Monday, November 26, 2012

SUAMI AKU USTAZ



Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila!

Hanya dengan kata-kata dan tajuk novel ini, lulu memilih untuk menjadikannya koleksi terbaru.. Novel ni takdelah tebal sangat pun berbanding novel-novel yang lulu baca sebelum ini dan harganya pun hanyalah RM22/RM25. Namun bukan beerti novel ini tidak bagus.

Kisah yang sangat menarik cuba disampaikan oleh penulis ini. Seorang gadis berusia 17 tahun yang masih ditingkatan 5 diberi kata dua oleh ibu bapanya untuk menerima jodoh yang mereka tentukan untuknya. Iaitu seorang ustaz yang mengajar dikelasnya. Dan ustaz itu merupakan abang sepupunya. Kesuntukkan masa untuk berfikir, kerana ibu bapanya akan menunaikan haji, dia menerima perkahwinan ini, namun kerana usianya yang terlalu muda, dia rasa kekok dan malu berdepan dengan suami sendiri. Sebelum kahwin dia bebas. Nak keluar malam pun boleh. Tapi bila dah kahwin, dia turut kata suami, dan nampaknya suaminya berjaya mendidik dia dengan baik, dia mula bertudung dan mengaji Al-Quran dihadapan suaminya.

Dia berjaya menyembunyikan status perkahwinannya disekolah. Dan.. apa yang terjadi apabila kawan dan guru tahu? Bila baca part dimana dia memujuk suaminya yang merajuk, sumpah lucu dan romantik. hehe..

"Lisa.... temankan abang kat sini," pintanya perlahan.
"Kalau Lisa nak belajar pun, belajar dekat sini. please...." Dia menyambung.
Aku tersenyum. Tidak payah dipaksa, aku dengan rela hati akan mengikut kata-kata dia. Teragak-agak aku mendekatkan muka aku dengan Abang Hafiz. lembut pipinya bersentuh dengan hidung aku. Dada terasa berdebar dengan apa yang aku lakukan. Gila! Tersedar dengan apa yang aku buat, Abang Hafiz membuka sedikit matanya. melihatkan senyuman di bibir dia, serta merta muka aku terasa panas. Perlahan dia menarik aku mendekatinya.
"Lisa nak ambik buku," aku menolak perlahan tangan dia.
Abang Hafiz membiarkan. tanpa menunggu lama, aku bergerak ke rak buku yang menempatkan buku-buku rujukanku. Bibir menguntum senyuman dalam diam. Entah kenapa, hati aku terasa berbunga-bunga.

Cabaran kehidupan mereka sebagai suami isteri, bukan saja ketika dia disekolah menengah, bahkan terus ke universiti. Marilah membaca kisah menarik ini, dan anda akan merasai betapa sabarnya seorang lelaki bergelar ustaz dalam mendidik isterinya yang agak keanak-anakkan. Adakah akhirnya mereka akan saling menyintai??





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Kerana ingin memecahkan rekod, lelaki ini tidak peduli jika nyawanya melayang


Seorang lelaki mencabar maut untuk memecahkan rekod dengan menelan sebuah pedang panjang. Ian Brown berhasil menelan sebilah pedang selama 13 minit, melampaui waktu paling lama yang pernah tercatat. Dia menunjukkan aksi ekstrim itu ketika tampil di pertunjukan sarkas 'Circus of Horrors' di Fareham, England. Lelaki berusia 29 tahun ini mengaku memiliki tubuh dengan refleks menyumbat secara alamiah sehingga tetap selamat ketika menelan pedang. Ian sendiri melakukan latihan sebanyak 40 kali sehari yang awalnya menggunakan hanger baju. Kini dia menyedari pedang boleh meluncur lebih baik melalui tenggorokannya jika dalam keadaan sejuk. "Menjadi pakar menelan pedang seperti ini memerlukan dedikasi. Orang tidak akan berhasil mencapainya jika tidak menguasai kepakaran dasar lainnya," ucap Ian. Dengan aksinya ini Ian mengalahkan rekodnya sendiri pada Julai lalu iaitu selama 8 minit. Kini dia ingin menciptakan cara baru menelan lampu panas silinder panjang dan menarik kereta sambil menelan pedang.







.

