Friday, January 18, 2013

Aneh, kewujudan ular ada kaki di China


Menurut Puan Duan yang berasal dari Suining, China selatan, dia terbangun apabila mendengar suara aneh dan terus menekan suis lampu. Dia sangat terkejut melihat haiwan yang sedang merayap di dinding dengan kakinya. Kerana dia sangat takut, dia terus mengambil sesuatu dari sebelahnya ketika itu dan terus memukul haiwan seperti ular itu sehingga mati. Lalu dia mengambil bangkainya dan mengawetkannya di dalam sebuah botol. Ular sepanjang 16 inci itu juga memiliki jari-jari kecil.

Ketika ini, makhluk itu sedang diteliti oleh Life Sciences Department di China West Normal University di Nanchang. Seorang pakar ular bernama Long Shuai ketika diminta memberi pendapatnya mengatakan: "Ini sangat mengejutkan, namun kami tidak akan mengetahui penyebab keanehan ini sebelum mengadakan autopsi." Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yang sama seperti kembar siam pada manusia. -CDaily






.

Sri Lanka heboh kerana hujan yang turun berwarna-warni


Warga Sri Lanka dikejutkan oleh hujan warna-warni yang turun dibeberapa wilayah di negara itu. Para pakar berusaha menjelaskan fenomena yang unik itu. Media Sri Lanka mengkhabarkan terdapat beberapa hujan yang masing-masing memiliki warna yang berbeza yang turun di Sri Lanka. Hujan berwarna merah dilaporkan terjadi di wilayah Provinsi Uva, sedangkan hujan berwarna biru sempat dilihat di wilayah utara negara itu. Selain merah dan biru, warga Sri Lanka juga melaporkan adanya hujan yang berwarna kuning dan hijau. Fenomena yang terjadi di Sri Lanka beberapa minggu lalu itu juga sempat dilaporkan terjadi di berbagai negara lainnya, salah satunya di India pada 2001.

Para pakar mensyaki warna yang dimiliki hujan tersebut disebabkan oleh beberapa hal. Warna merah muncul akibat hujan tersebut mengandungi alga yang memiliki warna kemerahan, sedangkan warna yang lainnya dapat disebabkan oleh debu yang ada di langit ketika hujan itu turun. Hal tersebut serupa dengan apa yang pernah terjadi di Afghanistan beberapa tahun yang lalu. Saat itu air yang bercampur dengan pasir menyebabkan hujan yang turun terlihat berwarna kuning oleh warga di sana. -Emirates






.

Terkejut sebab nampak UFO kat sekolah dan berjaya diabadikan dalam gambar


Awal tahun ini banyak dilaporkan rakaman video di YouTube tentang kewujudan UFO di seluruh dunia. Juga banyak dilaporkan foto-foto dengan bentuk UFO. Beberapa di antara foto tersebut diketahui palsu. Pada 25 Disember 2012, sekolah 'Sawang Dindaeng' di Sakon Nakhon, Thailand melakukan berbagai kegiatan olahraga di kawasan sekolah untuk merayakan hari olahraga. Salah seorang murid bernama Thidarat Boonlee, memutuskan untuk mengambil foto untuk mengabadikan kegiatan tersebut. Pada pukul 2 petang waktu tempatan, dia menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil foto. Setelah melihat hasilnya, lalu dia melihat sesuatu yang sangat mengejutkan iaitu UFO. Kerana tidak percaya, Thidarat berusaha mengambil foto kedua untuk menangkap bahagian belakang pokok-pokok kelapa di bawah bahagian langit tempat munculnya UFO tersebut, tapi ternyata gagal.

Weerayos Yuttarin, seorang guru di sekolah itu mengatakan bahawa Thidarat adalah seorang pelajar yang jujur. "Saya juga mendengar ramai guru berbual tentang pengalaman melihat UFO mereka pada hari yang sama, tapi saya tidak percaya kerana tidak ada bukti yang nyata," ujar Yuttarin. Anehnya, bentuk UFO tersebut mirip kewujudan klasik dari foto kewujudan UFO ‘Adamski’ yang terkenal, yang diambil di California, AS pada 1950-an.

Namun, malangnya, dikatakan kewujudan UFO itu palsu. Ini hanyalah berupa manipulasi digital belaka dengan menggunakan sebuah aplikasi kamera di smartphone bernama Camera360. Camera360 adalah aplikasi kamera yang menawarkan ragam efek yang boleh diwujudkan pada foto yang anda ambil. Salah satu kesan terbarunya yang dilancarkan akhir 2012 ialah bentuk UFO dan makhluk luar angkasa di foto anda, sehingga siapa pun ketika ini dapat dengan mudah membuat kewujudan foto UFO palsu. -ThePhuketNews





P/S - Lepas ni kalau ada yang betul pun, memang susahlah orang nak percaya






.

