia beli tapak kubur



KELUARGA Kardashian memang bergaya. Mereka sentiasa tampil penuh style malah mereka juga terkenal kerana suka membeli-belah. Terbaru khabarnya, keluarga tersebut sudahpun menempah tapak kubur masing-masing di sebuah kawasan perkuburan terkenal di Hollywood. Kim, Khloe, Kourtney, Rob, Bruce dan Kris dikatakan telah membeli satu kawasan untuk menempatkan jasad masing-masing apabila mereka mati. Khabarnya Kardashian sekeluarga telah membeli tapak di Hollywood Forever, namun belum memutuskan kawasan pilihan biarpun telah melihat beberapa lokasi termasuk sebuah kubur besar.


Apa yang pasti, mereka mahu ditempatkan di kawasan perkuburan yang sama apabila telah meninggal dunia termasuk dengan anak masing-masing. Cuma ketika ini khabarnya mereka bukan sahaja belum memilih lokasi yang paling strategik tetapi Kim dan adik beradiknya juga masih tidak pasti berapa bilangan anak mereka. Hairannya, mengapa keluarga itu tidak memilih kawasan perkuburan yang sama yang menempatkan jasad bapa mereka, Robert Kardashian?






.

Galaxy Tab masih dilarang dijual



Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) semalam, mengekalkan perintah injunksi larangan terhadap penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 di negara tersebut. Berita itu dilihat sebagai satu tamparan kepada Samsung yang merupakan pesaing kepada pencabar utamanya, Apple yang terkenal menerusi iPad dan iPhone. Ia satu lagi kekecewaan undang-undang kepada firma dari Korea Selatan itu dalam tempoh seminggu sebelum mereka berhadapan satu lagi perbicaraan mengenai paten pada penghujung bulan ini dengan Apple. Pada masa sama, hakim itu juga menetapkan satu lagi pra perbicaraan bagi melarang penjualan telefon Samsung, Galaxy Nexus Jumaat ini.

Apple dan Samsung sering melancarkan 'perang' undang-undang antara satu sama lain di 10 negara sambil menyalahkan sesama mereka mengenai pelanggaran paten dalam usaha menjadi kuasa dalam pasaran gajet yang sedang berkembang pesat. Hakim Mahkamah Daerah San Jose, California Lucy Koh menolak permohonan Samsung bagi menarik balik arahan yang dikeluarkannya pada 26 Jun bagi menghentikan penjualan tablet yang menggunakan sistem Google Android. ''Samsung agak kecewa dengan keputusan mahkamah kerana menolak untuk mengekalkan permohonan mereka.


''Kita percaya keputusan hari ini akan membataskan peluang pengguna di Amerika menggunakan gajet kita yang mempunyai ciri-ciri canggih,'' kata Samsung dalam satu kenyataan. - AGENSI Mahkamah Daerah bukanlah peluang terakhir bagi Samsung untuk menarik balik keputusan itu. Mereka masih boleh mengemukakan rayuan berhubung perkara tersebut ke Mahkamah Rayuan Persekutuan di Washington yang mempunyai bidang kuasa eksklusif ke atas pertikaian harta intelek. Sementara itu, jurucakap Apple mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa produk baru keluaran Samsung itu hampir sama dengan iPhone dan iPad. - AGENSI





.

Peminat kucing? Mari saksikan kucing yang bergaya selamba dengan rama-rama (4 Gambar)


Kucing yang mencari seseorang untuk bermain.....walaupun terpaksa 'mengejar' mereka.. Kucing comel ini dilihat mengejar rama-rama bersayap biru dan cuba untuk menangkap mereka, tetapi selepas beberapa percubaan gagal dia berbaring di antara mereka dan menikmati pemandangan yang menakjubkan dari rama-rama itu.


Gambar-gambar menakjubkan ini telah diabadikan oleh seorang pelajar, Natalia Moldovanova, semasa lawatannya mengunjungi ibu bapanya - dan Lepa, nama kucing itu- di rumah di Leningrad Wilayah, Rusia.


Penglihatan yang menakjubkan dengan beratus-ratus rama-rama cerah biru adalah hampir terlalu banyak untuk kucing berusia enam bulan ketika ia bangun bangkit dan mula cuba untuk menangkap mereka.


Berusia 20 tahun, Natalia, seorang jurugambar, berkata: 'Lepa dan saya terkejut melihat begitu banyak rama-rama di tempat yang sama - ia berlumba dan mula bermain dengan mereka sebaik sahaja dia melihat mereka. Saya sangat gembira dapat mengambil gambar-gambar yang menakjubkan ini..'







.

Kerajaan bagi bonus aidilfitri? Itu semua palsulah...



Bernama nafi keluar berita bonus Aidilfitri
Bernama tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong. Berita palsu itu disiarkan Isnin lepas dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih. “Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu," katanya. "Sementara Bernama sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalah guna," katanya. Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat hari ini. – Bernama







.

Tujuh tahun dah jadi kaki pukul



Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera di seluruh badan apabila dibelasah tiga kanak-kanak sebaya selepas gagal menyerahkan wang seperti diarahkan dalam kejadian di Kampung Rampangi, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk dahi, pipi serta mulut dipercayai dibelasah bertalu-talu tiga kanak-kanak itu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa didatangi ketiga-tiga kanak-kanak terbabit sambil mengugut mangsa menyerahkan wang.

“Bagaimanapun, mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membelasah mangsa tanpa belas ihsan. “Dalam keadaan kesakitan, mangsa merayu supaya memberhentikan perbuatan itu namun ketiga-tiga kanak-kanak terbabit tidak mempedulikan rayuan sebalik membelasahnya sehingga berdarah. “Sebaik melihat mangsa tidak bermaya, ketiga-tiga mereka melarikan diri. Mangsa pulang ke rumah dan memberitahu ibunya mengenai kejadian,” katanya.


Terkejut dengan keadaan mangsa, ibunya berusia 50 tahun membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Santubong pada hari kejadian. Katanya, kanak-kanak terbabit turut dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!