Saturday, January 19, 2013

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH




Suka sangat dengan ilustrasi novel yang berwarna biru.. Warna biru memang paling lawakan? :p

Novel tebal yang sangat menarik. Kalau ikut tajuk, dah boleh agak yang novel ni akan sarat dengan ayat-ayat dakwah. Dan yang menariknya, penulis dengan bijak mengolahnya agar lebih santai dan mudah difahami. Novel ini mengisahkan seorang wanita, yang juga seorang ustazah di sekolah, Hanan, yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang jauh berbeza darinya, Fareez. Hanan dan Fareez memang sama sekali tidak ada perasaan kasih apatah lagi cinta diantara mereka sebelum itu.

Keperibadian Hanan yang sempurna, memikat hati Amir, seorang peguam syariah, yang sangat rapat dengannya walaupun dulu dirasakan Hanan seperti adiknya sendiri. Juga tidak ketinggalan, Alex, lelaki yang terpikat dengan agama islam, mula serius dengan niat itu apabila terjumpa dengan Hanan, tanpa dirancang. Namun ibu Fareez, yang juga ibu angkat Hanan, menjodohkan Hanan dan Fareez atas alasan, Hanan akan membimbing Fareez kembali kepada islam dan meninggalkan kehidupan liarnya. Hanan berkorban kerana membalas budi ibu Fareez yang menyayanginya setulus hati sejak dia kecil dan kehilangan ibu bapa.

Mari dapatkan novel hebat ini, dan ketahui cara Hanan bertahan dengan sikap Fareez, disamping memenangi hati lelaki yang bergelar suami ini sambil membawa Fareez kembali kepada islam. Adakah Fareez akan jatuh hati dengan seorang ustazah? Tidur pun pakai baju kurung? alahai........


Tajuk : Perempuan Lindungan Kaabah
Penulis : Hana Ilhami
Halaman : 846 muka surat / 113 bab
Harga : RM28 / RM31





P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

Alasan pekerja pos yang enggan hantar surat kepada pelanggan


Seorang nenek berumur 63 tahun mengadu dia tidak menerima surat sejak Oktober lalu ekoran pekerja pos enggan menghantarnya kerana laluan ke rumahnya di Heston, Cornwall 'terlalu licin' akibat tahi burung yang terlalu banyak. Heather Rogers berkata, dia menyedari keadaan itu selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT menghubunginya pada Oktober lalu, memaklumkan bahawa mereka tidak menerima bayaran bil telefon daripada warga emas itu. ''Saya juga dihubungi bank kerana penyata akaun saya turut dikembalikan semula ke bank. ''Saya pergi ke pejabat pos dan mereka memaklumkan bahawa pekerja mereka tidak menghantar surat ke rumah saya kerana laluan ke rumah saya terlalu licin ekoran tahi burung,'' katanya.

Heather kemudian dimaklumkan oleh syarikat pos, Royal Mail bahawa tahi burung di rumahnya terlalu banyak di laluan dikenali sebagai Wheelbarrow Lane, sehingga ia membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja pos. Jurucakap Royal Mail berkata, pihaknya menggantung perkhidmatan di dua alamat di Helston kerana pekerja melaporkan terdapat serpihan gelas dan laluan yang licin. ''Kami telah memaklumkan kepada pelanggan kami itu tentang perkara itu dan meminta pihak berkuasa membersihkan laluan tersebut,'' katanya. - AGENSI






.

Tragedi : Kerana bergurau, dia kehilangan anaknya..


Seorang budak lelaki secara tidak sengaja terjerut lehernya dengan baju kotnya sendiri ketika mahu mengusik ibunya, supaya membantu menyelamatkannya, menurut satu inkues, hari ini. Marlowe Isaac Myers, 12, ditemui tergantung pada penyangkut baju kotnya di dapur rumahnya di Cambridge pada 14 September lalu, ketika bergurau dengan ibunya yang lumpuh dan berkerusi roda. Ibunya, Nicki Myers, 39, cuba memotong baju kot itu dengan pisau bagi menyelamatkan anaknya itu, tetapi oleh kerana penyangkut baju itu terletak terlalu tinggi dia mengambil pisau yang lebih besar untuk menyelamatkan anaknya yang sedang terjerut leher. Ibunya kemudian memanggil paramedik untuk menyelamatkan budak itu, tetapi Myers diisytiharkan meninggal dunia di Addenbrooke's Hospital, Cambridge.

