Thursday, January 9, 2014

Bijak berfesyen khas untuk lelaki



Bijak berfesyen khas untuk lelaki | Dunia fesyen kini bukan lagi hanya untuk golongan wanita kerana golongan lelaki juga kini sudah bijak berfesyen dan bereksperimen dengan fesyen. Dalam berfesyen jangan pula tidak kena gayanya, nanti kelihatan 'overdressed' atau pun pelik. Oleh itu, di sini kami inign berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda cuba. Ringkas tetapi bergaya Anda tidak semestinya anda perlu berpakaian seperti seorang artis di karpet merah. Ringkas sudah mencukupi. Untuk tip mudah berfesyen, amalkan gaya pakaian yang tidak menggunakan lebih dari 3 warna.


Peka pada fesyen dan pakaian anda 

Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan anda sendiri rasa tak selesa. Jika anda mahu pergi ke tempat yang panas, jangan memakai baju yang tebal manakala kalau mahu pergi ke majlis rasmi, jangan sekali-kali memakai tshirt tidak berkolar.


Jangan beli kerana jenama 

Pastikan anda bertanya pada diri sendiri sebelum membeli pakaian. Biar beli pakaian murah tetapi menarik berbanding pakaian mahal tetapi tak menarik dan tak selesa.


Minta pendapat teman 

Rajin-rajinlah bertanya pada rakan rapat anda apa yang sesuai dipakai oleh anda. Ataupun warna warna tertentu yang sesuai dengan warna kulit anda serta aksesori yang sesuai digayakan oleh anda. Mungkin anda boleh dapatkan tip menarik serta pandangan jujur dari kawan dan keluarga anda.


Jangan ikutkan sangat trend 

Jangan biasakan diri anda mengikut trend kerana selalunya trend tidak akan kekal lama. Cuba sekali-sekala suai padan pakaian baru dan lama. Mesti nampak menarik!


Pastikan wajah bersih dan kemas 

Kalau pandai berfesyen tetapi tidak tahu menjaga kebersihan diri pun tak guna juga. Paling penting jaga kebersihan wajah dan badan anda serta jangan lupa memakai deodoran. Bercukur bagi wajah anda terutamanya nampak terurus.


Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda untuk tampak bergaya dan segak. Selamat mencuba!





.

Penyanyi Hazama bercerita mengenai kekasih hati dan persiapan menjelang AJL 28


Penyanyi Hazama bercerita mengenai kekasih hati dan persiapan menjelang AJL 28 | Penyanyi Hazama mengakui cukup berdebar untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang akan berlangsung lebih kurang dua minggu lagi. Namun bekas Juara Akademi Fantasia (AF9) ini nampak gayanya tetap bersemangat dan teruja kerana lebih istimewa, kekasihnya, Genervie Kam yang juga seorang pemuzik turut serta dalam persembahannya nanti. Ditambah dengan persiapan yang telah dibuat hampir 80%, penyanyi yang bakal mempertaruhkan lagu Penglipur Lara ini menampilkan sebuah persembahan yang terbaik. Sekaligus memberi saingan kepada 11 lagi lagu yang bertanding. Lagu Penglipur Lara merupakan ciptaan Omar K dan Mike Chan serta penulis lirik Zel Hadauan.

"Kalau pada AJL yang lepas, saya dengan Amy (Search). Ini kali pertama saya beraksi solo di pentas AJL. Perasaan tu memang berdebar. Saya tak sangka sebenarnya yang saya dapat ke final. " Ya, dia (kekasih) juga akan sama-sama membuat persembahan. Kami juga banyak berbincang mengenai corak persembahan yang akan ditampilkan pada malam itu. Dia banyak bagi idea dari segi susunan muzik", katanya ketika ditemui pada majlis sidang media AJL28 bertempat di Hotel Imprial Subang. Bagaimanapun Hazama menegaskan meskipun kekasihnya turut terlibat dalam persembahannya, namun mereka tidak pernah mencampur-adukkan soal kerja dan peribadi. "Kalau kerja, kerja. Saya tak campur dengan hal peribadi. Kami tak ada masalah tentang itu. Masing-masing profesional. Tapi tak dinafi, sepanjang perbincangan untuk AJL ni kami ada juga ada bertelagah pendapat. Tapi perselisihan faham itu tidak berpanjangan", tuturnya.



'Pinjam' Idea Persembahan Dato' Siti 

Sementara berkongsi sedikit mengenai corak persembahannya nanti, akui Hazama, dia berperah otak memikirkan idea yang bagaimana hendak disesuaikan dengan konsep AJL tahun ini iaitu 'Game On'. Akhirnya dia mendapat ilham daripada persembahan Dato' Siti Nurhaliza sewaktu di Anugerah Industri Muzik (AIM20) baru-baru ini. "Idea untuk persembahan sebenanrnya saya dapat selepas tengok persembahan Dato Siti di AIM baru-baru ni. Tapi konsep tersebut saya olah semula", ujarnya yang enggan mengulas lanjut kerana mahu membuat kejutan pada malam itu. Antara lagu lain yang merebut gelaran Juara Lagu ialah Aku Pelat (Salammusik), Takkan Terpisah (Black), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul, Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) dan Aku Pelat (Salammusik). AJL28 bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3. - mD




.

