Friday, October 19, 2012

Ibu kreatif ini melakukan sesuatu ketika bayinya tidur..


Bayi yang sedang tidur memang sangat menyenangkan. Kerana itulah, seorang ibu di Jepun terinspirasi untuk ‘menggubah’ bayinya menjadi pemandangan seperti di gambar kartun. Si ibu, Mami Koise, 41 tahun, dalam kehidupan hariannya memang berkerjaya sebagai seorang kartunis.


Dengan idea, bayinya yang sedang tidur itu digubah dengan perkakas lain menjadi lukisan unik, seperti: penunggang kereta salji, rama-rama penghisap bunga, penyanyi rock dan lain-lain lagi. Setiap gubahannya bersama bayi itu digambar dan terbitkan dalam sebuah buku seperti komik.


Tak hairanlah, buku tersebut menjadi salah satu buku best seller di Jepun. Beberapa waktu lalu, ibu kreatif ini diwawancara sebuah stesen tv dan karyanya ditampilkan.






.

Kisah pemain bola hebat, yang beragama islam


Karier Xherdan Shaqiri musim ini mulai meningkat. Keputusannya pindah ke Bayern Muenchen dari FC Basel merupakan pilihan tepat. Bersama the Bavarians, Shaqiri mendapat tempat utama. Dia mampu memikat pelatih Jupp Heynckes lantaran memiliki kepantasan sehingga menjadi pilihan utama di posisi sayap. Tidak salah pengurusan Muenchen memberi kontrak empat tahun kepadanya kerana dijangka akan menjadi bintang masa depan Die Rotten. Pemain yang memulakan karier junior bersama SV August itu dilahirkan di Gnjilane, Kosovo, 10 Oktober 1991. Sejak pecahnya Yugoslavia menjadi beberapa negara, meskipun keluarga besarnya berdarah Albania, Shaqiri lebih memilih menjadi pemain negara Swiss.

Meskipun baru berusia 21 tahun, dia sudah mendapat tempat kekal dengan rekod 21 caps dan enam gol. Namun belum ramai tahu jika Shaqiri adalah seorang pemain bola beragama islam. Ketika memperkuatkan Swiss, dia sering tertangkap kamera foto dan terakam video berdoa di tengah lapangan sebelum pengadil meniup wisel pertandingan. Ritual mengadahkan kedua tangan ke atas dan dilanjutkan mengusap muka sebagai tanda mengakhiri doa tidak pernah dilupakannya. Hal yang sama dilakukannya saat masih bersama FC Basel. Shaqiri memang tidak pernah menjelaskan kepada media tentang ritual ibadahanya itu.

Namun seperti pemain Muslim lainnya, dia melakukannya agar mendapat kekuatan spiritual sehingga boleh menampilkan corak permainan baik di lapangan. Shaqiri turut merayakan datangnya Hari Raya Aidil Fitri lalu. Melalui akaun facebook-nya, dia memuat turun gambar kaligrafi berbahasa Arab. “Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berharap dari hati terdalam anda merayakan Aidil Fitri. Salam perdamaian dan kebaikan,” katanya.






.

[Buat Renungan] Meninggal dunia, selepas 2 hari bertaubat..


Seorang gadis kaya di Arab Saudi, meninggal dunia ketika solat, hanya dua hari setelah dia bertaubat. Menurut surat khabar tempatan dan dipetik dari laman Emirates247, gadis itu digambarkan menghabiskan sebahagian besar hidupnya, dengan melakukan tindakan tidak bermoral dan liar. Lantas, gadis yang tak disebutkan namanya itu, pergi ke seorang ulama Islam terkenal di Arab Saudi, pada Sabtu minggu lalu. Gadis itu kemudian meminta si ulama mengajarnya cara solat yang betul, dan dia menyatakan bersungguh-sungguh ingin bertaubat. "Sejak bertaubat dan keluar dari kehidupan lamanya, gadis itu tidak boleh berhenti menangis. Saat dia berlutut untuk solat pada isnin lalu, dia terjatuh dan meninggal," demikian diberitakan. Tidak disebutkan berapa usia si gadis, dan di mana dia tinggal di Arab Saudi.





.

Gambar Julia Gillard, Perdana Menteri Australia jatuh tersungkur di India


Perdana Menteri, Julia Gillard, mendapatkan pengalaman memalukan dalam kunjungannya ke India baru-baru ini. Saat berkunjung ke monumen peringatan bapa bangsa India, Mahatma Gandhi, di New Delhi, Rabu (17/10/2012), Julia jatuh tersungkur ke depan, sehingga seluruh tubuhnya terbaring di atas tanah. Menurut pemberitaan Asiaone.com, Julia yang mengenakan kasut tinggi, terjatuh ketika memijak rumput halus di halaman monumen Mahatma Gandhi. Kerana mengenakan skirt, Julia tak mampu menjaga kestabilan tubuhnya hingga langsung tersungkur ke tanah. Nasib baik dia tidak terluka dalam insiden itu. Julia, ketawa kepada wartawan yang ikut menemaninya ke monumen Mohammed Gandhi.


Insiden jatuhnya Julia menjadi berita utama media-media di Australia, pada hari ini. Tabloid Sydney Daily Telegraph menempatkan berita insiden jatuhnya Julia pada halaman depan dengan judul "PM Jatuh dari Keanggunannya", sementara media The Sydney Morning Herald memberitakan kejadian itu dengan judul "Gillard jatuh saat tour di India".







.

Giuliana dan Bill Rancic bakal dapat anak kembar? (Selepas memiliki anak lelaki)


Usia bayi lelaki pasangan terkenal ini, Giuliana dan Bill Rancic baru saja mencecah 8 minggu (2 bulan).. Dan mereka mendedahkan, mereka bakal menimang anak lagi dalam masa terdekat. Duke, yang dilahirkan menerusi ibu tumpang, merupakan anak pertama pasangan ini selepas usaha berterusan untuk Giuliana hamil sendiri, gagal. Menurut mereka, mungkin orang lain akan merasa, cukup memiliki seorang anak. Berbeza, mereka lebih suka anak yang ramai. Dan kembar mungkin..

Ya, Giuliana menyatakan impiannya memiliki anak kembar. Mungkin perempuan, yang boleh dipakaikan gaun yang sama. Jelas terpancar kebahagiaan pada pasangan ini setelah memiliki Duke. Dan, kita tunggu, samaada impian Giuliana memiliki anak kembar akan tercapai..





.

Awas! Produk pelangsing mungkin mengandungi racun


Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Selangor merampas 120 kotak produk pelangsing bernilai RM13,680 kerana mengandungi racun ‘sibutramine’ yang membahayakan kesihatan daripada sebuah premis perniagaan di sini. Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) jabatan itu, Jaafar Lassa berkata selepas mendapat aduan daripada orang ramai, pihaknya bertindak menyerbu premis perniagaan tersebut yang beroperasi di Mutiara Damansara pada 2 petang semalam. Beliau berkata pihaknya mendapati produk itu, yang boleh menyekat selera makan dan jika diambil berlebihan boleh menyebabkan serangan jantung, dijual dengan harga RM90 sekotak.

Produk itu didakwa mendapat sambutan kerana terbukti boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat, katanya kepada Bernama. Jaafar juga berkata sebelum ini, pihaknya sudah mengambil sampel produk itu untuk pemeriksaan di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan mendapati ia mengandungi sibutramine dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Malaysia.

 Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika membeli produk pelangsingan kerana ada yang mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan. Katanya, pemilik premis itu akan didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM25,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!