Friday, September 17, 2010

Tengah holiday yaw...ngee

Wah...lulu...er..lulu kat mane eh...jauh di Sandakan Sabah...
ngee.. Today adalah hari pertama lulu kat sini.. Besar sungguh bandar Sandakan ni..Adeh leh keliru lah..
Anyway ada bbrp tpt menarik yg boleh dilawati kat sini ye..(mcm tourist guide)..

Oleh krn this is my first time kat sini, takde lah nak syok ambik gambar  muka sendiri.. yaw..malu eh...
Jom tgk pemandangan dari hotel...Cantik...ngee.. leh nampak laut terbentang luas..




Ok..So, untuk hari pertama, sempat pergi satu lokasi je.. Sampai pun dah tengah hari, mana nak check in...
Tak pe.. tpt ni mmg penting.. Merupakan tinggalan sejarah yg sgt bernilai..

Sandakan Memorial Park.. 

  

Sempena memperingati tragedi dan kekejaman yang melanda Sandakan antara Januari dan Ogos 1945. Taman Memorial menyaksikan kematian sekitar 2400 tahanan Australia dan British perang yang diadakan oleh Jepun di kem POW Sandakan, dalam melihat kemenangan Allied dalam perang Pasifik.
Terletak sekitar 11 km di luar Sandakan, halaman bekas tahanan Perang Dunia II terkenal kem perang sekarang menempatkan pinggiran Taman Rimba.. Sandakan Memorial Park ni terjaga dan sesuai untuk beriadah sambil menyelami kesengsaraan tahanan-tahan ketika itu.
Taman ini juga merangkumi sebuah muzium kecil yang berfungsi sebagai peringatan kepada ribuan Australia dan Inggeris yang kehilangan nyawa mereka di tangan orang Jepun semasa Perang Dunia II.










 



Memori Perang Dunia II ditekankan oleh karat sisa sebuah excavator dan generator dan boiler yang masih terletak pada posisi semula mereka di dekat tangga yang menuju ke Balai Pameran Commemorative kecil.





Bila berada di sini, terasa seperti hadir suatu perasaan yg..sedih.. betapa susahnya hidup tahanan-tahanan tersebut  ketika itu.. Tapa makanan dan minuman... Diseksa... Dan dipindahkan dari Sandakan ke Ranau dengan berjalan kaki merentas hutan belantara.. Dari pada 2400 orang, hanya 6 orang saja yg terselamat...

Tapi sayang, ketika lulu berada disini, tpt ni dicemari dengan kegiatan yg tidak bermoral.. Ada 4 pasang kekasih sedang bermesra..adeh... berpeluk di tpt awam.. dan...(tuttt...)

Sila berkunjung ke tempat ni (lulu tak dpt nak detailkan tempat ni, mohon rujuk google ye.. sorry)
Tempat ni free jer ye.. tak byr msk..


P/S - Esok ke destinasi lain lagi.. Setia bersama eh..ngee...  





Lembu terkecil di dunia

GAMBAR yang disiarkan Guinness World Records menunjukkan lembu
terkecil dunia, Swallow (kanan) bersama dengan seekor lembu jantan.

LONDON - Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.
Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.
Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.
Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain.





Haiwan aneh ditemui di Kenya


NAIROBI - Sejenis mamalia ganjil dipercayai spesies baru tikus kasturi gajah berjaya dirakamkan di hutan Boni-Dodori, pedalaman timur laut Kenya baru-baru, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis percaya bahawa mamalia sebesar seekor kucing yang mempunyai belalai dan memakan serangga itu merupakan spesies baru tikus kasturi gajah.
Haiwan ganjil itu yang menyerupai kombinasi seekor tenggiling dan kancil pertama kali dirakamkan di Hutan Ndundulu, Tanzania pada 2005.
Namun, beberapa perangkap kamera dipasang di hutan Boni-Dodori selepas seorang ahli Persatuan Zoologi London (ZSL), Grace Wambui terserempak dengan makhluk aneh itu.





