Wednesday, September 11, 2013

RAHSIA HATI - AZIMAH LILY




Novel ini adalah karya novel kedua dari penulis ini selepas SIAPA ORANG GAJIKU. Tengku Dania Dahlia adalah seorang wanita yang sangat berbakat dalam perniagaan, bijak dan juga sangat bersifat pelindung terhadap satu-satunya adiknya, Daniel. Tengku Dania Dahlia terbentuk sedemikian kerana mereka kehilangan ibu bapa mereka dari kecil dan mereka dibesarkan oleh atuk mereka, Tan Sri Tengku Daud. Ada saja yang berniat untuk menjatuh dan merampas perniagaan mereka, namun dengan kepintaran wanita ini, semuanya berjaya diatasi, malah wanita ini sentiasa bersama orang-orang kepercayaannya.

Namun, penyakit serius yang dihidapinya, menjadikan dia harus lebih kuat dan harus melepaskan adiknya berdikari menghadapi hari mendatang seorang diri. Kemunculan 'tunang' aturan atuknya, Hairi Azwan, mewujudkan lebih banyak masalah buatnya. Siapa sangka, dalam hayatnya yang tak panjang, Hairi benar-benar jatuh hati dan ingin memperisterikannya. Namun sebenarnya ada perkara lebih penting yang harus diselesaikannya. Cinta baginya bukanlah keutamaan.

Bagaimana reaksi Daniel dan Tan Sri Tengku Daud, apabila mengetahui akan penyakit Tengku Dania Dahlia? Siapa sebenarnya yang berniat jahat keatas keluarga kecil ini? Dan tercapaikah impian Hairi untuk mengahwininya? Apakah sebenarnya rahsia hati Tengku Dania Dahlia? Dapatkah Tengku Dania Dahlia diselamatkan? Jujurnya, membaca novel kedua Azimah Lily ini, bagi lulu, memperlihatkan kematangan hasil tulisannya berbanding novel pertama. Lulu suka dengan watak TDD ni, sebab dia memang sentiasa mampu menyelesaikan masalah, dan keperibadiannya memperlihatkan betapa tabahnya dia. Syabas penulis :) semoga terus maju jaya ..


Tajuk : Rahsia Hati
Penulis : Azimah Lily
Halaman : 641 muka surat
Harga : RM25/RM28



P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina





.

Dua Pemain Bola Sepak Ditahan Berkhalwat disebuah hotel


Dua Pemain Bola Sepak Ditahan Berkhalwat disebuah hotel | Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, Selasa. Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi. Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu. Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa. Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an. Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. -BERNAMA





.

Lihat keadaan seorang lelaki yang ditemui selepas 4 bulan hilang



Lihat keadaan seorang lelaki yang ditemui selepas 4 bulan hilang | Pihak berkuasa Argentina, kelmarin menyelamatkan seorang lelaki dilaporkan hilang ketika berbasikal di pergunungan Andes, Mei lalu. Raul Fernando Gomez, 58, kini dirawat di hospital ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan turut kehilangan berat badan kira-kira 20 kilogram.


Menurut Gomez, dia sesat selepas basikalnya rosak dan ketika itu juga salji tebal melanda kawasan tersebut. Lelaki itu mendakwa, dia bergantung hidup dengan memakan gula dan kismis, dipetik dari laporan Reuters. -AP




.

Kenapa pihak berkuasa mengharamkan 55,000 imam diseluruh negara



Kenapa pihak berkuasa mengharamkan 55,000 imam diseluruh negara  | Pihak berkuasa Mesir akan mengharamkan kira-kira 55,000 imam tidak berlesen untuk menyampaikan khutbah di masjid sebagai langkah mengelakkan sentimen simpati terhadap bekas Presiden, Mohammed Mursi tersebar dalam kalangan orang ramai. Menteri Pembiayaan Agama, Mohamed Mokhtar Gomaa berkata, imam tidak berlesen dianggap sebagai fundamentalis dan ancaman kepada keselamatan Mesir. Jelasnya, larangan berkenaan akan disasarkan pada masjid kecil atau kawasan beribadat yang dipilih secara rawak dan ia bertujuan menghindarkan rakyat Mesir daripada fahaman radikal. "Keputusan ini dilaksanakan bagi menjadikan khutbah semasa solat Jumaat di bawah kuasa undang-undang dan hanya mereka yang diberi kuasa dibenar untuk melakukannya," katanya. - REUTERS





.

