Wednesday, October 30, 2013

MR. SECRET ADMIRER - SHILA ALISH




Zureen gembira kerana diterima bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki yang baru sedar daripada koma akibat kemalangan jalan raya, Syed Redza. Pekerjaan yang disangkanya mudah dan menerima sokongan dari ibu Syed Redza nampaknya memang agak sukar kerana Syed Redza seorang yang kasar dan pemarah disebabkan satu tragedi pahit hidupnya berkaitan bekas tunang. Bagi Syed Redza perempuan semuanya sama dan tidak boleh dipercayai. Walaupun 'layanan' Syed Redza itu membuatkan Zureen serba salah, dia terpaksa kekal disitu kerana terlanjur berjanji dengan ibu Syed Redza, Datin Raja Fatimah.

Masalah itu bagi Zureen semakin berat apabila abang angkatnya, Dr. Haziq rupa-rupanya menyimpan perasaan padanya. Melihat kemesraan antara adik beradik angkat itu, membuatkan Syed Redza cemburu dan mulai tidak senang duduk. Tiba-tiba wujud perasaan yang sukar ditafsir olehnya. Hatinya mulai tergerak mendekati jururawat peribadinya. Akur dengan rasa yang sama, Zureen mula membuka hati buat Syed Redza. Kehadiran bekas tunang Syed Redza, Lisa membuatkan keadaan menjadi kacau, sehinggalah suatu hari Syed Redza tiba-tiba 'lupa' pada Zureen, dan kembali pada Lisa. Misterinya Syed Redza seolah-olah lupa tragedi pahit yang pernah menimpanya. Siapakah akhirnya yang akan menjadi pilihan Zureen, samaada abang angkatnya sendiri yang terang-terangan ingin menjadikannya isteri, ataupun Syed Redza?


Tajuk : Mr. Secret Admirer
Penulis : Shila Alish
Halaman : 770 muka surat
Harga : RM26/RM29




.



Video lelaki Arab pukul pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya


Video lelaki Arab pukul pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya | Aktivis hak asasi manusia di Arab Saudi mengecam satu video yang memaparkan seorang lelaki di negara ini sedang memukul seorang pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya. Dalam rakaman video itu, seorang lelaki pekerja asing yang memakai baju berwarna jingga dilihat terbaring di hadapan seorang lelaki Arab yang memakai jubah putih. Pekerja asing yang dipercayai berasal dari Asia itu kelihatan menangis selepas ditampar dan dipukul di muka berulang kali. Menurut laman web berita al-Arabiya, lelaki Arab itu menuduh pekerja asing itu berbual dengan isterinya. Mangsa turut dipukul dengan tali pinggang, ditendang, dicekik, sambil dia meraung kesakitan.

Rakaman yang diambil oleh orang ketiga itu dan disebarkan di Internet telah mengundang kecaman daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi. Jurucakap Suruhanjaya itu, Ibrahim al-Shadi berkata, mereka telah menerima banyak aduan tentang insiden tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak keselamatan serta maruah mangsa. Katanya, perbuatan itu juga bertentangan dengan hukum syariah dan mereka kini sedang menyiasat kes berkenaan. Setakat ini identiti suspek serta lokasi kejadian masih tidak diketahui. - AGENSI




.

Bayi malang ini didera dengan cara yang paling sadis


Bayi malang ini didera dengan cara yang paling sadis | Perancis digemparkan dengan insiden penemuan seorang bayi perempuan dalam keadaan lemah di dalam but sebuah kereta, di sini semalam. Bayi perempuan yang dianggarkan berusia 15 hingga 23 bulan tersebut, dipercayai ditinggalkan ibunya di dalam but kereta itu setiap hari sejak dia dilahirkan. Menurut polis, bayi itu ditemui dalam keadaan berbogel dan bergelumang dengan najisnya oleh seorang mekanik, Guillaume Iguacel, apabila ibunya menghantar kereta itu ke sebuah bengkel, di sini. "Iguacel terdengar bunyi pelik dari arah but kereta itu sebelum membukanya dan mendapati ada seorang bayi perempuan yang tidak berbaju dan berada dalam keadaan lemah," jelas polis.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan mengalami masalah tumbesaran dan mental. Seorang pendakwa raya, Jean-Pierre Laffite berkata, bayi itu dipercayai disembunyikan oleh ibunya atas sebab-sebab tertentu.


Ibu bayi itu yang berusia 45 tahun serta pasangannya ditahan dan didakwa kelmarin atas tuduhan mendera serta mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Kedua-dua mereka bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan. Ibu bayi tersebut memberitahu polis bahawa dia melahirkan anaknya secara rahsia dan menyembunyikan bayi itu daripada semua pihak termasuk pasangannya. Pasangan itu mempunyai tiga lagi anak terdiri daripada seorang perempuan berusia empat tahun dan dua lelaki berusia sembilan dan 10 tahun yang kini diletakkan di bawah penjagaan pusat kebajikan. - AFP





.

Adakah anda berani mencuba?


Adakah anda berani mencuba? | Rawatan mengurut kebiasaannya dilakukan untuk melancarkan sistem pengaliran darah serta merehatkan badan selepas seharian bekerja di pejabat. Sebuah pusat kecantikan, Bali Heritage Reflexology and Spa di sini, menawarkan rawatan unik kepada pelanggan dengan urutan ular sawa. Spa ular sawa ini, menawarkan rawatan unik dengan meletakkan beberapa ekor ular sawa di atas badan pelanggan. Pergerakan ular tersebut akan menyebabkan pengaliran hormon adrenalin menjadi laju sekali gusmembuatkan pelanggan berasa takut.

