Tuesday, June 4, 2013

Wanita Scotland ini cipta keajaiban tersendiri


Seorang wanita Scotland mencipta 'keajaiban' tersendiri apabila melahirkan sepasang bayi perempuan kembar, kelahiran kembar ketiga bagi dirinya selepas dua kembar lelaki sebelum ini. Mengikut perkiraan doktor, kebarangkalian kelahiran kembar buat kali ketiga untuk berlaku adalah sekali dalam 500,000 kelahiran. Kelahiran bayi yang diberi nama Rowan dan Isla Rodger itu berlaku selang dua minit di Hospital Besar Southern di Glasgow minggu lalu, sekali gus pasangan kembar ketiga bagi pasangan Karen dan Colin Rodger. Pasangan dari Langbank, Renfrewshire itu sebelum ini dikurniakan dua pasangan kembar lelaki iaitu Lewis dan Kyle, 14, serta Finn dan Jude, yang kini berumur 12 tahun.


Karen, 41, seorang pensyarah tarian, pertama kali mengetahui dia sekali lagi mengandungkan kembar selepas menjalani ujian imbasan semasa kandungannya memasuki usia enam minggu. Namun, mereka hanya memutuskan untuk memeriksa jantina bayi mereka sejurus mereka tiba di hospital itu, minggu lalu. Katanya, dia yakin bahawa doktor berhak untuk berfikir tentang kandungan itu adalah prospek yang amat mustahil. "Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa saya akan melahirkan bayi kembar lagi, tetapi saya amat gembira,'' katanya. - AGENSI





.

Gambar terkini Angelina Jolie selepas pembedahan buang..


Gambar terkini Angelina Jolie selepas pembedahan buang.. | Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie kelmarin membuat kemunculan pertama pada majlis karpet merah di sini selepas dia membuat pengumuman berhubung pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya pada Mei lalu. Jolie memberitahu pemberita, dia berasa terharu dengan sokongan orang ramai selepas menjalani pembedahan tersebut. Dia menjalani pembedahan itu pada awal Februari hingga April lalu bagi mengurangkan risiko mendapat kanser payudara. Pemenang anugerah Oscar berusia 37 tahun itu berkata, dia berasa sihat dan bertenaga selepas pembedahan tersebut.


"Saya berasa amat terharu dengan sokongan orang ramai," katanya kepada pemberita semasa muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan perdana filem World War Z. Filem itu dibintangi oleh tunangnya, aktor Brad Pitt, 49. Ibu Jolie, Marcheline Bertrand meninggal dunia akibat kanser rahim pada usia 56 tahun manakala ibu saudaranya, Debbie Martin mati akibat kanser payudara minggu lalu. Jolie sebelum ini diberitahu oleh doktor bahawa peluangnya untuk mendapat kanser payudara adalah 87 peratus manakala kanser rahim sebanyak 50 peratus sebelum dia menjalani pembedahan.


Namun, risiko anak perempuan pelakon Jon Voight itu mendapat kanser payudara kini dilaporkan menurun kepada lima peratus sahaja setelah dia menjalani pembedahan tersebut. Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu kerana memikirkan kepentingan enam anaknya. Tiga daripada enam anaknya itu ialah anak angkat. - Agensi





.

Rafael Nadal rai hari jadi dengan bergaya


Rafael Nadal menyambut hari jadi yang ke-27 dengan penuh bergaya apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis menewaskan pemain Jepun Kei Nishikori 6-4, 6-1, 6-2 sekali gus berada di landasan tepat untuk memburu kejuaraan kali kelapan di Roland Garros, malam tadi. Meraikan hari jadi saya di gelanggang utama di Paris adalah detik terindah buat saya, kata Nadal.


Bagaimanapun, saya akui saya beraksi lebih baik hari ini berbanding sebelum ini, kata pilihan ketiga itu. Turut mara ke suku akhir pemain nombor satu dunia Novak Djokovic. Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu terpaksa bergelut tewas set pertama sebelum bangkit menjinakkan cabaran Philipp Kohlschreiber 4-6, 6-3, 6-4, 6-4.


Pilihan ketiga kejohanan, Victoria Azarenka, 23, juga melangkah ke suku akhir hasil kemenangan mudah 6-3, 6-0 ke atas juara 2010 dari Itali, Francesca Schiavone. -AP





.