Mari kenali cinta hati pemain tenis hebat ini, Serena Wiiliam


Mari kenali cinta hati pemain tenis hebat ini, Serena Wiiliam | Serena Williams mengakui 'cinta' adalah kunci kepada kejayaan yang dicatatkan dalam tempoh 13 bulan ini, di mana dia telah meraih pingat emas Sukan Olimpik, dua kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Perancis. Selepas tidur lena hasil kejayaan merangkul gelaran kelima Terbuka Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu, dia dikejutkan oleh sekumpulan wartawan apabila ditanya tentang cinta. "Cinta? Saya rasa ia sangat penting dalam kehidupan tetapi saya tidak pakar dalam bidang ini. "Semua orang pasti berkata, saya mungkin sedang dicintai seseorang. Sebenarnya, memang saya jatuh cinta... tetapi saya jatuh cinta dengan tenis," ujar Williams, yang lebih berminat untuk menyembunyikan kisah peribadinya.

Pemain No. 1 dunia dari Amerika syarikat itu sedang hangat bercinta dengan jurulatihnya dari Perancis, Patrick Mouratoglou. Sebagai jurulatih, Mouratoglou, 43, sentiasa berada di samping bintang Amerika Syarikat yang bakal menginjak usia 32 tahun itu pada 26 September ini. Bercerita bagaimana mereka berkenalan, Williams berkata: "Saya ada urusan peribadi di Perancis dan mahu keluar dari Amerika Syarikat untuk menenangkan fikirkan ketika itu. "Ketika berada di Perancis, saya mencari tempat untuk berlatih dan ketika itulah saya bertemu dengannya. "Satu-satunya sebab mengapa kami boleh berkerjasama, dia dan saya mempunyai pemikiran yang sama tentang visi."


Bagaimanapun kedua-dua mereka jarang bercakap mengenai hal peribadi, sebaliknya lebih gemar menyentuh mengenai karier tenis Williams. "Dia berlatih seperti usianya baharu 19 tahun, iaitu ketika dia begitu menginginkan gelaran Grand Slam pertamanya. "Dia masih ada keghairahan yang sama, malah permainannya bertambah baik dari masa ke semasa, dia seorang yang sangat berbeza sejak bangkit daripada masalah kecederaan," kata Mouratoglou. Kemenangan Ahad lalu, membolehkan Williams muncul pemain wanita paling tua meraih gelaran Terbuka AS sejak 1968.

Kejayaan itu juga menyaksikan Williams kini meraih 17 trofi Grand Slam, kurang satu di belakang Chris Evert dan Martina Navratilova, selain lima di belakang Steffi Graf. Margaret Court memegang rekod 24 kejuaraan. Biarpun telah memenangi semua kejuaraan utama yang ditawarkan, Williams menegaskan, dia belum memikirkan tentang persaraan. "Saya masih belum memikirkan tentang nombor, usia atau bila hendak berhenti bermain. "Malah, saya tidak melihat diri saya akan bersara dalam masa terdekat kerana masih ada sasaran yang perlu dipenuhi," katanya lagi. dan masih ada sasaran yang perlu saya capai. - Reuters





.

Isteri kedua pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah hamil 3 bulan?


Isteri kedua pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah hamil 3 bulan? | NAMA Ashraf Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan. Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya. Paling ketara apabila ubat jenis 'asid folik' yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.

Malah gambar itu telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya. Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha Zass untuk mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS). -SH





.

Lelaki ini maut dibelasah hanya kerana sebab 'menjeling'


Lelaki ini maut dibelasah hanya kerana sebab 'menjeling' | Seorang pemuda maut dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki ketika mangsa bersama tiga lagi rakannya hendak singgah minum di sebuah gerai di kawasan Medan Selera Sri Stulang di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, mangsa, Mohammad Hafiz Nizamuddin, 22, bersama tiga rakannya berumur antara 22 hingga 24 tahun dikatakan baharu pulang dari tempat kerja mereka berhampiran lokasi terbabit. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, selepas beberapa minit berada di medan selera berkenaan, hadir empat lelaki lain yang turut singgah minum di tempat sama. "Pertengkaran mula tercetus apabila rakan mangsa didakwa menjeling salah seorang lelaki daripada kumpulan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kesemua suspek.

"Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan itu menggunakan kerusi dan meja untuk menyerang mangsa dan rakannya" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Azizan, selepas penyerang itu beredar, rakan-rakan mangsa mendapati Mohammad Hafiz cedera teruk sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa yang parah di bahagian badan dan kepala disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Susulan daripada maklumat yang diperoleh, Azizan memberitahu bahawa polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai salah seorang penyerang di sekitar bandar raya ini. "Identiti tiga lagi penyerang juga telah dikenal pasti dan polis yakin mereka akan dapat ditahan dalam masa terdekat. "Namun, kami tetap memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit dan mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan," katanya. Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!