Datuk berusia 72 tahun ni pandai menari Gangnam Style


Tari goyang kuda, Gangnam Style benar-benar telah menggoyang dunia. Seorang datuk berusia 72 tahun telah menggemparkan masyarakat sekitar dengan menari Gangnam Style. Beberapa program TV menawarkannya untuk muncul dikaca tv. Wow... Liu Qianping dari Hengyang, provinsi Hunan, China awalnya hanya membantu mempromosikan kedai online cucunya dengan berdandan seperti seorang gadis dan melakukan tarian Gangnam Style. Bantuan si datuk itu mengundang reaksi luar biasa. Pengunjung kedai online itu yang biasanya 1000 setiap hari, melonjak menjadi 20000 sehari. Seorang pengunjung kedai online itu mengakui si datuk kelihatan seperti pereka Jerman, Karl Lagerfeld. "Saya hanya cuba untuk bergembira," kata Liu. Dia mengakui telah mendapat tawaran untuk tampil di berbagai program TV.







.

Ritual aneh di Jepun - mandi air ais


Musim sejuk mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan mandi dengan air ais, salah satu ritual mandi air ais yang ada di negara Matahari Terbit Jepun. Jika melompat ke dalam kolah berisi ais bukanlah idea yang menyenangkan, maka berbeza halnya dengan di Jepun. Para lelaki dan wanita di Jepun berduyun-duyun melompat ke sebuah kolam penuh air sejuk. Masyarakat Tokyo, Jepun, memiliki sebuah tradisi unik menyambut tahun baru. Puluhan warga Jepun menyiramkan air ais sejuk ke tubuhnya. Walaupun berada pada suhu 48 darjah F, para peserta harus membasahkan tubuh dengan air sejuk. Kelihatannya gila untuk dilakukan, tetapi mereka percaya tradisi ini biasa dilakukan dalam sebuah upacara untuk membersihkan fikiran dan tubuh siap untuk tahun baru. Serta sebagai tanda penyucian diri dari dosa-dosa di masa silam.







.

Siapakah artis Bollywood yang menghadapi masalah berat badan?


Beberapa pelakon Bollywood terkenal kini menjadi sasaran kritikan media dan peminat berikutan masalah berat badan berlebihan yang mereka alami, kebanyakannya selepas mendirikan rumah tangga. Pelakon Aishwarya Rai, 39, adalah aktres yang menjadi topik perbincangan paling hangat berikutan pertambahan berat badan yang amat ketara selepas melahirkan anak pertamanya Aradhiya. Namun ketika pelakon itu semakin berjaya mendapat bentuk badan lebih menarik, media mula mengkritik suaminya Abhishek Bachchan, 36, yang bertambah gemuk manakala perutnya semakin buncit. Laporan menyatakan pengarah Ram Gopal Verma sedang berusaha keras memastikan Abhishek menurunkan berat badan sebelum berlakon dalam bahagian ketiga filem Sarkar.


Pelakon Sanjay Dutt 53, pula menjadi bahan jenaka media Bollywood berikutan bentuk badannya yang semakin besar selepas berkahwin dengan kekasihnya Manayata dan mendapat sepasang anak kembar. Khabar angin bertiup di Bollywood menyatakan bahawa pelakon itu pernah menjalani pembedahan membuang lemak dan menegangkan kulit muka, tetapi penampilannya dalam filem Son of Sardar terus mengejutkan peminatnya. Dutt nampaknya amat gembira dengan perkahwinannya dan tidak lagi mengambil berat mengenai bentuk tubuhnya yang semakin gemuk, tambahan pula Manayata memang suka memasak, kata seorang rakannya yang dipetik laman web emirate.com Namun beliau berkata Dutt sudah menyedari masalahnya dan kini mengamalkan diet rendah kalori untuk kembali kepada bentuk badan sebelum ini.


Pelakon Rani Mukherjee, 34, sejak sekian lama diketahui menghadapi masalah berat badan yang sering turun naik. Dia dikritik hebat kerana keadaan perutnya yang semakin buncit, di dalam filem terbarunya Aiyyaa yang gagal menduduki senarai pecah panggung. Peminat Rani mula mengirim mesej di Twitter meminta pelakon itu mencari jalan mengurangkan berat badannya. Malah seorang peminatnya dengan berani menyatakan bahawa tiga punca kegagalan filem Aiyyaa itu ialah pelakon hero iaitu Prithviraj, Rani dan perutnya. Agensi






.

Mati hanya kerana lagu.. hanya lagu


Seorang pemuda dibunuh dalam satu pergaduhan yang bermula selepas mangsa menukar lagu yang baru diperdengarkan ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung, kata polis di sini, kelmarin. Kejadian itu berlaku di dalam kawasan kawalan balai polis Sektor 5 di Gurgaon. Seorang penduduk dari perkampungan berdekatan, Ravinder, 25, maut selepas diserang beberapa orang. Polis memberitahu, Ravinder serta rakannya Kuldeep, mengunjungi majlis itu lewat Jumaat lalu.