Perkara itu dikatakan mempunyai kesan yang positif ke atas sistem metabolisme seseorang. Pelanggan yang mahu merasai pengalaman urutan istimewa menggunakan ular sawa itu hanya perlu membayar sebanyak 30 pound (RM152) untuk sekali rawatan. Bagaimanapun, pelanggan tidak perlu bimbang kerana kesemua reptilia yang digunakan untuk urutan itu tidak berbisa. - AGENSI




.

Kontroversi terbaru Abby Abadi, dikatakan tidak hormat suami?


Kontroversi terbaru Abby Abadi, dikatakan tidak hormat suami? | TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24. Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai. Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. “Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya. Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga. “Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.


Tetap Dengan Pendirian

Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini. Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik. "Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku.

“Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya. Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya. “Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan. “Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya. -MD





.

Hajat terakhir seorang penghidap kanser dan tumor otak


Hajat terakhir seorang penghidap kanser dan tumor otak | Hajat seorang nenek ke Granada, Sepanyol tidak kesampaian apabila pesawat beliau mendarat di Grenada, Pulau Caribbean. Lamenda Kingdon, 62, penghidap kanser payudara dan tumor otak dari Playmouth berkata, beliau mahu ke istana Alhamra di Granada bagi menunaikan hajat terakhirnya. “Saya terkejut apabila kru pesawat mengatakan penerbangan itu bukan ke Sepanyol tetapi ke Grenada, Caribbean,” katanya. Menurutnya, jangka masa ke Granada di selatan Sepanyol hanya mengambil masa dua jam berbanding ke Grenada yang mengambil masa 10 jam termasuk merentas Atlantik.


“Saya mengambil pesawat dari Gatwick menerusi pesawat British Airways dan kesilapan itu hanya disedari selepas dua jam berada dalam pesawat. Tempahan penerbangan dilakukan melalui telefon. Ketika melihat tiket berkenaan, saya fikir destinasi itu mempunyai perbezaan waktu dan saya hanya membiarkan sahaja,” katanya. Sejurus mendarat di Caribbean, beliau diberi layanan kelas pertama dan mengambil penerbangan keesokannya dari St Lucia, Malaga untuk ke Granada dengan dibiayai penuh oleh syarikat penerbangan tersebut. -DM




.

Lagi pengawal keselamatan kantoi guna kad pengenalan palsu untuk bekerja


Lagi pengawal keselamatan kantoi guna kad pengenalan palsu untuk bekerja | Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menahan dua rakyat Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di Selangor. Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 282 pengawal keselamatan di beberapa premis sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Katanya, hasil semakan terhadap kad pengenalan kedua-dua individu itu mendapati mereka menggunakan kad pengenalan rakyat tempatan untuk bekerja di negara ini.

"Mereka ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini juga atas kesalahan memalsukan kad pengenalan dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan. "Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua-dua warga Filipina ini menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan JPN, tetapi siasatan masih dijalankan bagaimana mereka memperolehnya sama ada terjumpa, curi atau ada rakyat tempatan yang jual," katanya dalam sidang akhbar mengenai isu kad pengenalan palsu di pejabatnya, di sini hari ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan JPN menggunakan kaedah biometrik untuk memeriksa identiti semua pengawal keselamatan di seluruh negara.

Arahan tersebut dibuat ekoran kes pembunuhan kejam pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib baru-baru ini oleh seorang pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu. Menurut Jariah, operasi menyemak kad pengenalan pengawal keselamatan menggunakan kaedah biometrik yang baru bermula hari ini disertai kira-kira 50 anggotanya yang bergerak secara serentak di lima kawasan tersebut. -SH




P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Cerita terkini mengenai pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes rompak dan bunuh pegawai Ambank


Cerita terkini mengenai pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes rompak dan bunuh pegawai Ambank | Polis setakat ini belum memerlukan bantuan interpol dalam menahan suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank di Selangor Rabu lepas kerana yakin lelaki itu masih berada di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pada masa ini pasukan khas yang ditubuh bagi menjejak lelaki itu bekerjasama dengan kontinjen seluruh negara termasuk mengawasi pintu-pintu sempadan agar tidak dibolosi suspek. Sambil menyifatkan lelaki itu sebagai penjenayah berbahaya, beliau berkata polis percaya lelaki itu masih mempunyai senjata api pump gun dan boleh bertindak agresif dan membahayakan keselamatan awam.

"Pada masa ini, kami belum memerlukan bantuan Interpol dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat segera tampil membantu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Bakri ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Penyelarasan Sempena Persidangan Agung Pusat Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Pegawai Diwartakan(PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) ke-86. Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang Rabu lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. Mohd Bakri meminta orang ramai segera menghubungi polis jika mempunyai maklumat berkaitan suspek.

"Pasukan polis amat mengalukan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan saya yakin suspek masih berada di dalam negara. Kami menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk sama ada suspek dibantu oleh pihak lain selepas melakukan jenayah itu," katanya. Sehubungan itu, beliau memberi amaran mana-mana individu yang cuba bersubahat membantu penjenayah paling kejam itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan. - Bernama





.

Suami lafaz talak selepas tiga jam nikah di masjid


Suami lafaz talak selepas tiga jam nikah di masjid | Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu. Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau. “Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. “Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!