Friday, October 5, 2012

Ayah tembak anak sendiri kerana sangka ianya pencuri


Seorang lelaki AS menembak mati remaja bertopeng di luar rumah jirannya. Remaja itu disangka sedang melakukan percubaan mencuri dan lelaki itu menembak dalam upaya membela diri. Namun, ketika topeng dibuka, dia baru tahu bahawa yang ditembak adalah anaknya sendiri. Polis di Connecticut mengatakan, Tyler Giuliano (15) ditembak tak lama setelah tengah malam pada Khamis lalu. Jiran yang merupakan makcik dari remaja itu, tinggal sendirian di rumahnya. Makcik itu yakin, ada orang yang sedang berusaha masuk ke rumahnya. Perempuan itu lalu menelefon ayah remaja itu, Jeffrey Giuliano, yang tinggal di sebelah rumahnya. Jeffrey lalu meraih pistol. Dia keluar dari rumah dan menghadang seseorang yang mengenakan topeng ski hitam serta pakaian hitam, lalu menembak ketika orang bertopeng itu datang ke arahnya dengan senjata mengilap di tangannya, kata polis.

Ketika polis tiba, remaja malang itu yang mengalami luka tembak sedang berbaring di jalan masuk ke rumah perempuan tersebut. Sementara si ayah tengah duduk di rumput. Menurut polis, remaja itu mati di tempat kejadian. Seorang petugas polis lalu membuka topeng ski itu. Kurang jelas apakah Jeffrey Giuliano sudah tahu kalau yang terkapar itu anaknya ketika polis membuka topeng. Juga kurang jelas apakah remaja itu berusaha untuk mencuri di rumah makciknya atau apakah itu hanya gurauan yang berakhir dengan kematian. "Apa pun itu adalah tragedi," kata jurucakap polis, Letnan Paul Vance. Ayah remaja tersebut belum bersedia untuk memberi komen. Sejauh ini, lapor bilik berita AP, belum ada tuduhan yang diajukan.





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!