Saturday, June 21, 2014

DIA SAYANG AKU - HANIS AZLA



DIA SAYANG AKU - HANIS AZLA | Novel ini merupakan novel kedua penulis ini yang juga merupakan seorang blogger *Hanis Azla@Blog. Dan untuk pengetahuan semua novel pertama penulis ini merupakan novel pertama yang lulu review dalam blog Lulu-Pages, dan sudah pasti keasyikan membaca novel pertama itu Takdir Fitrah Terindah, masih terasa sehingga kini, sehinggakan tak sabar lulu nak baca novel kedua ni. Lulu ucap terima kasih buat kak Fea, sebab sudi kirimkan novel istimewa ni buat lulu beserta autograph sekali.. *Proud of you kak Fea :)

Novel ni mengisahkan Zaira yang mengahwini Ikmal kekasih hatinya, walaupun tanpa dia sedari, dia telah menjadi dambaan hati 'abang' sejak dari kecil. Kehidupan rumahtangga Zaira agak berliku, disebabkan hubungannya yang kurang baik dengan mama dan kedinginan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Hati mana yang tidak bergolak, setelah lama menyulam kasih, kewujudan Sufi rupa-rupanya sudah mengambil tempatnya dalam hati Ikmal. Ikmal yang nekad menjadikan Sufi isterinya yang sah, membuatkan Zaira membawa diri menyembuh luka hati diluar negara dan disitu dia menemui Fir yang sangat memahami dan begitu hormat akan kesetiaan Zaira yang masih isteri orang. Berulang kali Fir menegaskan hubungan mereka hanya sekadar abang dan adik, lalu membuatkan Zaira sangat selesa berdampingan dengannya.


Sekembalinya di Malaysia, dengan hati yang belum sembuh sepenuhnya, dia diduga lagi dengan sikap Ikmal yang sentiasa melebihkan Sufi dalam segala hal. Hingga akhirnya Zaira merasakan sudah tidak ada rasa kasih lagi buat Ikmal dan mereka berpisah secara baik. Ya, hari demi hari Zaira sememangnya tidak mampu lagi menidakkan perasaannya pada Fir, apatah lagi bila dia dapat tahu siapa Fir yang sebenarnya.. namun tentangan dari mama menjadikan Zaira harus memilih antara keduanya. Apa yang akan terjadi seterusnya?? Kenalah dapatkan novel ni kan ;)


Tajuk : Dia Sayang Aku
Penulis : Hanis Azla
Halaman : 580 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

3 Penyokong CHELSEA:

Ayu azmir on June 16, 2014 at 2:51 PM said...

mesti cari

Hanis Azla on June 16, 2014 at 3:12 PM said...

As-salam lulu..

Thank you so much dear! Menariknya review dari lulu.. akak hargainya sangat2.. terima kasih atas sokongan lulu pada akak.. :)suka..suka..suka..

Monyet Rimau on June 16, 2014 at 3:19 PM said...

singgah blogwalking di sini. . .

KESIAN! Suami Lihat Sendiri Isteri Bunuh Diri Melalui Skype
http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/kesian-suami-lihat-sendiri-isteri-bunuh.html

3 Gambar Shila Amzah Peluk Panda Pertama Malaysia
http://syokbah.com/3-gambar-shila-amzah-peluk-panda/

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!