Ibu, 3 anak Michael Jackson saman penganjur konsert



LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson dan tiga anak penyanyi itu memfailkan saman terhadap penganjur konsert penyanyi itu sebelum kematiannya tahun lalu.
Katherine Jackson mengemukakan saman ke atas penganjur AEG Live yang didakwa mempertaruhkan tahap kesihatan penyanyi itu di Mahkamah Tinggi Los Angeles. Dalam dakwaannya, Katherine mendakwa AEG bertanggungjawab terhadap tindakan doktor peribadi Jackson ke atas penyanyi itu. AEG juga dikatakan gagal menyediakan peralatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa Jackson.
“Tindakan secara langsung dan tidak langsung AEG membawa kepada kematian Jackson pada 25 Jun 2009,” lapor dakwaan itu. Jurucakap AEG, anak syarikat Anschutz Entertainment Group tidak dapat memberi ulasan lanjut kerana belum menerima laporan saman dikemukakan.





'Depan cakap lain'



“Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.
“Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula,” tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.

“Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.

“Sudah ratusan kali saya cakap dengannya tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin ada yang mempertikaikan saya macam seronok hendak bercerita keaiban bekas suami tapi saya tak ada cara lain. Dia selalu cakap tak serupa bikin. Dengan saya dia cakap lain tapi dalam akhbar dia kata lain. “Kenapa dia suka meletakkan kesalahan dirinya pada orang lain. Selama ini saya minta dengan baik kenapa dia tidak memberi maklum balas. Kenapa apabila sudah tersiar dalam akhbar baru hendak bagi respons,” katanya.

Tambah Abby dalam nada kecewa, dia agak ralat dengan kenyataan Norman yang disiarkan akhbar ini kelmarin. “Dia sendiri buka pekung di dada. Duit hantaran dan duit kenduri kahwin dua cerita berbeza. Dia juga sebut perbelanjaan anak. Saya tak kata dia tidak beri belanja anak langsung tapi dia bagi bila dia rasa perlu.

“Apabila kami bercerai, yang terputus hubungan suami isteri tapi tanggungjawabnya terhadap anak-anak masih seperti biasa. Saya memang mampu menyara tiga anak tapi sebagai bapa dia tak boleh lepas tangan. “Dari satu segi memang tidak elok bercakap pasal keaiban orang tapi saya kena selalu beri amaran padanya. Saya nampak dia semakin berubah setahun sebelum kami bercerai dan perangainya yang sebenar terus terserlah. “Apa yang saya boleh cakap, apa yang saya dedahkan dalam akhbar ini benar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi dalam telefon, dia cakap dengan saya lain, dia beritahu pada media lain. Saya penat hendak melayan caranya yang kononnya berdiplomasi dan berhemah itu,” katanya






Anelka sindir FFF

ANELKA (kanan) menunjukkan seolah-olah tangannya bergari kepada rakan sepasukan Florent Malouda (kiri) dan Yossi Benayoun ketika meraikan jaringan Chelsea ketika menewaskan MSK Zilina dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, semalam.

PENYERANG buangan, Nicolas Anelka mendedahkan gaya tangan bergari ketika meraikan jaringan dalam kemenangan Chelsea ke atas MSK Zilina dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah semalam, ditujukan khusus buat Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF).

Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit ketika pertemuan dengan wakil Slovakia, Zilina manakala Michael Essien dan Daniel Strurridge memastikan kemenangan 4-1.

Penyerang 31 tahun itu, yang diarah pulang ketika saingan Piala Dunia Afrika Selatan Jun lalu selepas bertelagah dengan jurulatih kebangsaan, Raymond Domenech sejurus tewas 2-0 kepada Mexico, digantung 18 permainan antarabangsa selepas gagal menghadiri sesi perbicaraan suruhanjaya disiplin FFF.
Anelka, yang memberi gambaran dia tidak ingin lagi menyarung jersi kebangsaan Les Bleus, pernah menyifatkan hukuman yang dikenakan itu ditetapkan oleh ‘badut’ yang membuatkan dia tidak henti tertawa, lantas tidak berselindung mengakui aksi tangan bergari itu adalah untuk FFF.

“Ia sesuatu buat persekutuan Perancis mengenai apa yang berlaku di Piala Dunia,” katanya. “Ia hanya satu gurauan tetapi saya rasa pemain Perancis lain faham apa maksudnya. Apa yang berlaku pada musim panas lalu sudah berlalu dan saya kini 100 peratus fokus bermain untuk Chelsea.”

