Wednesday, January 21, 2015

Rakaman CCTV doktor dan jururawat jatuhkan seorang pesakit mental dari katil dan memijak pesakit tersebut tersebar di laman sosial



Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) beberapa doktor dan jururawat didakwa menjatuhkan seorang pesakit mental dari katil dan memijak pesakit tersebut tersebar di laman sosial. Rakaman CCTV itu telah dimuatnaik ke laman popular YouTube memaparka aksi ganas doktor berkenaan. Menurut laporan Dailymail, kejadian berlaku di sebuah hospital psikiatri di Shenyang, November lepas.


Pesakit mental tersebut, Zhao Yanli dijumpai abangnya, Cheng dalam keadaan separuh sedar dan lebam-lebam. "Keadaan beliau sangat teruk," kata Cheng. Zhao dibawa ke hospital lain dan diberitahu bahawa kemungkinan Zhao untuk berjalan adalah tipis. Sementara itu, keluarga Zhao sudah mengupah peguam untuk menuntut hukuman setimpal terhadap doktor dan kakitangan hospital berkenaan. -AP



.

Pertemuan selepas 44 tahun terpisah ini menjadi hadiah hari lahir yang begitu bermakna buatnya


 Pertemuan selepas 44 tahun terpisah ini menjadi hadiah hari lahir yang begitu bermakna buatnya | "Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya," kata Normah Bakar, 64, yang tidak menyangka dapat bertemu kembali dengan bekas majikannya selepas 44 tahun terpisah. Pertemuan antara Normah yang pernah menjadi pembantu rumah kepada Dael Parry, 78, wanita warga Australia itu begitu mengharukan hingga kedua-duanya menitiskan air mata. Selepas 44 tahun terpisah, Normah tidak menyangka bekas majikannya yang dipanggil 'Madam' itu sanggup mencari dengan datang ke negeri ini hingga datang ke rumahnya di Flat Uda, Tanjong Tokong, di sini, dan secara kebetulan, dia menyambut hari jadinya hari ini.

Menyingkap kembali memori mereka, Normah berkata, dia tidak menyangka bekas majikannya itu masih ingat kepadanya dan berusaha menjejaknya. Menurutnya, dia bekerja dengan wanita terbabit sebagai pembantu rumah di kediaman Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Tanjong Tokong, di sini, pada 1968. "Sebelum itu, ibu saya bekerja sebagai pembantu rumah di situ, namun selepas dia meninggal dunia dan saya yang berusia 16 tahun ketika itu diambil menggantikan tempat arwah ibu,” katanya. Normah berkata, mereka mereka terpisah pada 1971 apabila bekas majikan itu pulang ke Australia. Menurut Normah, wanita itu beberapa kali menghantar bungkusan mengandungi baju dan coklat sebelum mereka terputus hubungan. -Metro




.

Pemandu bas mati selepas minum air yang dijampi seorang dukun untuk membuktikan dia tidak mencuri buku


Seorang pemandu bas mati selepas minum air yang dijampi seorang dukun untuk membuktikan dia tidak mencuri buku. Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk kampung di daerah Kisii, barat daya Kenya. Lembaga pengarah sekolah kampung berkenaan sebelum itu meminta khidmat seorang dukun menjejaki lelaki yang mencuri buku sekolah. Pemandu bas itu menawar diri untuk meminum air yang dijampi dukun berkenaan untuk membuktikan bukan dia yang mencuri.

“Dia dicabar dan dia menyahut cabaran itu untuk minum air jampi berkenaan,” kata ketua polis tempatan Simon Kiragu kepada akhbar Daily Nation. Pemandu berusia 33 tahun itu tidak sedarkan diri dan disahkan mati sebaik minum air itu. Penduduk kampung yang marah kemudian bertindak balas terhadap lembaga sekolah dengan membakar bas sekolah dan rumah timbalan pengetua. - Agensi



.

Penduduk terkejut jumpa buaya di kawasan perumahan



Penduduk terkejut jumpa buaya di kawasan perumahan | Penduduk di Taman Sumber Alam Sanctuary di sini, gempar apabila buaya berada di kawasan perumahan mereka, pagi tadi. Buaya berukuran kira-kira dua meter itu dilihat berada atas jalan sebelum jatuh dalam longkang. Pegawai Pertahanan Kuching, Shaiful Azril Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk taman, 10.25 pagi tadi. "Anggota JPAM mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap buaya itu. "Buaya itu dipercayai dari Sungai Samariang tersesat ke longkang taman perumahan itu kerana air pasang besar semalam," katanya. -Metro



.

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam mangkuk tandas Universiti Putra Malaysia (UPM)



Mayat bayi baru lahir ditemui dalam mangkuk tandas Universiti Putra Malaysia (UPM) | Mayat seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai dalam mangkuk tandas di Blok H, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Bintulu di sini hari ini. Mayat bayi yang belum dikenal pasti jantina dan cukup sifat itu ditemukan kira-kira pukul 8 pagi Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu ketika dihubungi di sini berkata, mayat bayi malang tersebut telah berjaya dikeluarkan dari mangkuk tandas dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Utusan




.

Kejadian aneh di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ini membuat penduduk teruja..



Kejadian aneh di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ini membuat penduduk teruja.. | Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam. Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.


Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa. Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu.


Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan. Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini. -AP



.