Ketika satu sesi tarian berlangsung, lagu yang diperdengarkan tiba-tiba ditukar dan Ravinder yang berada dalam kereta diserang sekumpulan orang yang menuduhnya menukar lagu. Penyerang berkenaan menggunakan senjata tajam. Ravinder disahkan maut selepas dibawa ke hospital persendirian. Kami mengemukakan kes bunuh terhadap lapan orang dan menahan dua suspek setakat ini, kata Timbalan Komisioner Polis, Surender Pal Singh. AFP







.

Cekal dan tabahnya ibu bapa ini mencari anak yang hilang sejak 2008 (4 Gambar)


MELIHAT kecekalan dan ketabahan suami isteri dari wilayah Shanxi di China yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari anak perempuannya yang hilang harus dicontohi oleh masyarakat. Biarpun perit yang ditanggung dalam usaha mencari anak perempuan sulung, Feng Yun, yang diculik ketika berusia sembilan tahun empat tahun lalu, namun pasangan itu tidak pernah mengenal penat lelah. Menurut Feng Jianlin, bapa kepada Feng Yun, anak perempuannya itu hilang selepas tidak pulang dari sekolah pada Mac tahun 2008. "Di awal kehilangannya, saya mencari di kawasan-kawasan berdekatan, selain itu saya juga membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa," ujar Jianlin. Katanya, proses pencarian mula diperluaskan selepas tiga bulan dari tempoh anaknya hilang yang dilakukan secara bersendirian. Kini, biarpun setelah empat tahun berlalu, pencarian masih diteruskan. "Saya tidak akan berputus asa untuk mencarinya," ujarnya.


Memulakan cerita, bapa kepada tiga orang anak itu memberitahu, anak perempuannya didapati hilang selepas tidak pulang dari sekolah pada awal Mac 2008. Menurut bapa tabah ini, selepas tiga bulan kehilangan anak sulung, dia sekeluarga mengambil keputusan untuk menutup perniagaan kedai tayar miliknya untuk memberi fokus kepada pencarian Yun. "Bermula dari situ, saya mengelilingi semua kawasan di seluruh daerah di negara ini untuk mencarinya sendiri," katanya yang menjalankan pencarian dengan sebuah van usang miliknya. Ditemani isteri dan dua orang lagi anaknya, mereka sekeluarga meneruskan satu perjalanan yang tidak penghujung. "Saya tidak akan berputus asa mencari walaupun terpaksa jauh mengembara," ujarnya yang pernah meminta pertolongan daripada pihak berwajib untuk mendapatkan bantuan mencari anaknya.


Katanya lagi, selepas kehilangan anak perempuan sulung, isterinya sering sakit kerana terlalu rindukan Yun, malah dua adiknya juga turut merindui kakaknya. "Kami semua memerlukannya dan terlalu rindukan dia,"ujarnya. Dengan van usang yang ditampalkan gambar anak yang hilang, Jianlin meneruskan perjalanan di seluruh daerah di negara ini untuk mencari anaknya di samping membantu ibu bapa yang kehilangan anak mereka. "Setiap kali sampai di sesuatu tempat, saya akan mengedarkan risalah di dataran awam untuk menyebarkan maklumat mengenai anak saya," ujarnya yang menubuhkan sebuah laman web yang mengumpulkan kumpulan ibu bapa yang kehilangan anak.


Katanya, dalam usahanya itu, dia terpaksa menggunakan semua wang simpanan untuk tujuan perbelanjaan. Malah dia juga terpaksa membuat pinjaman dengan sanak-saudara. Kini kehidupannya lebih perit dan hanya bergantung kepada elaun sara hidup asas yang diberikan oleh kerajaan. "Kami tidak tahu sejauh mana kami boleh mencari, tetapi inilah cara yang paling berkesan untuk mencari," ujarnya yang telah mengembara sejauh beribu-ribu kilometer. Sehingga kini, tiada statistik yang lengkap dikeluarkan oleh kerajaan, tetapi secara kasarnya menunjukkan sebanyak 30,000 hingga 60,000 kanak-kanak di China dilaporkan hilang setiap tahun.







.

12 senarai lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 27


 Alhamdulillah, senarai lengkap 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara lagu ke 27 sudah diketahui. Ada diantaranya memang best bagi lulu, dan ada juga tak berapa. Tapi yelah, setiap orang kan berbeza citarasanya. Dalam senarai ini, dapatlah kita lihat saingan hebat bakal berlaku dalam Finale itu.. Lagu yang manakah bakal menang Juara lagu? Mungkinkah Shila Amzah.. ngee.. Mungkin juga Anak Kampung.. Apa pun memang tak sabar tengok siarang langsung itu di awal bulan januari nanti..

01. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
 02. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
03. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
04. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
05. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
06. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
07. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
08. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
09. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
10. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
11. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
12. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!