Koroner, David Morris menolak insiden itu sebagai membunuh diri ketika inkues di Mahkamah Lawrencfe, Huntingdon, Cambridgeshire, hari ini dan bertegas menyatakan bahawa budak itu secara tidak sengaja terjerut lehernya ketika bergurau dengan ibunya. Menurut mahkamah, polis turut menemui sebuah kerusi di sebelah tempat penyangkut baju itu, sekali gus menunjukkan budak itu mahu memakai jaket itu ketika baju itu masih tersangkut di tempat mengantung baju. "Saya percaya Isaac tidak membunuh diri dan kami juga tidak boleh menolak kemungkinan budak itu mungkin mahu mengusik ibunya, kerana dia sering bergurau dengan ibunya atau bermain dengan baju kot itu. "Tidak ada bukti menunjukkan budak itu seorang yang murung atau dia dibuli di sekolah," katanya. - AGENSI






.

Model dan pelakon ini suka pakaian gaya vintaj


Model tinggi lampai, Rosie Huntington-Whiteley berkata, dia mempunyai bilik persalinan yang berwarna merah jambu dan keemasan dan mengakui dia tidak membenarkan lelaki masuk ke bilik itu. Kekasih kepada aktor Jason Statham itu berkata, bilik khas tersebut menjadi tempat dia menyimpan koleksi pakaian gaya vintaj yang disayanginya. "Saya memiliki bilik persalinan dengan semua pakaian digantung di dalamnya. Ia berwarna merah jambu dengan cermin berwarna keemasan.. sangat melambangkan jiwa seorang gadis.

"Lelaki tidak dibenarkan masuk ke situ (bilik persalinan) dan saya juga merasakan lelaki tidak suka masuk ke tempat seperti itu," katanya kepada Daily Telegraph. Antara koleksi kesayangannya yang disimpan di situ adalah baju tidur berwarna merah jambu gaya vintaj. "Saya sebenarnya pernah memakai baju ini pada majlis perkahwinan seorang kawan beberapa tahun lalu. Kini ia hanya digantung dalam almari dan sangat istimewa," katanya. Bintang berusia 25 tahun yang pertama kali terjun ke dunia lakonan melalui filem Transformers: Dark of the Moon, menambah kata, dia memiliki banyak koleksi pakaian gaya vintaj kerana ia merupakan antara benda yang digemarinya. - AGENSI






.

Gambar-gambar salji tebal di Britain


Lebih 10,000 penghuni terpaksa bertahan di dalam kesejukan tanpa bekalan elektrik di sini manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow terpaksa menutup salah satu landasan utamanya selepas salji tebal melitupi sebahagian besar ibu kota Britain ini. Menurut catatan rasmi, salji setebal lapan inci (19cm) telah menutupi sebahagian besar kawasan di Britain seawal jam 9 pagi lagi manakala Jabatan Pendidikan Daerah dan Wilayah mengeluarkan arahan menutup lebih 2,000 buah sekolah di seluruh negara.


Sebahagian besar penerbangan dan jadual perjalanan kereta api juga terpaksa dibatalkan. Selain Heathrow, beberapa lagi lapangan terbang utama Britain yang terjejas teruk ialah Cardiff, Bristol dan Jersey. Ketiga-tiga lapangan terbang itu akhirnya terpaksa ditutup langsung ekoran salji tebal.


Di Lapangan Terbang Newcastle, Southampton dan Glasgow pula, sebahagian besar penerbangan domestik terpaksa dibatalkan atau ditunda sehingga landasan berjaya dibersihkan dari timbunan salji.


Keseluruhannya lebih kurang 70 penerbangan telah dibatalkan di Heathrow. Lebuh raya utama M4 telah ditutup di Bristol dan Bridgend manakala Lebuh raya M50 turut di tutup di Herefordshire. Di Wales yang merupakan negeri yang paling teruk dilanda salji, 1,100 buah sekolah telah diarah tutup pada saat para pelajar A-level dan AS-level menduduki peperiksaan mereka hari ini. -AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!