Hai peminat dan pembaca novel semua..
Serius lulu jatuh hati dengan novel ni, tak tau dah baca berapa kali, sejak seminggu asyik usung jer novel setebal 897 muka surat ni kemana-mana. Memang tak bosan baca. Dan nampaknya berbaloilah penantian selama ni untuk memilikinya. (novel ni dah koyak kat dalam dia, nak nangis..huhu)
Mula baca, memang agak keliru dengan nama watak-watak dalamnya. Ada banyak watak. Namun, helaian demi helaian, lulu dah mula faham dan, cerita yang disampaikan oleh penulis sangat menarik. Kisah bagaimana bila suatu kejadian yang tidak disangka, boleh dikatakan tragedi, menyatukan Syafa Aqira dan Firash Arshad didalam sebuah perkahwinan yang sangat asing. Keadaan tu lebih lagi pelik bila perbezaan umur antara mereka adalah 4 tahun iaitu Syafa Aqira yang merupakan seorang wanita berkerjaya, dan Firash yang masih belajar. Firash yang masih belajar dilihat sukar menyesuaikan diri didalam perkahwinan itu kerana beranggapan dia masih terlalu muda. Namun ada banyak kejadian yang berlaku, yang membuatkan sedikit demi sedikit wujudnya rasa cinta dan kasih diantara mereka.
Permulaan yang menyakitkan kerana Syafa merupakan kekasih abang Firash, Farish. Malah dugaan yang pahit terpaksa dilalui, apabila mereka merahsiakan hubungan mereka sebagai suami isteri kepada semua orang. Lucu juga baca reaksi mereka berdua apabila ada saja yang memikat. Maklumlah, seorang handsome dengan lesung pipi, seorang lagi cantik, awet muda.. Namun siapa sangka, walaupun Firash masih muda, namun dia belajar menjadi seorang suami yang sempurna buat Syafa. Rasanya novel ni menarik kerana kita akan terbuai dengan alam rumahtangga mereka seawal novel, yang berbeza dengan novel lain yang hanya mewujudkan alam rumahtangga 'happy ever after' tu di akhir cerita. Dari benci menjadi cinta. Dari kekurangan menjadi kesempurnaan.
Bagaimanakah akhir cerita kisah Syafa dan Firash? Adakah mereka bahagia bersama? Marilah miliki novel hebat ini dan buktikan keterujaan lulu membaca novel ini tanpa jemu, juga turut akan korang rasakan..
P/S - Recommended by Lulu Caldina
* Lupa nak tulis, novel ini akan diadaptasi kedalam slot akasia tv3 tahun hadapan.. tahniah penulis..
.