Wednesday, February 20, 2013

Lagi kontroversi daging kuda dalam produk yang dilabel sebagai daging lembu


Syarikat makanan terbesar dunia, Nestle membatalkan pengedaran produk pasta daging ke Itali dan Sepanyol selepas ujian mendapati ianya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) kuda. Nestle yang berpangkalan di Switzerland sebelum ini mendedahkan produknya tidak terlibat dengan skandal itu tetapi mendedahkan lebih 1 peratus dalam dua produknya mengandungi DNA kuda. "Kami terpaksa melaporkan penemuan ini," kata jurucakap Nestle. Syarikat itu terpaksa menarik balik dua produk pasta iaitu Buitoni Beef Ravioli dan Beef Tortellini di Itali dan Sepanyol.

Nestle turut menangguhkan penghantaran kesemua produk berasaskan daging di Jerman dan sejenis produk sejuk beku di Perancis. Penemuan ciri-ciri daging kuda dalam produk yang dilabelkan sebagai daging lembu itu merebak ke seluruh Eropah sejak bulan lalu, sekali gus memaksa pengedarannya ditarik balik. Malah, keadaan itu turut mengundang rasa marah pengguna serta kerajaan melancarkan siasatan terhadap sistem pemprosesan bekalan makanan sedia ada. - Al-Jazeera





.

Cara Kate Middleton berpakaian ketika hamil sangat santai


Dalam usia kehamilan 4.5 bulan, kandungan Duchess of Cambridge, Kate Middleton, mulai terlihat. Dalam satu acara rasmi di London, busana ala wrap dress yang dikenakan Kate menampakkan perutnya yang membuncit. Kate memilih mengenakan wrap dress berwarna paduan hitam dan putih dari MaxMara Studio dan kasut tinggi warna hitam. Wrap dress yang dikenakannya sangat santai.


Wrap dress adalah busana yang digunakan dengan cara mengikatkan talinya di bahagian pinggang. Secara sederhana, busana ini mirip dengan kimono yang cukup mengaitkan tali-tali di bahagian pinggang. Kate masih kelihatan langsing dalam usia kandungan 4.5 bulan itu. Perutnya hanya kelihatan membesar ketika dia menyatukan tangan di depan perut seolah ingin melindungi janin yang dikandungnya. -DM





.

Tahniah, isteri Diego Maradona melahirkan bayi lelaki


Khabar gembira dari pemain bola lagenda Argentina, Diego Armando Maradona. Isterinya Veronica Ojedo melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Buenoe Aires, Argentina, baru-baru ini. Khabar gembira itu dedahkan melalui peguam Veronica, Jorge Arucio. Bayi lelaki itu dinamakan Diego Fernando Maradona Ojeda. Nama itu merupakan gabungan antara pasangan suami isteri itu. Fernando lahir dengan berat 3.2 kg dan lahir tepat pukul 3 waktu tempatan. Fernando lahir satu bulan lebih cepat dari jadual perkiraan doktor. Meskipun begitu, menurut Arucio, keadaan bayi kelihatan sihat. Begitu juga dengan keadaan si ibu.  Bagi Veronica, Diego Fernando merupakan anak pertamanya.

Namun bagi Maradona, bayi itu merupakan anak keempatnya. Maradona sebelum ini sudah memiliki anak dari isteri pertamanya Claudia Villafane iaitu Dalma, Gianina, dan Diego Armando Maradona Sinagra. Diego Sinagra mengikuti jejak ayahnya menjadi pemain bolasepak dan bermain dalam kelab divisyen empat Argentina El Porvenir. Sementara itu, Giana merupakan mantan isteri dari pemain Manchester City, Sergio Aguero. -El Mundo





.

Terkini : Sekeping gambar di instagram dikecam!


