Sunday, November 11, 2012

I LOVE YOU, STUPID!



Alhamdulillah, lengkaplah sudah 'perjalanan' menyusuri nukilan indah ini. Berturut-turut, dua novel hasil tulisan kak Melur Jelita ini, telah lulu baca... Perasaan yang sangat luar biasa disitu.. Bermula dari novel pertama, AWAK SUKA SAYA TAK? dan beralih kepada novel yang lebih tebal ini, berbaur perasaan, antara lucu, sedih, insaf dan terharu.. semua terhimpun menjadi satu sebaik saja selesai.. Rasanya ada pelbagai soalan yang bermain dalam kepala. Kata-kata indah dan penuh keislaman jelas tersusun indah, sehinggakan terasa hati bagaikan sangat-sangat terasa keindahan cerita yang ingin disampaikan penulis.

Melalui novel setebal 1389 dan dengan 109 bab, pembaca akan dibawa ke alam sejarah, bagaimana kekejaman dan kepedihan yang dialami oleh rakyat Kemboja ketika peperangan dengan Pol Pot.. Owh, novel ini bukan sahaja 'menghidangkan' kasih dan sayang antara insan, bahkan juga menyerap keinsafan yang tebal pada diri.. Hati seringkali berbisik, betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia, berbanding rakyat yang hidup daif namun sentiasa bersyukur dan menghargai setiap yang berlaku pada mereka, rakyat Kemboja..

Benarkah begitu teruk kehidupan rakyat Kemboja? Bila penulis menggambarkan keadaan susah di negara itu, ianya begitu lengkap dan terperinci, dan membuatkan pembaca boleh merasai penderitaan yang sama.. Benar! Ianya terjadi pada lulu.

Alangkah indahnya bercinta dan berkasih sayang, apatah lagi bila berlandaskan agama islam. Suci, luhur dan mendalam. Bukan sekali, tapi dua kali lulu terpegun dengan hasil tulisan penulis ini. Benar! Betapa bertuahnya memiliki kebolehan menulis, seolah-olah dia pernah menghadapi dan merasai keadaan perit itu. Betul-betul lulu tak sangka, novel setebal ini akan memberikan pengalaman yang berbeza pada setiap helain muka suratnya. Bacalah novel ini, dan anda pasti akan bersetuju dengan lulu...




P/S - Recommended by Lulu Caldina..


* Tahniah kak Melur Jelita, sesungguhnya, hasil tulisan kakak, memberi 1001 rasa buat lulu.. teruskanlah menulis..






.

Rumah unik yang hanya dibina dalam tempoh sehari


London: Seorang arkitek Jerman cuba menangani krisis perumahan dengan mencipta rumah paling kecil di dunia berukuran hanya satu meter persegi dan hanya memakan masa sehari untuk dibina. Ada cukup ruang untuk menempatkan bangku di dalamnya dan pada waktu malam ia boleh digulung ke belakang untuk mengubahnya kepada sebuah katil. Arkitek Van Bo Le-Mentzel kini menyerahkan pelan induk ciptaannya One SQM, dengan harapan ia akan memperbaiki pasaran perumahan.


Tawar satu rumah 

“Saya mahu menawarkan rakyat satu pelan membina rumah mereka sendiri,” lapor akhbar The Sun memetiknya sebagai berkata. “Anda boleh membawanya dan tinggal di taman atau tasik atau di atas bumbung. Ia adalah rumah sebenar yang anda boleh tambah pemanas, panel suria atau tandas jika mahu,” katanya. Pembina hanya memerlukan sebatang tukul besi dan gergaji selain 20 meter papan, 200 skru, empat roda dan tingkap kaca serta pintu untuk membina bangunan seberat 40 kilogram itu. “Falsafah di sebalik projek saya ialah mencipta idea yang mana rakyat boleh mengembangkannya,” kata Le-Mentzel. - Agensi

Kucing ganas yang serang penduduk, anjing dan kucing


Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia. Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu. Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang. Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu. Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu. Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini. Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif. - AGENSI





.

