Tuesday, September 21, 2010

Smallest Purpose-Built Cinema in Operation

Cinema Dei Piccoli



The Cinema dei Piccoli was built by Alfredo Annibali (Italy) in 1934 in the park of Villa Borghese, Rome, Italy and today covers an area of 71.52 m² (769.83 ft²). Originally called the Topolino Cinema (after Mickey Mouse), the cinema used a Path-Baby 9.5 mm movie projector, bed sheets for the screen and played 78's for background music. Restored in 1991, the cinema has 63 seats, a 5 x 2.5 m (16.4 x 8,2 ft) screen, stereo sound and air-conditioning.












Beckham jual Istana Beckingham



David dan Victoria Beckham dikatakan akan mengiklankan kediaman tujuh bilik milik mereka (Istana Beckingham) untuk dijual kerana mereka memutuskan untuk menetap di Amerika Syarikat.
Pasangan terbabit juga sudah meminta ejen hartanah untuk menilai harga kediaman di Sawbridgeworth, Hertfordshire itu. Mereka membeli hartanah yang berkeluasan 24 ekar berkenaan pada 1999 dengan harga STG2.5 juta (RM12 juta). Menurut sumber yang rapat dengan dua selebriti itu, Victoria dan Beckham berhasrat untuk menjual kediaman itu tetapi belum diiklankan di pasaran.
Pasangan itu juga dikatakan menghabiskan sebanyak STG18 juta (RM86.4 juta) untuk mengubah suai kediaman berkenaan sepanjang mereka menginap di situ. Kediaman itu dilengkapi kolam renang terbuka dan tertutup, rumah haiwan peliharaan, studio rakaman, bilik snuker, gimnasium dan gelanggang tenis.

Selain itu, terdapat juga tiga taman berlainan konsep iaitu taman tasik, romantik dan hiasan bernilai STG10,000 (RM48,000) dibina berdekatan binaan astaka dengan lantai marmar dilengkapi kemudahan barbeku yang bernilai STG70,000 (RM336,000). Difahamkan hartanah milik keluarga Beckham itu dianggarkan bernilai STG125 juta (RM600 juta). Mereka berhasrat untuk berhijrah ke Los Angeles dan menetap di sana kerana anak mereka, Brooklyn, 11, Romeo, lapan, dan Cruz, lima, lebih gemar tinggal di Los Angeles.

Keluarga itu berpindah ke Los Angeles tiga tahun lalu sejak Beckham menyertai kelab bola sepak LA Galaxy dan mereka sudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Los Angeles. Pasangan itu juga sudah mempunyai sebilangan besar rakan selebriti termasuklah Tom Cruise, Katie Holmes, Eva Longoria serta Kate Beckinsale.

Victoria, 36, dikatakan akrab dengan Eva Longoria dan dia sering keluar makan malam bersama Eva di restoran Maze milik temannya, Gordon Ramsay pada malam minggu. Bekas penyanyi kumpulan Spice Girl itu pernah menulis di laman blog Twitter: "Hari ini saya keluar makan malam bersama Eva Longoria yang tampil anggun memakai salah satu koleksi musim gugur pakaian rekaan saya." Beckham dan Victoria mengambil keputusan untuk menjual kediaman mereka di Sawbridgeworth selepas mereka mengupah beberapa akauntan untuk mengaudit pendapatan dan perbelanjaan mereka selama ini. Kumpulan akauntan berkenaan mendapati Victoria dan Beckham membelanjakan ratusan ribu untuk kos penginapan mereka sebelum ini. Mereka sepatutnya boleh berjimat dengan menetap di satu tempat saja.



Pasangan terbabit juga dikatakan memiliki kediaman di Beverly Hills yang bernilai STG11juta (RM52.8 juta), di samping rumah percutian di Perancis serta sebuah apartmen mewah di Dubai. Mereka berpendapat mengekalkan kediaman di Britain hanyalah satu pembaziran. Menurut satu sumber pula, Victoria dan Beckham bercadang untuk membeli sebuah rumah di Chelsea atau Belgravia untuk dijadikan rumah persinggahan apabila mereka pulang ke Britain. Victoria dilaporkan sering ke London untuk menguruskan perniagaan pakaian rekaannya. Baru-baru ini, dia menyelesaikan beberapa urusan di London sebelum ke New York untuk pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan koleksi rekaan terbarunya. Beckham pula yang cedera dan tidak dapat bermain tinggal di Los Angeles bersama anak-anak mereka. Beckham mempunyai tiga tahun kontrak bersama LA Galaxy yang menjanakan pendapatan STG12 juta (RM57.6 juta).






Ngeri : Kereta tertusuk penghadang jalan


BILLINGS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu, Andy Dangerfield, 21, yang sedang mengantuk nyaris maut terkena tusukan logam penghadang jalan yang menembusi keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.



Kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan balik dari rumahnya di Washington ke kolej pengajiannya di Idaho sebelum kereta Chevy Suburban yang dipandunya terbabas di bahu sebuah lebuh raya di Montana.



