Thursday, October 24, 2013

Gambar makam lama berusia 4,000 tahun yang baru ditemui di Mesir


Gambar makam lama berusia 4,000 tahun yang baru ditemui di Mesir | Ahli arkeologi menemui sebuah makam lama berusia 4,000 tahun di luar ibu negara Mesir, semalam dipercayai menjadi tempat persemadian seorang doktor terkemuka pada zaman Firaun. Pegawai Kanan Kementerian Antik, Ali al-Asfar berkata, makam berukuran 21 meter panjang, 14 meter lebar dan empat meter tinggi itu ditemui di Abusir, barat daya Kaherah. ''Ini merupakan satu penemuan penting kerana makan tersebut milik salah seorang doktor terbaik ketika piramid sedang dibina, seorang doktor yang mempunyai hubungan rapat dengan raja (Firaun),'' kata Menteri Antik, Ibrahim Ali dalam satu kenyataan.


Kawasan sekitar makam tersebut dipercayai merupakan tanah perkuburan keluarga dan kumpulan arkeologi dari Republik Czech sedang mencari saki-baki mumia dalam kalangan keluarga itu. Tanah perkuburan Abusi berkait rapat dengan kerajaan Mesir purba yang memulakan pemerintahan pada 2,500 sebelum masihi. Skitar kawasan itu turut ditemui beberapa buah piramid Firaun daripada Dinasti kelima. - AFP




.

Siapa sebenarnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank ambank?


Siapa sebenarnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank ambank? | Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu. "Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.

"Kami percaya dia masih di Selangor," katanya. Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini. "Itu tidak benar... orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar," katanya. Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu.

Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah. "Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu," katanya. Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.


KDN Batal Lesen Operasi Syarikat Keselamatan 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu. Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata, firma keselamatan itu tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas.

"Syarikat itu mempunyai lesen senjata api tetapi anggota keselamatan yang akan diambil bertugas itu perlu mendapat kelulusan melalui semakan pihak polis, termasuk tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan dilatih untuk mengendalikan senjata api. "Kita telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen (syarikat keselamatan) mereka berkuat kuasa serta-merta dan kita dalam proses mempergiatkan pemantauan terhadap syarikat keselamatan berhubung penggunaan senjata api," kata Alwi pada sidang media di sini, Khamis. -Mstar




.

Kenapa batu nisan itu tidak dibenarkan berada di kuburan?


Kenapa batu nisan itu tidak dibenarkan berada di kuburan? | Keluarga veteran perang Iraq Kimberly Walker 28, yang mati dibunuh, mahu batu nisan SpongeBob SquarePants dikembalikan semula ke pusaranya manakala pegawai perkuburan yang memindahkannya, bertegas tidak membenarkan karektor kartun itu diletakkan semula di situ. Deborah Walker memberitahu The Associated Press selepas pertemuan dengan pegawai Perkuburan Spring Grove kelmarin beliau mempertimbangkan pelbagai cadangan mereka jika pihak pengurusan perkuburan juga berfikir mengenainya – dengan meletakkan semula batu nesan anaknya, Kimberly. Namun presiden perkuburan itu, Gary Freytag, berkata ia bukan pilihan. Batu nisan berbentuk karektor kartun itu didirikan di Perkuburan Spring Grove pada 10 Oktober lalu, hampir lapan bulan selepas Walker ditemui dibunuh dalam bilik hotelnya di Colorado.


Dapat kelulusan awal 

Walaupun mendapat kelulusan awal pentadbir perkuburan mengenai reka bentuk batu nisan, karektor kartun SpongeBob tersenyum dalam pakaian tentera, dengan nama Walker dan pangkat – kakitangan perkuburan menghubungi keluarganya sehari selepas ia diletakkan memberitahu ia perlu dibuang. Pegawai berkata, pekerja yang meluluskan reka bentuk itu membuat kesilapan. Ia dibawa turun bersama-sama salinan hampir sama yang didirikan untuk kembar Walker yang masih hidup. Deborah Walker berkata, beliau kecewa dengan Spring Grove, berkata keluarganya mempunyai kontrak, mahu ia dihormati seperti dijanjikan dan kini mempertimbangkan tindakan undang-undang. “Anda tidak boleh menyalahkan pekerja. Beliau mewakili pengurusan perkuburan dan apabila melakukan kesilapan, anda perlu membetulkan. Letakkan semula SpongeBob,” katanya. - AP





.

Pelakon Liyana Jasmay hamil


Pelakon Liyana Jasmay hamil | Aktres Liyana Jasmay berkata dia bukan hendak berahsia mengenai berita kehamilannya itu kerana beranggapan masih terlalu awal untuk didedahkan kepada pihak media. "Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. "Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan.

Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu", katanya yang kini hamil dua bulan. Liyana juga berkata dia mengetahuinya sejak sebulan lalu setelah mendapati diri tidak datang bulan dalam tempoh yang lama. Kemudian, dia membuat temu janji dengan doktor dan ketika pemeriksaan dijalankan dan mengesahkan yang pelakon super-telemovie New York Cinta ini mengandung. Sejak berbadan dua ini Liyana lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana badan selalu berasa penat dan megalami alahan.-MD




.

Apa kata suami pegawai Ambank, diatas kehilangan isterinya yang maut ditembak pengawal keselamatan bank


Apa kata suami pegawai Ambank, diatas kehilangan isterinya yang maut ditembak pengawal keselamatan bank | Suami kepada pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak pengawal keselamatan bank berkenaan difahamkan baru beberapa minit menghubungi mangsa sebelum kejadian tembakan itu berlaku. Difahamkan suami mangsa yang dikenali sebagai Wan itu menghubungi isterinya itu ketika hujan lebat pukul 6 petang. Anak saudara mangsa, Mohd. Fakri Azad M. Azhar Syawal, 22, berkata, bapa saudaranya itu menghubungi telefon bimbit mangsa supaya isterinya berhati-hati memandu dalam hujan lebat.

"Ketika panggilan pertama Pakcik Wan sempat bercakap dengannya dan mengingatkannya supaya berhati-hati kerana hujan amat lebat petang tadi dan makcik saya ini pula seorang yang rabun. "Selepas itu, Pakcik Wan menghubungi makcik saya sekali lagi namun panggilan tidak berangkat. Kemudian saya diberitahu pihak bank menghubungi pakcik saya selepas itu lalu menyuruh dia ke premis itu dengan segera. "Mereka tidak memberitahu perkara sebenar dan hanya menyuruh pakcik saya datang dan melihat sendiri keadaan makcik saya," katanya. Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun. -Utusan



P/S - Semoga keluarga ini tabah.. al-fatihah




.

Gambar pegawai bank Ambank maut ditembak oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam satu rompakan


Gambar pegawai bank Ambank maut ditembak oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam satu rompakan | Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini. Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka. Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya. "Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini. Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan. "Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

suspek yang dicari

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu. "Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini. "Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya. Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata. -Utusan





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!