Sunday, August 12, 2012

Unique Giveaway By Lulu Caldina




Siyes dah lama sangat tak buat giveaway.. memula tu terasa nak buat segmen, tapi tiba-tiba ubah fikiran.. Buatlah giveaway yang simple ni saja. Masa sekarang ni suntuk sangat, lulu selalu sibuk, asyik terkejar sana sini nak buat sesuatu. tapi, memang rasanya masih sempat lagi nak laksanakan satu giveaway yang sangat unik ni.. bagi lulu lah.. Korang ada masa sila join yer.. Tak nak sudah, tak paksa...........

Untuk yang join tu, syaratnya sangat mudah..


  1. Ambik header Lulu-Pages, buat satu entri kat blog korang dengan tajuk 'Unique Giveaway By Lulu Caldina..'
  2. Dalam entri korang tu, tempekkan sekeping gambar korang yang paling lawa.. Tak lawa reject :p
  3. Dah siap, sila tinggalkan url link tu kat ruangan komen entri ini.
  4. Tarikh tutup, ahad ni 12 Ogos 12 malam.


Hadiahnya? 
ada sebab dalam entri tu nak gambar yer.. Kalau anda terpilih/menang, gambar yang ada pilih itu akan di transformer kan seperti gambar kat atas sekali entri ni. Lawa tak??? Ok, 5 orang pemenang yang akan dicari. Cara pemenang dipilih, takde kaitan korang handsome atau cute, ataupun cara yang khusus.. Bila dah menang tu, kira rezeki korang lah eh.. Entri lain yang tidak terpilih akan dimuatkan menjadi satu entri, dan akan dijadikan sticky post, untuk memudahkan orang lain blogwalking. Dah, kan dah jadi 2 dalam satu. Kalau tak menang, bolehlah tambah follower..


Kenapa harus join?
Lulu dah jarang sangat buat 'aktiviti macam segmen, contest ataupun giveaway' kat Lulu-Pages ni. So, bila ada, korang kena grab peluang..





P/S - kredit gambar dari google - IU (Korea)






.

Ibu bapa tak mampu bayar pengasuh, rantai anak..


Keadaan mengejutkan ini terjadi di China. Sikap yang tidak berperikemanusiaan memang sudah terkenal kepada masyarakat negara tembok besar itu. Pelbagai berita yang telah membuktikan bagaimana masyarakat China sudah hilang rasa prihatin dan ambil berat. Dan kini, muncul lagi berita yang tidak kurang mengejutkan, mengenai ibu bapa yang tidak mampu mengupah pengasuh untuk menjaga anak mereka. Apa akan jadi jika kedua mereka, ibu dan bapa keluar bekerja? Siapa yang akan menjaga anak mereka?


Bagi mereka penyelesaiannya mudah, sangat mudah.. iaitu merantai anak mereka. Baik di rumah, mahupun di tiang tepi jalan. Persoalannya, adakah ini merupakan penyelesaian yang terbaik buat anak mereka? huhu







.

Selera pelik pelari Jamaica - Usain Bolt


PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia. Begitupun ketika anda menyangka satu daripada bintang ternama sukan dunia itu akan bersenang lenang di hotel mewah London dalam usaha mencipta satu lagi sejarah Olimpik, Bolt membuat persiapan akhirnya di pusat persidangan di kawasan pinggir bandar Birmingham. Cabaran utamanya adalah menyesuaikan diri dengan cuaca. Rakan sepasukannya dan juga pesaing terdekat, juara dunia acara 100m, Yohan Blake berkata kelmarin: "Kami sukakan Birmingham. Suasana hebat di sini tetapi berbeza sekali dengan negara kami. Pertamanya, ia sejuk."Mereka mungkin tidak mampu membawa sinar mentari Caribbean ke West Midlands tetapi Pasukan Bolt sudah melakukan segala-gala yang termampu untuk membuat atlet mereka bagaikan berada di rumah sendiri, biarpun ada di antaranya sukar dilaksanakan.