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memuji penyerang itu yang berpesta gol dan menyifatkan aksi Anelka menjadi kunci kemenangan selepas turut memainkan peranan utama mencipta peluang buat jaringan pembukaan Essien.

“Kunci perlawanan malam ini adalah Anelka,” kata Ancelotti. “Dia mempamerkan permainan menakjubkan, membuka ruang, mencipta peluang, menjaringkan dua gol dan mengumpan kepada Essien untuk gol pertama.”





Pemandu teksi terbunuh nahas ngeri

BOTA: Hasrat seorang pemandu teksi untuk melihat anak bongsunya melangsungkan perkahwinan Disember ini tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 15, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Lambor, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, Jamaluddin Harun, 70, maut manakala anak angkatnya, Mohd Fakhrul, 5, parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori minyak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 17, jalan sama selepas selesai bersarapan di kedai berhampiran.

Anak mangsa, Jefri, 42, berkata selain menunjukkan perubahan dengan lebih banyak mendiamkan diri sepanjang sambutan Aidilfitri lalu, bapanya juga runsing memikirkan persiapan perkahwinan adik bongsunya, Faezel, 27.
“Bapa ada mengeluh kerana sejak akhir ini pendapatannya sebagai pemandu teksi semakin berkurangan dan beliau tidak mampu untuk menghulurkan sum-bangan seperti adik-beradik yang lain setiap kali majlis perkahwinan diadakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian berlaku selepas kereta dipandu Jamaluddin terbabas ke kanan sebelum bertembung dengan lori minyak berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak angkatnya patah kaki,” katanya.





Ladang didakwa ada tempat pembakaran

ANGGOTA polis mengawal jalan masuk ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam.

BANTING - Keadaan ladang milik peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Ladang Gadong di sini dianggap sebagai pelik kerana didakwa mempunyai satu tempat pembakaran.


Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dia pernah memasuki ladang tersebut untuk menghantar haiwan ternakan yang dibeli Patmanaban empat bulan lalu.

Di ladang itu, lelaki yang enggan dikenali itu mendakwa dia melihat beberapa kepingan zink diletakkan bersebelahan tempat pembakaran di ladang itu.

"Dari luar ladang itu tidak nampak apa-apa kerana ia dikelilingi tembok setinggi kira-kira dua meter," katanya yang merupakan penduduk di sini.

 
 

Kes boleh dibukti tanpa mayat

Profil asid deoksiribonukleik (DNA) dan keterangan mengikut keadaan boleh menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, walaupun mayat mangsa pembunuhan tidak ditemui untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam pendakwaan.

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, berkata pendakwaan boleh dilakukan berdasarkan bahan bukti memadai dan keterangan dikumpul polis atau pihak pendakwa mewujudkan prima facie dalam kes jenayah termasuk bunuh.

“Tidak semestinya apabila mayat kes bunuh tidak ditemui seperti dibakar, suspek tidak boleh didakwa kerana ada beberapa kes sebelum ini yang mana suspek didakwa di mahkamah dan dijatuhi dihukum mati,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, polis menganggap kes pembunuhan Sosilawati, 47; dan pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dipetik berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap sembilan suspek yang ditahan setakat ini.

Kuthubul Zaman berkata, antara keterangan mengikut keadaan yang boleh dijadikan bahan bukti dalam pendakwaan di mahkamah ialah senjata diguna untuk membunuh, pengecaman waris terhadap mangsa atau barang milik mangsa termasuk profil DNA mangsa.

“Apa yang penting, pihak pendakwa perlu mempersiapkan segala bahan bukti diperoleh menerusi siasatan mereka untuk dikemukakan di mahkamah bagi dijadikan inti pati pertuduhan dan berupaya mewujudkan prima facie.
“Jika tidak wujud prima facie, suspek akan dilepas dan dibebaskan tetapi jika wujud prima facie, suspek dalam pembelaannya perlu mengemukakan bukti yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap dakwaannya,” katanya.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, K Ragunath berkata, turut mengesahkan bahawa keterangan mengikut keadaan, cebisan mayat mangsa dan DNA boleh dijadikan bahan bukti dalam menyabitkan suspek dalam kes pembunuhan.

“Apa-apa yang dijumpai dan boleh dijadikan bahan bukti atau keterangan mengikut keadaan, boleh digunakan untuk mendakwa suspek di mahkamah. Kita ada kaedah dan peraturannya,” katanya.



