Friday, October 5, 2012

Kreatif mengenai Lego... Jom baca!


Menara Lego tertinggi di dunia telah berhasil dibangunkan di Lego Land Windsor. Menara ini dibangunkan berkat kerja keras ribuan orang yang telah membantu untuk membangun menara lego tertinggi di dunia setinggi 32 meter, dan juga telah berhasil mengalahkan rekod menara lego yang dibangunkan di Seoul Korea yang hanya mempunyai tinggi 31.9 meter.Menara Lego ini dibangunkan di Lego Land Windsor England. Di bahagian puncak Menara Lego ini terdapat sembilan Minifigure kumpulan GB Lego. Sue Kemp Direktor Bahagian Lego Land Windsor mengatakan "Kami sangat bangga dan senang dapat merebut kembali rekod ini".

Beliau juga menambah "Terakhir kami memecahkan rekod pada tahun 2008, ketika itu kami membangunkan hanya setinggi 29.26 meter. Dan saat ini kami berterima kasih pada ribuan orang yang telah membantu untuk mencipta menara lego tertinggi saat ini. Ini terbuat dari 500.000 lebih Lego. dan perlukan waktu setidaknya 4 hari untuk membangunkan menara ini".







.

Kebiasaan yang biasa, membawa malapetaka buatnya


Seorang gadis berasal dari India tak boleh makan dan minum selama beberapa hari. Keluarga akhirnya membawa gadis tersebut menemui doktor. Namun betapa terkejutnya doktor kerana yang ditemukan adalah gumpalan rambut seberat 1.8 kg. Kumpulan doktor di hospital kerajaan akhirnya harus mengeluarkan gumpalan rambut tersebut dari perut gadis berusia 19 tahun melalui pembedahan terbuka. Dr Parvinder Singh Lubana dari Maharaja Yeshwantrao Hospital memimpin pembedahan untuk mengeluarkan ’hairball’ dari perut gadis itu. Nasib baik, gumpalan itu berhasil dikeluarkan dengan selamat.

“Ini adalah kes yang jarang terjadi, dimana potongan rambut dan bahan seperti kapur atau batu melilit dan terjebak di antara lambung dan duodenum (bahagian dari usus kecil),” jelas Dr Parvinder Singh Lubana, seperti dipetik dari NDTV. Menurut Dr. Amit Agarwal, salah satu anggota kumpulan doktor, gadis itu memiliki kebiasaan aneh memakan rambut dan kapur di kelasnya.

Gadis tersebut akhirnya menderita obstruksi usus, yang menyebabkannya tidak boleh makan dan minum untuk beberapa hari terakhir. Rambut memiliki bahan yang tidak boleh dipecah oleh sistem pencernaan manusia, sehingga memakannya terus menerus boleh menyumbat sistem pencernaan. Bila tidak segera diselamatkan, nyawa gadis ini boleh saja melayang.






.

Kenali ibu Sylvester Stallone, sebelum dan selepas....


Marilah kita lihat dan bandingkan bagaimana wajah ibu dari aktor terkenal Sylvester Stallone pada tahun 1981 dengan wajahnya sekarang. Wanita itu sekarang berusia 90 tahun dan telah melakukan banyak pembedahan plastik terhadap wajahnya.


Tapi malangnya, ianya bukan kelihatan cantik, malahan kelihatan lucu, bibirnya kelihatan tebal dan membengkak, jelas sangat berbeza dengan wajah asalnya. Begitulah hakikat manusia, bagaimana pun seseorang ingin lari dari usia tuanya dia tidak akan mampu melawan kuasa Tuhan.






.

Gadis ini ada cara yang unik untuk menurunkan berat badannya


Meskipun cahaya yang buruk, dengan cermin tidak menarik dan ruang yang sempit, seorang gadis bernama Julia Kozerski, 28, mengambil gambar dirinya sendiri di bilik antara tahun 2010 dan 2011, untuk melihat langsung perubahan berat badannya dalam program menurunkan berat badan. Dari pakaian renang dan ballgowns, kasut tinggi, Ms Kozerski mengabadikan dirinya dalam 200 model pakaian yang berbeza, untukmenunjukkan perubahan fizik dan emosionalnya dengan lensa kamera handphone I Phone. "Saya ingin mengubah gaya hidup, jadi saya berhenti makan berlebihan dan saya mulai bersenam, mengira kalori yang saya ambil setiap hari.

