Monday, February 18, 2013

TEDUHAN KASIH



Masa mula-mula membaca helaian-helaian pertama novel ni, tiba-tiba adrenalin memuncak. Geram sangatlah.. Adakah patut suami 'tinggalkan isteri yang sedang hamil, dan ada skandal dengan 'kawan baik' isteri. Lepas tu mengaku lak sudah pernah terlanjur bersama. Yang kawan baik ni pun selamba jer cakap lelaki ni tak pernah bahagia dengan si isteri. Tak cukup dengan tu, ibu mertuanya tuduh dia sengaja hamil untuk 'memerangkap' suami dari suami kahwin lain. Akhirnya, wanita malang ini, Iffa, dicerai suaminya dengan talak satu. Dia dipaksa menggugurkan kandungan tapi dia enggan.

Iffa terus ditimpa derita bila dia terpaksa menumpang dirumah ibu tirinya, dan disitu dia terpaksa menadah telinga menerima cacian dan kutukan dari ibu tiri dan kak longnya. Dia terpaksa tabah demi anak dalam kandungannya walaupun dia dijadikan seperti hamba dalam rumah itu. Tiba masa untuk melahirkan, kak longnya merancang percutian berniat meninggalkan dia bersalin sendirian. Sampai masa, dia sakit bersalin, dia terduduk ditepi jalan menunggu teksi, dan seorang lelaki yang sangat budiman, segera membawa dia ke hospital. Lelaki itu bertindak seperti seorang suami, dari menguruskan dia bersalin, menamakan bayi, tanam uri, menjaga bayi itu umpama anaknya dan menjaga Iffa sepanjang dalam pantang.

Kehadiran lelaki ini benar-benar membuatkan Iffa tidak bersendirian lagi. Bayangkan, kehadirannya melengkapi hidup Iffa, jauh lebih baik ketika bersama bekas suaminya dulu. Dia benar-benar bahagia bila lelaki ini mengambil keputusan untuk memperisterikannya. Namun, kebahagiaan itu agak teruji bila 'kawan baik' nya kembali muncul untuk sekali lagi merampas suami barunya.

Apa akan terjadi kepada iffa? Bahagiakah dia sehingga ke akhirnya? Siapakah lelaki yang terlalu baik hati ini? Berjayakah percubaan kawan baiknya merampas suami Iffa buat kali kedua? Apa pula yang berlaku kepada ibu tiri dan bekas suaminya?




Tajuk : Teduhan Kasih
Penulis : Marissa
Halaman : 575 muka surat
Harga : RM22/RM25






P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

INFO : Selain menggemukkan, makanan segera juga rosakkan hati


Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis. Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati. Beliau berkata, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan. ''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula? Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan Amerika Syarikat (AS), The Doctors.

Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula sangat tidak baik kepada hati. ''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya. Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan sihat atau segar di restoran makanan segera berkemungkinan tinggi mempunyai bahan kimia tambahan kerana tiada peraturan jelas tentang makanan berkenaan. ''Beberapa tempat menggunakan sejenis bahan dikenali sebagai propylene glycol yang merupakan sejenis bahan antibeku ke atas sayur-sayuran untuk mengelak daripada rosak. ''Walaupun jumlah itu kecil namun adakah anda mahu makan bahan antibeku,'' katanya. - AGENSI





.

Robot sebagai pengganti diri


Alahan yang mengancam nyawa Devon Carrow ,7, menghalang kanak-kanak ini untuk pergi ke sekolah seperti rakan sebayanya. Bagaimanapun, ciptaan robot setinggi 1.2 meter dilengkapi sistem video tanpa wayar membolehkan Devon menyertai sesi pembelajaran di Sekolah Rendah Winchester, Northville.


 Kanak-kanak itu juga berpeluang belajar dan bermain dengan murid sekelasnya menerusi robot VGo yang boleh bergerak ke seluruh kawasan sekolah tersebut. Sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011, ramai pelajar telah menggunakan robot VGo untuk menjadi pengganti mereka ke sekolah. - AP






.

Daun pokok ini berbeza daripada kebiasaan


Seorang penoreh getah terkejut apabila pokok getah yang ditorehnya memiliki daun yang berbeza dari pokok getah lain iaitu berbentuk panjang. Mat Isa Awang 60, berkata, dia menyedari keanehan daun pokok getah itu tiga hari lalu apabila hampir semua daun pokok itu luruh sebelum berputik semula. Menurutnya, saiz daun getah itu sangat berbeza kerana ia lebih panjang dari daun getah biasa. “Selama 25 tahun saya menoreh getah, ini kali pertama saya menemui daun getah seperti ini. Ia merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Mungkin baka pokok getah ini lain berbanding pokok yang saya tanam sebelum ini. "Bagaimanapun hasil getah yang diperoleh adalah sama, cuma daunnya sahaja berbeza,” katanya. -SH





.