Sukar dapatkan DNA mangsa

ANAK Sosilawati, Erni Rineelawati Buhari (kiri), menyambut kunjungan sanak-saudara dan tetamu pada majlis tahlil untuk arwah ibunya.
Seminggu untuk keluarkan kalsium daripada tulang dibakar pada suhu tinggi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kimia berdepan kesukaran dalam menentu dan mengenal pasti profil asid deoksiribonukleik (DNA) serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain berikutan keadaan tulang yang terbakar teruk berikutan suhu pembakaran terlalu tinggi.

Bagi mendapatkan keputusan ujian, Jabatan Kimia dijangka mengambil masa seminggu kerana terpaksa mengeluarkan kalsium yang masih terkandung dalam tulang berkenaan terlebih dulu.
Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan, berkata sekiranya tulang yang ditemui tidak dibakar sebaliknya hanya reput dan ditanam, proses menganalisis mungkin mengambil masa maksimum dua hari.

“Persampelan tulang juga agak sukar dilakukan berbanding sampel lain seperti darah atau rambut kerana ia perlu dihancurkan terlebih dulu bagi mendapatkan debu.

“Di dalam tulang terdapat banyak kalsium, justeru itu kita perlu mengeluarkan semua kalsium di dalamnya terlebih dulu yang mungkin akan mengambil masa antara dua ke tiga hari. Apatah lagi tulang itu bukan reput atau lama sebaliknya ia terbakar teruk.

“Daripada debu tulang, pakar forensik boleh memulakan proses menganalisis bergantung kepada keadaan tulang, bagaimanapun kami tidak menolak kemungkinan ketepatannya boleh dicapai sehingga 100 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jabatan Kimia menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berprofil tinggi ini membabitkan enam pakar forensik terlatih dan berpengalaman supaya profil DNA yang akan diketengahkan nanti boleh dijadikan bahan bukti, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan kejam berkenaan.

Katanya, buat masa ini semua sampel tulang masih belum dikenal pasti sama ada milik empat mangsa yang didakwa dibunuh atau milik orang lain atau milik haiwan sehinggalah ia siap dianalisis.

“Apa pun besar harapan mudah-mudahan sampel yang dihantar ini akan memberikan petunjuk dan antaranya yang mudah untuk diproses dan dianalisis,” katanya.

Sebahagian daripada sampel tulang dari lokasi kejadian diterima Jabatan Kimia daripada Unit Forensik Polis kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Hithaya bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang sampel lain seperti rambut atau darah keluarga yang sudah pun menyerahkan sampel DNA masing-masing kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) Selasa lalu bagi ujian paterniti DNA.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, serpihan tulang boleh membantu menentukan DNA jika sum-sum pada tulang berkenaan masih ada. Selain menentukan identiti, ia juga boleh menentukan bila sebenarnya mangsa dibunuh dan dibakar.

Katanya, DNA itu kemudian akan dipadankan dengan sampel tisu, rambut dan darah waris mangsa untuk ujian paterniti DNA bagi mengenal pasti padanan sampel.

“Dalam kes Sosilawati, penemuan barang kes seperti jam tangan dan senjata digunakan dalam pembunuhan mereka adalah untuk tujuan dokumentasi bagi mengukuhkan proses pendakwaan ke atas suspek.

“Dalam kes di Banting ini, penjenayah memang bijak dalam melupuskan bahan bukti dengan membunuh, kemudian bakar dan membuang ke sungai. Ini yang menyukarkan kes untuk kita siasat kerana sampel gigi yang biasanya menjadi sumber utama DNA turut musnah. Namun begitu, pakar forensik mempunyai banyak kaedah lain untuk mencari DNA ini,” katanya yang juga seorang pakar forensik.

Beliau berkata, selain itu alat pengesan logam juga banyak digunakan bagi mengesan bahan bukti antaranya atap zink yang dipercayai digunakan sebagai lapik untuk membakar mayat, jam tangan dan senjata pembunuhan.

Katanya, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat turut masuk ke lokasi dipercayai tempat mayat dibakar bagi menyiasat kesan bau petrol dan kesan terbakar bagi menentukan waktu sebenar kesemua mangsa dibakar.







 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!