Thursday, February 7, 2013

PROJEK MEMIKAT SUAMI



Novel ni dah keluar dipasaran agak lama, dan edisi yang lulu beli pun dah edisi keenam (disember 2012). Syabas penulis!! Memang sangat ketinggalan, tapi tak kisah.. Janji cerita dia best, kena juga nak kongsi..ekeke..

Serius, lulu memang selalu rasa berat hati sangat nak beli buku tak tebal. Sebab lulu baca buku laju, so, kalau nipis taklah rasa sangat. Tapi berbeza dengan novel yang satu ni. Sebelum-sebelum ni, memang dah nampak beberapa kawan review novel ini. Walaupun dengan hanya perkataan 'best', dah buatkan lulu teruja sangat nak memilikinya.

Kisah mengenai Husna (Nawwal Husna) yang dikejutkan dengan pinangan dari keluarga yang jelas terpikat dengan keperibadiannya. Walaupun bakal suaminya jelas angkuh dan tidak menerima perkahwinan itu, Husna akur dan yakin dengan pilihan ibu bapanya akan menjadi yang terbaik buatnya. Tertekan dengan keadaan itu, Husna dibantu oleh kakak-kakaknya yang dikenali sebagai master-ji dan side-kick. Disinilah keseronokkan novel ini bermula, bila mereka memulakan projek memikat suami untuk Husna. Dari pakaian, masakan dan kelakuan.. Lengkap, menjadikan Husna seorang isteri yang sangat sempurna dimata ibu mertuanya. Cabaran besar yang terpaksa Husna tempuhi, kerana suaminya ada kekasih, seorang supermodel.

Kehadiran kawan-kawan baik Husna, Em, Pet, Atai dan Razak nampaknya membuka hati suaminya, Zahrain Alimin untuk lebih mengenali siapa isterinya. Mampukah cinta mereka berputik dialam rumahtangga? Berjayakah projek memikat suami ini? Apatah lagi suaminya memang seorang mamat ketul ais beku... Nak pujuk pun tak pandai..adeh



Tajuk : Projek Memikat Suami
Penulis : Hanina Abdullah
Halaman : 525 muka surat
Harga : RM21/RM24





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Awas : Minuman ringan bergas boleh hilangkan gigi


Usia yang muda bukan satu jaminan untuk berdepan risiko kehilangan semua gigi dalam tempoh yang singkat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ketagihan minuman ringan yang bergas. Ini kerana minuman ringan bukan sahaja memberi implikasi buruk terhadap kesihatan seperti penyakit kencing manis, malah turut memberi kesan kepada gigi manusia. Seorang remaja Australia berusia 25 tahun mengalami nasib malang tersebut apabila kehilangan semua giginya ekoran ketagihan minuman ringan dan terpaksa memakai set gigi palsu pada usia yang muda.

William Kennewell, bekerja sebagai petugas hotel di Adelaide, Australia, mengakui, dia meminum sekurang-kurangnya lapan liter minuman ringan setiap hari bersamaan dengan kira-kira 12 tin minuman ringan 335 milimeter. Katanya, remaja normal biasanya mempunyai 23 batang gigi, tetapi dia hanya mempunyai 13 batang gigi sahaja dan kesemuanya terpaksa dicabut.

Jelasnya, dia telah diberi nasihat berulang kali oleh doktor gigi tentang tabiatnya mengambil minuman ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatannya. "Disebabkan gigi saya mengalami kerosakan yang teruk, keadaan itu mengakibatkan saya mengalami keracunan darah dan membuatkan saya mudah jatuh sakit. "Namun, kesihatan saya bertambah baik sejak memakai gigi palsu dan saya berharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan minuman ringan," katanya. - AGENSI






.

Pelik : mayat dah hampir jadi sabun


Ketika mayat ini ditemukan pada tahun 1875 sewaktu penggalian sebuah yayasan depo kereta api di Philadelphia, telah berubah menjadi sabun (itu sebabnya disebut 'Soapman' oleh Smithsonian Institute). Air telah meresap kedalam keranda dan membawa tanah alkali dengan itu, mengubah lemak dalam tubuh mayat itu melalui jenis hidrolisis disebut saponifikasi.


Khabarnya ketika hidupnya, dia tinggal di Philadelphia dan dikuburkan di sana sekitar 1800 (dan jika anda perhatikan dengan teliti, anda masih boleh melihat sarung kaki yang dikenakanya menunjukkan sarung fesyen kaki ketika zaman itu). -AP







.

Larangan siaran iklan barang-barang mewah di radio dan tv


China akan melarang siaran iklan barang-barang mewah sebagai sebahagian dari usaha untuk membanteras rasuah dan kemewahan yang berlebihan. Jam-jam mahal, syiling emas mahu pun minuman alkohol kelas atas termasuk barang-barang yang tidak boleh diiklankan di radio atau TV China. Bilik berita rasmi Xinhua melaporkan badan pengawas radio, TV, dan filem China, menyebutkan iklan tersebut menyampaikan nilai-nilai yang tidak wajar.