Seorang tentera Israel memicu kecaman dengan menerbitkan foto yang menunjukkan bahagian belakang kepala seorang remaja lelaki Palestin terlihat melalui pembidik senapang. Tentera Israel menyatakan perilaku tentera yang menayangkan gambar di laman foto Instagram itu akan diselidiki. Media Israel mengenali tentera itu sebagai perajurit berusia 20 tahun dan bertugas wilayah pendudukan Tebing Barat. Pejabat Palestin, yang menginginkan Tebing Barat sebagai bahagian dari wilayah negaranya di masa depan, mengutuk penayangan foto tersebut dengan menyebutnya sebagai bukti bahawa pasukan Israel tidak berperikemanusiaan.

Tidak dapat dipastikan samaada foto itu diambil di Tebing Barat - namun tentera Israel mengakui bahawa komandan prajurit itu telah diberitahu dan masalah tersebut akan ditangani. "Gambar tersebut tidak sejajar dengan nilai atau kod etik IDF (Angkatan Bersenjata Israel)," kata pernyataan tentera. AFP






.

Asal usul kad kuning dan kad merah dalam bola sepak


Setiap pemain bola sepak yang melakukan pelanggaran akan dilayangkan kad kuning ataupun kad merah. Pernahkah anda terfikir dari manakah asal usul peraturan ini? Bola sepak wujud dan dipertandingkan sejak abad 19, namun penggunaan kad kuning dan merah baru dilaksanakan di pertengahan abad ke 20. Kisah ini bermula pada Piala Dunia 1966. Pada quater final antara tuan rumah England dan Argentina kebetulan pengadil yang memimpin pertandingan berasal dari Jerman, iaitu Rudolf Kreitlein. Kerana melakukan pelanggaran keras, kapten Argentina, Antonio Rattin, harus dikeluarkan oleh Kreitlein. Masalah perbezaan bahasa membuatkan hal itu menjadi sukar. Pengadil yang berasal dari Jerman ini hanya tahu bahasa Jerman dan Inggris, sementara Rattin tidak faham apa yang dikatakan pengadil itu.

Oleh itu dia tidak meninggalkan padang. Ketika itu, pengadil yang turut bertugas, Ken Aston, kemudian masuk kedalam padang. Dengan sedikit bahasa Sepanyol, dia merayu Rattin untuk meninggalkan padang. Setelah kes ini, Ken Aston kemudian berfikir. Harus ada komunikasi universal yang boleh digunakan oleh semua orang, ketika pengadil memberi amaran kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tak perlu harus membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tak diketahui pemain. Suatu hari, dia berhenti di jalanraya. Melihat lampu lalu lintas, tiba-tiba saja idea muncul di kepalanya. Jawapannya adalah: kad berwarna, merah dan kuning. Bila melakukan pelanggaran dan harus diberi amaran, maka kad kuning harus dilayangkan. Sementara kad merah untuk perlanggaran serius dan pemain yang melakukannya harus keluar dari padang.

Dia segera mengirim usul kepada organisasi bolasepak dunia, FIFA. Dan, idea itu disetujui. Maka ketika Piala Dunia 1970, kad kuning dan merah buat pertama telah digunakan. Ironinya, sepanjang Piala Dunia 1970 tak seorang pun pemain yang dikenakan kad merah. Hanya kad kuning yang sempat dilayangkan. Ada lagi satu hal unik lainnya. Meskipun idea tersebut datang dari pengadil Inggris, negara itu tak serta merta menerapkannya dalam liga mereka. Kad merah dan kuning digunakan dalam liga bolasepak Inggris pada 1976. Ini adalah kerana, pengadil terlalu mudah mengeluarkan kad dan keadaan ini diprotes ramai pemain. Oleh sebab itu, penggunaannya pernah dihentikan pada 1981 dan 1987. AP






.

Suami bunuh dan cincang mayat isteri kerana tidak tahan dengan sikap isterinya


Seorang lelaki Iraq, semalam mengaku membunuh dan mencincang mayat isterinya. Lelaki yang hanya dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu. AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya. Mayat mangsa ditemui anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, HAJ, di rumah mereka. Pasangan terbabit juga mempunyai dua anak perempuan berusia 16 dan 13 tahun yang bersekolah ketika kejadian. Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!