Peronda Lebuh Raya Montana, Sarjan Jason Hildenstab berkata, dia belum pernah lagi melihat nahas itu apabila pemandunya terselamat daripada maut walaupun keretanya ditusuk logam sepanjang 27 meter.



Penghadang itu menembusi lampu kanan sebelum memasuki bahagian enjin, kerusi penumpang dan cermin tingkap belakang.





P/S - Kebetulan post psl eksiden, makbed pun eksiden..nasib baik makbed tak apa-apa..



City ujian sebenar Chelsea



LONDON - Carlo Ancelotti masih belum berpuas hati meskipun Chelsea mencatat kemenangan 4-0 ke atas Blackpool pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.
Pengurus Chelsea itu berkata, ujian sebenar skuad bimbingannya hanya bakal bermula pada aksi menentang Manchester City, Sabtu ini.
Sebelum itu, Chelsea akan berdepan Newcastle United di gelanggang sendiri pada aksi Piala Liga dan Ancelotti dijangka akan merehatkan pemain-pemain senior pasukan tersebut.
Skuad The Blues memulakan saingan liga musim ini dengan penuh bergaya apabila berjaya mencatat lima kemenangan berturut-turut dan menjaringkan 21 gol untuk mengumpul 15 mata.
"Kami (Chelsea) sedar perlawanan selepas ini pasti akan lebih sukar dan kami perlu berkerja keras bagi mengekalkan rentak kecemerlangan ini.
"Berdepan City, ia merupakan ujian getir buat kami kerana ini penting bagi mengekalkan tahap konsistensi apabila menentang sebuah kelab yang berada pada kelompok teratas liga.
"Begitupun, saya yakin kami mampu untuk mencatat satu lagi kemenangan dan saya telah mengingatkan pemain-pemain saya agar menganggap City sebagai pencabar utama kerana mereka kini tampil berwajah baru," jelas Ancelotti.
Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Florent Malouda (gambar) meledak dua gol buat Chelsea pada minit ke-12 dan ke-40 manakala Salomon Kalou serta Didier Drogba masing-masing satu gol minit kedua serta ke-30.
Dalam pada itu, Ancelotti turut mengesahkan, perancang Frank Lampard tidak akan diturunkan pada aksi menentang City di Eastland ekoran masa- lah kecederaan hernia yang dialaminya.






Sarah yang baru

Mahu bangkit selepas kelemasan dalam dunia glamor

SEMANGATNYA untuk terus berjuang dalam bidang seni suara tidak pernah pudar. Biarpun pernah jatuh seketika angkara terlalu mengikut kata hati, namun itu bukanlah penghalang untuk Siti Sarah Raisuddin terus memburu impian yang dicita-citakannya.

Hati terluka, perit dan terngadah namun perlahan-lahan dia mengutip kembali sisa-sisa kekuatan yang ada untuk merawat segala kekecewaan dan kelukaan itu. Enggan menoleh ke belakang lagi atau mengenang kembali peristiwa pahit yang pernah menghancurkan kerjaya nyanyiannya sebelum ini, janji Sarah, dia mahu kembali ke dunia seni dengan Sarah yang baru. Bertemu penyanyi ini sewaktu menjayakan sebuah persembahan amal dan buka puasa bersama anak yatim di Plaza Shah Alam, baru-baru ini Sarah berkata dia kini sudah bersedia untuk kembali semula mewarnai dunia seni.
Sebelum ini Sarah akui, banyak terleka dengan keindahan dunia seni. Tak dinafikan, kehidupan sebagai selebriti memang banyak dugaan. Lebih-lebih lagi apabila kita dikelilingi mereka yang glamor membuatkan kita sendiri lalai sehingga tidak sedar perkara itu sebenarnya membawa impak yang buruk terhadap kerjaya seni kita. Jadi, Sarah banyak mengambil perkara itu sebagai satu iktibar.

Selepas ini, akan lebih low profile dalam apa juga yang Sarah lakukan.
Disebabkan itulah Sarah lebih suka berdiam diri sejak kebelakangan ini kerana tidak ada cerita yang boleh dikongsikan. Cukuplah dengan cerita sensasi yang pernah dicetuskan sebelum ini. Sarah tak mahu lagi khalayak disajikan dengan cerita seperti itu lagi.

Sebagai artis, memang tidak dapat lari dari gosip cuma ia menjadi keterlaluan sehingga menjejaskan kerjaya seni Sarah, ujar penyanyi lagu Kesetiaan ini kepada Hip.
Diakui, sejak kebelakangan ini, kelibat Sarah bagaikan hilang dari pandangan peminat dunia hiburan. Kali terakhir dia dilihat aktif ketika menyertai World Championship of Performing Arts di Los Angeles, tahun lalu. Cuma sesekali terdengar gosip yang menyatakan dia intim dengan salah seorang anggota kumpulan Sepah iaitu Shuib.

