Thursday, January 16, 2014

Penemuan menggemparkan di Pantai Kampung Kuala Tatau, Bintulu


Penemuan menggemparkan di Pantai Kampung Kuala Tatau, Bintulu | Sebuah keluarga yang tinggal di Pantai Kampung Kuala Tatau dekat sini terkejut dan gempar dengan kehadiran seekor anak ikan paus sirip sepanjang 12 meter yang masih hidup, terdampar di kawasan pantai itu. Kehadiran anak paus sirip yang terdampar itu disedari lebih kurang jam 10 pagi oleh sebuah keluarga yang tinggal berdekatan pantai berkenaan. Usaha untuk menolak ikan paus itu ke laut tetapi gagal dan apa yang mampu dilakukan ialah menyimbah air untuk memastikan mamalia itu terus hidup sehingga air pasang semula dan mengambil masa selama empat jam untuk melepaskannya ke laut. Kemungkinan besar anak paus sirip ini terpisah daripada ibunya akibat ribut kencang semalam. -MD




.

Kediaman Justin Bieber digeledah polis, dan penemuan mengejutkan



Kediaman Justin Bieber digeledah polis, dan penemuan mengejutkan | Kira-kira 12 orang detektif menggeledah rumah penyanyi remaja Justin Bieber untuk mencari bukti bagi dakwaan membaling telur ke arah kediaman jiran. Namun lain yang dicari, lain yang ditemui apabila salah seorang pengiring penyanyi itu yang dikenali sebagai Xavier Smith ditahan kerana memiliki dadah jenis kokain. Walaubagaimana pun, polis masih membuat siasatan, dan hanya akan mendedahkan laporan lengkap siasatan sebaik selesai siasatan. -AP




.

Upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dibedil 2 roket



Upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dibedil 2 roket | Dua roket dilepaskan berhampiran kawasan pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di Shaar HaNegev, semalam. Jurucakap polis Micky Rosenfeld bagaimanapun tidak menyatakan roket berkenaan dilepaskan dari kawasan mana tetapi tidak menolak ianya dilakukan oleh sekumpulan individu dari sempadan Gaza. “Bom itu disasarkan di bandar Sderot terletak berhampiran sempadan Gaza. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan,” katanya kepada Al Arabiya. Susulan kejadian itu, polis dan tentera Israel meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan. -AP




.

Fazura dedah hubungan dengan seorang lelaki yang juga merupakan deejay popular



Fazura dedah hubungan dengan seorang lelaki yang juga merupakan deejay popular | Pelakon Fazura berasa bangga dengan kejayaan dan sambutan masyarakat Amerika Syarikat (AS) terhadap penyanyi Yuna ketika melakukan persembahan di Jimmy Kimmel Live di ABC Television Network, baru-baru ini. Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 31, berkata, Yuna telah membuang pandangan negatif masyarakat luar terhadap wanita Muslim yang berhijab, malah diterima dengan baik oleh rakyat negara itu. "Ketika saya bercuti di Amerika Syarikat, saya sempat bertemu dengan Yuna dan menyaksikan persembahannya di sana. Mereka sangat menyukai Yuna. "Saya sangat bangga melihat penerimaan masyarakat luar terhadap Yuna dan beberapa kawan saya yang turut melihat persembahan tersebut kagum dan memuji penampilan Yuna dengan berhijab," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Kami Histeria, di e@Curve.


Fazura berkata demikian ketika ditanya tentang pengalaman percutiannya selama sebulan di negara itu. Dia yang baharu sahaja pulang awal minggu lalu memberitahu sempat bertemu dan meluangkan masa selama tiga jam bersama penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki itu. "Sebelum ini saya pernah jumpa Yuna dua, tiga kali sahaja di beberapa majlis, tetapi ketika saya berada di sana, dia mesej saya bertanya sama ada saya berada di sana dan mempunyai masa untuk berjumpa. "Tidak sangka pula pertemuan di sebuah restoran itu berlarutan sehingga tiga jam kami berborak, dia turut mengajak saya untuk datang menyaksikan persembahannya di sana," katanya.


Sementara itu, Fazura yang turut ditanya tentang hubungannya dengan seorang lelaki yang juga deejay popular dari negara itu mengakui mereka sedang berkawan rapat.Bagaimanapun, kata Fazura, perkenalan hampir setahun dengan lelaki yang bernama Randy Seidman itu belum lagi menimbulkan bibit cinta. "Boleh dikatakan yang dia kawan lelaki yang paling rapat dengan saya sekarang, tapi tidak bermakna kami bercinta. "Kami kenal sejak setahun lalu. Ya, dia kagumi saya dan saya pun kagumi dia. Saya rasa tak salah kalau kita nak kagumi kawan kita," katanya. Fazura turut menjelaskan percutian tersebut bukanlah untuk berjumpa Randy semata-mata, sebaliknya telah lama menyimpan hasrat untuk ke Amerika Syarikat. -MStar




.

