Friday, February 14, 2014

Wanita mengamuk kerana kekasih enggan bersama



Wanita mengamuk kerana kekasih enggan bersama | Seorang wanita, Ashley Marie Prenovost mengamuk selepas kekasihnya enggan berasmara dengannya, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Prenovost yang berusia 24 tahun itu menumbuk dinding dan cermin selepas kekasihnya enggan menjalin hubungan seks dengannya. Dia juga dituduh membawa anak perempuannya yang berusia empat bulan keluar dari rumahnya di sini dan menjerit-jerit dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. Polis Glendale berkata, ketika tiba di tempat kejadian, wanita itu kelihatan berbogel dan tubuhnya berlumuran darah. Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan mabuk. Prenovost ditangkap di sebuah kedai pakaian dan didakwa melakukan penderaan ke atas kanak-kanak dan menyerang sebuah budak di bawah umur. - Agensi




.

12 Gambar Bintang bola sepak David Beckham melawat mangsa taufan Haiyan di Filipina


Bintang bola sepak David Beckham melawat mangsa taufan Haiyan di Filipina | Bintang bola sepak David Beckham melawat Filipina semalam untuk memberi sokongan kepada mangsa taufan Haiyan ketika tidak semua benar-benar pasti identitinya.


Ratusan mangsa bencana alam itu bergegas meninggalkan khemah sementara masing-masing untuk menyambut selebriti dunia itu di negara yang lebih ramai peminat bola keranjang berbanding bola sepak itu.



Lawatan berkenaan adalah kunjungan kedua Beckham ke Filipina dalam kapasitinya sebagai duta khas Dana Kanak-kanak PBB.



Dia tiba di Tacloban dengan pesawat peribadi dengan kemeja T berlambang UNICEF dan meluangkan masa menziarahi khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat taufan Haiyan November tahun lalu.



Malah Beckham, 38, turut memasuki satu daripada khemah berkenaan dan berbual-bual dengan penghuninya.


Kemunculan Beckham itu memang mudah menarik perhatian orang ramai dengan sesetengah mereka terpesona dengan kekacakannya.


Ibu kepada empat anak, Darilyn Bascug berkata, dia difahamkan Beckham bermain untuk pasukan Azkals - merujuk kepada kelab bola sepak kebangsaan Filipina.


“Saya tidak begitu kenal dia, atau isterinya,” katanya. Sejurus selepas ketibaan Beckham, seorang lagi wanita di kawasan berkenaan sempat bertanya kepada wartawan: “Adakah lelaki itu selebriti?” - AFP





.

Kemalangan ngeri seorang ibu dihadapan anaknya yang berusia 2 tahun



Kemalangan ngeri seorang ibu dihadapan anaknya yang berusia 2 tahun | Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan kepalanya putus. Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup. Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam. Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik.Lif yang terus bergerak naik itu menyebabkan kepala dan badannya terputus. Menurut laporan media tempatan, kepala wanita berkenaan ditemui di tingkat bawah manakala badannya ditemui di tingkat dua selepas lif berkenaan terhenti di situ. Rakan keluarga berkenaan, Mikhail berkata: “Mangsa baru pulang daripada bersiar-siar bersama anaknya dan ingin menaiki lif tetapi pintu lif tertutup tiba-tiba.”

 “Olga berjaya menolak anaknya keluar sebelum separuh badannya tersepit pada pintu dan bahagian atasnya melanggar lantai konkrit ketika lif bergerak naik. “Keadaannya sangat mengerikan dengan badannya terputus dan isi perutnya terburai,” kata rakannya itu. “Yang paling menyedihkan, kejadian berlaku di depan mata anaknya yang masih kecil,” kata seorang petugas kecemasan ketika ditemui. Sebelum itu, suami Olga, Dmitry, 24, menaiki lif yang sama membawa seorang lagi anak mereka Egor berusia setahun selepas keluarga itu keluar bersiar-siar.

Dalam keadaan trauma, anak mereka, Maxim hanya boleh berkata “Mama...kaki” apabila menemui bapanya yang juga terkejut dengan kejadian berkenaan. Sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Dmitry menulis dalam status di laman sosialnya: “Saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai.” Dia dalam usaha memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggaraan apartmen itu kerana kecuaian mereka hingga menyebabkan kemalangan ngeri itu. Pihak berkuasa Russia sudah mula melancarkan siasatan mengenai kejadian itu. Seorang penduduk aparmen berkenaan berkata, sudah banyak aduan dibuat mengenai lif itu yang dibina sejak era Soviet.- Daily Mail





.

Gambar Datuk Shah Rukh Khan jalan bertongkat di KLIA



Gambar Datuk Shah Rukh Khan jalan bertongkat di KLIA | RAJA romantik Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 7.40 pagi tadi. Pelakon terkenal itu tiba dari Mumbai dengan penerbangan pesawat MH195. Apa yang menarik, selepas lebih 1 jam menanti, SRK mula kelihatan berjalan keluar dari bilik VIP pada jam 9 pagi dengan memakai tongkat. Ini mungkin disebabkan atas kecederaan yang dialami beliau apabila dihempap pintu semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini. Walaupun kelihatan letih, SRK tetap berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan memberikan tandatangan buat para peminatnya.