Rakaman video papar aksi lelaki jadi wira selamatkan kanak-kanak daripada maut



Rakaman video papar aksi lelaki jadi wira selamatkan kanak-kanak daripada maut | Satu rakaman video memaparkan aksi seorang lelaki menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada maut selepas kereta sorong bayi yang dinaiki mangsa hampir terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter. Rakaman daripada kamera keselamatan di satu kawasan bukit di sini itu memaparkan seorang lelaki, Mehmet Soysal sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum sebuah kereta sorong bayi yang membawa kanak-kanak berusia dua tahun tersebut tiba-tiba lalu di hadapannya.

Mehmet kemudian dilihat mencampak telefon bimbitnya dan terus berlari sebelum menangkap kereta sorong berkenaan yang hampir terjatuh ke dalam gaung berkenaan. Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin berkata, dia melepaskan kereta sorong bayi itu sebentar kerana mahu bercakap dengan suaminya dan tidak menyedari kereta sorong itu tiba-tiba bergerak dengan sendirinya. “Saya dan suami cuba mengejar kereta sorong bayi berkenaan tetapi tidak sempat kerana terlalu laju. “Mehmet adalah wira kami kerana anak saya mungkin terbunuh sekiranya dia terjatuh di dalam gaung yang dalam itu,” katanya. – Agensi




.

Laporan awal nahas pesawat #QZ8501


Laporan awal nahas pesawat #QZ8501 | Para ­penyiasat Indonesia sedang memfokuskan faktor kesilapan manusia atau masalah teknikal pada pesawat yang mungkin menjadi punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu. Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC) yang sebelum ini menolak ada unsur pengganas dalam nahas itu membe­ritahu bahawa satu laporan awal tragedi tersebut akan dikeluarkan pada 28 Januari ini. Seorang pegawai penyiasat di NTSC, Nurcahyo Utomo berkata, siasatan kini tertumpu kepada kemungkinan berlakunya kerosakan pada pesawat dan faktor manusia.

Sebelum ini para pegawai agensi meteorologi Indonesia memberitahu, kemungkinan cuaca buruk menjadi punca pesawat berkenaan terhempas. “Kami akan memfokuskan kepada bagaimana sistem pada pesawat dan ­juruterbang bertindak balas terhadap cuaca berbanding cuaca ketika kejadian,” kata Nurcahyo. Ujarnya, pasukan ­penyiasat juga sedang ­menganalisa maklumat daripada rakaman data penerbangan pesawat yang memantau semua bahagian utama pesawat dan merakamkan ketinggian serta arah ia bergerak. Seorang lagi penyiasat, Ertata Lananggalih berkata, pihak berkuasa tidak akan mendedahkan sebarang butir lanjut mengenai kan­dungan rakaman data ­penerbangan dan rakaman suara kokpit QZ8501 sebelum laporan awal dikeluarkan.

Pesawat milik AirAsia Indonesia yang membawa seramai 162 penumpang dan anak kapal itu terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura. Sehingga kini, sebanyak 53 mayat penumpang berjaya ditemui dan ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam badan pesawat berkenaan. Usaha pasukan penyelam Indonesia untuk meng­hampiri badan pesawat berkenaan yang ditemui di dasar Laut Jawa sejak beberapa hari lalu masih gagal akibat cuaca buruk. Pesawat itu terhempas ke dalam Laut Jawa dekat Pulau Belitung, Indonesia selepas menempuh cuaca buruk. – AFP




.

Mayat seorang lelaki yang ditemui hangus disahkan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri'. Siapakah dia?



Mayat seorang lelaki yang ditemui hangus disahkan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri'. Siapakah dia? | Mayat seorang lelaki yang ditemui hangus di Lumut Jumaat lalu disahkan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Menurut sumber, Pakar Patologi mengesahkan identiti terbabit berdasarkan rekod pergigiannya yang diperoleh hari ini namun pengesahan yang lebih terperinci akan diperoleh selepas laporan DNA mangsa siap.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan kes berkenan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mangsa yang juga dipercayai bekas tahanan Akta Kediaman Terhad itu sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat di sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mayat mangsa ditemui 200 meter dari jalan utama ke Swiss Garden Resort berhampiran Lumut. -Kosmo




.

Tangan kanak-kanak tersepit pada escalator pusat beli belah terkenal di Kota Kinabalu



Tangan kanak-kanak tersepit pada escalator pusat beli belah terkenal di Kota Kinabalu | Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam. Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. -Metro




.

Anak 2 tahun maut dilanggar bapanya yang sedang undur kenderaan



Anak 2 tahun maut dilanggar bapanya yang sedang undur kenderaan | Seorang bapa yang sedang mengundurkan kereta, terlanggar anak perempuannya, berusia dua tahun di Taman Perumahan Fatimah Al-Zahra, Tok Dor, dekat sini, 10.15 malam tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, bapa mangsa, Rusli Ibrahim, 47, dikatakan ingin mengalihkan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah ke dalam garaj dan terlanggar sesuatu menyebabkan dia bergegas keluar.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang kontraktor terkejut apabila mendapati dia terlanggar anaknya Ruslina Puteri Batrisyia dan berlumuran darah berada di belakang kereta. Katanya, pengadu bersama isteri dan jiran membawa mangsa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan, namun pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Menurutnya, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!