Wednesday, August 15, 2012

Keadaan kolam renang di China ketika musim panas.. aduhai


Bayangkan sebuah kolam renang yang penuh sesak di musim panas. Di China jumlah pengunjungnya lebih mengejutkan dari yang anda bayangkan. Serius! China memang dikenali memiliki masyarakat yang mempunyai hobi berenang. Ketika musim panas, jumlahnya naik drastik hingga tak jarang pengunjungnya bergaduh berebut tempat. Olahraga renang sudah lama menjadi simbol kekuatan di China. Selain persaingan menjadi atlet renang yang sangat kompetitif, masyarakat China ternyata gemar berendam di kolam renang untuk waktu yang lama. Ketika musim panas, jumlah pengunjung sebuah kolam renang akan naik drastik. Mereka yang datang biasanya hanya ingin sekadar berendam, bukan berenang. Namun, jika kolam renang terlalu padat pasti juga tidak akan selesa.

Di beberapa kolam renang di China saat musim panas seperti ini memang penuh sesak. Jangankan untuk berenang, untuk berdiri di dalam air saja sangat sukar. Mereka ramai-ramai datang ke kolam renang demi menyejukkan badan, kerana suhu di luar sangat panas. Kurangnya fasiliti berenang di China adalah alasan utama mengapa kolam renang selalu padat. Ini terjadi hampir di seluruh kawasan di China. Salah satunya di Hongkou Public Pool, salah satu kolam renang terbesar di Shanghai, China. "Sebahagian pemerintah daerah berfikir tidak akan mendapatkan wang yang banyak dari kolam renang, ini kerana (hobi berenang) tidak terjadi sepanjang tahun," ungkap Wakil Ketua Hongkou Public Pool, Zhang Yeduan.


Keadaan tersebut membuatkan pihak swasta berlumba membuat kolam renang di beberapa kawasan. Salah satunya adalah kolam 'Laut Mati' di Daying, Provinsi Sichuan, China yang mengambil idea air masin di Laut Mati, Timur Tengah. Kolam ini memiliki luas 30000 meter persegi dan mampu menampung 10000 orang sekaligus! Lain halnya dengan kolam renang yang ada di Distrik Yao Stink yang mampu menampung perenang hingga 230000 orang. Itu bukanlah jumlah yang kecil untuk sebuah kolam renang. Namun tetap saja kedua kolam itu selalu penuh sesak ketika musim panas. Sebuah penelitian di China juga mengungkapkan kebiasaan renang ini boleh menimbulkan penyakit.

Dari 5639 kolam renang yang diuji dari 24 provinsi di China, hanya 10 peratus yang masuk dalam kategori selamat. 90 Peratus air kolam renang di China mengandungi urine (air kencing)! Jika musim panas ini anda melakukan traveling ke China, berenang mungkin boleh anda elakkan, tapi ada banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan selain daripada itu.






.

Piramid baru ditemui oleh Google Earth di Mesir


Peradaban Mesir Kuno adalah peradaban yang sangat unik. Peninggalan-peninggalan peradaban Mesir Kuno yang amat terkenal adalah Piramid. Piramid yang legenda dan paling dikenal adalah Piramid Khufu yang juga merupakan makam Firaun. Sudah sejak lama di Mesir tidak lagi ditemukan piramid. Namun kontroversi kini terjadi kerana seorang arkeologis mendedahkan telah menemukan 2 piramid baru dengan menggunakan google earth. Inilah salah satu foto piramid dari google earth.









.

Lelaki ini disangka mati kerana tidur terapung diatas air


Seorang lelaki yang mengapung di sebuah sungai di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian warga tempatan kerana disangka sudah mati. Ketika diperiksa, lelaki itu hanya tertidur. Polis dan petugas koroner tiba di lokasi, ketika warga di sekitar Sungai Susquehanna melihat susuk tubuh yang mengapung. Warga melihat lelaki itu mengapung dengan wajahnya menghadap ke atas. Tetapi jaket keselamatan yang dikenakannya membuat lelaki itu tidak tenggelam. Seperti dipetik dari Emirates, wilayah sungai tersebut memang kerap ditemukan jasad yang mengembang akibat tenggelam.


Tetapi setelah beberapa lama kemudian, lelaki itu pun bangun. Kumpulan penyalamat berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang terjadi sehingga seekor pepatung mendarat di hidungnya. Lelaki bernama Joseph DeAngelo itu pun terduduk. Dia kemudian meminta maaf atas kejadian itu, tetapi mengakui bahawa dirinya menjalani hidup sesuai dengan yang dianggapnya terbaik.







.

Gempar! Kim Kardashian dipenjara


Gempar..memang sangat menggemparkan. Siapa tidak kenal dengan Kim Kardashian. Dengan bulu mata palsu, make-up yang tebal dan rambut yang diluruskan, Kim Kardashian walaupun kelihatan baik namun dia berada didalam lokap. Namun yang sebenarnya, bintang realiti itu bukanlah benar-benar telah dipenjarakan sebaliknya dia rupanya berlakon dalam episod yang akan datang 'Diva Drop Dead'. Bintang yang berusia 31 tahun itu melakonkan peranannya sebagai Nikki LePree. Nampaknya, dia kini laris untuk mempopularkan drama..







.

Diskaun dengan Facedeals


Satu kamera baru yang digelar Facedeals, membolehkan premis perniagaan mengenal pasti mana-mana pelanggan yang memasuki kedai mereka. Menerusi kamera tersebut, gambar pelanggan akan diambil sebaik sahaja memasuki kedai sebelum ia dimuat naik di dalam laman sosial Facebook supaya identiti mereka dapat dikenal pasti. Selepas dikenal pasti, pelanggan tersebut akan ditawarkan potongan harga atau promosi menarik. Satu video promosi menunjukkan seorang pelanggan memasuki sebuah bar dan kemudiannya ditawarkan minuman murah selepas identitinya dikenal pasti.


"Facebook merupakan satu mekanisme berkuasa bagi sesebuah perniagaan untuk mempromosi barangan dan menawarkan potongan harga kepada pelanggan," kata agensi pengiklanan Redpepper yang mencipta kamera tersebut. Syarikat itu sebelum ini pernah mencuba penggunaan kamera tersebut di premis-premis berdekatan. Untuk menggunakannya, pelanggan hanya perlu memuat naik aplikasi Facedeals di dalam akaun Facebook mereka sebelum data biometrik gambar mereka dikenal pasti. Facebook, baru-baru ini membeli satu aplikasi pengecaman muka atas talian ciptaan sebuah syarikat yang digelar 'face.com.'. - AGENSI






.

Tahniah Irma Hasmie dan suami


Berita ni memang dah tersebar sejak semalam. Tapi, saja tunggu berita ni betul-betul disahkan barulah dikongsikan bersama di Lulu-Pages..Tersenyum gembira lulu bila dapat tahu.. Maklumlah pasangan yang sama sepadan ni, begitu mempersonakan. Selalu juga lulu asyik melihat gambar-gambar mereka berdua. Dan alhamdulillah selepas diijabkabul, kini mereka bakal menjadi ibu bapa, yang pastinya kepada seorang anak yang comel seperti mereka berdua. Tahniah ^__^

Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua. Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain. "Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung. "Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya. Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa. Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah. "Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!