Sejurus selepas itu beliau terus menuju masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes dan berlalu pergi ke hotel. Beliau difahamkan tiba bersama dua heroin terkenal Bollywood Madhuri Dixit, Rani Mukherji juga YoYo dan Arijit Singh. SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert 'Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars' yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka. Konsert tersebut dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd. -MD




.

Bapa pukul anak lelaki sampai mati dengan kayu kriket


Bapa pukul anak lelaki sampai mati dengan kayu kriket | Seorang bapa dilaporkan bertindak memukul anak lelakinya berumur 11 tahun sehingga mati dengan kayu kriket di sebuah kawasan luar bandar di Australia, semalam. Kanak-kanak lelaki tersebut, Luke Batt dilaporkan dipukul bapanya, Greg, 54, dengan kayu kriket sejurus selepas kanak-kanak itu selesai menjalani latihan sukan tersebut di Tyabb oval, Mornington Peninsula, 100 kilometer dari tenggara Melbourne, petang semalam. Luke cedera teruk dan maut di tempat kejadian. Laporan turut menyatakan Luke telah ditikam, namun perkara itu tidak dapat disahkan. Komander polis, Doug Fryer berkata, mereka tiba di tempat kejadian dan menemui Greg memegang sebilah pisau. "Apabila alat penyembur lada gagal menghentikan tindakannya, polis melepaskan tembakan ke arahnya (Greg) dan mengenai dadanya.

"Kecederaan yang dialaminya (Greg) menyebabkan dia terbunuh, namun saya tidak boleh memberi sebarang maklumat lanjut," katanya. Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital dengan helikopter tetapi meninggal dunia awal hari ini. Fryer berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut. Ibu kanak-kanak tersebut, Rosie Batty terkejut dengan insiden itu dan dia kini trauma selepas mengetahui kejadian itu yang berlaku tidak beberapa meter dari tempat dia berada. Wanita itu berkata, suami­nya itu mempunyai masalah men­tal dan pernah dikenakan tindakan kerana berkelakuan ganas. - AFP





.

Pelakon Ariana Rose, Nur Fathiya pengsan ketika pementasan Bidasari



Pelakon Ariana Rose, Nur Fathiya pengsan ketika pementasan Bidasari | Pelakon yang memegang watak utama dalam drama bersiri popular, Ariana Rose, Nur Fathiya Abd Latiff dilaporkan pengsan ketika sedang menjalani pementasan teater Bidasari di Istana Budaya. Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Nur Fathiya yang sedang menjalani pementasan dengan memegang watak utama iaitu Bidasari dikatakan pengsan di atas pentas. Menurut penonton yang sedang menyaksikan pementasan itu, Fathiya dilihat dalam keadaan lemah sebaik pementasan bermula.

Katanya, selepas hampir satu jam pementasan berjalan, tirai tiba-tiba ditutup dan pementasan dihentikan seketika selama lima hingga sepuluh minit. "Sebaik pementasan disambung semula, watak Bidasari yang dilakonkan Fathiya sebelum itu diganti dan diambil alih pelakon lain. Sementara itu, Ketua Pengarah Istama Budaya, Johari Saharani gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Teater Bidasari di bawah arahan Lokman Ghani berlangsung sehingga 17 Februari ini. -HM




.

Warga emas temui ajal dalam keadaan mengerikan di landasan kereta api


Warga emas temui ajal dalam keadaan mengerikan di landasan kereta api | Seorang warga emas yang dilihat duduk bersendirian di tepi landasan kereta api berhampiran rumahnya pada jam 2 pagi kelmarin, menemui ajal di landasan sama selepas dilanggar kereta api penumpang dalam kejadian di Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, beberapa jam kemudian, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Limah Yunus , 80, tercampak 10 meter dan mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala pecah, manakala cebisan otaknya bertaburan.

Mangsa dikatakan keluar rumah bersendirian ke landasan kereta api terletak 40 meter dari rumahnya sebelum dilanggar kereta api penumpang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Stesen Kereta Api Gua Musang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan. Anak mangsa, Azman Awang, 44, berkata, sebelum ini ibunya kerap keluar rumah bersendirian dan kali terakhir ditemui di landasan kereta api pada jam 2 pagi kelmarin.

“Sebelum ini ibu pernah hilang semalaman dan ditemui dalam hutan berhampiran rumah. “Kami sudah tutup pintu dan jendela rumah, tetapi dia keluar juga mungkin menerusi tingkap. Akhirnya saya dikejutkan dengan tragedi yang menimpa ibu di landasan kereta api sama tidak jauh dari kawasan dia ditemui duduk bersendirian pada jam 2 pagi semalam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!