"Dia adalah kembar saya. Tak kisah bagaimana rupanya"


Bagi kebanyakan ibu, sebaik melihat anak yang baru dilahirkan, ia akan menimbulkan rasa kasih sayang yang menebal terhadap bayi mereka. Bagaimanapun, keadaan itu berbeza buat Charlene Machin yang hanya merasa takut apabila seorang daripada anak lelakinya dilahirkan dengan mempunyai kecacatan di muka. Machin, 40, dari Stoke-on-Trent mengimbau kembali ingatan apabila melahirkan sepasang anak kembar, Harry dan Oliver pada tujuh tahun lalu. Wanita itu berkata, dia merasa sedih apabila kali pertama memegang anaknya itu selepas melihat Harry tidak mempunyai separuh daripada mukanya. ''Saya hanya merasa terkejut. Perasaan saya adalah bagaimana saya hendak menyayangi bayi ini jika dia kelihatan seperti ini. Apabila saya memegang Harry, saya hanya melemparkan senyuman tanpa sebarang perasaan. ''Saya tidak membawa anak-anak saya ke mana-mana kerana orang dewasa akan memberi renungan pelik dan berbisik-bisik selain adakalanya kanak-kanak yang melihat Harry akan menjerit dan lari,'' katanya.


Bagaimanapun katanya, dia mengubah perasaannya itu dan mula menerima keadaan Harry apabila bayi itu berusia 18 bulan. ''Saya tidak mahu lagi menyembunyikan anak saya dan mahu menghadapi keadaan dengan tabah kerana Harry akan memerlukan bantuan saya apabila sudah dewasa. ''Saya juga melihat Oliver sangat sayang kembarnya dan akan mempertahankan Harry,'' katanya. Harry akan menjalani tiga pembedahan bagi merawat mukanya dan di jangka mata palsu dipasang pada tahun ini. Machin berkata, dia tidak berasa malu apabila orang ramai tahu mengenai ceritanya yang tidak mampu menyayangi anaknya. Dia juga mahu orang ramai faham situasi seorang ibu bila berhadapan dengan kecacatan anak selain menjadikan kisahnya sebagai teladan. - AGENSI






.

Tangkap ular dan dapat duit


Beratus-ratus orang yang menghabiskan masa selama sebulan di kawasan Everglades untuk mencari ular sawa Burma akhirnya hanya dapat menangkap 68 reptilia itu, kata penganjur. Ular sawa paling panjang yang ditangkap adalah sepanjang 4.3 meter dan membolehkan penangkapnya diberi wang tunai AS$1,000 (RM3,000). Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Ikan Florida (FWC) juga mengumumkan dua pemenang hadiah AS$1,500 (RM4,500).


Bunuh paling banyak 

Dua pemenang itu berjaya membunuh ular sawa paling banyak. Spesies ular itu mengancam ekosistem di Everglades. Sebanyak 68 ekor ular sawa Burma ditangkap, kata Pengarah Eksekutif FWC, Nick Wiley. “Bagi kami, jumlah itu memberi sampel terbanyak untuk membolehkan kami menjawab isu ular sawa berkenaan selain meningkatkan keberkesanan menghapuskannya di sana,” katanya. Ular sawa Burma paling awal masuk ke Everglades dipercayai haiwan peliharaan yang berada di sana selepas Florida dilanda taufan Andrew pada 1992. Ular spesies berkenaan sudah mula mengawan dan semakin banyak daripada ular tempatan. Selain mahir berenang, ia juga menjadikan pokok sebagai tempat rehat.




Beri faedah 

“Setiap ular sawa yang dibawa keluar memberi faedah besar dan kami tahu ia memerlukan banyak masa untuk melakukannya. “Seperti juga usaha memburu, ia tidak selalu mudah untuk menangkapnya,” kata Wiley. Sebagai sebahagian kempen mengeluarkan ular itu dari Everglades, WCC, satu pertandingan mencari ular itu dilancarkan mulai 10 Januari hingga 10 Februari lalu. -AFP






.

Inilah jersey baru Manchester City musim depan


Adakah anda seorang peminat The Citizen? Belum sah rasanya jika anda belum memiliki jersey Manchester City untuk musim depan. Kebetulan, jersey tersebut sudah bocor di internet, meskipun belum secara rasmi didedahkan. Musim depan Manchester City akan mengenakan jersey Nike setelah beberapa musim mengenakan Umbro.


Jersey tersebut memang belum didedahkan. Untuk musim depan, Manchester City menanggalkan warna hitam seperti yang mereka kenakan musim ini. Warna dasar yang mendominasi masih sama, iaitu biru langit. -Mirror







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!