Aneh : Proses kahwin mayat dengan mayat


Di China ada perkahwinan antara yang sudah mati, tetapi anehnya bagaimana jika yang sudah mati dan dikahwinkan itu boleh kahwin lari dengan orang lain yang sudah mati? Hal itu memang benar terjadi di provinsi Hebei, China, kepercayaan penduduk sekitar yang mempercayai bahawa seorang lelaki tidak akan masuk syurga sebelum dia berkahwin membuat kebiasaan yang aneh di daerah tersebut. Seperti yang dipetik dari anorak.co.uk, Miss Wu, nama si gadis yang sudah meninggal itu, dijual oleh orangtuanya kepada Tuan Liu, saudara lelaki pengantin lelaki yang juga sudah menjadi mayat. Tuan Liu yakin bahawa Miss Wu merupakan pasangan yang sesuai bagi saudaranya yang baru saja meninggal.

Dia pun membayar untuk mayat Wu dan mengatur upacara minghun (perkahwinan antara-mayat), dimana pasangan pengantin bahagia itu dikuburkan bersama-sama. Namun, ternyata kebahagiaan keduanya tidak berlangsung lama. Miss Wu ternyata dicuri oleh pencuri kuburan dan dikahwinkan dengan lelaki lain dengan harga diskaun kerana keadaan Miss Wu sudah agak membusuk. Tahu saudara iparnya telah dicuri, Tuan Liu marah. Setelah disiasat, akhirnya pencuri kuburan pun ditangkap. Tradisi untuk mengahwinkan orang yang telah mati adalah kerana mereka memerlukan seorang isteri untuk masuk ke akhirat. Hal ini menimbulkan adanya pasar untuk jual beli mayat pengantin.

Tiap mayat pindah-tangan dengan nilai tertentu. Bisnes ini boleh mendapatkan keuntungan besar, sehingga membuat orang gelap mata dan rela untuk mencuri di kuburan, atau bahkan membunuh, demi mendapatkan mayat untuk dijadikan pengantin. Pada tahun 2006, ada seorang yang bernama Song yang telah membunuh 6 orang wanita dan menjualnya sebagai pengantin. Dia membuat pengakuan kepada polis bahawa dia telah membunuh dan menjual tubuh mereka untuk dijual menjadi pengantin. Song memilih untuk membunuh terlebih dahulu kerana menurutnya lebih mudah untuk membunuh daripada mencuri mayat dari kuburan.





.

Lautan bunga boleh tumbuh di daratan gersang Afrika


Benua Afrika rupanya tidak sekadar tanah kering kontang. Di Afrika Selatan, daerah gersang boleh berubah menjadi lautan bunga yang menawan. Namaqualand membentang sepanjang 970 km di pesisir barat Cape Town, dan memiliki luas area sekitar 440000 km. Selama musim panas, dataran tersebut kelihatan sangat kering dan gersang. Namun ketika musim bunga, padang yang tandus ini terlihat sangat cantik dan menawan dengan warna-warni beragam bunga. Sukar untuk pelancong bayangkan, bagaimana mungkin di tanah gersang seperti Namaqualand boleh ada gurun bunga yang cantik. Menurut laman rasmi Namaqualand, setelah hujan musim sejuk, warna-warni bunga menghiasi dataran yang tandus ini. Bunga-bunga yang tumbuh liar ini pun menjadi panorama lain yang mengkagumkan di Namaqualand.

Ingin melihat cantiknya lautan bunga di daratan Afrika Selatan yang gersang ini? Sebaiknya, pelancong datang ke destinasi ini pada bulan Julai hingga Oktober setiap tahun. Sekitar 4000 jenis bunga mekar di wilayah tersebut. Keindahan alam yang unik ini pun tersohor hingga ke luar Afrika Selatan. Musim dimana bunga-bunga liar ini mekar dikenali dengan sebutan musim bunga aster Namaqualand. Menempuh perjalanan kurang lebih 5 jam dari Cape Town. Traveler sudah boleh melihat hamparan bunga liar yang cantik mulai dari West Coast National Park di Langebaan. Akan tetapi, panorama sesungguhnya boleh pelancong lihat ketika memasuki Kota Garies, Springbok, Kamieskroon, dan Port Nolloth.

Tidak hanya itu, Richtersveld National Park, Goegap Nature Reserve, Skilpad Wild Flower Reserve juga menjadi bahagian yang sangat menarik dan ‘wajib’ dilihat. Ya, traveler boleh melihat lautan bunga di seluruh area Namaqualand, pesisir barat Cape Town, Olifants River Valley, dan kota-kota seperti Citrusdal, Clanwilliam, Lamberts Bay, Nieuwoudtville serta Vredendal. Jangan fikir, hanya boleh melihat padang savana atau dataran yang tandus saja. Afrika juga punya padang bunga yang mempesonakan!





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!