Ini Kisah Abang Obama, iaitu Malik Obama


Abang kepada Presiden Barack Obama, mengumumkan penyertaannya dalam politik Kenya dengan menyatakan hasrat untuk bertanding merebut salah satu kerusi gabenor wilayah pada 4 Mac depan. Malik Obama, 54, yang berkongsi bapa dengan Barack Obama tetapi berlainan ibu memberitahu agensi berita AFP bahawa kejayaan adiknya sebagai seorang ahli politik telah menjadi pendorong yang besar untuknya berkecimpung dalam politik. Malik seorang ahli ekonomi menyatakan masanya telah tiba untuk dia menawarkan khidmat untuk menamatkan kesengsaraan masyarakat Kenya khususnya di kawasan keluarganya di Kogelo. Bagaimanapun Malik Obama bakal berhadapan dengan saingan yang sengit kerana adik bongsu Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga turut menyatakan hasratnya untuk bertanding. Obama mungkin akan bertanding atas tiket bebas. AFP







.





.

Kemalangan ngeri : Helikopter Langgar Kren


Dua orang terbunuh manakala 13 lagi cedera apabila sebuah helikopter terhempas selepas merempuh kren di atas bumbung menara kediaman tertinggi di Eropah di sini, Rabu. Seorang jurucakap polis berkata, dua mangsa yang terbunuh merupakan juruterbang helikopter terbabit dan seorang mangsa yang berada di lokasi kejadian.


Katanya, kesemua 13 mangsa yang cedera telah menerima rawatan kecemasan sebelum dihantar ke hospital terdekat. Punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan. Namun siasatan awal polis mendapati helikopter tersebut cuba mengubah haluan penerbangan sebelum berlanggar dengan kren terbabit. -Reuters





.

Pemain bola sepak dan kekasih sibernya


Bintang bola sepak Universiti Notre Dame, Manti Te’o, menjadi mangsa penipuan internet selepas kekasih beliau yang ditemui secara ‘online’ sebenarnya tidak wujud, kata pentadbiran kolej berkenaan kelmarin. Manti Te’o popular kerana cemerlang dalam permainan bola sepak Amerika selain dikenali selepas kematian neneknya dan kekasih online berkenaan, Lennay Kekua. Kekua mendakwa dia seorang siswazah Universiti Stanford tetapi sebenarnya berpura-pura rapat dengan Manti selain berpakat dengan pihak lain hingga menyebabkannya percaya dia meninggal kerana leukimia,” kata jurucakap universiti itu, Dennis Brown, dalam satu kenyataan.


 Dimaklum Te’o 

Pengarah Atlet Notre Dame, Jack Swarbrick, berkata pihak universiti mengetahui mengenai penipuan itu daripada Te’o pada 26 Disember lalu. Notre Dame membuat kenyataan itu selepas laman web Deadspin.com mendedahkan bahawa Kekua adalah ciptaan rakan Te’o. “Te’o memang kehilangan neneknya iaitu Annette Santiago pada 11 September 2012 pada usia 72 tahun. “Tetapi, tiada rekod mengenai kematian Lennay Marie Kekua pada hari itu atau hari lain. Tiada akhbar mengumumkan kematiannya termasuk dalam akhbar pelajar Stanford,” kata Notre Dame.

Deadspin menyatakan, gambar Kekua di internet atau televisyen sebenarnya seorang wanita lain berusia 22 tahun di California. Nama wanita itu juga berbeza, bukan siswazah Stanford dan tidak pernah mengalami masalah leukimia dan tidak pernah menemui Te’o. Bagaimanapun, Te’o mengakui dia menaruh perasaan terhadap Kekua dan ‘mereka selalu berhubung secara online dan telefon kerana pemain bola sepak itu menganggap hubungan terbabit benar.’ - REUTERS






 .

PELIK : Pemanjat pokok yang cekap, tak boleh turun dari pokok dan terpaksa diselamatkan


Penduduk kampung mengenalinya sebagai pemanjat pokok yang cekap, namun kelmarin Mohd Hafiz Che Yusoff, 30, ‘tersangkut’ hampir empat jam atas pokok kelapa di Kampung Padang Pak Omar, Selising, dekat sini. Lelaki itu yang bekerja sebagai buruh, berkata dia memanjat pokok kelapa setinggi tiga tingkat bangunan itu kerana mahu mengambil buahnya jam 6 petang, namun gagal turun dari pokok itu. Pandangan jadi gelap “Ketika di atas pokok, pandangan saya jadi gelap seketika, saya dapat rasa pokok itu terlalu tinggi, selain buah kelapa muda yang digugurkan sebelum itu kelihatan sebesar biji saga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebaik berjaya dibawa turun sepasukan anggota bomba.

Katanya, dia hanya berdoa supaya terselamat dalam kejadian itu, selain berharap ada penduduk melalui kawasan itu. Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharuddin Yahya, berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.01 malam.-BH






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!