Ketua chef, Wayne Willis, yang menyajikan makanan buat pelari itu dan pasukannya berkata: "Kami menerima beberapa permintaan pelik daripada mereka." "Satu daripadanya adalah mereka mahukan kepala kambing untuk digunakan dalam masakan kari. "Bagaimanapun kami hanya mampu mendapatkan daging kambing dan mereka nampaknya berpuas hati." Selain diet harian yang terdiri daripada makanan Jamaica kegemarannya, Bolt dikelilingi penata gaya hinggalah teman untuk bermain permainan video dengannya. Empat juta orang akan menyaksikan acara final 100 meter tetapi di Birmingham, atlet itu begitu tenang biarpun menghadapi beban seluruh dunia yang diletakkan di bahunya. Pada usia 25 tahun, dia adalah pelari terpantas yang memegang rekod dunia 9.58s yang dicatat dalam Kejohanan Dunia di Berlin.

Dalam kehidupan setiap hari sebagai manusia luar biasa, yang menurut saintis melakukan lonjakan fisiologi ke masa depan dengan kaki yang panjang serta tubuh berotot dan ia bukan sesuatu yang normal. Setiap hari, dia bangun pada jam 5 pagi untuk memulakan latihan intensifnya yang diselangi hidangan ayam 'jerk' dan keladi rebus yang menurut bapanya memberinya 'kuasa keladi'. Malangnya, tiada makanan segera untuk atlet yang meminati Manchester United itu yang hanya dibenarkan jurulatih selepas Olimpik. Sewaktu di Birmingham, dia turut diiringi penata gayanya, seorang wanita Jamaica yang akan melakukan solekan untuk sesi fotografi, pegawai publisitinya Carole, jurulatih Glen Mills, pengurus Norman Peart, ejennya Ricky Simms dan temannya sejak kecil NJ selain pengawal peribadi yang kelihatan seperti seorang bapa saudara yang perengus dan terlalu melindunginya.

Biarpun dikelilingi begitu ramai kakitangan sokongan, lelaki yang digelar Lightning Bolt memilih untuk tinggal di kediaman sederhana di Brum. Pasukan Jamaica tinggal di Hornton Grange, sebuah rumah agam era Raja Edward yang menjadi sebahagian daripada pusat persidangan Universiti Birmingham, berhampiran kampus Edgbaston. Bolt yang berketinggian 195sm, agak tinggi bagi seorang pelari pecut diberikan bilik sendiri sebelum berpindah ke London untuk majlis pembukaan. Susuk tubuh yang besar dan kaki yang panjang tidak sesuai dengan katil lamanya menyebabkannya sakit belakang jadi kakitangan sokongannya memesan tilam ortopedik untuk memulihkan belakangnya dan kecederaan hamstring yang mengganggu persiapannya ke Olimpik.

Di luar trek, Bolt dikenali kerana jenakanya serta bersikap santai. Dia makan nuget ayam sebelum perlumbaan besar dan makanan Cina, dia melakukan tarian Jamaica di trek dan memecahkan rekod acara 100m di Beijing tanpa mengikat tali kasutnya. Dia pernah berkata: "Saya mahu menjadi legenda. Saya mahu mereka mengingatinya selama-lamanya. Saya mahu melakukan perkara terhebat di London."





.

Inilah kisah sebenar mengenai kek ular yang famous itu..


Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar. Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo. Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia. Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza. Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: “Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya. “Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya. “Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya. - DM






.

Tragis : Maut dipanah petir selepas tarawih


Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih. Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid. Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital. Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut. Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka. - Agensi







.

Apa cerita terkini mengenai Hairuman? Masihkah anda ingat mengenainya?


Seorang pemuda, Muhammad Hairuman Miskon yang kudung kedua-dua belah tangan dan kaki kiri akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi pada 26 November 2010 kini sudah mampu menjalani kehidupan seperti insan normal lain. Hairuman, 23, sudah boleh berjalan dengan kaki palsu yang dipasang pada Disember tahun lalu tanpa perlu menggunakan kerusi roda sepanjang masa. Malahan dia yang sudah memiliki sepasang tangan palsu pada Februari lalu juga boleh makan dan berlatih menguruskan dirinya tanpa bantuan orang lain.

Bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dalam jurusan sijil pendawaian itu yang kini kelihatan berisi berkata, dia sudah memohon untuk belajar dalam bidang komputer di Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan di Bangi tetapi belum menerima sebarang jawapan. "Saya memang berniat untuk meneruskan pengajian tetapi bukan dalam bidang elektrik seperti sebelum ini kerana sedar akan kesukaran yang terpaksa dilalui dengan keadaan saya sekarang. "Saya mahu mengubah nasib diri dan berdikari. Saya malu untuk meminta-minta bantuan daripada orang ramai," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Buat masa ini, anak kesembilan daripada 10 beradik yang meminati kelab bola sepak Arsenal itu menetap di rumah keluarga angkatnya di Kayangan Heights, Seksyen U9 di sini. Hairuman yang kematian ibubapa sebelum ini tinggal bersama kakaknya di Slim River, Perak tetapi kini memilih untuk tinggal bersama keluarga angkatnya itu. Dia yang bekerja sambilan di sebuah pusat panggilan swasta di Petaling Jaya dekat sini dengan pendapatan RM4 sejam turut dihantar ke tempat kerja oleh ibu angkatnya.


Ketika ditanya mengenai puasa tanpa ahli keluarga, Hairuman menambah, perasaan sayu memang terasa tetapi ia dapat diubati apabila dapat berbuka bersama jemaah Masjid Istiqamah, Kayangan Heights setiap hari. Bagaimanapun, dia akan berkumpul dengan adik-beradiknya di Tanjong Karang pada hari raya nanti. -Kosmo





.

Gelang kertas bantu kurang risiko kanser


Saintis memperkenalkan sejenis gelang yang diperbuat daripada kertas bagi membantu mengurangkan risiko penyakit kanser akibat pendedahan melampau kepada matahari bagi mereka yang sering terdedah kepada mentari. Bekas penyelidik dari Universiti Strathclyde di Glasgow, Profesor Andrew Mills dan Dr. Michael McFarlane mencipta gelang tersebut untuk memaklumkan kepada orang ramai sejauh mana pendedahan kepada sinar ultra-violet (UV) sebelum ia memberi risiko kepada kesihatan.

Gelang jenis pakai buang itu bertindak bertukar warna daripada kuning kepada merah jambu apabila kekuatan sinar UV meningkat. Ia akan dihasilkan mengikut jenis dan warna kulit, berdasarkan toleransi mereka kepada pendedahan matahari. Sebagai contoh, untuk mereka yang berkulit cerah gelang itu akan bertukar warna lebih cepat berbanding mereka yang berkulit gelap.

Katanya, sebuah syarikat dari Sweden, Intellego Technologies akan mengeluarkan gelang tersebut secara komersial. Mills berkata, pihaknya cuba menghasilkan gelang tersebut pada harga yang murah kerana ia hanya akan dipakai buang oleh pengguna. - AGENSI





.

Bapa artis cantik ini meninggal dunia


RAMADAN kali ini menjadi detik duka buat selebriti Fouziah Gous yang kehilangan bapanya Mohd. Gous Ghulam, 76, hari ini. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh aktres berkenaan menerusi laman sosial Twitternya. Bagaimanapun, kerana masih terkejut dan bersedih, Fouziah enggan ditemu bual media. Namun menerusi pengurusnya, Noza, Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 10 pagi tadi. "Arwah sememangnya menghidapi beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.


Beberapa jam sebelum Fouziah meninggalkan rumah untuk ke lokasi penggambaran, tidak ada apa-apa perubahan pada arwah. "Tapi kira-kira jam 11 pagi, kami menerima berita sedih ini dan Fouziah sememangnya amat terkejut apatah lagi dengan Lebaran yang akan menjelang tujuh hari lagi," jelasnya menerusi khidmat pesanan ringkas. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim, 58 dan lima anak termasuk Fouziah. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!