SUAMIKU MR. BLIND - DANISYARAHMAT




SUAMIKU MR. BLIND - DANISYARAHMAT | Ain Syuhada tidak pernah sangka, perbuatannya menyembur racun serangga berjenaka Redinsect ke muka Aidil Zafran akan membuatkan lelaki itu menjadi buta. Akibatnya, Aidil Zafran terus dibawa oleh keluarganya keluar negara. Semua itu terjadi ketika mereka dibangku sekolah lagi. Namun, takdir menentukan mereka bertemu lagi, ketika Ain Syuhada menjadi PA kepada Aidil Zafran yang buta. Kerana takut Aidil Zafran mengenalinya, Aiz Syuhada segera menipu mengenai latar belakangnya.

Ketika Aidil Zafran mula serasi dengan Ain Syuhada, kehadiran Rayyan yang ingin segera mengahwini Ain Syuhada, membuatkan Aidil Zafran kecewa dan sedar diri. Namun Rayyan ada sebab tersendiri menjadikan Ain Syuhada isterinya. Apabila pernikahan itu dibatalkan secara tiba-tiba, Aidil Zafran dengan rela hati menjadi galang ganti. Baginya, dia akan menjadi suami PA sendiri kerana sedar dia sudah jatuh hati dengan wanita itu. Namun dalam perjalanan untuk nikah, Aidil Zafran dapat tahu bahawa Ain Syuhada yang bakal di nikahinya adalah orang yang sama yang membuatkan dia buta.

Baginya, itulah masa yang paling tepat untuk melunasi dendam. Betapa peritnya kehidupannya sebagai seorang yang buta selama ini. Ain Syuhada ditinggal walaupun sudah bergelar seorang isteri. Namun kepulangannya pada suatu hari membuatkan dia harus segera melupakan dendam itu..



Tajuk : Suamiku Mr. Blind
Penulis : Danisyarahmat
Halaman : 442 muka surat
Harga : RM19/RM22





P/S - Recommended By Lulu Caldina




.

Bila juruterbang pesawat diserang sakit jantung dalam penerbangan


Bila juruterbang pesawat diserang sakit jantung dalam penerbangan | Penumpang pesawat United Airlines Boeing 737 berhadapan detik cemas apabila juruterbang pesawat berkenaan diserang sakit jantung. Dipetik laporan Daily Mail, bagaimanapun, beliau bernasib baik selepas diselamatkan oleh seorang jururawat Linda Alweiss dari Camarillo, California yang ketika itu dalam perjalanan dari Des Moines ke Denver bersama suami dan anak perempuannya. "Saya tampil membantu selepas kru pesawat membuat pengumuman jika ada kalangan penumpang yang mempunyai latihan perubatan," katanya. Alweiss kemudiannya dibantu seorang lagi wanita, Amy Sorenson untuk memberikan rawatan kecemasan. Pesawat itu bagaimanapun mendarat dengan selamat di Ohama selepas pembantu juruterbang mengambil alih penerbangan dan meneruskan perjalanan menuju ke Denver keesokan harinya.-DM




.

Cristiano Ronaldo dedah rahsia


Cristiano Ronaldo dedah rahsia | Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengakui yang dia pernah terfikir mengenai Manchester United pada musim panas lalu. Ronaldo, 28, berkata, situasi tersebut berlaku selepas pemain pertahanan United, Rio Ferdinand cuba 'memujuknya' untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya itu. Penyerang Portugal itu yang baru dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia 2013 (Ballon d'Or) buat kali kedua selepas 2008 dikaitkan dengan kepulangan ke Old Trafford selepas berhijrah ke Madrid pada 2009. Selepas merangkul anugerah tersebut, Ronaldo mengakui yang United sentiasa kekal dalam hatinya.

"Benar, Ferdinand ada bertanyakan kepada saya. Dia adalah sahabat baik saya dan kami banyak menghabiskan masa bersama ketika saya berada di United. "Malah, Ferdinand adalah jiran saya ketika saya menetap di Manchester. "Dia merupakan seorang pemain yang hebat dan cuba mengubah fikiran saya. Saya pernah terfikir mengenai United. Mereka masih berada dalam hati saya. "Itulah kelab yang saya beraksi selama enam tahun dan saya amat menyintai United. Saya ada ramai sahabat di sana dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka," kata Ronaldo.

Ronaldo berjaya menewaskan pencabar terdekat, Lionel Messi dan Franck Ribery dalam perebutan anugerah Pemain Terbaik Dunia 2013. Ronaldo telah menjaringkan 66 gol sepanjang 56 perlawanan bersama Real dan skuad kebangsaan tahun lalu termasuk hatrik ketika membantu Portugal layak ke pentas Piala Dunia 2014. Portugal menewaskan Sweden 4-2 secara agregat pada aksi playoff. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!