Pemberian barang-barang mewah kepada para pejabat kerajaan merupakan hal yang biasa terjadi di China ketika Tahun Baru China. Perayaan tahun baru di China biasanya berlangsung selama seminggu. Larangan ini diumumkan setelah Xi Jinping, yang akan dilantik menjadi presiden, menegaskan perang melawan rasuah. Bagaimanapun ada kerisauan pengeluar barang-barang mewah China akan terjejas dengan wujudnya larangan ini.-BBC

Dia menipu untuk mendapatkan gaji penuh tanpa bekerja


Seorang guru di Wales, Inggris barat daya, dikatakan bersalah menipu untuk mendapatkan gaji penuh tanpa bekerja. Kelly Baker mengaku anak lelakinya yang berusia tiga tahun mengalami penyakit parah yang memerlukan bantuan sepanjang masa. Dengan alasan itu, guru yang berusia 31 tahun itu diizinkan cuti dengan bayaran penuh dari sekolah rendah di kota kecil tempat dia tinggal, Cwmcarn. Selain itu, Baker juga mengatakan ayahnya sudah meninggal dan mencipta 13 masalah kesihatan yang dihadapinya. Dengan menggunakan komputer di rumah, dia membuat surat sakit untuk menyokong penipuannya tersebut, antara lain berupa lengan yang patah mahupun tulang rusuk yang retak.


Dilarang mengajar 

Baker berhasil menikmati cuti lebih dari setahun sehingga menyebabkan sekolahnya menderita kerugian sebesar £100.000. Rangkaian penipuannya terungkap setelah ketua sekolah ingin menziarah anak lelaki Baker di hospital sambil membawa kad ucapan 'semoga cepat sembuh'. Sidang disiplin yang dilakukan keatasnya di Cardiff mendengarkan dia telah menelefon ke sekolah dan berkata tidak boleh mengajar kerana anak lelakinya tidak boleh menggunakan kakinya lagi dan dalam keadaan koma.

Dewan perbicaraan Wales memutuskan dia bersalah dan melarangnya dari mengajar selama empat tahun. "Dia menyalahgunakan kepercayaan pihak sekolah serta rakan-rakannya dan perilakunya memberi implikasi kewangan yang serius bagi sekolah," menurut dewan perbicaraan Wales. Julai yang lalu, mahkamah jenayah sudah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi Baker untuk tempoh percubaan selama dua tahun setelah dia mengaku melakukan penipuan. -BBC






.

Kucing terpanjang, mati akibat kanser


Stewie pemegang gelaran untuk kucing terpanjang didunia, mati di rumah majikannya di Nevada, Amerika Syarikat (AS). Menurut pemiliknya, Robin Hendrickson, kucing kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhirnya disamping orang-orang yang menyayanginya, setelah setahun berjuang melawan penyakit kanser lymphosarcoma. "Stewie mati diusia lapan tahun, dimana ia adalah kucing yang suka bertemu dengan orang-orang baru," ujar Robin. Robin pertama kali membeli Stewie, kucing peranakan dari jenis Maine coon pada tahun 2005. Stewie, sering kali mengikuti pertandingan kucing, dan baru-baru ini tampil dalam acara kucing internasional di Portland, Oregon, AS.

"Dia melakukannya dengan sangat baik di acara itu, meskipun ia tidak merasa benar-benar sempurna," kata Valerie Horton, seorang panitia dalam acara tersebut. Setelah didiagnos menderita kanser, Stewie menjalani proses kemoterapi dan pernah disahkan bebas kanser. Namun kemudian ditemukan tumor, di dalam ginjalnya, dan ia tidak dapat diselamatkan. Stewie berhasil menggondol gelaran kucing terpanjang di dunia di tahun 2010, dimana tercatat memiliki panjang 1.23 meter. -(skynews.com)






.

Penyerang Manchester United, Chicharito: kagum dengan keperibadian Nabi Muhammad


Meskipun bukan seorang muslim, penyerang Manchester United, Javier Hernandez mengaku mengkagumi keperibadian Nabi Muhammad SAW. Menurutnya, Nabi Muhammad adalah manusia terbaik. “Saya bukan seorang muslim, tetapi keperibadian terbaik dalam pandangan saya adalah Nabi Muhammad,” ujar Chicarito. Penyerang yang berasal dari Mexico itu juga mengaku merasa hormat kepada umat Islam. "Saya sangat kagum dengan kebenaran agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad kerana sangat wajar menjadi contoh yang baik bagi seluruh umatnya," tambah pemain yang digelar Chicharito ini. Lelaki yang lahir pada 1 Jun 1988 di Guadalajara, Jalisco, Mexico ini bukan seorang muslim. Agama yang dipeluknya adalah Katolik Mexico.

Dia bahkan dikenali sebagai penganut Katolik Mexico yang taat. Dia tanpa segan berdoa di tengah padang sebelum perlawanan bermula. Ramai yang menyangka Chicharito beragama Islam lantaran cara berdoanya mirip dengan cara berdoa seorang muslim, iaitu dengan mengadah tangan ke atas. Bahkan, gaya berdoa Chicharito mendapat protes dari kaum anti-Katholik di Glasgow, Scotland, ketika MU bertanding dalam Liga Champion tahun lalu melawan Glasgow Rangers. -CNN News






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!