Tuesday, September 2, 2014

Subhanallah.. Ini kisah Claudio Vieira de Oliveira yang memiliki kecacatan luar biasa dan ekstrem


Subhanallah.. Ini kisah Claudio Vieira de Oliveira yang memiliki kecacatan luar biasa dan ekstrem | JIKA anda pernah tidak puas hati dengan badan anda yang tidak sempurna, Claudio Vieira de Oliveira akan memberikan anda perspektif berbeza. Kakinya cacat, begitu juga lengan dan tangannya yang hampir tidak berfungsi serta kepalanya yang boleh diterbalikkan ke belakang. Claudio, 37, dilahirkan dengan 'arthogryposis kongenital', satu kecacatan yang sangat ekstrem sehingga ibunya telah dinasihatkan oleh doktor untuk membiarkannya mati. Claudio bernasib baik kerana ibunya tidak 'melakukannya' dan dia berjaya membuktikan kepada dunia bahawa dia boleh melakukan apa yang orang lain mampu lakukakan dan mungkin melakukannya dengan lebih baik.

Ibunya berkata: "Ramai yang mula berkata bahawa "bayi itu akan mati" kerana dia hampir tidak boleh bernafas apabila dilahirkan. Sesetengah orang berkata "jangan beri dia makanan kerana dia sebenarnya sudah mati". Tetapi sekarang, setelah diajar supaya berdikari, dia menganggap dirinya normal. Dia juga merupakan seorang penceramah yang menjadi sumber inspirasi dan juga mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan. Claudio, yang tinggal di Brazil, berkata: "Sejak kecil lagi saya sentiasa suka menyibukkan diri saya dan melakukan sesuatu kerja - saya tidak suka bergantung sepenuhnya kepada orang lain.


"Saya belajar untuk menghidupkan TV, mengangkat telefon bimbit saya, menghidupkan radio, menggunakan internet, komputer - semuanya saya buat sendiri." Dia juga boleh berjalan-jalan di sekitar bandar dengan kasut khas yang membolehkannya berjalan dengan lututnya kerana badannya tidak dapat berada di atas kerusi roda. Claudio berkata: "Sepanjang hidup saya, saya dapat menyesuaikan badan saya dengan dunia. Sekarang, saya tidak melihat diri saya sebagai berbeza. Saya seorang yang normal. -AP




.

Khabar terkini penyanyi Mamat (Exist) selepas kisah kelamnya beberapa tahun lalu



Khabar terkini penyanyi Mamat (Exist) selepas kisah kelamnya beberapa tahun lalu | Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka. "Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.

 "Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah," katanya. Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini. Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

"Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada. "Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan," ujarnya. Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan. "Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat," ujarnya. Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom. Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus.-Mstar




.

[Gambar] #MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa



[Gambar] #MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa | Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa. Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.


Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan. Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan. -Mstar




.

Bila aib artis terkenal jadi tontonan ramai



Bila aib artis terkenal jadi tontonan ramai | Gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini bertebaran di Internet gara-gara penggodam. Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal. Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu. Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila privasinya dirampas orang tidak dikenali.

Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan. “Ini jelas melanggar privasi. “Pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka pasti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer,” katanya. Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapa keping selfie. Selebihnya gambar Jennifer, 24, yang dirakam pihak kedua atau ketiga. Media melaporkan, sejurus gambar sulit itu tersebar pengguna laman sosial mula menggunakan ‘trending’ Jennifer Lawrence.

Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain. Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo. Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.

Bekas bintang Nickelodeon dan penyanyi Victoria Justice bagaimanapun menafikan imej menyerupai dirinya adalah asli. “Gambar kononnya saya berbogel itu palsu,” katanya melalui Twitter. Jurucakap Ariana Grande juga turut menafikan gambar terbabit dan memberitahu ia tidak benar sama sekali.- AFP Namun pelakon filem seram Mary Elizabeth Winstead yang turut digodam gambarnya mengakui dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku. “Kepada sesiapa yang melihat gambar saya bersama suami beberapa tahun lalu di rumah kami, harap kamu mampu berasa hebat dengan diri sendiri,” katanya. -AFP




.

Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak


Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak | Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak Hasrat seorang lelaki mengutip duit sewa rumah bertukar tragedi apabila dia bersama dua anak berusia lima dan tujuh tahun maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang di Batu 6, Lekir, di sini lewat malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Suhaini Abu Samat, 39, yang menunggang motosikal bersama dua anak lelakinya maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sejurus kenderaan mereka dirempuh dari belakang.

Mangsa yang bekerja sendiri, bersama dua anaknya, Mohamad Kuzaimy, tujuh tahun dan Haikal Firdaus, lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurut adik mangsa, Rosnita Abu Samat, 32, abang dan dua anak saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak, di sini, selepas mereka ke rumah arwah ibunya di Taman Keris Batu 6. “Arwah abang dan anaknya ke rumah arwah ibu kami yang disewakan kepada orang lain untuk mengutip duit sewa rumah.


“Mereka tiga beranak keluar selepas Isyak dan apabila tiba di sana penyewa tiada di rumah, lalu mereka bergerak pulang semula ke rumah di Sungai Limau. “Malangnya, dalam perjalanan pulang itu mereka terbabit kemalangan dan kami dimaklumkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian,”” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung, di sini, semalam. Rosnita berkata, hubungan Allahyarham bertiga begitu rapat dan anak saudaranya begitu manja dengan arwah abangnya sejak kematian ibu mereka dua tahun lalu. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!