Sunday, May 12, 2013

Alasan yang paling pelik untuk berhenti kerja



Kebanyakan pekerja berfikir dua kali ketika menulis surat apabila memohon pekerjaan. Ramai juga yang menderita di pejabat sering melepaskan kekecewaan apabila bercadang berhenti kerja. Sesetengah surat peletakan jawatan paling pelik diedarkan di tempat kerja dan sering dibincangkan walaupun selepas individu itu meninggalkan syarikat.

Pakar pengambilan kerja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkongsi insiden itu, sesetengah daripadanya malah menipu ada kematian dalam kalangan anggota keluarga atau tidak sengaja menulis e-mel dipenuhi pelbagai tuduhan walaupun ia hanya bermaksud untuk disimpan. Ash Athawale, Pengurus Pengambilan di firma mencari kerja REED, mengingati satu kisah apabila seorang pekerja dengan gembira memberi alasan bapanya meninggal dunia, bukan sekali tetapi dua kali.

“Seorang calon yang menyenaraikan kematian seorang bapa dengan alasan kembali ke negara asal namun sebenarnya merancang menukar tempat kerja sebelum kontraknya tamat. “Cuma, dalam permohonan dan temu duga sebelum menyertai syarikat, dia beritahu bapanya sudah meninggal dunia ketika masih muda dan dia menjaga ibu,” katanya kepada Emirates 24/7. - AGENSI





.

Gambar Ratu Rock Ella dan suami, Azhar ketika mengerjakan umrah



Selepas hampir setahun melakar kehidupan sebagai seorang isteri, ratu rock kesayangan negara, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali selamat mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah. Dan khabarnya, Ella telah selamat kembali ke tanahair selepas lebih kurang dua minggu berada di sana.


Rombongannya turut disertai kakak dan pengurus Ella, Jojie dan ibu mereka serta beberapa lagi keluarga rapat mereka. Selain mengerjakan ibadah umrah di tanah haram itu, Ella dan keluarganya sempat berkunjung ke beberapa kota-kota Arab lain termasuk Jordan dan Palestin.


Dikhabarkan, kunjungan Ella ke tanah suci Mekah itu adalah hadiah bulan madunya dan Azhar.






.

10 Gambar Jutawan Britain, Richard Branson mengenakan pakaian lengkap pramugari Air Asia kerana kalah pertaruhan



JUTAWAN Britain, Richard Branson tersenyum dan dengan bersahaja mengenakan pakaian lengkap pramugari air asia, berdiri di samping Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, di Lapangan Terbang Perth sebelum menaiki penerbangan AirAsia untuk bertugas sebagai pramugari penerbangan menuju Kuala Lumpur.



Branson yang juga pemilik syarikat penerbangan Kumpulan Virgin dan Tony Fernandes bersetuju pada 2010 bahawa sekiranya mana-mana pasukan (Virgin ketika itu dan Lotus) yang menamatkan saingan pada kedudukan lebih bawah pada musim itu akan menjadi pramugari untuk syarikat penerbangan masing-masing.



Branson kalah dalam pertaruhan itu apabila Lotus menamatkan perlumbaan Formula 1 keseluruhan pada tangga ke-10 manakala Virgin sekadar berpuas hati di tangga ke-12.





Bagaimanapun, pertaruhan yang dirancang dilaksanakan pada awal 2011 ditangguhkan selepas Branson mengalami kecederaan ketika bermain ski.-AP











P/S - Berita sebelumnya [KLIK]





.

Inilah kontroversi yang heboh diperkatakan mengenai pelakon Sharifah Sakinah


Sejak semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada peminat gara-gara bingkisan video keek menerusi laman Keek Anzalna, yang dimuat di laman YouTube. Lebih 'panas', video berdurasi 33 saat itu mempelihatkan adik kepada pelakon Sharifah Shahira ini berkelakuan kurang sopan menerusi kata-katanya atau dalam erti kata lain, dia seperti sengaja bikin kontroversi dan cari publisiti murahan. Antara kata-kata kurang enak yang TAK sepatutnya diucapkan oleh seorang artis yang nampak macam sangat bersopan santun dan lemah lembut sepertinya ialah,

Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk. 

Ramai peminat melemparkan kata-kata kesat terhadap pelakon ini, tak kurang melabelkan dia dengan pelbagai jolokan seperti sewel, psiko, bangang, macam dajal dan macam-maam lagi. Adakah ketika pelakon drama bersiri Bunga Merah Punya merakamkan video tersebut, dia dalam keadaan separuh sedar? Atau memang sedar? Tak pasti. Tapi yang pasti, tindakan Sharifah Sakinah telah mengundang kritikan penonton. Tahniah Sharifah Sakinah, anda berjaya mencipta populariti dan kontroversi diri sendiri.-MD






.

Kepercayaan pelik yang menyeksakan



Gara-gara dituduh mengamalkan ilmu hitam sehingga menyebabkan ahli keluarganya sakit, seorang warga emas di daerah Sikka, Flores diikat kakinya dengan rantai anjing dan tali. Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan kejam terhadap Hendrik Moa, 99, itu dilakukan sendiri oleh anak kandungnya. Hendrik yang diikat di belakang dapur rumahnya juga hanya mengenakan kain dan tidak berbaju dan dikatakan berada dalam keadaan begitu sejak lebih sebulan lalu. Anak-anaknya menuduh Hendrik mengamalkan ilmu hitam yang menyebabkan mereka sekeluarga jatuh sakit. "Bapa kami telah membuatkan kami susah. Dia santau kami sekeluarga sehingga menyebabkan kami sakit. "Kalau dia dilepaskan, kami risau dia akan berkeliaran di jalan raya dan disebabkan itu, kami tujuh beradik sepakat untuk mengikatnya di belakang rumah," kata seorang anaknya, Kristoforus ketika ditemui anggota polis yang dipetik oleh Pos Kupang.

Polis yang datang ke rumah mangsa meminta tali yang diikat di kaki Hendrik dilepaskan dan membawanya ke depan rumah. Hendrik kemudiannya berbicara dengan waras dan tidak kelihatan seperti orang sakit jiwa yang didakwa oleh keluarga dan orang kampung. "Sudah lebih sebulan saya diikat dan saya mempunyai tujuh orang anak serta ramai cucu," katanya. Ketua kampung, Seprianus Nerius turut datang ke rumah Hendrik selepas mengetahui kejadian itu dan menasihatkan keluarga mangsa. Seprianus turut memberi jaminan kepada pihak polis yang masalah itu akan diselesaikan. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!