Benarkah penyanyi, Heliza di lamar orang?


Benarkah penyanyi, Heliza di lamar orang? | Penyanyi yang ini semakin aktif sebagai penceramah bebas, Heliza nyata sangat terkejut apabila dia dikatakan telah dilamar oleh penyanyi da npenulis lirik terkenal, Hafiz Hamidun. Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Hafiz mendakwa dia telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang penceramah bebas yang juga seorang penyanyi kelahiran sebuah program realiti TV sehingga timbul desas-desus bahawa individu yang dimaksudkan ialah Heliza.

"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan. Saya akui mempunyai hubungan dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama", kata Heliza.

Laporan juga menyebut yang Heliza berkata sehingga kini dia masih belum menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Malah katanya, dia tidak akan berahsia sekiranya dia akan berkahwin nanti sebaliknya bersikap terbuka dan akan berkongsi dengan peminatnya mengenai berita tersebut. "Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin", katanya. -MD




.

TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR




TIBA-TIBA DIA ADA - REHAN MAKHTAR | Aryana terkejut apabila mama dan papanya berkehendakkan dia berkahwin dengan anak rakan mereka, Zakhri Adha. Namun apa yang mengejutkan Aryana, lelaki yang bakal menjadi suaminya, muda dari dia 7 tahun malah masih seorang pelajar di Jerman. Kalau boleh dia memang tidak mahu, namun berhadapan dengan Zakhri Adha atau Ayie, mewujudkan satu persepsi yang jauh berbeza. Ayie jauh lebih matang daripada umurnya yang muda 7 tahun. Tiba-tiba dia dipinang, ditunangkan, dinikahkan dan sedar saja dia sudah menjadi seorang isteri.

Bohonglah kalau tidak ada sedetik pun rasa curiga didalam hati Aryana. Dia hairan kenapa perkahwinan itu begitu 'mudah' dan lancar. Sungguhpun dengan perbezaan umur yang agak ketara, Ayie dilihat mampu menjadi seorang suami yang bisa membimbing Aryana sebagai seorang isteri. Tapi, benarlah kecurigaan Aryana, suaminya rupa-rupanya ada rahsia tersendiri, dan ianya menjadi sebab kenapa perkahwinan mereka segera dilangsungkan. Kerana fitnah, Aryana akur bersama suaminya ke Jerman bagi menegakkan cerita sebenar. Asyik menyulam kasih, Aryana harus segera pulang ke Malaysia disebabkan perniagaan keluarga menghadapi masalah akibat client yang sangat cerewet. Sebaliknya, pertama kali melihat Aryana, client itu jatuh hati pula tanpa mengetahui sebenarnya Aryana sudah berstatus isteri orang.

Perkahwinan jarak jauh memang benar-benar menguji hati pasangan suami isteri ini. Dalam menanggung rindu yang membara, cinta mereka diuji lagi.. Kali ini lebih hebat.. Jom dapatkan satu lagi karya hebat dari penulis Rehan Makhtar yang tak pernah mengecewakan, dan mari bersama menyusuri kisah cinta pasangan ini, Ayie dan Arya..


Tajuk : Tiba-tiba dia ada
Penulis : Rehan Makhtar
Halaman : 647 muka surat
Harga : RM25/RM28



P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina




.

Suami 'paksa' isteri sedang hamil tiduri sepupu?



Suami 'paksa' isteri sedang hamil tiduri sepupu?  | Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen. Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya. Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud. Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini. Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil. -MD




.

Jumlah kerugian akibat kebakaran di Rantau Panjang



Jumlah kerugian akibat kebakaran di Rantau Panjang | Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menganggarkan kebakaran membabitkan 60 unit di Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas pada Isnin lalu melibatkan kerugian sebanyak RM2 juta. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Abdul Jalil Ishak berkata, setiap unit kedai yang musnah dalam kebakaran itu dianggarkan berjumlah antara RM40,000 hingga RM60,000. Menurutnya, kebakaran tersebut melibatkan jumlah kerugian yang besar kerana keseluruhan unit kedai berkenaan diperbuat daripada kayu.

"Anggota daripada Unit Penyiasatan Kebakaran masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini. Sebanyak 60 unit kedai berusia kira-kira 20 tahun di Pekan Rantau Panjang berhampiran Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini, yang terkenal sebagai 'syurga membeli-belah' musnah dalam kebakaran tersebut. Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa berikutan kesemua premis tidak beroperasi pada waktu malam. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!