Kadang-kadang dia juga melakukan segala sesuatu yang yang paling menyenangkan tapi membuat berat tubuh anda menjadi kurang proposional lagi, diantaranya rehat yang cukup serta pengambilan vitamin agar dia boleh melakukan aktivitinya setiap hari. " Dia mengatakan "Gambar-gambar ini memungkinkan saya untuk langsung melihat bahawa saya membuat suatu kemajuan. Tanpa gambar ini, saya tidak yakin saya akan memiliki motivasi untuk bergerak maju. "





.

Ayah tembak anak sendiri kerana sangka ianya pencuri


Seorang lelaki AS menembak mati remaja bertopeng di luar rumah jirannya. Remaja itu disangka sedang melakukan percubaan mencuri dan lelaki itu menembak dalam upaya membela diri. Namun, ketika topeng dibuka, dia baru tahu bahawa yang ditembak adalah anaknya sendiri. Polis di Connecticut mengatakan, Tyler Giuliano (15) ditembak tak lama setelah tengah malam pada Khamis lalu. Jiran yang merupakan makcik dari remaja itu, tinggal sendirian di rumahnya. Makcik itu yakin, ada orang yang sedang berusaha masuk ke rumahnya. Perempuan itu lalu menelefon ayah remaja itu, Jeffrey Giuliano, yang tinggal di sebelah rumahnya. Jeffrey lalu meraih pistol. Dia keluar dari rumah dan menghadang seseorang yang mengenakan topeng ski hitam serta pakaian hitam, lalu menembak ketika orang bertopeng itu datang ke arahnya dengan senjata mengilap di tangannya, kata polis.

Ketika polis tiba, remaja malang itu yang mengalami luka tembak sedang berbaring di jalan masuk ke rumah perempuan tersebut. Sementara si ayah tengah duduk di rumput. Menurut polis, remaja itu mati di tempat kejadian. Seorang petugas polis lalu membuka topeng ski itu. Kurang jelas apakah Jeffrey Giuliano sudah tahu kalau yang terkapar itu anaknya ketika polis membuka topeng. Juga kurang jelas apakah remaja itu berusaha untuk mencuri di rumah makciknya atau apakah itu hanya gurauan yang berakhir dengan kematian. "Apa pun itu adalah tragedi," kata jurucakap polis, Letnan Paul Vance. Ayah remaja tersebut belum bersedia untuk memberi komen. Sejauh ini, lapor bilik berita AP, belum ada tuduhan yang diajukan.





.

Hebat! Keliling Dunia Menggunakan Bajaj


Aksi Rich Sears dan Nick Gough ini sepertinya boleh dikategorikan gila. Ini adalah kerana mereka telah mengelilingi dunia hanya dengan naik bajaj. Mereka meninggalkan kampung halamannya di Inggris untuk mengeliling dunia demi sebuah misi pendidikan. Kedua lelaki yang berkerja sebagai guru ini ingin meningkatkan kesedaran pendidikan, terutama di negara-negara mundur. Misi besar mereka adalah menjadi perwakilan dari organisasi anak jalanan di Uganda dan BhuPu Sainik School di Besishahar, Nepal. BhuPu Sainik dibentuk untuk memberi pengajaran anak-anak di desa sekitar Pegunungan Himalaya. Rich dan Nick akan menyusuri Inggris untuk memulakan perjalanannya yang dilanjutkan ke Perancis dan Turki.

Kemudian mereka melanjutkan ke Mesir dengan mengangkut bajaj mereka pakai kapal ferry. Setelah itu menuju ke Afrika Selatan, menyusuri India dan Singapura serta ke pesisir barat Amerika. Rancangannya Rich dan Nick akan menyelesaikan perjalanan pada 2013 di Rio de Janeiro, Brazil. Mereka memilih bajaj atau tuk tuk ini sebagai pengangkutan agar kegiatan mereka dapat dimasukkan dalam rekod dunia.

Mereka juga mengaku cukup sukar ketika memandu bajaj tersebut. "Kami memakai kenderaan yang terbuka di satu sisi dan sudah menyiapkannya untuk ke Afrika," ucap Rich. "Suatu hari pernah hujan lebat dan kami basah di dalamnya. Ternyata penutupnya penuh lubang sehingga kami harus menggantinya. Kami juga sudah menambah perlindungan lain."






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!