Wednesday, November 20, 2013

Pembukaan bank khas untuk wanita



Pembukaan bank khas untuk wanita | Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam merasmikan pembukaan sebuah bank khusus untuk wanita, di hab kewangan negara ini di Mumbai. Menteri Kewangan, P Chidambaram berkata, Bank Bharatiya Mahila atau bank wanita India bertujuan untuk memperkasakan kaum itu. ``Hanya 26 peratus daripada wanita India mengakui mempunyai akaun bank walaupun kebanyakan institusi itu di negara ini diketuai oleh kaum itu,’’ katanya. - DPA




.

Siapakah pemilik sebenar Villa Nabila?


Siapakah pemilik sebenar Villa Nabila? | Kerajaan negeri akan menyemak status banglo tinggal dikenali Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai, di sini yang menjadi tumpuan orang ramai selepas dikaitkan dengan kisah mistik mengghaibkan seorang remaja, kelmarin. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan merujuk rekod pemilikan itu dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mendapatkan kepastian. “Saya akan tanya dengan Datuk Bandar dan tengok macam mana, kita nak tengok sama ada bayar cukai harta atau tidak,” katanya. Sejak kelmarin, Villa Nabila di sini dikunjungi ribuan orang apabila dikaitkan dengan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan gagal pulang ke rumah selepas mengunjungi kediaman agam tersebut bersama 29 rakannya, awal pagi Ahad lalu.

Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, itu dilaporkan ibunya Norhayati Mohamad, 39, selepas gagal dikesan sejak Sabtu lalu yang akhirnya ditemui semalam di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini pada jam 12 tengah malam. Sementara itu, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ismail Karim berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pemilik banglo tinggal itu supaya membersihkan kawasan berkenaan dalam tempoh seminggu bermula semalam. Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu seorang warganegara Singapura. “Kita tidak boleh bersihkan kawasan berkenaan disebabkan kawasan banglo tinggal itu adalah pemilikan persendirian. Justeru kita arahkan pemiliknya tutup laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Ini disebabkan kawasan itu dilaporkan menjadi tempat aktiviti tidak sihat malah ia kembali menjadi tumpuan selepas tersebar berita kehilangan seorang remaja sebelum ini selepas masuk ke dalam banglo tersebut,” katanya. Ismail memaklumkan, pihaknya tidak boleh merobohkan banglo tinggal itu kecuali premis itu mengganggu kawasan laluan selain status pemilikannya. Katanya, walaupun keadaan kawasan banglo lama itu kelihatan terbiar selain dipenuhi semak, bagaimanapun pemiliknya tidak culas untuk membayar cukai harta kepada MBJB. “Jika pemiliknya masih gagal membersihkan mengikut tempoh yang diberikan, MBJB akan bertindak menutup laluan masuk ke villa itu selain membersihkannya. “Keseluruhan kos membersihkan kawasan itu akan dicaj melalui akaun cukai harta pemilik terbabit,” katanya. -SH




.

Ini adalah perkataan terbaik bagi 2013


Ini adalah perkataan terbaik bagi 2013 | 'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata pegawai di sini semalam. Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratuis sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan ‘Oxford English Dictionary[‘ (OED). Selfie adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuatnaik ke dalam laman web. Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial. Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan. “Kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya.

Penyelidiknya mendapati, kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000 peratus sejak tahun lalu. Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002. Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya. Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah ‘bedroom tax’ (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); ‘binge-watch’ (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekali gus); bitcoin (mata wang digital); olinguito (memalia dalam bahasa Amerika Selatan; schmeat (daging sintetik) dan showrooming (menonton tarikan di kedai online) dan twerk. “Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans,” kata Oxford Dictionaries. - AFP




.

Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina


Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina | Kekuatan Taufan Haiyan yang melanda negara ini dengan kelajuan angin kira-kira 314 kilometer sejam bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan mayat dan rangka manusia terkeluar daripada perkuburan. Sukarelawan, Claire Gregorio berkata, keadaan itu berlaku di bandar Hernani, wilayah Samar Timur. "Keadaan ini tidak ubah seperti mimpi negeri apabila beberapa mayat, rangka serta batu nisan terkeluar daripada kubur akibat taufan berkenaan. "Mayat-mayat, rangka serta tengkorak juga boleh dilihat di atas jalan akibat dibawa angin kencang, manakala kubur yang diperbuat daripada konkrit dan marmar juga pecah," katanya.

Gregorio berkata, taufan itu juga telah memusnahkan kubur dan menarik keluar mayat seorang lelaki yang baru dua hari dikebumikan sebelum taufan melanda. Katanya lagi, Taufan Haiyan adalah taufan yang terkuat pernah melanda negara itu dan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penduduk di bandar itu selain 45 lagi dilaporkan hilang. Sementara itu, seorang petani Luciano Habagat, 70, terpaksa mengharungi detik cemas apabila rumahnya dipukul ombak besar akibat Haiyan.


"Seluruh kawasan menjadi gelap ketika taufan datang dan suasana menjadi kelam-kabut apabila semua orang berlari ke sekolah dan bukit berdekatan untuk mencari perlindungan," ujarnya. Dalam pada itu, AFP melaporkan selepas seminggu tragedi itu berlaku, seramai 3,976 orang telah terkorban, dengan 1,600 orang disenaraikan masih hilang, sementara empat juta lagi kehilangan tempat tinggal. - AFP Penduduk juga dilaporkan terputus bekalan elektrik, air dan bekalan makanan pula dilaporkan masih terhad. - AFP




.

Inilah 3 subjek baru untuk murid Tahun Empat


Inilah 3 subjek baru untuk murid Tahun Empat | Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Menurut laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak.

Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.


Fahami sejarah negara 

Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.




P/S - Gambar sekadar hiasan




.

PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! - SURI RYANA




PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! - SURI RYANA | Novel mengisahkan Afina yang ditakdirkan menghidap amnesia selepas satu kemalangan, dan sedar saja, dia dapat tahu dia telah berkahwin dan suaminya bukan orang sebarangan melainkan lelaki yang terkenal sebagai playboy tersohor dengan gelaran King, iaitu Adrian. Kalau boleh Afina memang sama sekali takkan terima kenyataan itu, apatah lagi perbezaan sangat ketara antara mereka. Walaupun masih tidak ingat apa-apa, Afina akur untuk tinggal bersama suaminya walaupun mereka tidur dalam bilik yang berlainan. Yalah, Adrian pun bukannya rela dengan perkahwinan itu. Rupa-rupanya ada kisah disebalik perkahwinan mereka.

Afina yang mula mengubah penampilan, membuatkan Adrian mula melihatnya sebagai seorang yang berbeza. Tanpa sedar Adrian mula jatuh hati dengan isteri sendiri. Tapi, kehadiran adik kembar Afina, Fisya yang penuh muslihat benar-benar menguji hubungan mereka. Apatah lagi sedari dulu Fisya memang tidak pernah berbaik dengan Afina. Dan mampukah Afina dan Adrian mempertahankan hubungan mereka yang baru mekar?

Sebenarnya ada sebab Adrian menjadi Playboy. Dan ada sebab juga mengapa Afina sanggup terima lelaki playboy ini menjadi suaminya walaupun tiada perasaan cinta antara mereka pada mulanya. Mari dapatkan novel terbaik, satu lagi hasil tulisan dari Suri Ryana, yang sedang ditayangkan dalam drama di tv3.



"Aku sudah tidak percayakan cinta. Sehinggakan aku membenci wanita.
Lalu, aku terus patahkan hati seorang demi seorang. 
Aku puas begitu. Sehinggalah aku sedar yang 
aku sudah jatuh cinta untuk kali kedua.." King Adrian




*Walaupun drama tak best, sebab pilihan pelakon yang tidak tepat (bagi lulu), tapi novel ini memang hebat, dan wajar dijadikan koleksi :)




Tajuk : Playboy Itu Suami Aku?!  
Penulis : Suri Ryana
Halaman : 666
Harga : RM24/RM27




P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!