Thursday, October 11, 2012

Lionel Messi, bakal jadi ayah


Lionel Messi kini sudah tidak sabar lagi menantikan sebuah momen istimewa: kelahiran anaknya. Messi mengaku ingin segera menimang buah hatinya tersebut. April lalu bintang bola sepak Argentina dan kelab Sepanyol, Barcelona, itu digosipkan akan segera menjadi seorang ayah setelah kekasihnya, Antonella Roccuzzo, dikhabarkan sedang hamil. Hal itu terbukti tidak silap. Messi kini menjelaskan bahawa dirinya kini sudah tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.

Messi sebelum ini telah mengakui bahawa bayi yang dikandung kekasihnya adalah lelaki dan bakal dinamakan Thiago. Bulan Oktober ini dijangka menjadi bulan yang dinantikan oleh Messi dan Antonella. Lalu apakah Thiago Messi ini akan dididik untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak?





.

Anehnya fesyen kasut ini


Seorang pereka yang berasal dari Afrika Selatan membuat kasut yang bentuknya sangat unik dan ekstrem. Kasut tersebut tampil dengan heels berada di bahagian depan. Siapa berani pakai? Rekaan kasut tersebut dibuat oleh mahasiswa seni Leanie van der Vyver. Dia mencipta rekaan itu sebagai kritik terhadap industri fasyen yang sering mengagung-agungkan kesempurnaan. Seorang pembuat kasut berasal dari Belanda, Rene van den Berg kemudian mewujudkan rekaan karya Leanie itu menjadi nyata. Dia membuat kasut dengan heels di depan itu dalam warna kuning mentega.

Rekaan tersebut sebenarnya dibuat sebagai tugas kelulusannya di Gerrit Rietveld Academi, Amsterdam, Belanda. Kasut unik tersebut kini membuat Leanie meraih nominasi untuk penghargaan rekaan bermutu Gerrit Rietveld yang diadakan kampusnya itu. Kasut hasil karyanya itu dinamakan Leanie, 'Scary Beautiful'. "Scary Beautiful menentang keidealan kecantikan yang ada sekarang dengan menciptakan standard kecantikan baru yang mengejutkan," ujarnya.





.

Janin dalam rahim menunjukkan isyarat 'peace' dengan tangannya..


Janin dalam kandungan, bukanlah seperti sebuah gumpalan daging yang tak dapat mendengar dan melihat. Sebelum lahir, sistem saraf dan berbagai macam indera janin sudah sempurna, dengan demikian dapat bereaksi terhadap berbagai macam rangsangan dari luar mahupun dalam tubuh ibu.

Dan itulah yang terjadi pada janin dalam gambar diatas. Ketika proses imbasan berlaku, doktor terkejut melihat bayi itu menunjukkan isyarat 'peace' dengan tangannya. Menakjubkan, dan mungkin juga ianya kebetulan. Namun, hanya Allah yang maha mengetahui, keajaiban dunia dalam rahim..





.

Bangunan dengan lantai berlapis emas


Di China, bangunan pencakar langit merupakan hal biasa. Namun menjadi tidak biasa ketika salah satu lantainya berlapis emas. Bangunan ini pun dibangunkan dari hasil dana warganya yang kebanyakan kaya raya. Seperti dipetik dari China Daily, bangunan tersebut bernama Longxi International Hotel dan berada di Huaxi, yang masih dikategorikan sebagai desa dari provinsi Jiangsu, China bahagian timur. Bangunan yang memiliki tinggi 328 meter ini memerlukan biaya US$ 470 untuk pembangunannya. Deputi Parti Komunis Huaxi, Zhou Li mengatakan, pemegang saham dari Longxi International Hotel adalah 200 rumah tangga desa, masing-masing menyediakan 10 juta yuan atau sekitar US$ 1.5 juta untuk model projek tersebut.


"Bangunan tersebut adalah simbul kolektiviti. Hotel tersebut diharapkan boleh melahirkan peniaga, pejabat, ataupun pelancong yang ingin melakukan aktivitinya disini," ujar Zhou Li. Di dalam bangunan tersebut terdapat restoran, kolam renang di atap, gedung membeli belah, panggung wayang, spa, dan pada tingkat 60 dibuat dari berton-ton emas. Huaxi Group, korporasi yang mengelola perniagaan penduduk desa tersebut memiliki 2000 pemegang saham. Semuanya merupakan penduduk yang terdaftar. Selain penduduk desa itu, tidak diizinkan menjadi pemegang saham meskipun mereka bekerja di sana.

Sebagai info, Huaxi dulunya merupakan lingkungan pedesaan yang daif, namun kemudian tumbuh pesat seiring reformasi ekonomi China besar-besaran dalam 30 tahun terakhir. Kekayaan Huaxi didasarkan pada pengumpulan dana-dana dari rumah tangga yang terdaftar dan mengumpulkan wang dari berbagai industri seperti baja dan tekstil. Kebanyakan pendapatan rumah tangga di desa tersebut dilaburkan lagi ke projek lanjutan agar pembangunan terus berjalan.