Bagi menghindari dirinya dari terus dibuai arus glamor yang tidak menjanjikan apa-apa, penyanyi ini lebih selesa menetap di kediaman keluarga yang jauh dari kesibukan ibu kota.

Abah Sarah beli rumah di Kuala Selangor dan Sarah kini menetap bersama keluarga di sana. Seronok apabila sudah pindah di sini kerana persekitarannya cukup mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota. Sarah pun ramai kawan di sini. Paling menyeronokkan apabila kawan-kawan di sini tak anggap Sarah seperti artis dan itulah yang membuatkan Sarah selesa.

Kehidupan Sarah sama seperti orang lain. Ada ketika, kalau teringin hendak makan ikan, kami tak beli di pasar. Sebaliknya abah akan ajak kami semua pergi memancing dan kami akan dapat ikan yang segar, cerita Sarah mengenai kehidupan terkininya itu.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Sarah berkata dia kini sedang sibuk mengumpul bahan untuk album terbarunya. Dan kali ini, dia akan bekerjasama dengan komposer prolifik, Aidit Alfian.

Bekerja dengan Aidit memberikan satu pengalaman baru dalam diri Sarah. Kami banyak berbincang untuk menghasilkan material yang baik dan Aidit tahu apa yang sesuai dengan saya. Jika tiada aral melintang, semua lagu dalam album saya nanti akan diterbitkan oleh Aidit,kata anak kepada penyanyi Raisuddin Hamzah ini.

Tak mahu bertunang

SAAT diajak berbicara mengenai hubungan intimnya dengan Shuib yang sedang hangat diperkatakan sebelum ini, Sarah seboleh mungkin tidak mahu mengulas lanjut perkara itu.

Bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi tegasnya, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pun begitu, selepas dipujuk, akhirnya Sarah yang baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke-27 terpaksa juga mengalah.

Sambil mengakui Shuib adalah kawan lelaki yang paling rapat dengannya, Sarah berkata dia memang selesa bertemankan pemuda dari selatan tanah air itu berdasarkan sifat peribadinya.

Walaupun dia seorang pelawak tapi apabila dengan Sarah, dia menjadi seorang yang serius. Saat ini, Sarah akui senang berkawan dengannya. Terus terang, antara kami tidak pernah berbicara hal yang berkait rapat dengan perkahwinan.

Buat masa ini, kami lebih senang menumpukan perhatian terhadap urusan kerjaya masing-masing. Dia pun baru nak memulakan langkah dalam bidang ini dan Sarah pula akan keluar dengan album baru tidak lama lagi.

Dan kalaulah ada jodoh Sarah, tak kiralah dengan sesiapapun, saya tak mahu tunang. Kalau boleh, kahwin terus, ujar Sarah sambil tersenyum.





Wan chik nafi salah guna harta M. Rajoli

Wan Chik (kanan) melayan kunjungan artis yang melawat M. Rajoli ketika Allahyarham dirawat di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada November 2007.

KUALA LUMPUR - Isteri kedua Allahyarham M. Rajoli, Wan Chik Che Daud@Othman, 70, menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan harta arwah suaminya dan berada di Amerika Syarikat sewaktu jenazah pelakon terkenal itu dikebumikan tiga hari lalu.
Wan Chik atau lebih mesra dipanggil Kak Wan berkata, beliau selama ini hanya mendiamkan diri kerana mahu menjaga imej suaminya.
Namun selepas tidak tahan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan menyalahgunakan wang dan kereta Mercedes Benz arwah suaminya, Wan Chik yang berkahwin dengan M. Rajoli pada tahun 1986 terpaksa membela diri.
Sebagai isteri kedua, beliau selama ini menjaga protokol dan menganggap isteri pertama suaminya, Hashimah Mohd. Din, 56, dan anak-anak mereka lebih berhak terhadap arwah.
"Dakwaan yang mengatakan Kak Wan salah guna duit arwah tidak betul.
"Sebenarnya kos perubatan abang bernilai RM300,000 tidak perlu dibayar kerana Kak Wan pesara kerajaan dan arwah menggunakan kemudahan itu dengan percuma," tambah Wan Chik ketika dihubungi di sini semalam.





Suami isteri maut, rakan tercampak ke laut di Jambatan Pulau Pinang



Seorang mangsa kemalangan yang membabitkan sebuah MPV Nissan Grand Livina bertembung dengan sebuah lori hingga mengakibatkan sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dan seorang tercampak kedalam laut dibantu pasukan penyelamat di Jabatan Pulau Pinang.

Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan di sini malam tadi, manakala seorang daripada tiga penumpang MPV itu tercampak keluar daripada kenderaan tersebut dan jatuh ke dalam laut.
Ketua Trafik Pulau Pinang, DSP Abdul Rahim Md. Din berkata, remaja berumur 17 tahun yang tercampak ke dalam laut itu kemudiannya berenang ke salah satu tiang jambatan sebelum diselamatkan oleh polis marin kira-kira pukul 1.30 pagi.


Beliau berkata, pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam itu.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!