Awas.. bila blogger melenting


Blogger republik ini merancang mengadakan perhimpunan bantahan dan mogok internet minggu ini bagi membantah peraturan baru yang dianggap menyekat kebebasan bersuara kerana memerlukan portal berita memohon lesen untuk beroperasi. Gabungan 34 blogger terkenal digelar Free My Internet akan mengadakan perhimpunan Sabtu ini, seminggu selepas peraturan baru dilaksanakan pada 1 Jun lalu. Laman web berita termasuk yang dikendalikan enjin carian Yahoo! beribu pejabat di Amerika Syarikat perlu memperoleh lesen daripada pihak berkuasa. Gelapkan laman web Blogger terbabit juga akan menggelapkan laman mereka dengan dan memaparkan perkataan #Freemyinternet selama 24 jam pada hari Khamis.

Bantahan ini perlu diadakan kerana pelbagai dialog dengan kerajaan sejak lima tahun lalu mengenai kebebasan dan tiada kawal selia internet membuahkan hasil sebaliknya. Kami mahu kerajaan sedar ia perlu berunding dengan rakyat, dengan Parlimen sebelum melakukan perubahan yang dijadikan perundangan, kata jurucakap kumpulan itu, Choo Zheng Xi, pengasas bersama laman web politik popular, The Online Citizen. Blog yang dikendalikan sukarelawan mencapai populariti sebagai berita alternatif dan sumber pandangan di Singapura, yang media arus perdana dianggap sebagai prokerajaan.

Berusaha reda kebimbangan Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) minggu lalu berusaha meredakan kebimbangan peraturan baru itu menyasarkan komuniti blogger, menyatakan blog tidak dianggap sebagai portal berita. Rangka kerja lesen cuma dikenakan kepada laman yang memberi tumpuan kepada melaporkan berita Singapura dan diberitahu MDA ia mematuhi kriteria pelesenan, kata pegawai, Jumaat lalu. Choo, bagaimanapun, berkata jaminan pihak berkuasa tidak selari dengan kuasa luas peraturan baru itu. -AFP





.

Terkini mengenai Chelsea dan Jose Mourinho



Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus Chelsea buat kali kedua, demikian pengesahan kelab itu semalam. Selepas berminggu-minggu spekulasi, akhirnya Mourinho, 50, menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab yang pernah dibimbingnya pada 2004 hingga 2007. “Saya gembira mengalu-alukan Jose kembali ke Chelsea. Kejayaannya yang berterusan serta cita-citanya menjadikan dia calon paling cemerlang," kata Ketua Eksekutif kelab, Ron Gourlay dalam kenyataan di dalam laman web Chelsea. Tambahnya: “Adalah menjadi matlamat kami untuk kelab itu terus mencipta kejayaan pada masa akan datang dan Jose adalah pilihan No. 1 kami kerana kami yakin dia adalah pengurus yang berupaya melakukannya."

Sebelum pengesahan tersebut, Mourinho berkata, dia bakal menjadi bos baru Chelsea. Pendedahan itu dibuat oleh akhbar The Sun di London semalam setelah Special One meninggalkan Real Madrid dan akan kembali ke Stamford Bridge. Dalam temu bual bersama saluran bola sepak terkemuka Sepanyol, Mourinho berkata: “Saya akan London pada Isnin (semalam) dan pada hujung minggu ini saya akan menjadi pengurus Chelsea. “Saya rasa penyokong di sana sukakan saya. Dalam hidup anda, anda harus melihat perkara sedemikian. “Hidup ini menarik dan singkat, anda harus lihat berdasarkan apa yang anda fikirkan terbaik untuk diri anda." - AGENSI







.

Ngeri.. Lelaki ditemui mati dengan perut terburai


Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan perutnya terburai dipercayai dibunuh di Jalan Residen Utama, Desa Park City di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas perutnya dirobek dan luka di bibir, dagu serta belakang badan. Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pekerja elektrikal dengan sebuah syarikat sub kontrak dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai diserang dua lelaki senegara menggunakan kerambit. ``Senjata itu digunakan berdasarkan penemuan sarung yang ditemui tidak jauh dari mayat mangsa,’’ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. -Utusan




P/S - Gambar sekadar hiasan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!