.

Lagu boleh jadi kuasa keamanan dunia: PBB


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon memuji ‘Gangnam Style’ yang dipersembahkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy. Ban menyifatkan lagu itu sebagai satu kuasa keamanan dunia selepas ia mendapat sambutan ramai di seluruh dunia. Ban mendapati, Korea Selatan kini menjadi paling terkenal di planet ini berikutan kejayaan menakjubkan penyanyi rap montel terbabit melalui persembahan video klipnya yang mendapat sambutan ramai dan tidak ada apa yang lebih menggembirakan diplomat veteran terbabit.

“Saya menontonnya beberapa kali,” kata pemimpin berusia 68 tahun itu dalam satu temubual dengan agensi berita. Ban menyuarakan rasa bangga terhadap cara Psy membawa budaya pop Korea dan jenaka pelik negara itu kepada penonton global melalui internet di mana video itu ditonton lebih 400 juta kali. “Saya berbangga dengan persembahan beliau yang disukai dan digemari lebih 400 juta orang. Pemimpin PBB itu berkata: “Bahasa tidak diperlukan dalam dunia muzik. Itu adalah kuasa muzik, yang menguasai hati”. - Agensi






.

Lihat! Gunung Ini mirip wajah seorang ilmuwan terkenal


Apa yang dapat anda lihat dari foto gunung ini? Ya, memang ada kelihatan wajah disitu. Setuju atau tidak, bentuk gunung ini mirip wajah ilmuwan terkenal Albert Einstein. Seperti diwartakan The Sun, foto ini diabadikan oleh seorang pendaki, di salah satu puncak gunung di Pegunungan Alpen, Austria.


Ilmuwan kelahiran Jerman pemenang Hadiah Nobel yang mengembangkan teori relativitas, pernah mengatakan bahawa karyanya seperti "mendaki gunung". Hebat bukan..







.

Wanita ini carikan isteri kedua buat suaminya


Seorang wanita Arab Saudi sedang mencari isteri kedua untuk suaminya. Wanita yang tak disebutkan identitinya, sudah memiliki anak dari suaminya. Lalu, apa yang membuatnya ingin dimadu? Ingin menyenangkan Tuhan, itulah jawabnya. Wanita berasal dari Riyadh mengatakan, suaminya sebagai 'orang baik', dan layak mempunyai isteri kedua. Perempuan berumur sekitar 30 tahun, dan pemegang gelaran sarjana universiti dalam bidang studi Islam menuturkan, dia tidak boleh sepenuhnya mengurus si suami, kerana sibuk membesarkan anak-anaknya. "Saya cukup serius. Saya mencari isteri kedua untuk suami saya, sehingga dia akan membantu saya menjaga suami saya," ujarnya seperti dipetik oleh Harian Arar dan diwartakan oleh laman Emirates 247.

"Saya hanya ingin menyenangkan Tuhan Yang Maha Esa, kerana poligami disebutkan dalam Alqur'an. Saya hanya menjalankan ajaran Islam. Saya merasa tidak sepenuhnya melakukan tugas untuk suami saya, kerana sibuk menjaga anak-anak kami," jelasnya. Dia mengaku sering dikritik oleh teman-temannya, karena berniat mencari isteri kedua untuk suaminya.







.

Akhirnya Jimmy Shanley dan isteri sah bercerai


Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1. Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing. Abd Halim yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah. Tebus talak itu dibuat mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang difailkan Nursuhaila. Dalam prosiding itu, Nursuhaila, 26, yang merupakan plaintif bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang sementara Jimmy, 33, pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hutang di antara mereka.

Peguam Syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan pihak plaintif ada menerima permohonan Jimmy untuk bersetuju menebus talak dengan nilai RM1 pada Jumaat lalu. Berikutan itu pihaknya membuat keputusan agar kes permohonan cerai secara baik yang difailkan di mahkamah syariah di sini ditarik balik termasuklah permohonan nusyuz (kembali taat) yang masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dekat sini. Sa’adiah berkata, permohonan Jimmy berhubung tuntutan hadanah iaitu hak jagaan anak Zahrah Shanley yang berusia setahun akan tetap diteruskan. Jimmy diberi hak untuk melawat anaknya yang berada dalam jagaan ibu Nursuhaila iaitu pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim di Sungai Buloh dekat sini.

Pengacara Trek Selebriti terbitan Astro itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus. Ketika di luar mahkamah Jimmy berkata dia telah mengkhianati janji terhadap ibu mertuanya untuk tidak menceraikan Nursuhaila. “Saya telah mungkir janji kepada ibu mertua saya untuk tidak menceraikan Nursuhaila. Tapi apa nak buat minat, hobi pun tak sama,” katanya. Nursuhaila bagaimanapun mengucapkan rasa syukur kerana kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986. Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. -Mstar







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!